Tuesday, October 25, 2011

adakah aku mengerti dan kamu memahami?

merenung langit Illahi, mencari ketenangan atau jawapan?


kadang - kadang amat mengagumkan bagi mereka yang selalu ceria. senyuman selalu terukir di wajah mereka. senantiasa gelak ketawa, membuatkan kita terifkir, mereka ni tiada masalah kah? happy semendang je. waktu kita bersedih, mereka masih lagi boleh gelak ketawa, masih lagi tersenyum. sampaikan kita berkata "kau tak rasa apa yang aku rasa". "kau tak rasa boleh lah gelak", "modal air liur boleh la cakap". dan mereka hanya dan masih terus tersenyum mendengarkan itu. 

"aku pernah rasa apa yang kau rasa. sebab tu aku boleh senyum" 

sungguh, makna disebalik senyuman itu ada kepahitan yang ditelan. manisnya senyuman itu kerana mereka tahu betapa pahitnya keperitan dan kepayahan. kita tidak akan tahu betapa berharganya sesuatu itu sampai kita kehilangannya kan? we'll never miss the water until the well runs dry. 

dan aku juga begitu. kamu pun juga.

masing-masing punyai cerita mereka sendiri. punyai ujian dan cabaran mereka sendiri. tapi adakah kita mengerti cerita mereka? mampukah kita memahami cerita mereka dari persepsi kita sendiri? kadang kala kita tidak mengerti akan kepayahan yang dilalui teman dan sahabat kita kerana kita mengharungi jalan yang berbeza. kita tidak mengerti akan masalah cinta atau masalah kelemahan diri yang dialami oleh orang lain kerana  kita tidak melalui itu semua. tapi adakah ini memberi kita hak untuk merendahkan dan mentertawakan mereka kerana jatuh dan sedih atas masalah yang remeh temeh pada pandangan kita? 

aku mungkin bukan tempat untuk teman disekeliling aku untuk meluahkan masalah mereka, tetapi aku cuba untuk memahami dan mengerti dari sudut pandangan mereka. tanpa aku sedari, merekalah pengubat kepada masalah aku. aku teringat dan masih aku pegang dialog dari sebuah drama Korea yang aku tonton tidak lama dahulu.

"ubat yang paling baik untuk merawat masalah kamu ialah keperitan orang lain"

maksudnya disini ialah, cara penyelesaian yang baik ialah dengan melihat kepayahan orang lain. sungguh, cara ni berkesan, setidak-tidaknya pada aku. apabila aku melalui satu-satu kepayahan, aku akan melihat dan mendengar masalah yang dihadapi oleh orang lain. ini membuat aku terfikir. oh ada orang yang mempunyai masalah lebih besar dari aku dan mereka masih lagi mampu tersenyum. kita bukan hidup sendiri di dunia ini bukan?

mereka yang mampu tersenyum dikala keperitan adalah wira dalam perang melawan diri. broken smile ey? disebalik senyuman itu, kamu tidak akan tahu betapa banyak parut dihatinya. jangan kau katakan bahawa dia tidak memahami, tetapi adakah kau mengerti keperitan yang dia lalui?

kenapa dia masih mampu tersenyum mendengarkan masalah kau yang pernah dia lalui? kerana dia masih hidup dan bangkit dalam nafas Illahi.


p/s : perjalanan pulang. 

have faith,
may Allah bless,
salam alaik.

0 comments: