Tuesday, October 26, 2010

Kemaafan aku itu rendah nilainya.

Ikhlas itu cukup rumit bagi ku. Andai hati ku ini bisa dibaca, kamu akan tahu apa yang tersirat di hatiku.
Jika aku penjual 'kemaafan', pasti tidak tinggi harga yang kamu perlu bayar untuk memilikinya. Namun, adakah nilai kemaafan yang kamu jual juga rendah nilainya?

Aku bukan seorang yang pemarah (rasanya). kerana aku tak suka marah.

bila aku rasa macam nak marah, kecewa kat seseorang tu, aku biasanya takkan bagitau. i just keep it to myself. Most of the time.

Because i try to put myself in their shoes.

i try to understand their problem by being in their shoes. Aku cuba selami masalah mereka, the reason why they act like that. bile aku dah boleh faham apa sebenarnya masalah diorang, aku dah tak marah or kecewa lagi.

tapi sampai bila hanya aku sahaja yang perlu berada di tempat mereka? adakah hanya aku sahaja yang perlu memahami?

kemaafan aku itu rendah nilainya. kenapa aku kata begitu? kerana aku mudah maafkan seseorang. kalau orang meminta maaf dari aku, dengan mudahnya aku akan memaafkan mereka. sebab apa? kerana aku rasa siapa aku untuk memaafkan mereka? adakah darjat aku cukup tinggi untuk memaafkan seseorang? adakah aku sendiri cukup baik untuk aku memberi kemaafan? Adakah kesalahan itu berpunca dari dia atau aku yang bersalah?

tidak, aku juga manusia.

kadang2 aku sendiri tertanya-tanya. apa tujuan sebenar kita meminta maaf?

bagi aku, untuk kesalahan yang tidak disengajakan, tak perlu nak minta maaf. kerana kita tak sengaja!

dan untuk sengaja pulak. kenapa nak minta maaf untuk sesuatu yang disengajakan?

jadi, apa nilai maaf ni?

aku pun kadang2 keliru. at certain times, i wondering whether i should apologized or not.

satu perkara yang aku pasti, kemaafan aku itu rendah nilainya.

tapi, aku juga manusia.

harga kemaafan ku itu akan tinggi setingginya apabila aku tidak dapat memberi kemaafan lagi. Dan aku mohon, jangan jadikan aku sebegitu! Aku tak mahu menjadi seseorang yang menyimpan 'kemaafan'. kerana di akhirnya nanti, hanya aku yang mendeirta dalam 'kemaafan' yang tidak terjual itu.

kemaafan aku itu rendah nilainya.

jangan ditanya sama ada aku ikhlas atau tidak. kerana ikhlas itu rahsia Illahi. DIA yang memegang hatiku. Andai hatiku ini aku yang pegang, nescaya aku usaha sedaya upaya untuk menjadi ikhlas.

Kemaafan aku itu rendah nilainya. kamu?

Saturday, October 23, 2010

Awan



Awan,
  Andai dapat ku capai,

Maka saktilah hamba.


Wednesday, October 20, 2010

Aku hanya mampu tersenyum

Aku tak sangka, masalah yang sama kembali mengintai salam buat kali ke dua. dulu di matrikulasi, aku juga mempunyai masalah yang sama. heh.

aku hanya menjaga hal diri aku sendiri.

ada aku kacau orang? tak de.

ada aku pukul orang? tak de.

ada aku buat dajal kat orang? tak de.

aku hanya menjaga tepi kain aku sendiri.

senyap bila rasa tidak perlu untuk bersuara.

dulu semasa di matrikulasi, tidak la sebegini akhirnya, kerana di matrikulasi dulu aku tak rapat dengan sesiapa. jadi, tiada siapa berani tegur aku sebab takde ada yang rapat dengan aku.kira2 2 bulan sebelum tamat semester 1 baru aku rapat dengan class mate aku yang lain.

