Wednesday, November 3, 2010

Budak master?

salam alaik.

hari ni aku pergi study kat libary dengan linda. study organic chemistry sebab itu paper first and banyak aku nak kene cover balik while linda cover microb. linda punyer gaya nak hafal microb macam nak bagi speech je. haha.

satu meja tu aku punyer sorang. mula2 aku tak perasan. bila baru balik dari cari buku rujukan baru aku perasan meja aku penuh! dengan lappy nyer. dengan bagpack nyer. dengan failnye. dengan kertas segala bagai. dengan pencil casenye. dengan pen and highlughter berterabur atas meja. sah macam budak master tengah buat tesis and stay-away-i-am-doing-my-tesis-and-this-is-my-table. haha. dengan spec skema tue. dengan sweater putihnye. klu aku cakap aku budak master mau orang lain betul2 percaya kot. :P

budak master in the making.




have faith,
May Allah bless.
Salam alaik.

Tuesday, November 2, 2010

Kamu

salam alaik.

Bittaufiq wannajah. Do your best. :)



Kita berusaha dulu, lepas tu baru tawakal. Takdir Allah itu dihujung usaha manusia. Apa sahaja yang Allah takdirkan, itu yang TERBAIK untuk kita.



Have faith,
May Allah bless,
Salam alaik.

Study week

salam alaik.

sekarang ni aku dah masuk study week. baru balik dari rumah semalam lepas umi amik hari sabtu hari tu. oh ye, hari sabtu tu ada volleyball tournament untuk semua kumpulan koku yang amik bola tampar untuk sem ni. kami (aku n kumpulan aku) menang 2 set dari 3 set game. tapi tak dapat masuk semi final sebab dia ikut sistem mata. pe pe pun, aku sangat enjoy main hari tue. sekarang ni dah rindu nak main bola tampar. *sedih*

hari sabtu tue aku balik rumah. MasyaAllah! betapa aku rindu dengan family! rindu dengan umi, abah, iman, kak long and the rest. rindu dengan suasana rumah yang riuh rendah tue. kakak aku yang kat negeri keropok lekor tu pun balik. hehe. so kira lengkap la even sorang dah takde. aku balik pun sebab dah nak exam, minta berkat umi abah. abah kene pergi Ipoh dari semalam sampai rabu. bila balik tu pun tak banyak borak dengan abah coz abah busy. tapi tak pe, dapat tengok muka abah secara live pun dah syukur. *senyum* layan kerenah adik2 aku memang tak pernah habis. iman la especially. *senyum* dengar citer kakak aku pasal usrah dia, pasal benda kat unisza buat aku happy. sungguh! *ikhlas* aku baru perasan, bila aku ada dengan family aku, aku boleh jadi diri sendiri. aku boleh bermanja dengan umi n abah. aku boleh bermanja dengan kak long and kak ya. boleh jadi kakak yang perangai macam budak2 bila menari chicken dance dgn iman dan ayu. boleh jadi kaunselor bila kakak aku citer pasal sesuatu and mintak pendapat. boleh jadi contoh untuk anak dara yang paling pemalas bab2 masuk dapur. boleh tido berjam2 lepas tu kene ceramah sebab bangun lambat dengan umi. i can be myself. pernah sekali aku down sangat2 dan aku tak tahu nak rant kat sapa. out of blue, kak long called cakap dia nak amik. Ya Allah! time tu bersyukur sangat2. bila aku ada dengan family, aku tak payah cerita apa masalah aku. tengok diorang happy, aku pun happy. *ikhlas+senyum*

study week. aku ada 4 paper yang next week. ni jadual aku.
9 November   : Organic chemistry
10 November : Microbiology 1
                       : Titas
11 November : Cell & developmental biology
20 November : General physics

setakat ni satu habuk pun aku tak baca lagi. =.='
tak boleh jadi ni. KENE RAJIN!! ye betul! kene rajin! aku dah buat study plan dah untuk study week ni. insyaAllah, kalau aku follow study plan tue no hal punye. insyaAllah.

dari semalam dah rasa tak sihat. harap sangat aku tak demam. ubat pak cik donut tu bagi tak habis lagi. dah makan ubat okay kot. amin.

Gambate mira!

Fighting!

Have faith,
May Allah bless,
Salam alaik.

Friday, October 29, 2010

Quote

salam alaik.

bila saja singgah deviant art tadi ada terjumpa satu quote yang best.

Some people are alive because its illegal to kill them
haha. aku suka quote ni. *senyum*




Have faith,
May Allah bless,
Salam alaik.


Thursday, October 28, 2010

Kamu

HE knows the best. Trust HIM.


Jangan lagha ye! :)



Have faith,
May Allah bless,
Salam alaik.

Wednesday, October 27, 2010

Bulan

cahaya matahari menyinari bulan supaya bulan menyinari bumi. adakah aku juga begitu? ~Full moon by kovals in deviant art


What is Your Inner Self?

You hide your emotion sometimes. (sometimes? aku rasa macam selalu je. huhu).
You are a moon type of person. You tend to be the quiet type or in contrast, you are not happy but sometimes you act it out in order for you to not burden your friends with your problems.(bingo! wee~~ :p)
 You've faced some problems in your life. Your heart has been dealt blows before .(so true, siapa yang tak pernah?. but mostly, ramai yang tak tau, except for my family. they've seen it)
 You tend to think about things a lot more than other people, and you may get annoyed with people who act out without thinking about consequences. (betul betul betul *gaya upin ipin* . there's always have consequences of whatever things we've done)
You are also the type of person that others often come to with their problems because you've been through plenty, and you are very understanding.(hmmm...)
 Though you sometimes feel lonely, your demeanor is usually chill, and relaxed.( i ENJOY loneliness. feel content with it. *ikhlas* )
 You usually are logical, and rely a lot on facts and information on decisions.(fa said, aku letakkan rasional di depan berbanding emotional.)
 You often keep things to yourself. (mostly, yes) 
This is just one side of you, and you have different faces in different situations and environments, just like the moon has phases. (indigo singging! :P)
Thanks for taking this quiz, I hope you enjoyed it (thanks for helping me out. :) )

Bila Sakit..

salam alaik.

nampaknya hari ni aku kene hujan lagi. termasuk hari ini dah 5 hari aku kena hujan. asal nak baik je kene hujan. asal hujan je nak baik. (gaya fa). :P

salah satu perkara yang paling aku tak senang time demam ni, SELESEMA! Rabbi! ni yang paling aku tak tahan.  lagi2 kalau dalam kelas. Sekali tarik tu satu kelas dengar. Ganggu orang lain nak fokus dalam kelas satu hal, aku sakit hidung satu hal. aku nak fokus pun satu hal. *sigh*

lately baru aku perasan satu benda. kebiasaanya aku akan demam bila aku ada masalah atau tension. Macam kes dengan coursemate hari tu, aku demam malam tu lepas ym dengan budak tu. ym je pun! =.=''

bak kata Fa, aku ni dah macam Halmie la pulak. Halmie ni akan muntah2 or tak sihat jugak kalau dia ada masalah. Betul la kitorang ni kembar terbalik. *sigh*

dan lagi satu pasal demam ni. tidur punyer la awal, bangun lambat giler! macam hari tu. Alhamdulillah sempat bangun, kalau tak hangus je class pagi tu. badan betul2 nak kene rehat agaknya. tu la, dragged badan tu lama sangat. simpan lama2 biar jadi pekasam. diri sendiri juga yang merana. padan muka! <- nota kepada diri sendiri.

SYAFAKILLAH amira!


exam around the corner. demam demam. =.='