|
dilema yang sudah temu jawapan. ~ Picture by Deviant Art. |
salam alaik.
ye, tuan punya blog dalam dilema yang sudah ada jawapan. kenapa dalam dilema? meh sini tuan punya blog bagitau.
(tuan punya blog baru habis buat biomolecule, jadi kepala terlebih pusing. harap bersabar ye. :P)
dilema pertama : KLIBF 11
Kuala Lumpur International Book Fair yang akan berlansung dari 22 April - 1 May 2011. kenapalah diorang buat time tuan punya blog ni dalam saat2 genting nak pergi perang? tunda tarikh tu tak boleh? kejap tadi, baru je ex-roomate matrik dulu pesan beli buku. tuan punya blog dahlah tak ada fulus, pergi sana confirm2 la rambang mata tengok buku beraneka jenis dan pelbagai genre (tuan punya blog tengah tak betul, salah penggunaan tatabahasa, sila abaikan). rm100 confirm2 la tak cukup. adeh, itu belum kes nak beli buku rujukan kalau ada, mahu satu buku telan lebih dari rm50? mana nak budget beli buku lain? korek dari tanah? ke nak tunggu duit jatuh dari langit? (sah kepala dah weng sebelah). dah lah tak tahu nak pergi dengan siapa. couremate aku mana lah sangat minat baca buku segala bagai ni. dah lah time study week. kalau aku ajak pergi hari ahad, siapa je nak pergi. kang aku pegi sendiri je, umi marah la pulak. dilema.
dilema kedua : PMGK 2011
Program Menara Gading Kebangsaan dari 22 - 24 April kat UIA, Gombak. Program ni dah lama aku nak join. since senior2 ppmpj bagitau dulu, tapi disebabkan masalah2 yang tak dapat dielakkan, ditambah pula dengan aku yang berada di UPM ni membuatkan aku nampak PMGK ni hanya dalam mimpi dan di facebook bila kawan2 aku ada yg menjadi commitee. elok sangat la tu. kenapalah event ni ada time aku dalam study week? boleh je nak pergi, tapi takde orang jemput. takkan nak datang macam syerif cowboy zaman magnificient seven dulu2? (kepala dah semakin senget).
dilema ketiga : cari kerja untuk cuti 4 bulan nanti.
okay, ikut plan nak merantau ke tempat orang, tapi rasa macam boleh-tak boleh je. sebab nya, nanti jadi commitee untuk simposium kebangsaan bulan 7. lepas tu ppmpj ada program bulan 6. lepas tu ada kenduri kahwin bulan 6 jugak yang aku kena ada by hook by crook. umi dah bagi green light pudar sikit sebab ummi kalau boleh nak aku kerja dekat2 je. maka? nak pergi ke tak? dilema.
itu je dilema yang tuan punya blog dapat fikir dengan kepala yang berpusing ni.
have faith!
May Allah bless,
Salam alaik.