Showing posts with label upm. Show all posts
Showing posts with label upm. Show all posts

Wednesday, April 27, 2011

rant all the way.

salam alaik.

rasanya hormone typ sangatlah tak stabil sekarang ni. kalau anda rasa tak nak banyak baca, sangat - sangat dialukan - alukan tutup page ni. kalau nak bentang red carpet pun, typ sudi nak bentangkan.

sekarang ni typ rasa down+sedih+kesal+nervous+tension+(sila tamabh sendiri kalau nak lagi best). kenapa? typ pun tak tahu. kalau typ tahu, awal - awal lagi dah tahu cara apa nak bagi reverse balik reaction yg menyebabkan hasil product substrate -> product = keadaan typ sekarang ni.
kalau boleh sekarang ni macam nak telan ubat batuk lepas tu tidur je sampai subuh esok. biar tak ada mimpi, tsunami datang pun tak jaga, ribut datang pun tak gerak, gempa bumi pun tak rasa. namun, bila inhibitor dah bind kat receptor otak mengingatkan esok ada exam biomole, dan nota biomole yg dah hantar signal kau-jangan-gatal2-nak-tidur-esok-exam-biomole-tak-revise-balik-lagi, maka terpaksalah typ melupakan sahaja hasrat dan impian tu. rasa macam nak pergi jogging je kat padang kawad sekarang tapi tempat tu keras-creepy-gelap dan karang ada je yang rajin meronda ingat typ meroyan la pulak. kena tambah enzyme biar reaction kinetic laju sikit by lowering its activation energy.

sharing.



have faith! always,
May Allah bless,
Salam alaik.

Friday, April 22, 2011

wish list no.1


Fuji Instax Invasion
dah lama minat camera ni. rasanya since form 3? tapi masa tu boleh tengok dan mimpi jelah nak dapat camera ni. bila dah masuk upm ni dan jumpa pulak dengan mak cik orange, rasanya bukan dalam mimpi dah kot. insyaAllah. kena kerja kuat cuti sem ni. *semangat* MySpace
kenapa minat camera ni? aku pun tak tahu. bila first tengok dan the final product, terus suka. love at the first sight kot. huhu. tapi filem  camera ni mahal kot. *berkerut dahi fikir budget* MySpace

oh ye, ni TPB (tuan punya blog) nak kongsi sikit. layan~


Wednesday, April 20, 2011

e.x.a.m

study week? study la sangat~ . Piture by BoDAY of DeviantArt.

jadual exam.

25 April - Kenegaraan Malaysia
27 April - Biomolecule
28 April - Oral Interaction Skills
29 April - Hubungan Etnik
7 May - Microbiologi 2

p/s : the only thing that can bring down my grade is my attendance through out the semester. hancus~~

dilema.

dilema yang sudah temu jawapan. ~ Picture by Deviant Art.
salam alaik.

ye, tuan punya blog dalam dilema yang sudah ada jawapan. kenapa dalam dilema? meh sini tuan punya blog bagitau.
(tuan punya blog baru habis buat biomolecule, jadi kepala terlebih pusing. harap bersabar ye. :P)

dilema pertama : KLIBF 11
Kuala Lumpur International Book Fair yang akan berlansung dari 22 April - 1 May 2011. kenapalah diorang buat time tuan punya blog ni dalam saat2 genting nak pergi perang? tunda tarikh tu tak boleh? kejap tadi, baru je ex-roomate matrik dulu pesan beli buku. tuan punya blog dahlah tak ada fulus, pergi sana confirm2 la rambang mata tengok buku beraneka jenis dan pelbagai genre (tuan punya blog tengah tak betul, salah penggunaan tatabahasa, sila abaikan). rm100 confirm2 la tak cukup. adeh, itu belum kes nak beli buku rujukan kalau ada, mahu satu buku telan lebih dari rm50? mana nak budget beli buku lain? korek dari tanah? ke nak tunggu duit jatuh dari langit? (sah kepala dah weng sebelah). dah lah tak tahu nak pergi dengan siapa. couremate aku mana lah sangat minat baca buku segala bagai ni. dah lah time study week. kalau aku ajak pergi hari ahad, siapa je nak pergi. kang aku pegi sendiri je, umi marah la pulak. dilema.

