Sunday, December 5, 2010

Mencari Matahari (Bab 2)

Dia melihat dirinya di cermin panjang. Lengkap berpakaian seragam sekolah. Berbaju kurung putih, bertudung dan kain berwarna biru muda. Dia membetulkan lipat kain baju kurung. Tudung dibetulkan. Should be enough for first day at new school. Macam manalah sekolah baru aku ini? Budak – budaknya macammana? What else can you expect form cluster school? Kaya. All those girly stuff. Student hierarchy. Itu dah macam cerita Jepunlah pulak. Dia menggeleng kepala seakan cuba membuang jauh fikiran tadi. Dia menghela nafas. Dicapai beg sekolah dari jenama Quiksilver.

Document pindah sekolah? Checked.

Ubat? Ada.

Choclate? Checked.

Setelah dirasa lengkap, dia turun ke dapur. Beg sekolah diletak di atas kaunter. Pintu peti ais dibuka. Jus oren Sunkist , epal hijau dan merah di capai. Jus dan epal hijau dimasukkan ke dalam beg. Sugar supply. Pengsan aku kat sekolah nanti siapa nak tanggung? Dia melontar pandangan ke luar tingkap. Halaman rumahnya menyapa pandangan. Embun pagi singgah di permukaan daun menandakan malam tadi sejuk. Tingkap dapur di buka. Angin pagi lembut terasa menyentuh deria rasanya. Dia menghirup nafas segar sedalam – dalamnya. Langkah di atur menuju ke sinki.

Epal merah di basuh. Kopi daviddoff dibancuh. Semerbak aroma kopi itu memenuhi ruang dapur. Epal merah dicapai dan dikunyah. Matanya merenung kosong meja kaunter. Rasa manis epal bagaikan tidakk terasa. Deria rasanya bagaikan tidak berfungsi. Dia mencuba sedaya upaya untuk menahan rasa itu. Rasa yang belum lagi mampu ditewaskan. Rasa yang sering membuat dia berusaha untuk bernafas. Rasa yang hadir sejak peristiwa itu.

Buzz! Buzz! Buzz!

Dia tersentak. Kunyahannya terhenti.  I – matenya bergetar. Menandakan ada panggilan masuk. Lambat dia mencapai beg sekolahnya. I – mate masih bergetar. Telefon dipegang. Sekilas dia memandang caller id. Tanpa sedar,  senyuman terukir di bibir. Nak monitor akulah ni. Touch screen itu disentuh.  Butang speaker ditekan. I – mate dibiarkan dia atas kaunter.

“ Hello” datar suaranya menjawab panggilan.

“Holla! Kau dah siap dah?” ceria suara di sebelah sana menjawab.

“ Dah. Tengah breakfast” kopi dihirup. Aroma kopi kegemarnnya bagaikan mengejutkan saraf – saraf otaknya dari tidur. Terasa segar sikit.

“ oh. Aku dah on the way ke sekolah ni. Kau nak gerak pukul berapa?”  suara disebelah sana bertanya lagi. Nafas sahabatnya itu agak laju. Ini mesti tengah pakai stoking ni. Perangai tak berubah dari kecil!

“ dalam pukul 8 rasanya. I don’t feel like I wanna join the assembly” senyuman nakal terukir dibibirnya. Sengaja mengusik Amna.

“chait! Kenapa kau mesti meingatkan aku tentang perkara yang paling aku tak suka pagi – pagi isnin ni? 
Kacau mood aku saja kau ni” suara Amna kedengaran marah-ala-merajuk.

“aku memang suka kacau kau pagi hari isnin. Suck it up” ketawa ditahan. Kut mahu kena cubit dengan che Amna nanti, free je. Namun senyuman masih tak lekang dari bibirnya.

“ keji. Wei, ok lah. Aku dah sampai sekolah ni. Enjoy your first day at school, dear. Bye”

“ sure do. Bye” i – mate diletak kembali ke dalam beg. Dia merenung mug kopinya

 Enjoy my first day at school? Right.