Ya, aku akui, aku anti-soc. tak pandai bergaul.

ada aku kisah?heh!

sekarang ni, bila aku mula menjadi lebih mesra lain pulak jadinya. =.=''

coursemate aku kata aku dah lain sekarang, dah tak macam amira yang dulu. muka sekarang nampak pucat, asyik pakai sweater je, asyik ponteng kelas and selalu menyendiri.

apakah?

tapi tiada seiapa yang berani, maju setapak ke arahku untuk bertanya. heh, pengecut!

sekarang aku terasa, kerana aku dah ada kawan. jadi, kawan aku ni jelah yang asyik kene tanya sama ada aku ni ada masalah ke?. diorang maybe dah tak lalu kene push. jadi, one night, i've decided to meet up regarding this matter. before that, ada lagi masalah which i refused to say here knowing that i might curse that person.(evil mode)

then, we meet up. there's one friend of mine (can i say was a friend of mine?), she thought she knew everything about me, saying 'dah la mira, orang semua dah tau kau ni macam mana'. at that moment, swear to God, i really want to slap her face! she was acting all knowing and doesn't want to listen to what i said, then jumped to her own conclusion. wtf! who are u to judge me? do you know me well enough?!

guess i didn't mention that i've talked to my abah dan Mr.Snookum regarding this matter.

My abah said : duit kamu ada hilang?
Me : takde. *blur*
Abah : jadi kamu tak rugi apa-apa kan?'
Me : yup. *stil blur*
Abah : dah tu, biar jelah.
Me : *smiling knowing what he meant*

Mr.Snookum : biar je mira, orang macam ni, buat penat je cakap.

Me : *angguk*

after the so-called meeting, i was and still thankful to that person for proved me right that, that person cannot be a sahabat for me. only a friend if i can still call her that after that night. (its an evil talking, suck it up)

i never asked people to understand me. never.

i'm a FREAK.

sure do and proud.

there's few of my course mate says that they doesn't really like my character. wth? kau ingat karakter kau tu bagus sangat. ada aku kacau kau? ada ke? takde kan?  aku just duduk diam2 tak kacau urusan orang lain, tak ngumpat orang lain pun masalah ke? even if i don't like you either, i never say it to anyone. never! go to hell (evil talking)

sekarang ni, aku dah tak kisah dah apa yang diorang nak fikir dan cakap pasal aku. i dont give a damn about it!. (evil talking)

i just smile, knowing you guys are just a bunch of immature, stupid, spoiled brats. get out from my face! (evil talking)

that's it

Saturday, October 9, 2010

Lets take a walk..

selangkah demi selangkah kamu menapak, sedikit demi sedikit hati berbisik hamdalah.

Dialah yang menjadikan bumi itu mudah bagi kamu, maka berjalanlah di segala penjurunya dan makanlah sebahagian dari rezekiNya, Dan hanya kepadaNya lah kamu (kembali setelah) dibangkitkan.  (al-Mulk : 15)


Have Faith,

May Allah bless

Salam alaik..

Tuesday, October 5, 2010

Weekends

aku rasa weekends minggu ni adalah minggu yang PACK!

9 October 2010
  • Kokurikulum (bola tampar) 8-11.30. lepas tu rehat sejam, then 12.30 sambung balik sampai 3.30
  • Konvokesyen UPM.. <- nak ronda booth dgn nor.
  • Ada Festival nasyid interkolej.. yg datang Far East dgn Saujana..
  • Sewa basikal dekat K2
  • malam pulak, Sirah Musikal di Putrajaya.
10 October 2010
  • Karnival di Bukit Ekspo.. <-dah janji dgn Nor jugak
  • Kene siapkanlab report : organic chemistry and effect of caffeine on hypocotyl development
  • maybe kene balik rumah untuk amik phone.
  • pre-reading utk lecture minggu depan.
  • Mentally n physically preparation utk lab bio next week, pesenyawaan telur IKAN KELI!! apakah??
ye saya tahu. kamu lebih sibuk. pertama kali sejak menjejak kaki di upm, saya terikat dgn jadual sebegini padat. mungkin saya akan jadi lebih sibuk sehingga tidak lagi menukilkan di blog ini. siapa tahu kan? hanya Dia yang tahu.. *senyum*

takpe Amira!

Gambate!


Have faith

may Allah bless

Salam alaik..

Saturday, October 2, 2010

Suits me well

hidup ini tidak selalunya indah. aku hanya manusia.