dilema kedua : PMGK 2011
Program Menara Gading Kebangsaan dari 22 - 24 April kat UIA, Gombak. Program ni dah lama aku nak join. since senior2 ppmpj bagitau dulu, tapi disebabkan masalah2 yang tak dapat dielakkan, ditambah pula dengan aku yang berada di UPM ni membuatkan aku nampak PMGK ni hanya dalam mimpi dan di facebook bila kawan2 aku ada yg menjadi commitee. elok sangat la tu. kenapalah event ni ada time aku dalam study week? boleh je nak pergi, tapi takde orang jemput. takkan nak datang macam syerif cowboy zaman magnificient seven dulu2? (kepala dah semakin senget).

dilema ketiga : cari kerja untuk cuti 4 bulan nanti.
okay, ikut plan nak merantau ke tempat orang, tapi rasa macam boleh-tak boleh je. sebab nya, nanti jadi commitee untuk simposium kebangsaan bulan 7. lepas tu ppmpj ada program bulan 6. lepas tu ada kenduri kahwin bulan 6 jugak yang aku kena ada by hook by crook. umi dah bagi green light pudar sikit sebab ummi kalau boleh nak aku kerja dekat2 je. maka? nak pergi ke tak? dilema.

itu je dilema yang tuan punya blog dapat fikir dengan kepala yang berpusing ni.

have faith!
May Allah bless,
Salam alaik.

Saturday, April 9, 2011

terima kasih sahabat dan teman.

salam alaik.

hari ini dijenguk oleh sahabat dan teman. sangat sangat seronok jumpa mereka berdua. walaupun hujan. (siapa suruh datang lambat), mereka tetap datang. terima kasih. disebabkan kami bertiga tak makan, maka kami pun decided (ke fa je?) makan kat luar. aku punyer la jenuh nak fikir makan kat luar tu nak makan kat mana sebab aku bukannya selalu makan kat luar. jadi, aku pun ajaklah mereka makan kat ss besar, dekat gerai2 kecik tu.

melihat mereka berdua, seronok rasanya. dengar mereka argue. ops! discussion bak kata halmie. buatkan aku happy. suka tengok mereka 'discuss' kadang kala aku akui, terasa kecil sungguh bila berhadapan dengan mereka berdua dalam memberi pandangan tentang sesuatu perkara. terasa cetek sungguh ilmu yg ada untuk berbalas hujah dan memberi pendapat. mereka adalah orang yang aku kagumi dalam memberi pandangan tentang sesuatu perkara, tidak kira dari segi apa sekali pun. senang mendengar mereka memberi pandangan, seakan minda aku dibuka lebih luas dalam melihat dunia dari pelbagai perspektif. kerana mereka, secara tidak sedar, aku menjadi lebih matang dari segi berfikir. dari mereka, aku menjadi lebih kuat menghadapi dunia. bak kata fa kepada aku dan halmie : the world is harsh. apabila mendengar mereka, menceritakan tentang sesuatu perkara, aku menjadi lebih peka an lebih bersedia jika perkara itu berlaku kepada aku. dari mereka, aku melihat dunia dari atas.

kepada mereka (kalau bacalah post ni) :
terima kasih kerana sudi menjadi sahabat. terima kasih kerana sudi berkongsi pendapat. terima kasih kerana membuka minda saya. terima kasih kerana membawa saya kepada satu dunia hitam-kelabu-putih. terima kasih sebab bersabar dengan saya. terima kasih kerana buat saya tersenyum dan ketawa. terima kasih. semoga Allah membalas lebih dari apa yang kalian berikan kepada saya. May Allah bless you guys. *ikhlas*

Thursday, April 7, 2011

heh.


Some boys are stupid. *mood : adrenaline terlebih . :D*

boys can't be trusted but they made a great friends. :P

Wednesday, March 23, 2011

acceptance

ikhlaskan hati dalam menerima dan memberi. ~ Picture by Lady Tori of DeviantArt.
 
A wise man once told me :

" Find something you love, otherwise it will kill you inside. Secondly, life is a gift, precious & short, so don't go wasting it doing something silly. Third, don't keep secrets. Not from those you love. Especially not family. It will only trouble you & the people concerned in the long run & only cause more heartache. Lastly, & most importantly, life changes, people change, we all change along with it. Sometimes you have to remember who were before to figure out who you want to be. " (">)

taken from Mr.Brightside's note.

Sunday, March 20, 2011

hilang

kamu, yang dahulunya cukup aku hormati. kini, kau sama sahaja seperti mereka. maaf untuk aku katakan. aku sudah hilang kepercayaan mahupun rasa hormat.

Tuesday, March 15, 2011

dialog lab

dalam lab microbiology yang panas macam dalam ketuhar. dah lah pakai lab coat. dengan tutor yg explain tak dengar suara dan tak guna mic. dua orang manusia kebosanan.

aku : nor, sihat?
nor : sihat.
aku : dah makan?
nor : puasa.
aku : kau ada rasa - rasa nak lempang aku tak sebab tanya soalan macam ni?
nor : agak lah.

maka bermulalah lab microb dalam oven bersama suit astronut. boleh masak aku dalam lab. *senyum*

Thursday, March 10, 2011

true self

true self that has been hidden somewhere.

The truth is, you already are aware of yourself and who you are. (why i doubt its the opposite?)

You've come to terms with yourself and have been through almost everything. (true! *angguk kepala dengan laju*)

You live, love, and cherish. (in my own ways, yes. )

You've already shown everyone your true colors. (have i ?)

Your life is complete. Nothing hold yo...u back. (complete? not a right word, i think. its more to what i want has been achieved.)

You've lived with regrets, anger, hurt, despair, light dark, and everything in between.  (so true!)

However, these things won't stop you. Keep living on.  (though i feel like wanna give up, still i believe there's always a bright side of everything)

You find beauty in yourself and others. (everything has its good and bad side. deal with it.)

You are prone to changing. You let your emotions out and keep them that way.(prone to changing, yes. but i think i let my emotion in. thank you)

Everyone admires you for your loyalty and trustworthiness. (its someone else opinion, not mine.)

You are a truly unique and one in your own. (zero of a kind huh? )

Tuesday, March 8, 2011

m.a.r.a.h

ada keinginan yang cukup kuat untuk mencampak meja dan membaling kerusi. *tarik nafas dalam-dalam*

memujuk diri sambil dengar Counting Crows - Accidentally in love.

(kategori penulis : orang yg bodoh kerana menulis tentang diri sendiri. ye saya akui. =.=")

Saturday, March 5, 2011

biarlah

 
 
Biar kamu tidak cantik d mata penghuni bumi
'tetapi namamu menjadi perbualan penghuni langit'
Org yg berkali-kali mencuci muka selalu
Tetapi hatinya tidak pernah di cuci sekali - kali pun
Janganlah bagi sindiran kepada agama orang lain
Menghina lebih kejam dari membunuh
Semoga sesiapa yang menghina itu
Dosanya diampuni
Dari agamanya sendiri

Wednesday, March 2, 2011

bahumu yang ku rindu

Bila lagi dapat aku bersandar di bahumu? ~ Picture by ramonabegonia of DeviantArt


Kala aku sukar,
Kau sentiasa menyuakan bahumu,
Kau satu-satunya yang tidak akan menabahkanku dengan kata,
...Kau adalah yang satu-satunya menguatkanku dengan tindakannya,
Sukar mencari sepertimu,
Kerna setakat ini kau seorang sahaja,

Berjauhan kita takdir Tuhan,
Aku berdiri di sini dan kau di sana mencari redha Ar-Rahman,
Aku tahu kau tidak sukar tanpaku,
Tetapi nyata aku kepayahan tanpa kewujudanmu,
Kerna kau satu-satunya bahu yang ada,
Saat tenagaku susut kontang kekuatannya.

Bila bersendiri,
Aku rindu saat kita bersua,
Saat kau mendengar luahan rasaku penuh perhatian,
Tika kau mengerutkan dahimu tanda berkongsi keperitan,
Masa kau mengetap bibirmu turut kegeraman,
Bila kau berkata “Enta nak ana bantu apa? Ana usahakan.”
Kadangkala hingga tertitis air mata ini,
Kerna manusia sepertimu tidak dapat kujumpa lagi

Hatta berjauhan,
Kau masih memberikan bahumu,
Di atas talian, kita berhubung, kau tetap berusaha menguatkanku,
Setiap saat kau usaha memberikan tenaga,
Setiap waktu kau cuba mengisi jiwa,

Nyata bahumu kurindu,
Untuk kuluah segala-gala,
Kerna kau sahaja,
Yang tidak aku segan melemahkan diri selain Dia.