***

7.50 am. Mini coopernya di parkir bersebelahan dengan bus stop. Dia memandang sekeliling. Sign board sekolah dipandang. Hm. Betullah ni. Mini coopernya bergerak melepasi pintu pagar sekolah cluster itu. Dia berlegar mencari tempat letak kereta yang masih kosong dan jumpa. Kereta diberhentikan. Handbreak ditarik. Enjin di matikan. Kunci ditarik keluar dari tempatnya. Dia memandang jam lagi. 7.55 pagi. Beg dicapai dari tempat duduk sebelah pemandu. pintu kereta ditolak.

Dia berdiri disebelah keretanya. Dia memandang sekeliling. Sinaran matahari menyilaukan pandangnya. Tangan kiri diangkat menghalang cahaya matahari. Sekolah ini ada 3 bangunan kelas,  1 bangunan amali, 1 kantin dan 1 dewan besar dan juga padang. Di kanannya, mungkin bangunan yang menempatkan kelas kerana ramai pelajar – pelajar yang duduk menebeng kat luar kelas. Ada yang berborak. Ada yang dok mengintai kelas yang bertentangan dengan mereka. Ada yang dok buat pelancaran roket dari tingkat paling atas pun ada! Keningnya terangkat sebelah. Ini ke namanya sekolah cluster? Masalah jugak kalau budak – budak terlebih bijak. Dia memandang ke kirinya pula. Di kirinya pula, kantin yang kelihatan macam cafeteria dengan susunan dan bentuk meja dan kerusi yang kontemporari. Ini kantin ke restoran? Where is the feeling of institution?

Pelajar – pelajar dilihatnya beratur menuju ke kelas masing – masing. Dah habis assembly rasanya. Tidak kurang juga ada pelajar yang melihat ke arahnya. Mungkin pelik melihat seorang pelajar perempuan berbaju kurung macam mereka juga berdiri disebelah mini cooper di tempat letak kereta yang sepatutnya bergerak menuju ke kelas kerana P&P akan bermula tak lama lagi. Dia hanya menghiraukan pandangan pelik pelajar – pelajar itu. Dia terus bergerak menuju ke tangga paling dekat. Destinasi pertama? Pejabat sekolah.

 Sampai di depan pintu pejabat, dia menarik nafas panjang. This is it, Fea. Pintu pejabat ditolak.

Bukk!

Dia terundur ke belakang. Tangan kanannya terasa sebal. Automatik tangan kiri mengurut tempat yang sebal itu. Aduh! Benda apa yang langgar aku ni? Gajah ke?

“uh. Sorry. Really sorry. Are you okay?” suara itu cuak bertanya. Dia memandang lelaki yang di depannya. Ek?

“ s’okay. Happens all the time. “ tangan kirinya masih mengurut tangan kanannya. This is surely not gajah.  Dia memandang lelaki itu atas bawah. Dia ni bukan ke yang buat pelancaran roket tadi? Badan tak adalah besar. Keping lagi ada lah. Di tangan kanan lelaki itu ada file. Patutlah pun! Aku kena bucu file dia! Sakit tau tak!

“are you sure? You don’t look okay” dia menunjuk ke arah tangan kanan aku. Tangan kiri aku masih mengurut tangan kanan aku.  Muka dia nampak risau. Sakit la bro.

“ yeah. Will you excuse me ” aku bergerak meninggalkan lelaki itu. Menuju ke meja receptionist. Pagi – pagi lagi dah accident. Haish.

“ Assalammualaikum. Ya. Ada apa?” ramah mak cik ini. Bertudung labuh warna pink cair dipadankan dengan jubah berwarna pink gelap. Di tudungnya terselit pin nama bertulis Aisyah. Mak cik ini namanya Aisyah rupanya. Mak cik tersenyum manis ke arah aku. Aku membalas senyuman mak cik ini dengan semanis mungkin. Walaupun aku tak pasti muka aku macammana masa itu.

