Showing posts with label Dakwah Islamiah. Show all posts
Showing posts with label Dakwah Islamiah. Show all posts

Tuesday, February 15, 2011

Salam Maulidur Rasul

Langit, kirimkan salam ku kepadanya.

 Keajaiban Saat Kelahiran Rasulullah..

Pertama, semasa Rasulullah s.a.w. berada di dalam kandungan bondanya, Aminah, beliau tidak merasa susah sebagaimana dialami oleh ibu-ibu yang hamil.

Kehamilannya disedari melalui perkhabaran malaikat yang datang kepadanya ketika beliau sedang tidur. Malaikat mengatakan bahawa beliau telah mengandungkan seorang Nabi dan Penghulu kepada seluruh umat manusia.

Selain itu kehamilannya ditandai dengan haidnya terputus dan berpindahnya cahaya daripada wajah Abdullah ke wajahnya.

Kedua, ketika Nur Muhammad masuk ke dalam rahim Aminah, Allah memerintahkan malaikat supaya membukakan pintu syurga Firdaus dan memberitahu semua penghuni langit dan bumi.

Tanah-tanah di persekitaran kawasan tersebut yang kering menjadi subur, pohon-pohon kayu rimbun dan berbuah lebat. Begitu juga haiwan-haiwan di darat dan di laut sibuk membincangkannya.

Ketiga, peperangan tentera bergajah yang disebut di dalam al-Quran surah al-Fil, datang menyerang kota Mekah. Ia diketuai oleh tentera bergajah dengan menunggang seekor gajah besar bernama Mahmudi.

Apabila mereka hampir sampai ke tempat tersebut, gajah-gajah itu berhenti dan berundur dengan izin Allah.

Namun demikian, sekumpulan burung Ababil datang menyerang dan menghancurkan mereka sebagaimana yang disebut di dalam al-Quran. Peristiwa ini amat menakjubkan dan diriwayatkan dalam kitab-kitab sejarah.

Keempat, Aminah turut mengalami mimpi yang menakjubkan. Beliau menadah tangan ke langit dan melihat sendiri malaikat turun dari langit. Ia diumpamakan kapas putih yang terapung di angkasa.

Kemudian malaikat tersebut berdiri di hadapannya. Ia berkata ``Khabar bahagia untuk saudara, wahai ibu daripada seorang nabi. Putera saudara itu menjadi penolong dan pembebas manusia. Namakan dia Ahmad.''

Semasa kelahiran Nabi Muhammad s.a.w., Aminah ditemani Asiah dan Maryam. Dalam hal ini ia merupakan satu isyarat bahawa Nabi Muhammad lebih tinggi darjatnya daripada Nabi Isa dan Musa.

Keadaan ini diterangkan dalam kitab Taurat dan Injil bahawa akan datang seorang nabi pada akhir zaman.

Semasa baginda dilahirkan, bondanya menyaksikan nur atau cahaya keluar dari tubuh badan baginda. Cahaya tersebut menyinari sehingga ke Istana Busra di Syria.

Ia dilihat seolah-olah seperti anak panah bagaikan pelangi sehingga dari jauh kota-kota tersebut dapat dilihat.

Ada juga yang berpendapat bahawa cahaya itu datang dan menerangi seluruh dunia. Ini dapat dijelaskan oleh sumber-sumber Arab yang paling awal yang menyatakan bahawa suatu cahaya terpancar dari rahim Aminah apabila baginda dilahirkan.

Aminah sendiri melihat baginda dalam keadaan terbaring dengan kedua tangannya mengangkat ke langit seperti seorang yang sedang berdoa.

Kemudian bondanya melihat awan turun menyelimuti dirinya sehingga beliau mendengar sebuah seruan ``Pimpinlah dia mengelilingi bumi Timur dan Barat, supaya mereka tahu dan dialah yang akan menghapuskan segala perkara syirik''.

Selepas itu awan tersebut lenyap daripada pandangan Aminah. Setengah riwayat menyatakan nabi dilahirkan dalam keadaan memandang ke arah langit sambil meletakkan tangannya ke tanah sebagai tanda ketinggian martabatnya daripada semua makhluk.

Dikatakan juga pada malam kelahiran baginda, berhala-berhala yang terdapat di situ mengalami kerosakan dan kemusnahan.

