Sea Monkey
Umizaru atau dlm bahasa yang kita faham: sea monkey. Tpb
memang dah jatuh hati dekat movie ni and still am. *senyum*.
|
Umizaru (2004)
|
|
Umizaru Evolution (2005)
|
|
Umizaru : Limit of Love (2006)
|
|
Umizaru : The Last Message
|
|
Umizaru : Brave Hearts (2012) |
Umizaru ini ada 3 filem dan satu drama iaitu Umizaru (2004),
Umizaru Evolution (2005), Umizaru : Limit of Love (2006) dan Umizaru : The Last
Message (2010). Dan yang latest Umizaru : Brave Heart yang akan keluar July
2012. Rasa macam nak fly ke Jepun semata-mata nak tengok filem ni sebab kat
Malaysia tak tayang. *semangat*. Ada sesiapa yang nak sponsor tiket kapal
terbang? Hehe. Cerita ini adalah adaptasi dari komik Umizaru yang telah lama
diterbitkan. Rasanya macam pernah baca komik ni pasal coast guard jugak rasanya
tapi tak pasti kalau dari komik yang sama.
Umizaru ini berkisarkan tentang kerjaya coast guard atau pun
pengawal pantai. Memang selama ni tak pernah nak amik tahu pun pasal coast
guard ni. Mungkin disebabkan Negara kita ni terlindung dari monsoon dan jarang
ada kemalangan di laut dan kalau ada pun, tak banyak disebut tentang coast
guard. Di jepun pula, disebabkan keadaan geografinya sebagai sebuah Negara
dikelilingi laut, jadi kerjaya coast guard ni banyak juga pendedahannya.
Umizaru (2004) bekisarkan tentang coast guard ni menjalani latihan untuk
menjadi diver atau search and rescue diver. Search and rescue diver ni bukan
semua orang boleh apply atau ada kelayakkan. Hanya 1% dari coast guard sahaja
yang berkelayakan. (p/s : ada part yg censored sikit, jadi pandai-pandai lah
ye. :P) Umizaru : Limit of Love pula pasal mereka ni nak selamatkan 2 coast
guard dan 2 penumpang yang tekandas dari sebuah feri. Umizaru : The Last
Message pula pasal nak selamatkan 2 coast guard dan 3 pekerja Regalia iaitu
sebuah pelantar minyak di Jepun. So, basically Umizaru ni pasal nak selamatkan
orang dan mesti ada coast guard dan penumpang yang terkandas. Hehe.
Attraction Umizaru ini pada tpb ialah Daisuke Senzaki! Tpb
suka watak Daisuke Senzaki sebab keazaman dan kepercayaan dia dalam nak
selamatkan penumpang dan ‘buddy’nya. Macam dlm Umizaru (2004), dia tetap stay
dengan Mishima walaupun tangki oksigennya dah habis dan dia percaya yang
skuadnya akan datang untuk selamatkan dia dan Mishima. Dan bila Kudo, buddy dia
mati, dia mengalami setback yang teruk (well, takde lah teruk sangat). Well, dlm cerita apa pun, kalau ada watak
lelaki mesti ada watak perempuan kan? So, umizaru ini pun tak terkecuali bila
Daisuke jumpa Kanna. Walaupun Daisuke ini kadang2 ala-ala sengal-masuk-air
jugak, but bila dia dengan Kanna, dia respect Kanna (respect yg macammana, itu
kena tengok cerita nil ah. :P) Umizaru : Limit of Love pula, memang respect lah
dekat Daisuke bila dia memang bertekad nak selamatkan dua penumpang yang
terkandas walau dengan apa cara sekalipun. Dan memang sweet je kan bila dia
proposed Kanna. Dan aku boleh faham reason Daisuke kenapa dia hesitate nak
kahwin dgn Kanna. Umizaru : The Last Message pula bagi aku, aku respect gila
dekat Daisuke sebab rasa sayang dia dekat keluarga dia. Touching gila time dia
cerita pasal Taiyo’s birth (bagi aku lah). And kalau dapat husband yang letak
gambar isteri and anak everytime and everywhere, memang terharu lah. And masa
dia tinggalkan mesej (sebab tu filem ni Umizaru : The Last Message) memang
touching gila. Tpb boleh bergenang jugaklah air mata bila part tu. (background music banyak memainkan peranan. Hehe) seriously, bila Senzaki cakap ‘Orewa Kanna ni
miedete, hottoni yokatta’ memang terharu gila. It shows how much he appreciates
you and differences you have made in his life. *masih terharu* Behind every
men, there’s a women eh? Memang boleh pakai proverb ni untuk Daisuke.
Hehe. Hideaki ito (37 thn) memang
Berjaya bawa watak Daisuke Senzaki dengan penuh penghayatan. Suka tengok mata
dia. Hehe. Okay ni dah off the story. *shush*
Ost cerita ni :
- ·
Umizaru (2004) : courage (instrumental)
- ·
Umizaru Evolution (2005) : B’z – Ocean
- ·
Umizaru : Limit of Love : Yuna Ito – Precious
- ·
Umizaru : The Last Message : Exile – Motto
Tsuyoku (More Stronger)
Moral of the story : memang kita akan rasa kehilangan dan
jatuh-bangun dalam hidup but it doesn’t stop us from keep breathing and stays
alive right? *senyum* apabila amanah diberikan, laksanakan lah dengan sebaik
mungkin terutama sekali apabila melibatkan nyawa orang lain. Last but not
least, behinds every man, there is a women. *ceh* :P
Kalau anda, anda nak ke jadikan coast guard search and
rescue diver sebagai suami by all means?
p/s : ima made, arigato. J