“saya budak baru. Nak daftar masuk” aku menghulurkan envelope berwarna coklat kepada mak cik itu. Masih dengan senyuman.

“ Oh yes. Kejap ye” manis betul senyuman mak cik ini. Envelope coklat itu diambil dan dibuka. Dokumen – dokumen dikeluarkan. Mak cik itu meneliti dokumen – dokumen itu. Aku mengambil masa ini untuk melihat pejabat itu. Pejabat ini menerapkan konsep corporate contemporary dalam hiasannya. Meja receptionist ini dperbuat dari kayu jati berbentuk petak. Susunan pejabat kelihatan kemas. Gambar Yang Dipertuan Agung dan Permaisuri Agung digantung lebih tinggi berbanding gambar Perdana Menteri dan isterinya. Gambar Menteri Pelajaran Tinggi dan pengetua sekolah turut tergantung. Sekurang – kurangnya ada satu persamaan dengan sekolah – sekolah lain kat Malaysia ini.

“Here you go, dear. Ini borang yang awak perlukan serahkan to your class teacher. Yang lain – lain nanti, guru kelas awak akan terangkan kemudian” jelas mak cik ini sambil menyerahkan borang berwarna biru kepada aku. Mak cik ini masih dengan senyumannya.

 Aku hanya mengangguk. Kelas aku? “ kelas saya?”

“ 5 science 1. Awak nak saya panggil seorang budak untuk tunjukkan kelas awak or you feel comfortable finding it by yourself?”

“ by myself, please” dokumen – dokumen itu diinjing di tangan kirinya. Usai meneliti peta yang diberi oleh mak cik Aisyah. Dia melangkah keluar dan menuju ke tingkat atas bangunan di bahagian tengah di antara 3 bangunan ini.

***

5 science 1. Okay. Mana ke kelasnya ni pun. Kertas di tangan di teliti sekali lagi.

Bukk!

Dia terundur ke belakang. Habis berterabur envelope dan kertas yang mak cik tadi bagi. Itulah, Fea. Jalan tak tengok depan. Kan dah accident.

“ Sorry” dia memandang susuk tubuh dihadapannya. Lelaki yang dilanggar tadi tunduk memungut envelope dan kertasnya yang berterabur tadi. Lelaki itu berdiri.

Ek? Mamat roket terbang?

“ s’okay. Happens all the time.” Ujar lelaki itu sambil menghulurkan barang – barangnya. Lelaki itu sedang menahan senyum.

“ thanks” Itu bukan ayat aku ke tadi? Kertas yang mengandungi peta yang dilukis oleh mak cik tadi di telitinya lagi tanpa menghiraukan lelaki di hadapannya. Sepatutnya barisan ni jugak. Dia memandang pathway kelas di tingkat sekali. Dia terus berjalan. 5 science 1. 5 science 1. 5 science 1.

“ 5 science 1 is this way” suara itu betul – betul  pecah disebelahnya. Dia memandang ke sebelah kanannya. Mamat roket terbang? Keningnya aku terangkat.

Apekehal gaya mesra alam pulak mamat ini? Apa senyum – senyum? Lelaki itu masih dengan senyumananya.

“ hai, classmate” lelaki itu sudah melangkah ke dalam kelas. Dia memandang tanda di atas pintu kelas itu. 5 science 1.

Dia menarik nafas dalam – dalam. Go Fea! Borang berwarna biru itu diserahkan kepada guru kelasnya. Luckily enough cikgu yang mengajar sekarang memang guru kelasnya.

“so, you are our new classmate. Class, meet your new classmate” cikgu Faridah announce kat satu kelas. Satu kelas senyap. To be exact, since aku masuk tadi dah senyap.

“please introduce yourself, dear” cikgu Faridah menghadiahkan senyuman kepada aku. Aku membalas senyumannya dengan semanis mungkin. Macam aku senyum dekat mak cik tadi.

