Wednesday, March 2, 2011

bahumu yang ku rindu

Bila lagi dapat aku bersandar di bahumu? ~ Picture by ramonabegonia of DeviantArt


Kala aku sukar,
Kau sentiasa menyuakan bahumu,
Kau satu-satunya yang tidak akan menabahkanku dengan kata,
...Kau adalah yang satu-satunya menguatkanku dengan tindakannya,
Sukar mencari sepertimu,
Kerna setakat ini kau seorang sahaja,

Berjauhan kita takdir Tuhan,
Aku berdiri di sini dan kau di sana mencari redha Ar-Rahman,
Aku tahu kau tidak sukar tanpaku,
Tetapi nyata aku kepayahan tanpa kewujudanmu,
Kerna kau satu-satunya bahu yang ada,
Saat tenagaku susut kontang kekuatannya.

Bila bersendiri,
Aku rindu saat kita bersua,
Saat kau mendengar luahan rasaku penuh perhatian,
Tika kau mengerutkan dahimu tanda berkongsi keperitan,
Masa kau mengetap bibirmu turut kegeraman,
Bila kau berkata “Enta nak ana bantu apa? Ana usahakan.”
Kadangkala hingga tertitis air mata ini,
Kerna manusia sepertimu tidak dapat kujumpa lagi

Hatta berjauhan,
Kau masih memberikan bahumu,
Di atas talian, kita berhubung, kau tetap berusaha menguatkanku,
Setiap saat kau usaha memberikan tenaga,
Setiap waktu kau cuba mengisi jiwa,

Nyata bahumu kurindu,
Untuk kuluah segala-gala,
Kerna kau sahaja,
Yang tidak aku segan melemahkan diri selain Dia.

~Hilal Asyraf
1100PM
010311
Dalam bilik,
Irbid, Jordan.
El Moro,
Puisi Bahumu Yang Kurindu.

2 comments:

WaRKaH CiNTa said...

Like sangat-sangat. Thanks for sharing!! :)

amira^syafiqah said...

kak dina :
puisi hilal asyraf banyak lagi yg best. akak drop by la kat website dia. :)