Monday, March 30, 2009

haishh..

Aku dengan Farhan tengah makan tengah hari waktu dia Tanya aku benda yang aku sendiri tak pasti. Aku dan Sofea. How I can be sure if I can’t be sure myself? Damn!

“Ade ape2 yang kau nak kongsi ngan aku ke?”lain macam jer bunyi soklan mamat ni. Pandang aku macam nak telan. Aku bukan subject chemistry kau yang kau kena telaah sampai nak tebus buku rujukan kau tu. Aku hembuskan nafas berat. Memang aku tak boleh sembunyikan apa-apa dari Farhan. He knows me as well I know him.

“Entahlah.Aku pun tak pasti”

“Sofea?” memang sah tak ada apa-apa yang aku boleh sorok dari dia.

Aku dah tak tahu nak cakap apa.

Love at the first sight huh.” Farhan senyum segaris.. Bukan senyum mengejek. Tapi senyum yang sedap dipandang. Dia faham.

Aku hampir tersedak. Love? Am I?

Farhan mula mengimbas reaksi aku macam scanner hp kat umah dia. Ni mula lar nak jadi kan aku bahan uji kaji dia. Aku tengah fikir kejap lagi chemical apa pulak yang dia offer aku.

No chemical involve.” Farhan senyum sarkastik dia tu. U got me bro!

“ Dah r. Nak masuk zohor dah ni. Surau jom.” Aku malas nak dengar dan fikir benda yang aku sendiri tak pasti.

Love?

Me?

Sofea?

Is it possible?
…………………………………………………………………………………………………………………………………………...............................

Aku termenung jauh. Aku jatuh cinta ke ni? Cinta? Aku tergelak. Cinta bukan sesuatu yang aku nak sangat fikir. Banyak ragam manusia time bercinta aku pernah dengar. Romeo and Juliet.Edward and Bella, Elizabeth Bennet and Mr.Darcy. Cinta kawan rumah sebelah aku. Macam-macam aku pernah dengar. Cerita cinta parents aku pun aku pernah dengar berjam-jam lame nyer aku duduk bertapa depan ayah dan mak dengar diorang bercerita kisah cinta agung diorang tu. Hehehe. Bukan aku tak pernah terfikir macam mana kalau aku jatuh cinta satu hari nanti. Aku tahu manusia dilahirkan berpasangan dan aku ada pasangan sendiri satu hari nanti. Itu aku tak nafikan sama sekali. Tapi dalam usia aku yang tergolong dalam kelompok bawah umur ni, aku tak rasa cinta termasuk dalam kelompok benda yang penting. Tapi bila aku dah jumpa Sofea. Ya Sofea. Argh! Kenapa kau Sofea? Apa yang istimewa sangat tentang kau?. Penampilan biasa jer. Nak kata lawa macam Jessica Alba tak lah jugak. Sweet tu ada..Hehe. Perwatakan?. Ni tak payah citer lar. Pendiam tu tak payah cakap. Kalau orang tak Tanya, tak de lah cakap apa2. She looks. Looks like. Em. Empty!. Yes that’s the word. Macam tak ada perasaan. Kalau aku buat lawak pun, paling maksimum yang aku pernah Nampak, dia senyum padahal orang lain dah gelak putus duodenum dah.

Pelik. Walaupun perangai dia macam tu, aku masih nak kenal dengan dia. Tak. Bukan setakat kenal. Aku nak berkawan dengan dia. Aku nak tahu pasal diri dia, Mungkin sebab sebelum aku belum jumpa lagi kot homosapien spesis dia. Yelah. Aku banyak kawan dengan homosapien yang gila2 sikit. Pituitary glands terlebih rembeskan hormone kot. Hehe. Sofea?. Pituitary glands dia tak berfungsi ker?.

Aku mengeluh.

Hari ni hari terakhir kem. Hari terakhir aku jumpa dia. Mungkin. Aku tak tahu nak buat apa. Tiba-tiba aku rasa satu tepukan halilintang kat belakang aku. Ni mesti tak lain tak bukan mamat promote bahan kimia. Farhan!

“Kau dah plan nak cakap apa dengan dia nanti?. Riak wajah Farhan bagaikan dia mengerti apa yang tengah tepu kat otak aku ni. Memang sahabat dunia akhirat aku. Sejak aku lahir lagi aku dah kenal dia. Jiran sebelah rumah la katakan. Dari aku keluar dari rahim mak aku sampai la saat dan ketika ni. Aku boleh cerita apa saja kat dia. Baik dari segi hobi samapailah benda ni. Kitorang dah macam kembar dah.