Aku menarik nafas. Muka aku compose seselamba mungkin. Dalam hati dah macam gedebuk gedebak. Now this is embarrassing. Satu kelas pandang! Muka aku dah terasa merah macam kena simbah dengan jus tomato ditambah dengan pewarna warna merah.

“ Hello everyone. I’m Miftahul Sofea”

***

update

Salam alaik.

Untuk cuti semester pertama ini. Aku akan jarang untuk update blog atau fb. Sebab? rumah aku tak ada internet connection dan aku takde broadband. Ini pun pinjam abah aku punya broadband. So, apa -apa yang penting. contact aku through phone saja. 

Cuti semester ini, aku ingatkan nak cari kerja. Aku ada minta kerja part-time dekat dakwah bookstore tapi tak dapat. sekarang ini aku hanya duduk rumah dan keluar sekali tak sekala. duduk rumah ini bukannya tak buat apa - apa. sekarang ini dah masuk zone mengikut peraturan umi aku. kalau dekat upm tu, takde orang dok marah sekarang ni? umi aku yang berkuat kuasa. wargh~~ sekarang ini pun dah kene start memasak balik. umi cakap dah ok dah. kena praktis sikit lagi biar biasa. to (masukkan nama disini), saya dah start belajar. *senyum*

sekarang ini aku dalam proses menyiapkan cerita Mungkin Ini TakdirNya. mungkin aku akan upload sikit - sikit dekat sini. Cerita ini originally aku buat lepas aku habis spm. and it has been years baru aku publish balik. kalau tak sebab adik aku, Iman Muazzin curah air kat laptop dulu. Mungkin cerita ini dah nak habis dah kot. sebab aku dah tulis banyak jugak dalam laptop tu tapi tak upload. disebabkan kemalasan dan tak ada idea nak menulis balik. jadi aku biarkan cerita tu tergendala sampai la aku cuti sem ini. 

dalam cuti sem ini jugaklah. ada jugak kenalan - kenalan blog yang dah start buat cerita sendiri. contohnya, macam kawan aku sorang ni. click here. siap tulis dalam english lagi tu! tabik la. 

 rasanya kat sini je dulu. any update. InsyaAllah aku update.

Have faith,
May Allah bless,
Salam alaik.

sakit kepala? syafakallah. 

Friday, December 3, 2010

Mencari Matahari (bab 1)

Dia duduk bersila di atas pankin halaman rumahnya bertemankan teh hijau yang dibuatnya sendiri. Sekilas dia memandang rumah itu. Rumah banglo dua tingkat berdekatan dengan rumah Amna ini dibelinya sendiri. Bercirikan konsep kontemporari, banglo itu berhadapan dengan taman dan stesen lrt. Suasana taman perumahannya itu cukup aman. Sistem keselamatan juga baik. Di sebelah kanannya, terbina sebuah kolam ikan.  Ikan – ikan berenang dengan bebas walaupun berbeza warna dan spesis.  Taman rumahnya itu bercirikan taman Jepun , tidak hairanlah banyak pokok bonsai mengelilingi kolam ikan itu. Di kirinya pula, parkir kereta. Kereta mini coopernya berwarna putih memenuhi ruang itu. Kereta yang dibelinya sendiri sejak berpindah ke sini.

Dia mendongak memandang langit.  Cantik. Awan bertebaran di dada langit. Angin petang yang bertiup lembut bagaikan menarik dirinya ke memori silam.

“ Bila Adam ada masalah, Adam suka tengok langit. Bila Adam tengok langit, somehow Adam dapat rasa tranquillity “ lelaki itu hanya memandang dada langit. Senyum terukir di wajahnya.

Aku menutup mata. Angin petang yang berpuput lembut itu terasa bahangnya.

“ Kita semua berkongsi langit yang sama. Cuma yang membezakan ialah bentuk awan waktu itu” dia masih merenung dada langit.

