Monday, March 30, 2009

haishh..

Aku dengan Farhan tengah makan tengah hari waktu dia Tanya aku benda yang aku sendiri tak pasti. Aku dan Sofea. How I can be sure if I can’t be sure myself? Damn!

“Ade ape2 yang kau nak kongsi ngan aku ke?”lain macam jer bunyi soklan mamat ni. Pandang aku macam nak telan. Aku bukan subject chemistry kau yang kau kena telaah sampai nak tebus buku rujukan kau tu. Aku hembuskan nafas berat. Memang aku tak boleh sembunyikan apa-apa dari Farhan. He knows me as well I know him.

“Entahlah.Aku pun tak pasti”

“Sofea?” memang sah tak ada apa-apa yang aku boleh sorok dari dia.

Aku dah tak tahu nak cakap apa.

“ Love at the first sight huh.” Farhan senyum segaris.. Bukan senyum mengejek. Tapi senyum yang sedap dipandang. Dia faham.

Aku hampir tersedak. Love? Am I?

Farhan mula mengimbas reaksi aku macam scanner hp kat umah dia. Ni mula lar nak jadi kan aku bahan uji kaji dia. Aku tengah fikir kejap lagi chemical apa pulak yang dia offer aku.

“ No chemical involve.” Farhan senyum sarkastik dia tu. U got me bro!

“ Dah r. Nak masuk zohor dah ni. Surau jom.” Aku malas nak dengar dan fikir benda yang aku sendiri tak pasti.

Love?

Me?

Sofea?

Is it possible?
…………………………………………………………………………………………………………………………………………...............................

Aku termenung jauh. Aku jatuh cinta ke ni? Cinta? Aku tergelak. Cinta bukan sesuatu yang aku nak sangat fikir. Banyak ragam manusia time bercinta aku pernah dengar. Romeo and Juliet.Edward and Bella, Elizabeth Bennet and Mr.Darcy. Cinta kawan rumah sebelah aku. Macam-macam aku pernah dengar. Cerita cinta parents aku pun aku pernah dengar berjam-jam lame nyer aku duduk bertapa depan ayah dan mak dengar diorang bercerita kisah cinta agung diorang tu. Hehehe. Bukan aku tak pernah terfikir macam mana kalau aku jatuh cinta satu hari nanti. Aku tahu manusia dilahirkan berpasangan dan aku ada pasangan sendiri satu hari nanti. Itu aku tak nafikan sama sekali. Tapi dalam usia aku yang tergolong dalam kelompok bawah umur ni, aku tak rasa cinta termasuk dalam kelompok benda yang penting. Tapi bila aku dah jumpa Sofea. Ya Sofea. Argh! Kenapa kau Sofea? Apa yang istimewa sangat tentang kau?. Penampilan biasa jer. Nak kata lawa macam Jessica Alba tak lah jugak. Sweet tu ada..Hehe. Perwatakan?. Ni tak payah citer lar. Pendiam tu tak payah cakap. Kalau orang tak Tanya, tak de lah cakap apa2. She looks. Looks like. Em. Empty!. Yes that’s the word. Macam tak ada perasaan. Kalau aku buat lawak pun, paling maksimum yang aku pernah Nampak, dia senyum padahal orang lain dah gelak putus duodenum dah.

Pelik. Walaupun perangai dia macam tu, aku masih nak kenal dengan dia. Tak. Bukan setakat kenal. Aku nak berkawan dengan dia. Aku nak tahu pasal diri dia, Mungkin sebab sebelum aku belum jumpa lagi kot homosapien spesis dia. Yelah. Aku banyak kawan dengan homosapien yang gila2 sikit. Pituitary glands terlebih rembeskan hormone kot. Hehe. Sofea?. Pituitary glands dia tak berfungsi ker?.

Aku mengeluh.

Hari ni hari terakhir kem. Hari terakhir aku jumpa dia. Mungkin. Aku tak tahu nak buat apa. Tiba-tiba aku rasa satu tepukan halilintang kat belakang aku. Ni mesti tak lain tak bukan mamat promote bahan kimia. Farhan!

“Kau dah plan nak cakap apa dengan dia nanti?. Riak wajah Farhan bagaikan dia mengerti apa yang tengah tepu kat otak aku ni. Memang sahabat dunia akhirat aku. Sejak aku lahir lagi aku dah kenal dia. Jiran sebelah rumah la katakan. Dari aku keluar dari rahim mak aku sampai la saat dan ketika ni. Aku boleh cerita apa saja kat dia. Baik dari segi hobi samapailah benda ni. Kitorang dah macam kembar dah.

“ Entah”..aku lepaskan satu keluhan yang berat. Memang berat!

“ Kau nak aku tolong?” Farhan memegang bahu aku. Tanda sokongan mata dia pandang aku penuh simpati. Simpati dengan perangai aku yang tak tentu buat pertama kalinya!.Aku tak pernah tak pasti dalam sesuatu perkara yang aku buat. Ni lah satu-satu benda yang aku tak pasti. Sofea!

“ Kau nak tolong aku buat apa?” aku sendiri tak pasti nak buat apa apatah lagi Farhan. Aku yang rasakan benda ni. Aku buntu!

“ Aku leh tolong cari nombor telefon dia” Farhan dah mula wat senyuman buaya darat dia tu. Nyampah aku!

“ Ek?.Camna kau nak dapat?” minat aku mula dipancing oleh Farhan.

“Adalah. Kalau aku dapat, aku tak mintak lain. Aku mintak kau belanja aku makan selama sebulan.” Farhan gelak besar. Kurang punyer kawan..

“ Tolong tak ikhlas bek tak payah!.” Pendek aku jawab. Kot yer pun agak2 lah sikit. Sebulan?. Kau ingat aku ada buat tender ngan Tan Sri Zeti ker nak dapat duit?. Banyak cantik!

“Hahaha..Aku main-main jelah. I’l see what I can do.” Farhan mula mengatur langkah. Aku menghantar langkah kaki Farhan dengan penuh harapan..Good Luck!

Thursday, March 12, 2009

ek?

“erm..thanks coz tolong saya tadi..” lembut bicara Sofea mengetuk gegendang telinga aku..Suara yang aku nak dengar sejak petang tadi..Suara yang aku rindu nak dengar walau macam mana kasar pun dia cakap..aku nak dengar…

“your most welcome..”

Penat aku jawab dengan Abang Hakim tadi..yelah tengah orang sibuk angkat makanan untuk minum petang..aku plak sibuk angkat anak dara orang..Mau tak tercengang Abang Hakim tadi..Jenuh aku explained kat dowang..Seb bek lah dowang leh accept aku nyer alasan..ape? dowang ingat aku suke2 angkat anak dara owang..?Aku pun de banyak keje lain nak buat tau..

“tapi kenapa awak pengsan tadi?”ni soklan yang aku nak Tanya sesangat…mau gelabah aku tadi..aku ngah elok2 cari klu..boleh plak die terbaring kat atas lantai tue..dah lepas explained kat Abang Hakim..aku plak yang kena Tanya kenapa die pengsan..mana plak lar aku tau…ingat die ada bagitau aku ker kenapa dia pengsan sebelum die pengsan..

Aku leh Nampak dari riak muka die…die tak nak cakap..or..nak lebih specific lagi..die malas nak citer…

“tak cukup tido..” pendek Sofea membalas..

“erm..ok lar..saya tegur ni pun just nak say thanks..gerak dulu..” Sofea mula mengatur langkah…

“Eh cepat nyer!..duduklah dulu…borak-borak jap ngan saya..”

Langkah Sofea terhenti..dia berpusing menghadap aku..

“Kejap lagi LDK nak start.saya tak nak kena ceramah lagi ngan Farhan pasal nak selamatkan tebusan Guantanamo..” dia senyum segaris..sweet!

Aku tergelak..aku bangun dan berjalan menuju ke arah Sofea…aku boleh rasakan jantung aku macam nak tercabut..aku meletakkan tangan aku kat jantung aku..safety precaution kot2 melompat keluar jantung aku ni..aku tergelak…

Dahi Sofea berkerut…

“Do I get to hear the jokes?”

Aku senyum segaris..“tak de pape..just teringat muka Farhan time dia murah hati nak bagi saya makan potassium manganate tadi..” liar..

Muka Sofea tak beriak..Dia Cuma cakap..“oh”..

“If you don’t mind..can I escort you?”

“no thanks..” Sofea berpaling dan berjalan menuju ke dalam dewan…

Aku tak tau kenapa..kenapa aku harap dia berhenti dan pandang aku even for a while..kenapa aku harap dia senyum kat aku…lama aku tercegat kat situ sebelum aku dengar Farhan dah membebel dengan promosi ethanol dengan bunsen burner die tu..

