Wednesday, May 4, 2011

Review : Fend and K-Square


I - Fend

Sungguh, kadang - kadang sesetengah perkara tu perlu ikut je flow dia. bak kata orang follow the flow. macam kita sesat kat hutan,jumpa je sungai ikut je arah dia. sebab either way, kita tahu dipenghujung arus sungai tu, kita akan jumpa something. dalam hidup ini, kadang kala kita hanya biarkan sahaja ianya berlalu. tetapi, jangan biarkan ianya berlalu tanpa menghargai. itu namanya buat kerja sia-sia tak kena tempat. tapi dah jadi lumrah manusia, kita hanya akan menghargai bila kita kehilangan sesuatu. bukan ke? manusia la katakan.

hidup Fend yang hanya bermakna kerana 5 benda berubah dalam masa 1 bulan. gaya hidup Fend yang hanya bersandar pada Fender Acoustic berubah kerana tafsir Al-Quran.  dan Fend the Fendy Fender berubah kerana Muhamad Irsyad sebagai pengantara. dan belon helium berwarna hitam yang menggulung sekeping kertas berjaya melepaskan beban dan air mata lelaki bernama Affendy. nampak mudah dibaca, tapi berat jika dihayati. tpb (tuan punya blog) akui, tpb pernah lalui hampir kesemua yang diceritakan dalam contengan jalanan Fend ini. sungguh, perjalanan itu bukan mudah. Fend cukup bertuah kerana bertemu Chad sebagai wasilah namun tidak bagi tpb yang hanya dipertemukan dengan diri sendiri. persamaan yg ketara dalam cerita ini : kehilangan seseorang yg rapat.

Nak tahu lagi lanjut. : baca sendiri. :)

II - K-Square.

makna hidup itu berbeza. tpb tidak nafikan, makna HIDUP itu berbeza bagai setiap manusia. bergantung kepada gaya hidup, pemikiran dan suasana kita dibesarkan. makna hidup bagi tpb mungkin berbeza dgn mereka yang mengemis ditepi jalan. tapi itulah yang membawa kepada kehidupan hari ini.

bermusafirlah, nescaya kamu akan melihat dunia ini terlalu luas untuk diterokai. hijrah. permulaan yg payah namun perjalanannya manis dalam mujahadah.

never assume.ask.
never imitate.create. 

have faith, always!
May Allah bless,
Salam alaik.

0 comments: