Tuesday, October 25, 2011

adakah aku mengerti dan kamu memahami?

merenung langit Illahi, mencari ketenangan atau jawapan?


kadang - kadang amat mengagumkan bagi mereka yang selalu ceria. senyuman selalu terukir di wajah mereka. senantiasa gelak ketawa, membuatkan kita terifkir, mereka ni tiada masalah kah? happy semendang je. waktu kita bersedih, mereka masih lagi boleh gelak ketawa, masih lagi tersenyum. sampaikan kita berkata "kau tak rasa apa yang aku rasa". "kau tak rasa boleh lah gelak", "modal air liur boleh la cakap". dan mereka hanya dan masih terus tersenyum mendengarkan itu. 

"aku pernah rasa apa yang kau rasa. sebab tu aku boleh senyum" 

sungguh, makna disebalik senyuman itu ada kepahitan yang ditelan. manisnya senyuman itu kerana mereka tahu betapa pahitnya keperitan dan kepayahan. kita tidak akan tahu betapa berharganya sesuatu itu sampai kita kehilangannya kan? we'll never miss the water until the well runs dry. 

dan aku juga begitu. kamu pun juga.

masing-masing punyai cerita mereka sendiri. punyai ujian dan cabaran mereka sendiri. tapi adakah kita mengerti cerita mereka? mampukah kita memahami cerita mereka dari persepsi kita sendiri? kadang kala kita tidak mengerti akan kepayahan yang dilalui teman dan sahabat kita kerana kita mengharungi jalan yang berbeza. kita tidak mengerti akan masalah cinta atau masalah kelemahan diri yang dialami oleh orang lain kerana  kita tidak melalui itu semua. tapi adakah ini memberi kita hak untuk merendahkan dan mentertawakan mereka kerana jatuh dan sedih atas masalah yang remeh temeh pada pandangan kita? 

aku mungkin bukan tempat untuk teman disekeliling aku untuk meluahkan masalah mereka, tetapi aku cuba untuk memahami dan mengerti dari sudut pandangan mereka. tanpa aku sedari, merekalah pengubat kepada masalah aku. aku teringat dan masih aku pegang dialog dari sebuah drama Korea yang aku tonton tidak lama dahulu.

"ubat yang paling baik untuk merawat masalah kamu ialah keperitan orang lain"

maksudnya disini ialah, cara penyelesaian yang baik ialah dengan melihat kepayahan orang lain. sungguh, cara ni berkesan, setidak-tidaknya pada aku. apabila aku melalui satu-satu kepayahan, aku akan melihat dan mendengar masalah yang dihadapi oleh orang lain. ini membuat aku terfikir. oh ada orang yang mempunyai masalah lebih besar dari aku dan mereka masih lagi mampu tersenyum. kita bukan hidup sendiri di dunia ini bukan?

mereka yang mampu tersenyum dikala keperitan adalah wira dalam perang melawan diri. broken smile ey? disebalik senyuman itu, kamu tidak akan tahu betapa banyak parut dihatinya. jangan kau katakan bahawa dia tidak memahami, tetapi adakah kau mengerti keperitan yang dia lalui?

kenapa dia masih mampu tersenyum mendengarkan masalah kau yang pernah dia lalui? kerana dia masih hidup dan bangkit dalam nafas Illahi.


p/s : perjalanan pulang. 

have faith,
may Allah bless,
salam alaik.

Thursday, August 4, 2011

Persoalan dalam Jawapan.

Andai langit itu ditarah jawapan, akan ku renung melentasi zaman. ~ Picture by Tengku Fahmi of Langit Illahi

"jumpa apa yang kita cari dan cari apa yang kita jumpa. Lain maknanya"
"belajar dari kesilapan dan dari kesilapan kita belajar"

maaf lama tidak menulis di sini, tpy bukan lah sibuk cuma tidak ada idea dan kesempatan utk menulis. mungkin sedang memerah idea untuk penulisan yang akan datang.

inshaAllah, tpy dalam proses untuk menyiapkan buku. Semoga penghasilan buku ini berjalan dengan lancar dan diberkati usahanya oleh Yang Maha Esa. Semoga kelak buku ini akan menjadi sedikit infak tpy buat umat yang tidak tercapai oleh tpy.

Salam Ramadhan buat kamu, semoga Ramadhan kali ini memberi seribu rahmat dan erti.

May Allah bless,
Salam alaik.

p/s : kembara hidup mencari diri.

Wednesday, May 4, 2011

Review : Fend and K-Square


I - Fend

Sungguh, kadang - kadang sesetengah perkara tu perlu ikut je flow dia. bak kata orang follow the flow. macam kita sesat kat hutan,jumpa je sungai ikut je arah dia. sebab either way, kita tahu dipenghujung arus sungai tu, kita akan jumpa something. dalam hidup ini, kadang kala kita hanya biarkan sahaja ianya berlalu. tetapi, jangan biarkan ianya berlalu tanpa menghargai. itu namanya buat kerja sia-sia tak kena tempat. tapi dah jadi lumrah manusia, kita hanya akan menghargai bila kita kehilangan sesuatu. bukan ke? manusia la katakan.

hidup Fend yang hanya bermakna kerana 5 benda berubah dalam masa 1 bulan. gaya hidup Fend yang hanya bersandar pada Fender Acoustic berubah kerana tafsir Al-Quran.  dan Fend the Fendy Fender berubah kerana Muhamad Irsyad sebagai pengantara. dan belon helium berwarna hitam yang menggulung sekeping kertas berjaya melepaskan beban dan air mata lelaki bernama Affendy. nampak mudah dibaca, tapi berat jika dihayati. tpb (tuan punya blog) akui, tpb pernah lalui hampir kesemua yang diceritakan dalam contengan jalanan Fend ini. sungguh, perjalanan itu bukan mudah. Fend cukup bertuah kerana bertemu Chad sebagai wasilah namun tidak bagi tpb yang hanya dipertemukan dengan diri sendiri. persamaan yg ketara dalam cerita ini : kehilangan seseorang yg rapat.

Nak tahu lagi lanjut. : baca sendiri. :)

II - K-Square.

makna hidup itu berbeza. tpb tidak nafikan, makna HIDUP itu berbeza bagai setiap manusia. bergantung kepada gaya hidup, pemikiran dan suasana kita dibesarkan. makna hidup bagi tpb mungkin berbeza dgn mereka yang mengemis ditepi jalan. tapi itulah yang membawa kepada kehidupan hari ini.

bermusafirlah, nescaya kamu akan melihat dunia ini terlalu luas untuk diterokai. hijrah. permulaan yg payah namun perjalanannya manis dalam mujahadah.

never assume.ask.
never imitate.create. 

have faith, always!
May Allah bless,
Salam alaik.

Wednesday, April 27, 2011

rant all the way.

salam alaik.

rasanya hormone typ sangatlah tak stabil sekarang ni. kalau anda rasa tak nak banyak baca, sangat - sangat dialukan - alukan tutup page ni. kalau nak bentang red carpet pun, typ sudi nak bentangkan.

sekarang ni typ rasa down+sedih+kesal+nervous+tension+(sila tamabh sendiri kalau nak lagi best). kenapa? typ pun tak tahu. kalau typ tahu, awal - awal lagi dah tahu cara apa nak bagi reverse balik reaction yg menyebabkan hasil product substrate -> product = keadaan typ sekarang ni.
kalau boleh sekarang ni macam nak telan ubat batuk lepas tu tidur je sampai subuh esok. biar tak ada mimpi, tsunami datang pun tak jaga, ribut datang pun tak gerak, gempa bumi pun tak rasa. namun, bila inhibitor dah bind kat receptor otak mengingatkan esok ada exam biomole, dan nota biomole yg dah hantar signal kau-jangan-gatal2-nak-tidur-esok-exam-biomole-tak-revise-balik-lagi, maka terpaksalah typ melupakan sahaja hasrat dan impian tu. rasa macam nak pergi jogging je kat padang kawad sekarang tapi tempat tu keras-creepy-gelap dan karang ada je yang rajin meronda ingat typ meroyan la pulak. kena tambah enzyme biar reaction kinetic laju sikit by lowering its activation energy.

sharing.



have faith! always,
May Allah bless,
Salam alaik.

