salam alaik.
hari ini dijenguk oleh sahabat dan teman. sangat sangat seronok jumpa mereka berdua. walaupun hujan. (siapa suruh datang lambat), mereka tetap datang. terima kasih. disebabkan kami bertiga tak makan, maka kami pun decided (ke fa je?) makan kat luar. aku punyer la jenuh nak fikir makan kat luar tu nak makan kat mana sebab aku bukannya selalu makan kat luar. jadi, aku pun ajaklah mereka makan kat ss besar, dekat gerai2 kecik tu.
melihat mereka berdua, seronok rasanya. dengar mereka argue. ops! discussion bak kata halmie. buatkan aku happy. suka tengok mereka 'discuss' kadang kala aku akui, terasa kecil sungguh bila berhadapan dengan mereka berdua dalam memberi pandangan tentang sesuatu perkara. terasa cetek sungguh ilmu yg ada untuk berbalas hujah dan memberi pendapat. mereka adalah orang yang aku kagumi dalam memberi pandangan tentang sesuatu perkara, tidak kira dari segi apa sekali pun. senang mendengar mereka memberi pandangan, seakan minda aku dibuka lebih luas dalam melihat dunia dari pelbagai perspektif. kerana mereka, secara tidak sedar, aku menjadi lebih matang dari segi berfikir. dari mereka, aku menjadi lebih kuat menghadapi dunia. bak kata fa kepada aku dan halmie : the world is harsh. apabila mendengar mereka, menceritakan tentang sesuatu perkara, aku menjadi lebih peka an lebih bersedia jika perkara itu berlaku kepada aku. dari mereka, aku melihat dunia dari atas.
kepada mereka (kalau bacalah post ni) :
terima kasih kerana sudi menjadi sahabat. terima kasih kerana sudi berkongsi pendapat. terima kasih kerana membuka minda saya. terima kasih kerana membawa saya kepada satu dunia hitam-kelabu-putih. terima kasih sebab bersabar dengan saya. terima kasih kerana buat saya tersenyum dan ketawa. terima kasih. semoga Allah membalas lebih dari apa yang kalian berikan kepada saya. May Allah bless you guys. *ikhlas*
1 comments:
To Mira : (">)
Post a Comment