Saturday, October 2, 2010

Suits me well

hidup ini tidak selalunya indah. aku hanya manusia.


Luka-luka jiwaku

Gerimis tangis menitis
lutsinar dari penglihatan
wujudnya pada hati dari perasaan
hanya yang menyelami mampu bersentuhan

aku terluka, aku terluka
bukanlah aku ini robot tanpa jiwa
tetapi aku manusia yang punya hati jua
tidak perlu kau fahami aku untuk mengertinya
tidak perlu kau layani aku kerana siapa aku

tetapi pandanglah aku sebagai manusia

bukannya malaikat yang siap taat perintah-Nya
bukannya syaitan yang tetap berpaling walau sedar kebenaran-Nya

dasar jiwaku dalam
kau hanya akan lemas menyelaminya

sebab itu tidak pernah kupinta,
sekadar kau memandang aku sebagai manusia
itu sudah melebihi segala

luka-luka jiwaku
tidak terlihat pandangan matamu
wujudnya pada hati dari perasaan
kerana aku hanya seorang insan

ya, aku perlu bersabar

ya, aku perlu teguh untuk digegar
tetapi aku manusia
sampai limitnya nanti

kan tersungkur jua


~angkasa
11.13 malam
17hb April 2010
lagu Fana Pesona
Puisi Luka-luka jiwaku

-Hilal Asyraf-

Suits me well.

have Faith,

may Allah bless,

Salam alaik..

Thursday, September 30, 2010

Daun-Daun Kering itu..

hari ini, aku lihat begitu banyak daun daun kering. aku mulai sedar apabila aku melintasi padang kawat pada hari ini. padang kawat dipenuhi dengan daun2 kering. aku menjadi hairan.

hati aku tiba2 tersentak.

daun2 yang kering itu seakan memberi makna pada diriku. namun, aku tak pasti apa signifikasi daun2 kering itu.

selepas habis makan petang (qadha sekali malam semalam+pagi+tengah hari+malam ni), aku berjalan kaki menuju ke kolej kediaman. aku melalui kolej ke-5 a.k.a K5.

aku tersentak.

daun2 kering!

begitu banyak daun2 kering di tempat pelajar berkumpul. sedangkan, selama aku melalui K5, tidak pernah aku lihat daun2 kering. hari ini? di sekeliling dewan besar K5, dipenuhi dengan daun2 kering. tidak bermaksud aku mengutuk K5 ni pengotor, tidak sama sekali.

aku meneruskan langkah untuk pulang. tiba di laluan antara dewan besar dan asrama, aku seakan kenal dengan bauan ni. bau rumput selepas dipotong. Aku memandang sekeliling.

betul.

rumput baru dipotong.

tanpa sedar, aku tersenyum. dadaku tiba2 terasa sesak seolah-oalh aku cuba menahan sesuatu. tapi aku tak pasti apa.

aku berjalan dengan perlahan. aku tidak memandang ke hadapan, sebaliknya aku hanya memandang ke bawah. aku ingin menumpukan perhatian kepada alam sekeliling.

aku masih lagi dapat melihat daun2 kering bertaburan di kiri dan kanan aku. dada aku sesak.

aku meneruskan langkah. aku kini melalui kawasan asrama lelaki. aku mencuba sedaya upaya supaya langkah aku tidak mengeluarkan sebarang bunyi. aku tidak ingin menarik perhatian penghuni asrama lelaki dengan bunyi derap langkahku.

daun2 kering masih lagi kelihatan.

aku kini berjalan di belakang kolej Tun Dr.Ismail (KTDI). aku suka berjalan di laluan ni.

aku suka mendengar burung berkicauan yang aku dapat dengar dgn jelas.

aku suka dgn bunyi deras air. (sama ada air longkang, aku tak pasti)

aku suka mendengar bunyi daun2 pokok berselisih antara satu sama lain apabila disapa cik angin.

aku suka dgn permandangan dari laluan ini. dari sini, aku dapat lihat padang ragbi. aku ingat lagi semalam, aku bersyukur kerana dapat melihat matahari terbenam yg sangat cantik. semuanya dari laluan ini.

aku masih lagi melihat daun2 kering.

tapi kini, bukan hanya daun kering.

aku melihat, daun2 kering itu ditemani daun2 yg masih muda. aku lihat warna coklat pucat dan hijau tua/muda bertindih antara satu sama lain.

aku tersentak.

dadaku terasa sesak.

aku meneruskan langkah. langkah demi langkah yang diatur akhirnya menuju destinasi. Kolej Canselor.

kini, bunyi burung berkicau, air mengalir deras dan daun2 menari diterbang cik angin tiada lagi kedengaran.

aku tersenyum penat.

hatiku berbisik 'aku dah sampai'

tiada lagi daun kering melintasi mataku.