Luka-luka jiwaku

Gerimis tangis menitis
lutsinar dari penglihatan
wujudnya pada hati dari perasaan
hanya yang menyelami mampu bersentuhan

aku terluka, aku terluka
bukanlah aku ini robot tanpa jiwa
tetapi aku manusia yang punya hati jua
tidak perlu kau fahami aku untuk mengertinya
tidak perlu kau layani aku kerana siapa aku

tetapi pandanglah aku sebagai manusia

bukannya malaikat yang siap taat perintah-Nya
bukannya syaitan yang tetap berpaling walau sedar kebenaran-Nya

dasar jiwaku dalam
kau hanya akan lemas menyelaminya

sebab itu tidak pernah kupinta,
sekadar kau memandang aku sebagai manusia
itu sudah melebihi segala

luka-luka jiwaku
tidak terlihat pandangan matamu
wujudnya pada hati dari perasaan
kerana aku hanya seorang insan

ya, aku perlu bersabar

ya, aku perlu teguh untuk digegar
tetapi aku manusia
sampai limitnya nanti

kan tersungkur jua


~angkasa
11.13 malam
17hb April 2010
lagu Fana Pesona
Puisi Luka-luka jiwaku

-Hilal Asyraf-

Suits me well.

have Faith,

may Allah bless,

Salam alaik..

Thursday, September 30, 2010

Daun-Daun Kering itu..

hari ini, aku lihat begitu banyak daun daun kering. aku mulai sedar apabila aku melintasi padang kawat pada hari ini. padang kawat dipenuhi dengan daun2 kering. aku menjadi hairan.

hati aku tiba2 tersentak.

daun2 yang kering itu seakan memberi makna pada diriku. namun, aku tak pasti apa signifikasi daun2 kering itu.

selepas habis makan petang (qadha sekali malam semalam+pagi+tengah hari+malam ni), aku berjalan kaki menuju ke kolej kediaman. aku melalui kolej ke-5 a.k.a K5.

aku tersentak.

daun2 kering!

begitu banyak daun2 kering di tempat pelajar berkumpul. sedangkan, selama aku melalui K5, tidak pernah aku lihat daun2 kering. hari ini? di sekeliling dewan besar K5, dipenuhi dengan daun2 kering. tidak bermaksud aku mengutuk K5 ni pengotor, tidak sama sekali.

aku meneruskan langkah untuk pulang. tiba di laluan antara dewan besar dan asrama, aku seakan kenal dengan bauan ni. bau rumput selepas dipotong. Aku memandang sekeliling.

betul.

rumput baru dipotong.

tanpa sedar, aku tersenyum. dadaku tiba2 terasa sesak seolah-oalh aku cuba menahan sesuatu. tapi aku tak pasti apa.

aku berjalan dengan perlahan. aku tidak memandang ke hadapan, sebaliknya aku hanya memandang ke bawah. aku ingin menumpukan perhatian kepada alam sekeliling.

aku masih lagi dapat melihat daun2 kering bertaburan di kiri dan kanan aku. dada aku sesak.

aku meneruskan langkah. aku kini melalui kawasan asrama lelaki. aku mencuba sedaya upaya supaya langkah aku tidak mengeluarkan sebarang bunyi. aku tidak ingin menarik perhatian penghuni asrama lelaki dengan bunyi derap langkahku.

daun2 kering masih lagi kelihatan.

aku kini berjalan di belakang kolej Tun Dr.Ismail (KTDI). aku suka berjalan di laluan ni.

aku suka mendengar burung berkicauan yang aku dapat dengar dgn jelas.

aku suka dgn bunyi deras air. (sama ada air longkang, aku tak pasti)

aku suka mendengar bunyi daun2 pokok berselisih antara satu sama lain apabila disapa cik angin.

aku suka dgn permandangan dari laluan ini. dari sini, aku dapat lihat padang ragbi. aku ingat lagi semalam, aku bersyukur kerana dapat melihat matahari terbenam yg sangat cantik. semuanya dari laluan ini.

aku masih lagi melihat daun2 kering.

tapi kini, bukan hanya daun kering.

aku melihat, daun2 kering itu ditemani daun2 yg masih muda. aku lihat warna coklat pucat dan hijau tua/muda bertindih antara satu sama lain.

aku tersentak.

dadaku terasa sesak.

aku meneruskan langkah. langkah demi langkah yang diatur akhirnya menuju destinasi. Kolej Canselor.

kini, bunyi burung berkicau, air mengalir deras dan daun2 menari diterbang cik angin tiada lagi kedengaran.

aku tersenyum penat.

hatiku berbisik 'aku dah sampai'

tiada lagi daun kering melintasi mataku.

....