Friday, April 22, 2011

wish list no.1


Fuji Instax Invasion
dah lama minat camera ni. rasanya since form 3? tapi masa tu boleh tengok dan mimpi jelah nak dapat camera ni. bila dah masuk upm ni dan jumpa pulak dengan mak cik orange, rasanya bukan dalam mimpi dah kot. insyaAllah. kena kerja kuat cuti sem ni. *semangat* MySpace
kenapa minat camera ni? aku pun tak tahu. bila first tengok dan the final product, terus suka. love at the first sight kot. huhu. tapi filem  camera ni mahal kot. *berkerut dahi fikir budget* MySpace

oh ye, ni TPB (tuan punya blog) nak kongsi sikit. layan~


Wednesday, April 20, 2011

e.x.a.m

study week? study la sangat~ . Piture by BoDAY of DeviantArt.

jadual exam.

25 April - Kenegaraan Malaysia
27 April - Biomolecule
28 April - Oral Interaction Skills
29 April - Hubungan Etnik
7 May - Microbiologi 2

p/s : the only thing that can bring down my grade is my attendance through out the semester. hancus~~

dilema.

dilema yang sudah temu jawapan. ~ Picture by Deviant Art.
salam alaik.

ye, tuan punya blog dalam dilema yang sudah ada jawapan. kenapa dalam dilema? meh sini tuan punya blog bagitau.
(tuan punya blog baru habis buat biomolecule, jadi kepala terlebih pusing. harap bersabar ye. :P)

dilema pertama : KLIBF 11
Kuala Lumpur International Book Fair yang akan berlansung dari 22 April - 1 May 2011. kenapalah diorang buat time tuan punya blog ni dalam saat2 genting nak pergi perang? tunda tarikh tu tak boleh? kejap tadi, baru je ex-roomate matrik dulu pesan beli buku. tuan punya blog dahlah tak ada fulus, pergi sana confirm2 la rambang mata tengok buku beraneka jenis dan pelbagai genre (tuan punya blog tengah tak betul, salah penggunaan tatabahasa, sila abaikan). rm100 confirm2 la tak cukup. adeh, itu belum kes nak beli buku rujukan kalau ada, mahu satu buku telan lebih dari rm50? mana nak budget beli buku lain? korek dari tanah? ke nak tunggu duit jatuh dari langit? (sah kepala dah weng sebelah). dah lah tak tahu nak pergi dengan siapa. couremate aku mana lah sangat minat baca buku segala bagai ni. dah lah time study week. kalau aku ajak pergi hari ahad, siapa je nak pergi. kang aku pegi sendiri je, umi marah la pulak. dilema.

dilema kedua : PMGK 2011
Program Menara Gading Kebangsaan dari 22 - 24 April kat UIA, Gombak. Program ni dah lama aku nak join. since senior2 ppmpj bagitau dulu, tapi disebabkan masalah2 yang tak dapat dielakkan, ditambah pula dengan aku yang berada di UPM ni membuatkan aku nampak PMGK ni hanya dalam mimpi dan di facebook bila kawan2 aku ada yg menjadi commitee. elok sangat la tu. kenapalah event ni ada time aku dalam study week? boleh je nak pergi, tapi takde orang jemput. takkan nak datang macam syerif cowboy zaman magnificient seven dulu2? (kepala dah semakin senget).

dilema ketiga : cari kerja untuk cuti 4 bulan nanti.
okay, ikut plan nak merantau ke tempat orang, tapi rasa macam boleh-tak boleh je. sebab nya, nanti jadi commitee untuk simposium kebangsaan bulan 7. lepas tu ppmpj ada program bulan 6. lepas tu ada kenduri kahwin bulan 6 jugak yang aku kena ada by hook by crook. umi dah bagi green light pudar sikit sebab ummi kalau boleh nak aku kerja dekat2 je. maka? nak pergi ke tak? dilema.

itu je dilema yang tuan punya blog dapat fikir dengan kepala yang berpusing ni.

have faith!
May Allah bless,
Salam alaik.