Menurut riwayat daripada Abdul Mutalib, ``Ketika aku sedang berada di Kaabah, tiba-tiba berhala jatuh dari tempatnya dan sujud kepada Allah. Lalu aku mendengar suara dari dinding Kaabah berkata, ``telah lahir nabi pilihan yang akan membinasakan orang kafir dan mensucikanku daripada berhala-berhala ini dan akan memerintahkan penyembahan Yang Maha Mengetahui.''

Selain itu di tempat yang lain pula satu goncangan berlaku di mahligai Kisra dan menyebabkan mahligai tersebut retak, manakala empat belas tiang serinya runtuh. Keadaan ini merupakan di antara tanda -tanda keruntuhan kerajaan tersebut.

Namun, api di negara Parsi yang tidak pernah padam hampir selama seribu tahun telah padam dengan sendirinya. Api tersebut merupakan api sembahan orang-orang Majusi yang dianggap sebagai tuhan. Peristiwa itu amat mengejutkan orang Parsi.

Dalam waktu yang sama, pada malam kelahiran baginda, Tasik Sava yang dianggap suci tenggelam ke dalam tanah.

Setelah baginda lahir, tembakan bintang menjadi kerap sebagai tanda bahawa pengetahuan syaitan dan jin mengenai perkara ghaib sudah tamat.

Dalam riwayat yang sahih dan masyhur, ketika baginda diasuh oleh ibu susunya iaitu Halimatus Sa'diah, ladang-ladang Halimah kembali menghijau setelah mengalami kemarau.

Begitu juga binatang ternakan seperti kambing mengeluarkan susu yang banyak. Selain itu, Nabi tidak pernah diganggu walaupun oleh seekor lalat termasuk juga pakaian baginda.

Halimah dan suaminya juga beberapa kali melihat tompokan awan kecil di atas kepala melindungi baginda daripada panas matahari.

Ketika berusia empat tahun, sedang baginda bermain-main dengan saudara susuannya, tiba-tiba datang malaikat mendekati baginda iaitu malaikat Jibril dan Mikail.

Lalu membelah dada baginda dan mengeluarkan segumpal darah dan mencuci gumpalan darah itu dengan salji. Ada yang meriwayatkan bahawa gumpalan darah itu dicuci di dalam bejana emas dengan air zam-zam, lalu diletakkan semula di tempatnya.

hal ini jelas diterangkan dalam surah Insyirah ayat 1 : Bukankah Kami telah melapangkan dadamu (wahai Muhammad)?

Berdasarkan peristiwa tersebut jelaslah kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. mempunyai keistimewaan tersendiri. Ini kerana baginda adalah khatamun nubuwwah, penutup segala nabi.

Perkara -perkara luar biasa ini telah membuktikan kepada kita kemuliaan baginda di sisi Allah, sekali gus sebagai bukti kerasulannya.

Di samping itu, bukti -bukti tersebut juga dijelaskan di dalam kitab kitab terdahulu seperti kitab Taurat, Zabur dan Injil sebagai rasul yang terakhir.

- ANISAH BAHYAH HJ. AHMAD, Pensyarah di Kolej Poly-tech MARA, Batu Pahat, Johor

Tuesday, February 17, 2009

Syeikh Ahmad Yassin



Dipetik dari buku Syeikh Ahmad Yassin - Bapa Intifadah Palestin oleh Ustaz Maszlee Malik.


Sedikit latar belakang As-Syahid


Nama asal - Ahmad bin Ismail bin Yassin

Dilahirkan di daerah Wilayah Asqalan, beliau dihalau keluar dari kampung halaman dan berhijrah ke Semenanjung Gaza diusia seawal 10tahun (1948). Bermula dari situlah beliau tinggal bersama - sama ibunya serta seorang lagi saudaranya mula menetap di Gaza.

Beliau merupakan seorang pelajar yang cemerlang dalam pelajaran sehingga disayangi oleh para guru di sekolah. Selain itu, beliau juga merupakan seorang yang aktif dalam aktiviti sukan sehinggalah pada usia 16 tahun, beliau mengalami kecederaan ketika melakukan riadhah di pantai yang mengakibatkan beliau lumpuh pada bahagian kaki. Namun, kelumpuhan tersebut tidaklah melumpuhkan semngat beliau dalam pelajaran mahupun aktiviti islam.


Disebabkan kesempitan hidup, beliau menangguhkan pelajaran selama lebih kurang 3 tahun untuk membantu keluarga. Walaubagaimanapun, beliau telah berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti Ain Shams di Kaherah pada tahun 1964. Namun begitu, setelah 2 tahun, beliau dipenjarkan oleh pihak berkuasa Mesir selama sebulan kerana penglibatan beliau dengan Ikhwanul Muslimin ketika itu.


Sepulangnya beliau ke Gaza, beliau meneruskan kehidupan dengan menjadi khatib Masjid Gaza dan juga menjadi guru Bahasa Arab. Dengan waktu yang singkat, beliau begitu terkenal dikalangan penduduk Gaza dengan khutbah - khutbahnya terutama berkenaan pendudukan rejim Zionis di kawasan Semenanjung Gaza pada tahun 1967.


Beliau juga merupakan pekerja kebajikan dan pendakwah yang gigih. Beliau banyak mendidik golongan muda dengan ajaran islam. Hasilnya, Ikhwanul Muslimin berkembang di Gaza pada tahun 1969 - 1970.


1973 - Penubuhan Mujamm’ al Islam ( Akdemi Islam) yang merupakan sebuah pertubuhan yang menjaga kebajikan para pelarian Palestin.


1982 - Penubuhan Al Mujahidun Al Filastiniyun yang merupakan gerakan jihad Palestin.


1983 - beliau ditangkap dan dipenjara oleh pihak rejim dengan tuduhan memiliki senjata api dan cubaan menggugat kerajaan Zionis Israel. Beliau dihukum penjara selama 13 tahun. Namun begitu, beliau hanya berada di dalam penjara selama lebih kurang 11 bulan hasil pertukaran tahanan diantara pihak PLO dan pihak rejim.


Setelah melihat keadaan negara - negara Arab yang mula tidak bersemangat untuk membebaskan Palestin, juga pihal PLO yang mula bertolak ansur dengan pihak rejim, beliau menubuhkan Gerakan Pembebasan Islam (HAMAS) pada tahun 1987. Kebanyakan ahli adalah merupakan pemuda - pemuda yang sangat dekat hati mereka dengan masjid. Nyata pergerakkan ini memberi impak yang besar kepada pihak rejim dan dikenali sebagai Intifadah.Pihak Zionis mula merasa bahang pergerakkan ini.


Ogos 1988 - beliau dihalau ke selatan Lubnan manakala rumah beliau dirobohkan.


18 Mei 1989 - beliau dan ratusan ahli HAMAS yang lain dipenjara oleh pihak Zionis kerana telah membunuh tentera - tentera dan komando -komando Israel.


16 Oktober 1991 - hukuman penjara selama 15 tahun dijatuhkan ke atas beliau atas sabit kesalahan mebunuh, menculik dan menyerang tentera Zionis.


Sungguh menyedihkan apabila akibat penahanan tersebut, kesihatan beliau mula terjejas. Beliau telah lumpuh seluruh badan kecuali kepala, hilang penglihatan sebelah kanan dan kabur di sebelah kiri, juga masalah pendengaran akibat tekanan dan penderaan selama di dalam penjara. Beliau juga sering menghidap jangkitan paru - paru dan abdomen sepanjang tempoh tersebut.


1 Oktober 1997 - hasil rundingan pertukaran tawanan antar pihak Jordan dan Zionis telah membebaskan Syeikh Ahmad Yassin. Beliau ditukar dengan 2 perisik rejim ditangkap setelah gagal dalam cubaan membunuh Ketua Biro Politik Hamas di Amman, Jordan.


Sejurus pembebasan, beliau kembali aktif dalam memimpin HAMAS.


September 2000 - Intifadah ke-2 setelah Perdana Menteri Israel, Ariel Sharon mencemar Masjidil Aqsa bersama 200 tentera. Kesannya amat besar pada pihak rejim. Penentangan setiap hari dengan semangat yang tidak pernah luntur menyebabkan pihak rejim terpaksa melakukan pelbagai usaha untuk meredakan menentangan tersebut termasuk membunuh orang - orang awam dan membunuh pejuang dan pemimpin Palestin.


Kesannya, ramai pemimpin HAMAS yang telah syahid dibunuh oleh pihak rejim. Syeikh Ahmad Yassin juga tidak terlepas dari usaha jahat tersebut. Pada


6 September 2003, sebuah helikopter Apache telah membedil rumah beliau dengan usaha untuk mebunuh beliau namun dengan kuasa Allah SWT, nyata usaha tersebut gagal.


Subuh 22 Mac 2004 sekali lagi mereka berusaha untuk membunuh beliau ketika beliau dalam perjalanan dari masjid. Sungguh, Allah telah memakbulkan doa beliau untuk mati sebagai seorang syahid.


Betapa dunia menyaksikan ketakutan dan kekejaman rejim Zionis hanya kepada seorang lelaki berkerusi roda, yang hanya mampu menggerakkan kepala. 3 bedilan roket dilancarkan hanya untuk membunuh lelaki selemah ini. Sungguh, semangat beliau tidak memerlukan tubuh yang sasa untuk menakutkan musuh.


Syahid nya seorang PEJUANG!!!





Gambar As-Syaheed Syeikh Ahmed Yassin
Semasa kejadian, Syeikh Ahmed Yassin, ketua dan pengasas Hamas berada di masjid Akademi Islam yang dibinanya di Gaza selepas solat Subuh semalam (22 Mac 2004).
Tiba-tiba Israel menyerangnya dengan 3 peluru berpandu, salah satunya jatuh tepat ke atas beliau (As-Syaheed) sehingga beliau menemui syahadah bersama ramai lagi yang lain termasuk dua orang pembantu beliau yang menolak kerusi rodanya. Serpihan badan dan darah berhamburan di segenap penjuru kawasan.

Di tengah jalan antara rumah Syeikh Yassin dan masjid Akademi Islam kira-kira beberapa ratus meter jaraknya, darah kelihatan di merata tempat dan cebisan-cebisan daging manusia melitupi dinding sebuah rumah dua tingkat di timur jalan. Pihak ambulan dan penduduk tempatan sama-sama tolong mengutip dan mengumpulkan cebisan anggota tubuh manusia di jalanan dan bumbung beberapa buah rumah berhampiran.

Kerusi roda yang dinaiki beliau hancur lebur dan dipenuhi dengan darah.

Saksi yang tinggal berhampirtan masjid itu memberitahu : "Aku tercari-cari di mana Syeikh Yassin selepas peluru berpandu pertama jatuh....(saya nampak) dia (Syeikh Yassin) terduduk di atas tanah dan kerusinya hancur....orang ramai tergesa-gesa ke kanan dan ke kiri. Kemudian, selepas itu jatuh 2 peluru berpandu yang lain."

Saksi yang lain berkata : "Tatkala peluru berpandu pertama dilepaskan ke arah Syeikh Yassin, saya melihat beliau bersama 2 pengapitnya (pembantu), apabila peluru kedua jatuh, saya lihat Syeikh Yassin bertukar menjadi cebisan-cebisan daging yang berterbangan di udara."

"Saya lihat 3 helikopter berlegar-legar di udara selepas ketiga-tiga peluru berpandu itu, saya bersama orang ramai segera untuk menolong Syeikh dan mangsa yang cedera, akan tetapi ia telah bertukar menjadi cebisan-cebisan daging. Saya nampak mukanya, peluru berpandu mengena kepala beliau menyebabkan otaknya terhambur keluar ke atas tanah...saya menangis.... "

Salah seorang pekerja hospital As-Syifaa yang memindahkan mayat As-Syaheed berkata : "Tidak tinggal satu pun dari jasadnya kecuali kepalanya."

Berpuluh-puluh ribu rakyat Palestin (kebanyakan mereka dalam keadaan menangis) keluar ke jalan-jalan raya bandar Gaza. Berdas-das tembakan dilepaskan ke udara.

Salah seorang jemaah sembahyang berkata, Syeikh Yassin sememangnya mendambakan mati syahid (syahadah), dan beliau benar-benar telah mencapainya. "Beliau pernah berkata kepada saya -

" Saya tidak takut mati syahid, bahkan saya suka mati syahid. ketika mereka inginkan daku,mereka boleh dapatkanku di kerusi rodaku. Saya tidak bersembunyi"