Friday, February 27, 2009

KFC HARAM!!

Keluar dalam berita TV1 tadi President JCorp TS Hashim Ali berkata KFC Malaysia hanya menyumbang 6% drpd pendapatannya (kasar atau bersih?) kepada Yummy! Brands, Amerika Sykt. Katanya sikit saja tak banyak. Kalau pendapatan kasar KFC Msia RM800 juta setahun bermakna sumbangannya RM800juta X 6%=RM48 juta setahun. RM48 juta setahun untuk Israel tu sikit ker?Cukup untuk beli sebuah tank merkava dan peluru howitzer yg digunakan untuk tembak rumah2 rakyat Palestine di Gaza.
Artikel ini kiriman email dari kawan saya:-
"Subject: KFC - Haram dimakan... wallahualam. ...

Persoalannya sekarang bukan ini sahaja (fizikal) yang menentukan halal
atau haram sesuatu makanan itu diperbuat contohnya daging
babi...sememangnya haram. Persoalannya ialah cara penyediaan sesuatu
makanan itu dibuat.
Saya ambil satu contoh, semasa saya menghadiri satu kuliah ilmu, Ustaz
Daud Che Ngah
ada menceritakan Kes KFC.. Begini ceritanya:
Pihak KFC bercadang hendak memberi makanan percuma berupakan ayam goreng
KFC kepada jemaah haji Malaysia yang sedang menunggu giliran sebelum
untuk diangkut dari Kelana Jaya ke Subang/KLIA. Maka Boss Ustaz Daud
menyuruh beliau menyiasat cara penyediaan ayam itu dibuat dan memberikan
laporan kepadanya sama ada boleh atau tidak mengikut
syarak.
Pusat Penyembelihan ayam KFC dibuka dan ia dimulakan seawal jam 6.00
pagi.. Ustaz Daud mengambil keputusan untuk sembahyang Subuh berdekatan
dengan pusat tersebut. Selesai solat subuh kedengaran siren dibunyikan
menanda pekerja KFC mesti memulakan tugas memyembelih ayam. Para pekerja
yang duduk berhampiran dengan pusat penyembelihan/ hostel muda-muda
terus memakai pakaian seragam mereka dan terus membuat kerja. Satu
persatu ayam digantung dengan kaki keatas dan sayap dikepit. Ayam
dipotong dan seterusnya dijatuhkan dalam air suam.
Dalam laporan Ustaz Daud Che Ngah kepada Bossnya beliau mengatakan KFC
tidak boleh dimakan dan dihidangkan kepada jemaah haji kerana:

a. Sewaktu sembahyang subuh, tiada seorang pun tukang sembelih yang
menunaikan solat subuh

b. Ayam yang disembelih tidak mati/dibiarkan bebas tetapi terus
dijatuhkan dalam air panas/letrik

c. Ayam tersebut berada dalam
keadaan terseksa dengan kedua kaki (yang
terbalik) kepak terikat.

Oleh yang demikian maka Ayam tersebut tidak boleh dimakan. Oleh kerana
ianya telah disahkan oleh JAKIM maka dosa itu depa yang tanggung.. Kita
cuma perlu berhenti memakan KFC. Saya sejak dengar tempoh hari tidak
makan KFC Insyallah dan wallahualam.



Ini cerita pengalaman seorang hamba Allah di kampung aku la. Recently
seorang hamba Allah di kampung aku ni dapat offer masuk KFC/Pizza Hut
management trainee. Lepas buat medical checkup, etc, maka berangkatlah
dia ke KFC training center kat Kelana Jaya. Khabarnya dia diberi
penginapan kat Sentul. So tiap2 hari kenalah dia berulang ke Kelana Jaya
untuk training session dia... Sepanjang waktu latihan, beliau diberi
subsidi makan dan uniform serta penginapan percuma. Selepas beberapa
bulan, satu hari dia ke kilang para pelanggan KFC.

Di kilang inilah dia tengok sesuatu yang meragukan.

Diperhatikannya ayam2 tu disembelih oleh tiga orang penyembelih dan dua
daripadanya ialah perempuan. Perempuan sembelih ayam? Hmmm....macamana
tu?.. Bukannya keadaan tengah darurat pun...

Kemudian diperhatikannya pula ayam2 (dari kotak tetapi ada seekor dua
yang tak bergerak langsung dan tak nampak aktif.

Maka ditanya pada orang yang menggantung ayam tentang ayam2 tersebut. Pekerja tu memberitahu bahawa adakalanya ayam2 itu mati dalam perjalanan kerana kesejukan
sewaktu perjalanan waktu malam atau keadaan sesak di dalam kotak plastik
itu sendiri
.


Sudah Mati, ianya masih digantung untuk masuk ke ruang penyembelihan. . Ayam yang sudah mati disembelih? Bangkai? Disembelih? Halal? Sekali lagi, hmmm....macamana tu?

Akibat daripada timbulnya rasa was2 yang berat, hamba Allah ini telah mengambil keputusan untuk berhenti menjalani latihan dan sekaligus menamatkan perkhidmatannya dengan KFC.

Maka pulanglah hamba Allah kita dapat tengok anggota yang menjadi ahli dalam menguruskan soal halalnya makanan yang dijual dan bagaimana badan ini memastikan semua hidangan di
KFC dan Pizza jikalau cerita hamba Allah ni salah.

Kalau betul, maknanya tanda ditanggung halal di premis KFC dan Pizza Hut boleh dianggap palsu dan hanya untuk menarik pelanggan beragama Islam.

Ada seorang ustaz menceritakan bahawa seorang saudaranya dapat kerja sebagai penyembelih diKFC. Tak sampai seminggu dia resign kerana tak sanggup menanggung dosa bagi orang makan bangkai. Ayam yang terikat seperti diatas berpusing boleh tahan lajunya ( kerana nak sembelih banyak ) dia hanya sempat sebut " bis " saja untuk setiap ekor yg disembelih, lepas tu rendam, matilah ayam tu dalam kelemasan.

**Setiap apa yg kita makan akan menjadi darah daging, sepotong hadis
nabi menyebut, mafhumnya, " setiap daging dari sumber yg haram akan menjadi makanan api neraka " .

MAKA BERHATI - HATILAH DGN APA YG KITA MAKAN SEMOGA KITA TERSELAMAT
DARI API NERAKA YG MAHA DAHSYAT.
Wassalam.."

Tuesday, February 24, 2009

Tak Kenal Maka Tak Benci...

Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam. Iblis Azazil nekad untuk menjadi penderhaka, lalu dia meminta supaya Allah s.w.t. panjangkan umurnya hingga ke hari kiamat iaitu selagi wujudnya manusia.

Dia (Iblis) berkata(Al-Israk:62):
“Terangkan kepadaku inikah orang yang Engkau muliakan atas diriku? Sesungguhnya jika Engkau memberi tangguh kepadaku sampai hari kiamat, nescaya benar-benar akan aku sesatkan keturunannya, kecuali sebahagian kecil.” Permintaannya diperkenankan. Allah s.w.t. murka kepada syaitan laknatullah di atas sifatnya yang sombong, degil dan dengki.

Firman Allah:
“Pergilah, siapa di antara mereka yang mengikuti kamu maka sesungguhnya neraka jahanam adalah balasanmu semua, sebagai suatu pembalasan yang cukup.”

Lalu Iblis Azazil dihalau dari syurga.

Allah berfirman (Shaad:77-78):
“Kalau demikian, keluarlah engkau dari syurga, kerana sesungguhnya engkau adalah makhluk yang direjam. Dan sesungguhnya engkau ditimpa laknat-Ku terus menerus hingga ke hari kiamat.

Alam syaitan yang ghaib itu berpusat di empayar Iblis. Iblis laknatullah mengetuai kerajaannya selaku maharaja hingga ke hari kiamat. Ianya tiada pilihanraya di mana ada syaitan yang mencabar kerusinya. Iblis duduk di singgahsana memberi arahan dan terima laporan daripada syaitan yang berkhidmat untuknya, persis seorang presiden sebuah negara. Iblis mempunyai barisan menteri kanan yang setiap satunya mempunyai kerajaan tersendiri yang bernaung di bawah empayar Iblis.
Lima menteri kanan itu terdiri daripada anak-anaknya sendiri. Mari kita mengenali menteri-menteri ini:
1. Dasim
Malaun ini dikatakan anak emas Iblis laknatullah. Kenapa? Dasim serta seluruh rakyat kerajaannya berperanan memutuskan ikatan perkahwinan. Iblis sangat benci, berang dan dengki setiap kali ijab kabul dilafazkan. Si laknat ini tidak mengenal erti putus asa dalam menimbulkan rasa benci dan marah antara suami isteri. Apabila lafaz talak dijatuhkan, maka itulah kemuncak kegemilangan bagi kerajaan Dasim yang terkutuk.