“ Entah”..aku lepaskan satu keluhan yang berat. Memang berat!

“ Kau nak aku tolong?” Farhan memegang bahu aku. Tanda sokongan mata dia pandang aku penuh simpati. Simpati dengan perangai aku yang tak tentu buat pertama kalinya!.Aku tak pernah tak pasti dalam sesuatu perkara yang aku buat. Ni lah satu-satu benda yang aku tak pasti. Sofea!

“ Kau nak tolong aku buat apa?” aku sendiri tak pasti nak buat apa apatah lagi Farhan. Aku yang rasakan benda ni. Aku buntu!

“ Aku leh tolong cari nombor telefon dia” Farhan dah mula wat senyuman buaya darat dia tu. Nyampah aku!

“ Ek?.Camna kau nak dapat?” minat aku mula dipancing oleh Farhan.

“Adalah. Kalau aku dapat, aku tak mintak lain. Aku mintak kau belanja aku makan selama sebulan.” Farhan gelak besar. Kurang punyer kawan..

“ Tolong tak ikhlas bek tak payah!.” Pendek aku jawab. Kot yer pun agak2 lah sikit. Sebulan?. Kau ingat aku ada buat tender ngan Tan Sri Zeti ker nak dapat duit?. Banyak cantik!

“Hahaha..Aku main-main jelah. I’l see what I can do.” Farhan mula mengatur langkah. Aku menghantar langkah kaki Farhan dengan penuh harapan..Good Luck!

Thursday, March 12, 2009

ek?

“erm..thanks coz tolong saya tadi..” lembut bicara Sofea mengetuk gegendang telinga aku..Suara yang aku nak dengar sejak petang tadi..Suara yang aku rindu nak dengar walau macam mana kasar pun dia cakap..aku nak dengar…

“your most welcome..”

Penat aku jawab dengan Abang Hakim tadi..yelah tengah orang sibuk angkat makanan untuk minum petang..aku plak sibuk angkat anak dara orang..Mau tak tercengang Abang Hakim tadi..Jenuh aku explained kat dowang..Seb bek lah dowang leh accept aku nyer alasan..ape? dowang ingat aku suke2 angkat anak dara owang..?Aku pun de banyak keje lain nak buat tau..

“tapi kenapa awak pengsan tadi?”ni soklan yang aku nak Tanya sesangat…mau gelabah aku tadi..aku ngah elok2 cari klu..boleh plak die terbaring kat atas lantai tue..dah lepas explained kat Abang Hakim..aku plak yang kena Tanya kenapa die pengsan..mana plak lar aku tau…ingat die ada bagitau aku ker kenapa dia pengsan sebelum die pengsan..

Aku leh Nampak dari riak muka die…die tak nak cakap..or..nak lebih specific lagi..die malas nak citer…

“tak cukup tido..” pendek Sofea membalas..

“erm..ok lar..saya tegur ni pun just nak say thanks..gerak dulu..” Sofea mula mengatur langkah…

“Eh cepat nyer!..duduklah dulu…borak-borak jap ngan saya..”

Langkah Sofea terhenti..dia berpusing menghadap aku..

“Kejap lagi LDK nak start.saya tak nak kena ceramah lagi ngan Farhan pasal nak selamatkan tebusan Guantanamo..” dia senyum segaris..sweet!

Aku tergelak..aku bangun dan berjalan menuju ke arah Sofea…aku boleh rasakan jantung aku macam nak tercabut..aku meletakkan tangan aku kat jantung aku..safety precaution kot2 melompat keluar jantung aku ni..aku tergelak…

Dahi Sofea berkerut…

Do I get to hear the jokes?”

Aku senyum segaris..“tak de pape..just teringat muka Farhan time dia murah hati nak bagi saya makan potassium manganate tadi..” liar..

Muka Sofea tak beriak..Dia Cuma cakap..“oh”..

If you don’t mind..can I escort you?”

no thanks..” Sofea berpaling dan berjalan menuju ke dalam dewan…

Aku tak tau kenapa..kenapa aku harap dia berhenti dan pandang aku even for a while..kenapa aku harap dia senyum kat aku…lama aku tercegat kat situ sebelum aku dengar Farhan dah membebel dengan promosi ethanol dengan bunsen burner die tu..