“Kita semua berkongsi langit yang sama. Bentuk awan sahaja yang lain” aku mengulang dalam hati. Stop there, Fea. You are not strong enough yet. Let it pass.

Dia melangkah masuk ke dalam rumah. Cawan teh hijau dibawa bersama. Selipar dari jenama Roxy itu ditanggal dan dia melangkah masuk. Benda pertama yang menyapa pandangannya. Sebuah lukisan abstrak berwarna putih – hijau. Warna kegemarannya. Lukisan ini dipilih sendiri oleh Amna ketika Amna window shopping di Pasar Seni hari itu.  Aku hanya tersenyum memandang lukisan itu.  Aku suka lukisan ini. Somehow. Aku dapat rasa chemistry antara aku dan lukisan itu. Abstrak. Aku pun begitu? There is more than what meets the eye.

 Dia terus melangkah ke ruang tamu. Ruang tamu itu agak besar memandangkan hanya dia yang mendiami rumah banglo dua tingkat ini. Set sofa besar berwarna putih berbentuk L  memenuhi sebahagian besar ruang tamu itu. Bertentangan dengan sofa itu, sebuah tv plasma berjenama Sony diletakkan di atas rak rendah panjang berwarna hijau muda. Bersebelahan dengan tv plasma itu, set system audio dari jenama yang sama, Sony memenuhi ruang atas rak itu. Ruang tamu ini direka atas kehendaknya sendiri. Dia yang merekanya sendiri mengikut keselesaan dirinya. Dia tidak suka ruang yang sempit dan hiasan yang serabut. Simple is beautiful.

Dia duduk bersila di atas sofa. Mug yang separuh berisi dengan teh hijau di letakkan di atas meja kopi berwarna putih.  Dia merehatkan kepalanya dengan bersandar kepada sofa. Tangannya mengurut perlahan kedua pelipis.  Dia hanya tersenyum. Matanya dipejam.

Kena lagi. Tangannya masih mengurut perlahan kedua pelipis. Nafasnya terasa semakin laju.  Dadanya terasa sesak. Tangan kanan mencapai kusyen kecil berwarna putih disulam dengan bunga kecil berwarna hijau. Dipeluk erat. Rasa itu lagi. Tangan kirinya ditekup ke dahi. Panas. Nafasnya masih laju. Matanya berair. Dia membuka mata. Pandangannya kabur memandang syiling ruang tamu. Kabur dihalang oleh air mata yang sedang bertakung. Kusyen kecil dipeluk semakin erat. Dadanya berombak laju. Dan air mata itu mengalir juga.

***

Thursday, November 25, 2010

Finale

Pagi sudah pun melabuhkan tirainya dan malam pula membawa sinarnya pada dunia. Bintang-bintang mula memancarkan kelipan-kelipan keceriaan dan bulan pula mempamerkan wajah kegembiraan buat mereka yang memandangnya. Di satu sudut, Farhan termenung memandang sekalian alam. Perjumpaanya dengan Amna tentang Sofea mengasak fikiran. Sungguh, tak pernah dia bayangkan bahawa itu yang menjadi punca mengapa Sofea jadi macam itu. Dia tak pernah rasa kehilangan, mungkin itu sebabnya dia tak faham dan memahami apa sebenarnya yang Sofea rasakan.

Apabila arwah Tok meninggal dulu, dia tak merasa sangat kehilangan Tok. Mungkin sebab dia tak rapat sangat dengan Tok dulu, jadi rasa kehilangan itu tak membari kesan yang mendalam kepadanya. Bagi Sofea, kehilangan insan yang sangat bermakna dalam hidup ibarat sebahagian dari nyawanya telah pergi. Selepas kehilangan kedua ibu bapa yang memberinya nyawa dan kehidupan, lelaki itu telah membawa seribu satu harapan dalam kehidupan Sofea yang dahaga kasih sayang.
Macam mana rasanya kehilangan insan yang sangat bermakna dalam hidup?

Sakit sangat ke?

Gagal mencari perasaan kehilangan itu dengan merenung dada langit, seolah-olah mereka dapat memberikan rasa kehilangan itu, Hafiz hanya bisa tersenyum kecewa. Aku takkan dapat merasainya. Bisik hati Hafiz.

Hafiz melangkah masuk ke bilik air. Terus ke sinki. Dia melihat muka di cermin. Lama.

Besar dah aku rupanya. Rasa macam baru semalam je jadi budak hingusan yang pagi petang senja malam melarat ke subuh asyik main je. Rasa macam baru semalam jadi budak nakal kat sekolah yang kerjanya mengacau rakan sekelas yang lain dibantu oleh sahabat sejaya, Farid. Rasa macam semalam je jadi budak kreatif, bak kata cikgu Safrol yang suka ponteng kelas atas alas an bosan dengan subjek yang diajar dan cikgu yang mengajar. Dan sekarang?

Besar dah aku. Hafiz geleng kepala mengingatkan karenah sendiri. Nakalnya aku.

***

“ Awak lelaki yang baik, Hafiz. Let fate fares you better”. Sofea merenung mata lelaki yang berada dihadapannya berharap supaya maksud yang ingin disampaikan dapat dicerna.

Hafiz hanya mampu memandang kembali wajah Sofea. Apa yang mampu aku katakan saat ini? Hujah apa yang mampu aku berikan? Sofea, susah sangat awak nak faham isi hati saya?

Petang ini, mereka berempat bertemu. Hafiz, Sofea, Farhan dan Amna. Atas kehendak Sofea sendiri. “Dia rimas, awak asyik kacau dia aje. And saya dah bagitau pasal hari tu.” Itu jawapan Amna bila menyampai perutusan tak rasmi dari Sofea.

Dan kini..

“Sofea..” Hafiz cuba memujuk. Tapi cepat Sofea mencelah.

“Hafiz, He knows whats the best for both of us. Jangan buat keputusan berdasarkan nafsu” Sofea menghela nafas berat. Kenapa la bebal sangat mamat ni. Rasa nak tepuk dahi.

“I appreciate about how you feel. I truly do. I think Amna already told you about my past. It doesn’t bring any different now and then. But Hafiz, jangan dicari cinta manusia selagi cinta Illahi tidak dapat awak gapai. Sebab cinta Illahi seiring dengan cinta manusia. Cintai DIA dahulu.” Direnung wajah lelaki itu.

Hafiz tersentak. Cintai Dia dahulu?.

“ Itu je yang saya nak sampaikan. Saya minta maaf kalau apa yang saya cakap menyinggung perasaan awak. Dan ini untuk awak. Assalammualaikum”

Kotak coklat lembut itu bertukar tangan dan salam disambut.

Cintai DIA dahulu?.

***
------------------( 4 tahun kemudian )--------------------

Hafiz melihat jam ditangan. 10.30 pagi. Enjin dimatikan. Klik tali pinggan keledar ditekan dan tali itu berlari kembali ke tempat asal. Kunci ditarik keluar dari tempatnya. Teman sebelah dipandang. Hanya senyuman diberikan.

“Aku oklah. Yang kau pandang aku cenggitu apa hal?”

“ kalau kau tak nak sambut dia, kau tunggu jelah dalam kereta” bahu sahabatnya dipegang seolah-olah memberi semangat.

“Aku oklah. It has been years kan. No biggie.” Senyuman ikhlas terukir diwajah. Meminta pengertian.

Pintu ditolak keluar. Senafas oksigen ditarik sedalam-dalamnya. Tubuh dibawa keluar dari Mercedes c200. Ya Rabbul Izzati, berikan aku semangat!

Mereka hanya menunggu di luar balai ketibaan. Nak masuk dalam sesak! Penuh dengan budak-budak yang dah habis belajar dari luar Negara, termasuklah orang yang ditunggu.