2. Al-A’war
Membentuk dan memudahkan laluan zina dan keruntuhan moral ialah tugas kementerian si durjana ini. Gembiralah Iblis apabila zina berleluasa dan lahir anak-anak luar nikah, kerana itu petanda keturunan Adam pincang.

3. Maswath
Anak Iblis yang satunya ini merupakan pakar jurusan menipu. Dia dan pengikutnya sentiasa membisikkan fitnah, khabar angin dan penipuan sehingga tersebar luas dalam kelompok manusia. Permusuhan dan sangka buruk sesama manusia merupakan matlamat hidupnya.

4. Zalnabur
Si terkutuk ini pula dan kakitangannya berkeliaran menghasut manusia hingga tercetusnya caci-maki, pertengkaran dan pembunuhan. Pusat operasinya adalah di tempat-tempat tumpuan orang ramai, seperti di pasar atau shopping mall.

5. Tsaba
Geng syaitan ini memburu orang yang ditimpa musibah atau masalah. Mangsa banjir, mangsa tanah runtuh, mangsa rogol mahupun mereka yang kematian orang tersayang termasuk dalam senarai ‘most wanted’ Tsaba. Mempraktikkan strategi yang menimbulkan buruk sangka terhadap Allah, manusia yang terpedaya akan mengeluh atas takdir diri dan menyalahkan Allah s.w.t. atas semua yang terjadi.

Tidak ada yang terlepas dari gangguan syaitan kecuali mereka yang dilindungi Allah s.w.t. Sebenarnya sejak dilahirkan, setiap bayi ditemani seekor syaitan bernama ‘qarin’ (syaitan ini umpama ‘baby sitter’ berbanding syaitan-syaitan lain yang mempunyai tugas tersendiri). Hanya selepas nyawa terpisah dari badan, tugas ‘qarin’ dikira beres.

Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Setiap anak Adam pasti akan ditusuk di bahagian tepi (badannya) dengan jari-jarinya (Iblis) ketika dilahirkan, melainkan Isa bin Maryam sahaja. Iblis telah cuba melakukan tusukan tetapi tusukannya telah terhalang”.
(Riwayat Al-Bukhari daripada Abu Hurairah r.a.)


Tak Sangka..

"Sofea..cepatlah cari...kita dah lambat ni..semua dah pergi.."rungut Hafiz...leh lak die tegak wat gaya Tugu Negara kat situ

Mamat ni tak sabar2 lar..tengah cari ar ni..habis die ingat aku tengah wat ape...catwalk show for Tyra Bank ker?...banyak cakap aku balik jer kang...nyampah!

Hafiz masih lagi mencari-cari petunjuk untuk klu yang seterusnyer...Ni mane lak klu ni...pe kes plak susah sangat nak jumpa ni..men cak-cak ker...?...Si Sofea ni pun entah cari ke tak ni...

Ni pe sal plak aku rasa cam nak pitam lak ni....rilek2 Fea...kejap jer lagi....rilek2...task blom habis ni...kot ye pun nak pengsan lepas habis task lar...cool Fea..tahan...

Ni mana lak Sofea ni..senyap jer...jangan-jangan dia dah cabut dulu tak...?..jangan bikin aku panas...Hafiz mengatur langkah mencari Sofea..

"Sofea..Sofea..mana lak minah ni...nyusahkan betul lar...klu tak jumpa dia plak yang hilang.." bebel Hafiz...

Langkah Hafiz terhenti bila dia nampak sekujur tubuh di atas lantai...Aku cam kenal jer baju tue..Tue bukan ker baju....alamak!!

"oi Sofea...Oi...!..bangun2..ko jangan nak wat aku cuak..bangun r.." Hafiz mula panik melihat tubuh tu tetap kaku..

Camne nak wat ni...dahlah tak de orang ni...nak mintak tolong saper....Aduh!minah ni pun klu nak pengsan pun..sabar2 ar dlu...tunggu lepas habis task ker...magnesium carbonate lar ko ni Hafiz..ilmu biologi mane ko pakai yg pengsan ni leh tahan2..ko ingat ade lampu isyarat ke nerve system kat badan budak tue...

Hafiz garu kepala yang tak gatal...dah tau tak gatal lagi mau garu...eh! aku nyer suke lar..kepala aku..!..Argh!!camne nak wat ni...gasak jelar...

