Saturday, June 9, 2012

Umizaru


Sea Monkey

Umizaru atau dlm bahasa yang kita faham: sea monkey. Tpb memang dah jatuh hati dekat movie ni and still am. *senyum*.

Umizaru (2004)

Umizaru Evolution (2005)

Umizaru : Limit of Love (2006)

Umizaru : The Last Message

Umizaru : Brave Hearts (2012)


Umizaru ini ada 3 filem dan satu drama iaitu Umizaru (2004), Umizaru Evolution (2005), Umizaru : Limit of Love (2006) dan Umizaru : The Last Message (2010). Dan yang latest Umizaru : Brave Heart yang akan keluar July 2012. Rasa macam nak fly ke Jepun semata-mata nak tengok filem ni sebab kat Malaysia tak tayang. *semangat*. Ada sesiapa yang nak sponsor tiket kapal terbang? Hehe. Cerita ini adalah adaptasi dari komik Umizaru yang telah lama diterbitkan. Rasanya macam pernah baca komik ni pasal coast guard jugak rasanya tapi tak pasti kalau dari komik yang sama.
Umizaru ini berkisarkan tentang kerjaya coast guard atau pun pengawal pantai. Memang selama ni tak pernah nak amik tahu pun pasal coast guard ni. Mungkin disebabkan Negara kita ni terlindung dari monsoon dan jarang ada kemalangan di laut dan kalau ada pun, tak banyak disebut tentang coast guard. Di jepun pula, disebabkan keadaan geografinya sebagai sebuah Negara dikelilingi laut, jadi kerjaya coast guard ni banyak juga pendedahannya. Umizaru (2004) bekisarkan tentang coast guard ni menjalani latihan untuk menjadi diver atau search and rescue diver. Search and rescue diver ni bukan semua orang boleh apply atau ada kelayakkan. Hanya 1% dari coast guard sahaja yang berkelayakan. (p/s : ada part yg censored sikit, jadi pandai-pandai lah ye. :P) Umizaru : Limit of Love pula pasal mereka ni nak selamatkan 2 coast guard dan 2 penumpang yang tekandas dari sebuah feri. Umizaru : The Last Message pula pasal nak selamatkan 2 coast guard dan 3 pekerja Regalia iaitu sebuah pelantar minyak di Jepun. So, basically Umizaru ni pasal nak selamatkan orang dan mesti ada coast guard dan penumpang yang terkandas. Hehe.

Attraction Umizaru ini pada tpb ialah Daisuke Senzaki! Tpb suka watak Daisuke Senzaki sebab keazaman dan kepercayaan dia dalam nak selamatkan penumpang dan ‘buddy’nya. Macam dlm Umizaru (2004), dia tetap stay dengan Mishima walaupun tangki oksigennya dah habis dan dia percaya yang skuadnya akan datang untuk selamatkan dia dan Mishima. Dan bila Kudo, buddy dia mati, dia mengalami setback yang teruk (well, takde lah teruk sangat).  Well, dlm cerita apa pun, kalau ada watak lelaki mesti ada watak perempuan kan? So, umizaru ini pun tak terkecuali bila Daisuke jumpa Kanna. Walaupun Daisuke ini kadang2 ala-ala sengal-masuk-air jugak, but bila dia dengan Kanna, dia respect Kanna (respect yg macammana, itu kena tengok cerita nil ah. :P) Umizaru : Limit of Love pula, memang respect lah dekat Daisuke bila dia memang bertekad nak selamatkan dua penumpang yang terkandas walau dengan apa cara sekalipun. Dan memang sweet je kan bila dia proposed Kanna. Dan aku boleh faham reason Daisuke kenapa dia hesitate nak kahwin dgn Kanna. Umizaru : The Last Message pula bagi aku, aku respect gila dekat Daisuke sebab rasa sayang dia dekat keluarga dia. Touching gila time dia cerita pasal Taiyo’s birth (bagi aku lah). And kalau dapat husband yang letak gambar isteri and anak everytime and everywhere, memang terharu lah. And masa dia tinggalkan mesej (sebab tu filem ni Umizaru : The Last Message) memang touching gila. Tpb boleh  bergenang jugaklah air mata bila part tu. (background music  banyak memainkan peranan. Hehe) seriously, bila Senzaki cakap ‘Orewa Kanna ni miedete, hottoni yokatta’ memang terharu gila. It shows how much he appreciates you and differences you have made in his life. *masih terharu* Behind every men, there’s a women eh? Memang boleh pakai proverb ni untuk Daisuke. Hehe.  Hideaki ito (37 thn) memang Berjaya bawa watak Daisuke Senzaki dengan penuh penghayatan. Suka tengok mata dia. Hehe. Okay ni dah off the story. *shush*

Ost cerita ni :
  • ·         Umizaru (2004) : courage (instrumental)
  • ·         Umizaru Evolution (2005) : B’z – Ocean
  • ·         Umizaru : Limit of Love : Yuna Ito – Precious
  • ·         Umizaru : The Last Message : Exile – Motto Tsuyoku (More Stronger)

Moral of the story : memang kita akan rasa kehilangan dan jatuh-bangun dalam hidup but it doesn’t stop us from keep breathing and stays alive right? *senyum* apabila amanah diberikan, laksanakan lah dengan sebaik mungkin terutama sekali apabila melibatkan nyawa orang lain. Last but not least, behinds every man, there is a women. *ceh* :P

Kalau anda, anda nak ke jadikan coast guard search and rescue diver sebagai suami by all means?

p/s : ima made, arigato. J