Thursday, September 30, 2010

Daun-Daun Kering itu..

hari ini, aku lihat begitu banyak daun daun kering. aku mulai sedar apabila aku melintasi padang kawat pada hari ini. padang kawat dipenuhi dengan daun2 kering. aku menjadi hairan.

hati aku tiba2 tersentak.

daun2 yang kering itu seakan memberi makna pada diriku. namun, aku tak pasti apa signifikasi daun2 kering itu.

selepas habis makan petang (qadha sekali malam semalam+pagi+tengah hari+malam ni), aku berjalan kaki menuju ke kolej kediaman. aku melalui kolej ke-5 a.k.a K5.

aku tersentak.

daun2 kering!

begitu banyak daun2 kering di tempat pelajar berkumpul. sedangkan, selama aku melalui K5, tidak pernah aku lihat daun2 kering. hari ini? di sekeliling dewan besar K5, dipenuhi dengan daun2 kering. tidak bermaksud aku mengutuk K5 ni pengotor, tidak sama sekali.

aku meneruskan langkah untuk pulang. tiba di laluan antara dewan besar dan asrama, aku seakan kenal dengan bauan ni. bau rumput selepas dipotong. Aku memandang sekeliling.

betul.

rumput baru dipotong.

tanpa sedar, aku tersenyum. dadaku tiba2 terasa sesak seolah-oalh aku cuba menahan sesuatu. tapi aku tak pasti apa.

aku berjalan dengan perlahan. aku tidak memandang ke hadapan, sebaliknya aku hanya memandang ke bawah. aku ingin menumpukan perhatian kepada alam sekeliling.

aku masih lagi dapat melihat daun2 kering bertaburan di kiri dan kanan aku. dada aku sesak.

aku meneruskan langkah. aku kini melalui kawasan asrama lelaki. aku mencuba sedaya upaya supaya langkah aku tidak mengeluarkan sebarang bunyi. aku tidak ingin menarik perhatian penghuni asrama lelaki dengan bunyi derap langkahku.

daun2 kering masih lagi kelihatan.

aku kini berjalan di belakang kolej Tun Dr.Ismail (KTDI). aku suka berjalan di laluan ni.

aku suka mendengar burung berkicauan yang aku dapat dengar dgn jelas.

aku suka dgn bunyi deras air. (sama ada air longkang, aku tak pasti)

aku suka mendengar bunyi daun2 pokok berselisih antara satu sama lain apabila disapa cik angin.

aku suka dgn permandangan dari laluan ini. dari sini, aku dapat lihat padang ragbi. aku ingat lagi semalam, aku bersyukur kerana dapat melihat matahari terbenam yg sangat cantik. semuanya dari laluan ini.

aku masih lagi melihat daun2 kering.

tapi kini, bukan hanya daun kering.

aku melihat, daun2 kering itu ditemani daun2 yg masih muda. aku lihat warna coklat pucat dan hijau tua/muda bertindih antara satu sama lain.

aku tersentak.

dadaku terasa sesak.

aku meneruskan langkah. langkah demi langkah yang diatur akhirnya menuju destinasi. Kolej Canselor.

kini, bunyi burung berkicau, air mengalir deras dan daun2 menari diterbang cik angin tiada lagi kedengaran.

aku tersenyum penat.

hatiku berbisik 'aku dah sampai'

tiada lagi daun kering melintasi mataku.

....

Monday, September 6, 2010

i need the strength


Trying to..

Ya Allah, 
give me the strength!


have faith,
may Allah bless,

Salam alaik..


Thursday, September 2, 2010

Quote


"aku bukan suruh korang tinggalkan kehidupan duniawi,tapi aku suruh korang tinggalkan dosa.Untuk tinggalkan duniawi tu dikira terpuji,tapi untuk tinggalkan dosa tu tanggungjawab.Dan untuk tinggalkan dosa tu lagi penting dari tinggalkan dunia."
Yahya Ibn Mu’adh



 Have Faith,


May Allah bless,

Salam alaik...