Friday, February 20, 2009

Finally...

akhirnya..hajat aku tercapai jugak...
not dat 'hajat' ok...
dun get me wrong...
hehehe..
buku yg aku mmg nk beli...
setelah sekian lame..
or...
berabad lamenyer....
aku beli jugak.....
perasaan aku?...MySpace
aku rasa...MySpace
aku pun rasa....MySpace
my adrenalin also secrete....MySpace
my pituitary glands also stimulate...MySpace
hehehe...

my comp test for my driving lisence...?MySpace
aku rasa nak jerit....
aku raser terharu....MySpace
the test...





is not TODAY!!!!!!!!!!

yehhaaaaa!!!!!!


Yiiiipppppppeeeee!!!!!!!!!!!!!

hehehehe.....

org tue cam tau2 jer aku tak baca buku....

kikikiki...MySpace

k la guys n gals...

got to go lar....

salam...


bye....MySpace

Thursday, February 19, 2009

titk permulaan..

"Ok..sekarang saya akan bahagikan partner masing2...Anis n Maria..Syafiq n Haikal..Adam n me..eh..ni cam tak cukup jer..Haa! hafiz ngan Sofea mana?" soal Farhan kepada ahli kumpulannya..Sebagai seorang ketua dia perlu memastikan ahlinya cukup..

Hafiz ni kan..memang nak rasa makan kasut superstar saiz 7 lar..mentang2 aku ketua..sesuka dia jer nak ponteng.agak2 r cket...memang nak kena ceramah btol mamat sorang ni..

" Maaf saya lambat..pegi toilet tadi.." Sofea memberitahu kepada Farhan dan ahli kumpulan yang len..

" Sorry i'm late...pegi wat saham tadi.." selamba muka Hafiz berbicara..

" Korang ni kot ye pun nak g toilet ke wat saham ke...de misi selamatkan tebusan Guantanamo ker..bagi ar tau dulu..ni tak...men cabut jer.." bebel Farhan..

"Ala rilek r...task belum mula lagi kan...tak lari ke mana pun task tue..p tak tau lar klu sampul tue de wings..." Hafiz gelak....begitu juge ahli yang len...

" Banyak r ko...group kite jer yang tak cukup ahli ko tau tak?"balas Farhan...

" Ko tanyer aku ker?...klu ko tanyer aku..memang aku tak tau...tapi disebabkan ko dah bagi tau aku 2 saat yang lalu..aku tau.." Hafiz wat lawak charles Chaplin yg memang tak lawak lansung di cochlea Farhan...

" Ko ni memang nak makan magnesium manganate ker...klu ko nak aku bagi free...bpe kati ko nak?.." Farhan mula serious melayan kerenah sahabat baik nya itu semenjak dalam rahim ibu lagi..eh?

"Yela yela...not a word anymore..bro.." Hafiz mula mengalah...mamat ni hati nipis tol lar...lawak cket pun tak leh...hampeh!

" That's better dude..!" Farhan melukis senyum segaris..

" Ok..memandangkan sume dah de partner except for both of u...terpaksalah korang jadi partner..." Farhan memandang Hafiz dan Sofea...

Hafiz berpaling mencari muka Sofea...Aku partner ngan dia?..adakah ini dinamakan jodoh?...

Sofea memandang Hafiz...BALA!!...pituitary glands Sofea mula merembes hormon adrenalin nyer ke tahap maximum..!

"So...camne?.." Farhan bertanya..ni apehal lak budak dua orang ni...nampak macam nak perang jer...

" Aku no hal.." Hafiz menjawab..

Sofea menjadi buntu...kenapa lar mamat ni lagi...aku same group ngan dia pun dah cukup malang...ni jadi partner dia pulak...bala btol lar...ni klu aku wat alasan aku de penyakit fobia ngan lelaki..agak2 Farhan ni caye tak?...mende plak lak ko ni Fea...klu ko fobia ngan lelaki..camne ko ok jer diri sebelah Farhan ni...aku fobia ngan mamat sarcastic tue jer....aduh nak wat camne ni...

ARRGGGGHHHHH!!!jerit Sofea dalam hati...

"Sofea?" Farhan memanggil...

"Aiyai sir.." lemah Sofea menjawab...malang+bala=?...

" settle then.."Farhan membalas..

" ok..dah nak start ni..sume dah de klu masing2 kan?...gud luck..."Farhan memberi tazkirah selama 2 saat...

Ready...set...Goooo!!

to b continued...