~Hilal Asyraf
1100PM
010311
Dalam bilik,
Irbid, Jordan.
El Moro,
Puisi Bahumu Yang Kurindu.

Monday, February 28, 2011

alone and special!



if you want to special, you must bear to be alone!

Sunday, February 20, 2011

mr.holga-mak cik orange-me















pengalaman pertama bersama en.holga. terima kasih mak cik orange.! :)

pada kamu, pada aku.

there's more than what meets the eye. ~ Picture by Tengku Fahmi of Langit Illahi
Aku manusia
Yang pada zahirnya sempurna
Pada lahirnya lengkap serba serbi
Pada pandangan kamu
Aku seorang yang tabah
Aku seorang yang kuat
Cukup sifat Hawa dalam diri
Yang pada tuturnya ketegasan
Yang pada kelakuannya kelembutan

Tapi.

Aku adalah aku
Yang pada batinnya cacat
Yang pada dasarnya kekurangan

Menilai diri aku
Aku seorang yang lemah
Namun aku berjaya sehingga hari ini
Aku kurung sang lemah
Aku rantai sang putus asa
Jauh aku campak mereka ke dalam dasar bumi
Aku pasung sayap mereka
Aku rantai kaki mereka

Supaya aku dapat mendongak memandang langit Ilahi
Agar aku bisa tersenyum di kala kesedihan

syiifa^iqramah

Tuesday, February 15, 2011

aku manusia

terbang menuju langit, baru ku sedar sayapku tiada. ~ Picture by Utpoic Man of Deviant Art

Andai aku memiliki sayap
Akan aku terbang sejauh mungkin
Akan aku cium langit tertinggi

Andai aku memiliki sejuta hati
Akan aku berikan tanpa syarat
Akan aku serahkan bersama ikhlas

Andai aku seorang malaikat
Akan aku patuh tunduk menerima
Akan aku menurut tanpa bicara

Andai aku Nabi
Akan aku tersenyum menahan sakit
Akan aku berdoa bersama harapan

Andai aku seekor binatang
Akan aku memburu mengejar nafsu
Akan aku membunuh bermandi darah

Manusia
Itulah aku.
terendah antara malaikat dan Nabi
dipasung sayap meredah langit
dihimpit binatang  melawan nafsu
punya satu hati dipegang Illahi
kosong tidak berharta

syiifa^iqramah



Sunday, February 13, 2011

heart

let  your heart free ~ Picture by Antontang of Deviant Art

“Once you have fall to the ground, if is difficult to stand up again. A smashed mirror is very hard to put it back again. If you manage to glue the entire piece, it still isn’t the same as a brand new mirror. This goes the same as your heart. Make sure you don’t fall. It takes all your strength to climb up again.”

Saturday, February 12, 2011

somewhere unknown.

drowning in my own sea. can i ever reach the surface? ~ Picture by Pretty Angel of DeviantArt


can someone take me somewhere where no one knows me? i really need time on my own.
*mode : kuih bakar tunggu hangus*

Gelap, pergilah
keluarlah dari tubuh ini
nyahlah dari jiwa ini
sungguh aku tidak perlukan pelukanmu
lepaskanlah
mereka menantiku
melebihi aku memerlukan diriku

Wednesday, February 9, 2011

walking in silence

walking with time and silence, can u feel the wisdom? ~ pitcure by  thecreeps of deviant art


" Jom balik jalan kaki" ajak aku.

"Kau gila? jauh lah!" kata mereka
dan aku hanya tersenyum.

Ya, aku akui jarak antara fakulti ke kolej kediaman agak jauh. bagi aku, dekat je! mungkin disebabkan aku dah biasa jalan kaki lebih - - lebih lagi kalau kelas habis petang antara pukul 5 - 7 petang. memang selalunya aku akan berjalan kaki melainkan kalau aku kena balik dengan kawan. tang tu memang kena naik bus sebab diorang cakap j.a.u.h.

dan hari ini aku berjalan kaki balik ke kolej kediaman. sendirian. dan aku tak kisah pun. aku lagi suka macam tu. berjalan sendirian. aku tak tahu sejak bila tabiat ni mula timbul. mungkin sejak masuk upm? entah.