....

Monday, September 6, 2010

i need the strength


Trying to..

Ya Allah, 
give me the strength!


have faith,
may Allah bless,

Salam alaik..


Thursday, September 2, 2010

Quote


"aku bukan suruh korang tinggalkan kehidupan duniawi,tapi aku suruh korang tinggalkan dosa.Untuk tinggalkan duniawi tu dikira terpuji,tapi untuk tinggalkan dosa tu tanggungjawab.Dan untuk tinggalkan dosa tu lagi penting dari tinggalkan dunia."
Yahya Ibn Mu’adh



 Have Faith,


May Allah bless,

Salam alaik...



Monday, August 23, 2010

tidak akan pernah sama lagi..

salam alaik..

aku baharu sahaja menjengah ke blog ukhtiku, dan tangkal hatiku ditarik dgn satu post ini.

Ya, ianya takkan pernah sama lagi.

Aidil Adha kami takkan pernah sama lagi kerana tiada lagi abang yang akan bersama-sama menyambut bulan kemenangan itu bersama-sama.

bagaimanakah nanti kami pada pagi hari Aidilfitri?

pastinya tidak akan sama dengan tahun2 yg sebelumnya.

bagaimanakah umiku nanti?

dapatkah aku menahan sebak didada apabila umi dan abahku mengalirkan air mata kerinduan untuk abangku?

kepada Ahmad Munzeer bin Mohd Yusoff,
tenanglah abang uje disana, insyaAllah diakhirat bertemu jua.



salam alaik..

Wednesday, August 18, 2010

A Presence and Serenity..




Standing there in the blowing wind,

watching the colors on the horizon,

and the rippling, metallic silver waters,


I felt so alone.



As I watched the palm trees sway with the wind,

and the radiant sun dip into the golden land,


I felt so alone.



 
As I watched the angel-white seagulls

soar majestically over the darkening horizon,

and the rhythmic rolls of the waves,


I felt so alone.


 

As I lifted my face

to the rosy sky,

a tear made its way down my cheek.

I closed my eyes,

trying to hold back the pain.

“Oh, my Lord.” I whispered.



 
I had no one to wipe my tears,

no one to whisper softly into my ear:


 
“It’s going to be OK.”,


 
no one to take the pain away,

no one to heal my wound.



I opened my eyes suddenly

because I felt someone’s presence.

But I could see no one around me.



Someone was there,

somewhere,

because I could feel

a bright and bold Presence.



It was a reassuring thought,

a Remedy for my cuts,


 
a deep Serenity,


 
that chased my fears away,

a radiant Sun

that brightened my soul.



I closed my eyes again,

but this time, it was to savor this feeling.

A smile played upon my lips,

as realization dawned upon me.



I would never feel alone again.


 

As long as I remained righteous.

For the Presence I felt

was the presence of Him.

My Lord, The Merciful,

The Almighty Allah.

Monday, August 2, 2010

Maaf...

Salam..

Aku minta maaf...

MAAF..

Sangat minta maaf..

I'm really SORRY..

Tak sepatutnya aku melakukan itu..

walaupun benda itu telah berlalu.. maaf kerana aku menceroboh ke dalam kisah silammu..

kisah yang agak pahit buat dirimu..

bila aku baca kembali..

aku K.E.L.I.R.U ...

sangat.

tidak sepatutnya aku menjadi sebegitu..

kerana

aku tahu apa yang terjadi, kerana kau sendiri menceritakannya..

tapi.

bila aku baca kembali.

aku keliru.

maaf.




Have Faith,

May Allah bless,

Salam alaik..