“Assalammualaikum.” Lembut salam kesejahteraan itu menerpa dicuping telinga.

“walaikummussalam”. Aku dan Farhan berpaling mencari yang memberi salam dari kanan kami. Laaa..Amna!

“Dah lama sampai? Terima kasih sebab datang.” Amna member sennyuman mengikut protocol dan secukup gula. Takde terlebih dan terkurang.

“baru je keluar kereta. No hal lah. Sofea pun kawan kitorang jugak” Farhan menjawab. “Lama lagi ke Sofea nak sampai?” Tanya Farhan.

“Kejap lagi keluar la tue. Flight dia dah sampai dah 5 minit tadi. Tengah ambil luggage kot.” Balas Amna sambil memandang ke arah pintu balai ketibaan. Mencari
kelibat orang yang dinanti.

“Haaaa! Tu Sofea. Jom” Amna dah macam lembu kena kejar, laju betul! Excited sungguh!. “Dia tinggalkan kita kat sini je? Nampak Sofea terus kena campak ke tepi?. Tak patut sungguh!” bebel Farhan.

“Ala, kau pun sama je dulu. Ingat time kau excited gile nak sambut aku time aku habis belajar dulu. Kau sesar habis parents aku. Kutuk Amna pulak.” Aku hanya mampu menggeleng kepala. Mereka tak bergerak. Sebaliknya hanya menunggu disitu.

Akhirnya, kelibat Sofea kelihatan.

Aku tersentak.

Sofea?

Pregnant?

“Assalammualaikum, Hafiz”

Sofea?

***

(To be continued)

Nota kaki : masih dalam kerja baik pulih. InsyaAllah. cerpen ini akan direvamped balik dari mula. sekian.

Saturday, November 20, 2010

Akhirnya!

Exam is OVER! ~Picture by Loonalily of Deviant Art
Akhirnya peperiksaan aku untuk sem 1 tahun 1 dah pun tamat dengan rasminya pada pukul 10.30 pagi tadi.
Gembiranya!

tu je nak bagitau. malas nak type. :P

Have faith.
May Allah bless
Salam alaik.

Tuesday, November 16, 2010

Sekarang dan Kelak.

Salam alaik.

Semoga Dia memberikan yang terbaik. Pembinaan diri dalam kembara mencari Illahi, ~ Pictue by Regularjane of Deviant Art


Jika dulu aku ialah hadiah dan tanggungjawab kepada ibu bapaku.
Kelak aku akan menjadi amanah kepadamu.

Jika aku dicorakkan oleh kedua ibu bapaku dari sehelai kain yang putih.
Kelak, kau yang akan menyambung mewarnai kanvas hidupku.

Jika aku hanya hadiah yang dipinjamkan kepada ibu bapaku,
Kelak, pinjaman itu akan dipindahkan kepadamu.

Jika jasadku ini hanya pinjaman dari Illahi.
Hatiku ini akan dipinjamkan oleh Illahi kepadamu.

kamu, 
Pelihara amanahmu ini dlm lingkaran Islami.
Warnai kanvas hidupku dengan lakaran Illahi.
Lindungan hadiah ini dlm dakapan sunnah Nabi.
Suburkan hati ini dengan cinta kepada Illahi dan KekasihNya.
Pulangkan aku kepada Pencipta sebagai muslimah sejati.
Kembalikan aku sebagai isteri mithali penyejuk hati suami.

Agar kelak,
aku dapat bersamamu di akhirat nanti. 

-syiifa^iqramah-

Have faith,
May Allah bless,
Salam alaik.

Saturday, November 13, 2010

We Shall Overcome!

Believe that all of these will past and smile! have FAITH! ~Picture by coolvanilla of DeviantArt


We shall overcome
We shall overcome.
We shall overcome someday
Deep in my heart
I do believe
We shall overcome someday.
(My Name Is Khan)


Have Faith!
May Allah bless
Salam alaik.