aku suka berjalan. sebab masa berjalan itu sahajalah yang aku ada untuk memikirkan benda - benda yang tak dapat aku fikir bila berada di khalayak ramai. aku mempunyai ruang dan waktu bersama aku. kebanyakkan benda yang aku fikir selalunya sama iaitu masalah yang aku hadapi. bila aku berjalan, masalah inilah yang kebiasaannya akan memenuhi ruang kepala aku.  maka tak hairanlah aku hampir dilanggar kereta sebab nak lintas jalan tak tengok kiri dan kanan. nasib baik chinese tu bawak slow. kalau tak? (tak nak fikir). jangan ditanya apa masalah itu kerana kamu tidak akan mengerti. ketahuilah, aku tidak meminta pengertian tetapi hormati keputusan aku. ada yang pernah cakap, aku ini fikir macam lelaki. aku hanya tersenyum mendengar itu.

setapak aku berjalan, sekotak masalah akan difikirkan.

berjalan dari fakulti menuju ke kolej. aku tak tahu berapa ratus langkah kaki aku. berapa banyak masalah yang aku fikirkan. masa seakan hilang bersama langkah aku. dari bus stop di depan fak.ekonomi melalui cimb bank, mendaki jambatan, melepasi kmr dan akhirnya sampai ke kolej. semakin lama aku biasa dengan jalan yang aku lalui, semakin aku rasa jarak itu semakin dekat. semakin singkat waktu yang aku ada untuk berfikir.

aku suka berjalan. ketika aku berjalan menuju ke jambatan, aku menghidu bau rumput baru dipotong. tanpa aku sedari, aku tersenyum. lama benar rasanya aku tidak menghidu bau rumput baru dipotong. rezeki aku hari ini barang kali. mendaki jambatan kadang kala membuatkan aku semput. tercungap - cungap aku mencari rentak nafas selepas turun dari jambatan. mungkin kerana kepenatan sebelum itu. ketika berada di atas jambatan, aku suka melihat matahari terbenam dari situ. lawa dan hati berbisik hamdalah. tersenyum aku melihat keindahan alam. semester ini, kmr sudah berpenghuni. gazebo yang dahulunya tiada penghuni, tadi didiami oleh dua manusia bergelak ketawa (sabar jelah), tempat parking dahulunya kosong sudah dipenuhi dengan pelbagai jenis kereta. lain rasanya berjalan kaki kali ini. padang yang dahulunya jarang - jarang digunakan untuk bermain bola kini sudah mula rancak dengan bola sepak. terpaksalah aku berjalan betul - betul hujung disebelah kanan jalan pejalan kaki. cuak kalau kena bola. (mintak2 dijauhkan!). dan aku akan rasa menyesallah pulak sebab balik jalan kaki kalau mereka ada di padang itu. seperti biasa dan akan selamanya begini, aku takkan pandang pun mereka. (nak buat apa pandang? seksi!)  hampir sampai ke kolej, aku dapat lihat pelajar2 berjogging, ada yang main futsal dan ada jugak yang hanya duduk di atas pankin. aku suka lihat suasana macam ini.

aku suka berjalan dalam senyap. kerana disitu aku boleh menumpukan perhatian kepada alam sekeliling. mungkin ada orang yang pelik melihat aku berjalan kadang kala (ke selalu?) mendongak ke atas. lama. seakan mencari sesuatu. kadang kala aku berjalan tunduk ke bawah. aku suka mendongak ke atas melihat awan. melihat dada langit yang sangat luas. melihat dunia dari bawah ke atas, aku suka. pelik? itulah aku.

hari ini aku dapat melihat dan memegang dandelion. entah mengapa kebelakangan ini aku teringat dandelion. dan hari ini, ianya didepan mataku! dandelion dan aku, ada persamaannya. secara jujurnya aku tak pernah tahu apa itu dandelion sebelum ini. apa sejarah dan signifikannnya dandelion ini. pertama kali aku mendengar dandelion, aku sudah jatuh cinta. kalau biasanya orang selalu guna love at the first sight, untuk kes aku pulak love at the first hear. pelik? itulah aku. 2 dandelion aku bawa pulang dan 1 dandelion sudah aku tiup. aku suka.

walking in silence.

itulah aku.

have faith,
may Allah bless,
Salam alaik..