Thursday, February 25, 2010
Muqaddimah Bait-bait nasyid kumpulan Qutrunnada di atas sering mengingatkan kita kepada hakikat cinta yang sebenar. Bagi saya sendiri, makna serta irama yang dibawa oleh Qutrunnada ini benar-benar menyentuh jiwa apatah lagi di tengah-tengah kerancakan irama nasyid ala-KRU yang mewarnai dunia nasyid pada masa sekarang.
Berbicara mengenai cinta, tentunya tidak akan lepas dari perbincangan kita cinta monyet yang menghiasai dunia muda-mudi sekarang ini. Malah, tidak keterlaluan untuk dinyatakan, itulah pespektif masyarakat terhadap cinta. Sedangkan cinta sebeginilah yang sering mendorong pelakunya ke arah melakukan maksiat kepada Allah SWT. Sekotor itukah cinta?
Apakah cinta sebenarnya? Cinta sebenarnya menepati satu angka perangkaan fitrah manusia. Tanpa nilai cinta yang berdefinisi sebagai cetusan rasa dari orbit naluri ke arah mengenali satu objek dengan penghayatan hakikat dan kewujudannya akan membantutkan tumbesar manusia.
Kesenian cinta yang didasari runtutan fitrah tanpa dicabul oleh hawa syahwat merupakan logo kedamaian, keamanan dan ketenangan. Namun cinta seringkali diperalatkan untuk melangsai keghairahan nafsu dan kebejatan iblis laknatullah. Demi kemakmuran manusia sejagat, kita mesti menangani fenomena cinta dengan nilai fikrah yang suci dan iman yang komited kepada Allah.
Permasalahan cinta antara yang dihadapi secara serius oleh umat Islam hari ini. Pertembungan antara cinta hakiki dan cinta palsu menyebabkan umat Islam menghadapi dilema perasaan yang kronik. Krisis cinta palsu telah memapah umat Islam ke medan pertembungan yang memusnahkan etika spritual-membunuh solidariti dan menodai sosial.
Individu mukmin sewajarnya peka terhadap kehadiran cinta di dalam jiwa. Cinta yang berlogikkan nafsu dan syahwat semata-mata hanyalah cinta palsu yang penuh jijik dan dihina.
Menyedari hakikat ini, saya mencuba untuk menggagahkan diri bercerita soal cinta secara ringkas menurut pandangan Islam. Apatah lagi dalam suasana masyarakat remaja khususnya tertipu dengan propaganda 14 Februari yang kononnya ialah hari Kekasih. Maka sibuklah dunia berbicara soal cinta yang lebih menjurus kepada cinta karut-marut yang bertemakan mainan perasaan yang sama sekali terseleweng dari kehendak Islam.
Semoga Allah memberikan ganjaran terhadap usaha yang kecil ini dalam membersihkan jiwa pemuda-pemuda dari sebarang permainan perasaan yang hanya akan menyesatkan fikiran.
Apakah Kedudukan Cinta Di Dalam Islam?
Adakah Islam memusuhi cinta? Adakah sebegini kejam sebuah agama yang disifatkan menepati fitrah? Sebenarnya tidak. Malah Islam memandang tinggi persoalan cinta yang tentunya merupakan perasaan dan fitrah yang menjiwai naluri setiap manusia. Namun, cinta di dalam Islam perlulah melalui pelbagai peringkat keutamaannya yang tersendiri :
1. Cinta Kepada Allah
Islam meletakkan cinta yang tertinggi dalam kehiudupan manusia ialah cinta kepada Allah. Ketinggian nilai taqarrub Al-Abid kepada Khaliq dapat dikesan melalui cinta murni mereka kepada Pencipta. Tanpa cinta kepada Allah perlakuan hamba tidak memberi pulangan yang bererti sedangkan apa yang menjadi tunjang kepada Islam ialah mengenali dan dan menyintai Allah.
Sinaran cinta itu jua akan mendorong hamba bertindak ikhlas di mihrab pengabdian diri kepada Allah serta menghasilkan cahaya iman yang mantap.
Firman Allah SWT :
“..(Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah...” (Surah Al-Baqarah ayat : 165)
Memiliki cinta Allah seharusnya menjadi kebanggaan individu mukmin lantaran keagungan nilai dan ketulusan ihsan-Nya.Namun menjadi suatu kesukaran untuk meraih cinta Allah tanpa pengabdian yang menjurus tepat kepada-Nya. Cinta Allah umpama satu anugerah yang tertinggi dan tidak mungkin sesiapa dapat memilikinya kecuali didahulukan dengan pengorbanan yang mahal. Cinta Allah adalah syarat yang utama untuk meletakkan diri di dalam barisan pejuang-pejuang kalimah Allah SWT.
Firman Allah SWT (yang bermaksud) :
“..Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari ugamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir...” (Surah Al-Maidah, ayat 54)
2. Cinta Kepada Rasulullah SAW dan para anbiya’
Apabila manusia berada di dalam kegelapan yang begitu kelam,maka diutuskan pembawa obor yang begitu terang untuk disuluhkan kepada manusia ke arah jalan kebenaran. Sayang, pembawa obor tersebut terpaksa begelumang dengan lumpur yang begitu tebal dan menahan cacian yang tidak sedikit untuk melaksanakan tugas yang begitu mulia.
Pembawa obor tersebut ialah Rasulullah SAW. Maka adalah menjadi satu kewajipan kepada kepada setiap yang mengaku dirinya sebagai muslim memberikan cintanya kepada Rasulullah dan para ambiya’. Kerana kecintaan inilah, para sahabat sanggup bergadai nyawa menjadikan tubuh masing-masing sebagai perisai demi mempertahankan Rasulullah SAW. Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim menyebut :
Diriwayatkan daripada Anas r.a katanya: Nabi s.a.w bersabda: Tiga perkara, jika terdapat di dalam diri seseorang maka dengan perkara itulah dia akan memperolehi kemanisan iman: Seseorang yang mencintai Allah dan RasulNya lebih daripada selain keduanya, mencintai seorang hanya kerana Allah, tidak suka kembali kepada kekafiran setelah Allah menyelamatkannya dari kekafiran itu, sebagaimana dia juga tidak suka dicampakkan ke dalam Neraka.
(Bukhari : no. 15, Muslim : no. 60, Tirmizi : no. 2548 Nasaie : no. 4901)
Namun, dalam suasana kita sekarang yang begitu jauh dengan Rasulullah SAW dari segi masa, adakah tidak berpeluang lagi untuk kita memberikan cinta kepada Rasulullah SAW? Sekalipun Rasulullah SAW telah meninggalkan kita jauh di belakang, sesungguhnya cinta terhadap baginda boleh dbuktikan melalui kepatuhan serta kecintaan terhadap sunnahnya. Oleh yang demikian, orang yang memandang hina malah mengejek-ngejek sunnah Rasulullah SAW tentunya tidak boleh dianggap sebagai orang yang menyintai Rasulullah SAW.
3. Cinta Sesama Mukmin
Interaksi kasih sayang sesama mukmin adalah merupakan pembuluh utama untuk menyalurkan konsep persaudaraan yang begitu utuh. Cinta sesama mukmin inilah yang mengajar manusia supaya menyintai ibubapanya. Malah mengherdik ibubapa yang bererti merungkaikan talian cinta kepada keduanya adalah merupakan dosa besar sebagaimana yang disebut di dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh
Abu Bakrah r.a katanya:
“Ketika kami bersama Rasulullah s.a.w, baginda telah bersabda: Mahukah aku ceritakan kepada kamu sebesar-besar dosa besar: Ianya tiga perkara, iaitu mensyirikkan Allah, mengherdik kedua ibu bapa dan bersaksi palsu atau kata-kata palsu..”
(Hadis riwayat Bukhari, no. 5519, Muslim : no. 126)
Alangkah indahnya sebuah agama yang mengajar penganutnya agar menghormati dan menyintai kedua ibubapanya yang telah melalui susah payah untuk membesarkan anak-anak mereka. Di manakah lagi keindahan yang lebih menyerlah selain daripada yang terdapat di dalam Islam yang mengajar umatnya dengan pesanan :
“..Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil."
(Surah Israk, ayat 24)
Selain daripada cinta kepada kedua ibubapa ini, Islam juga meletakkan cinta sesama mukmin yang berimana sebagai syarat kepada sebuah perkumpulan atau jemaah yang layak bersama Rasulullah SAW. Hayatilah betapa dalamnya maksud
firman Allah SWT :
“..Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam)...
(Surah Al-Fath, ayat 29)
Malah, Al-Quran sendiri menukilkan betapa pujian melangit yang diberikan oleh Allah SWT kepada golongan Ansar yang ternyata menyintai golongan Muhajirin dengan cinta suci yang berasaskan wahyu Ilahi. Malah dalam keadaan mereka berhajat sekalipun, keutamaan tetap diberikan kepada saudara-saudara mereka dari golongn Muhajirin.
Firman Allah SWT yang bermaksud :
“..Dan orang-orang (Ansar) yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang-orang yang berhijrah ke negeri mereka, dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa yang telah diberi kepada orang-orang yang berhijrah itu; dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan amat berhajat. ..”
(Surah Al-Hasyr, ayat 9)
Bukankah ini yang telah diajar oleh Islam? Maka di tengah-tengah kecaman keganasan yang dilemparkan kepada Islam pada hari ini, kenapa tidak masyarakat antarabangsa malah umat Islam sendiri melihat bahawa betapa agungnya unsur kasih sayang dan cinta yang terdapat di dalam Islam? Namun, betapa agungnya cinta di dalam Islam, begitu jualah agungnya penjagaan Islam sendiri terhadap umatnya agar sama sekali tidak mencemarkan kesucian cinta dengan kekotoran nafsu.
Itulah cinta di dalam Islam. Ia tidak dapat tidak haruslah diasaskan di atas dasar keimanan kepada Allah. Alangkah ruginya cinta yang lari dari landasan iman. Akan hanyutlah jiwa-jiwa yang menyedekahkan dirinya untuk diperlakukan oleh ‘syaitan cinta’ sewenangnya-wenangnya
Cinta Dunia Remaja : Tragedi Yang Menyayat Hati
Tidak ada orang yang boleh mendakwa dirinya lari daripada mainan perasaan. Asal saja ia bernama manusia, maka sekaligus dirinya akan dicuba dengan mainan nafsu yang bagaikan lautan ganas yang begitu kuat bergelombang. Salah satu darinya ialah mainan cinta.
Tidak sedikit orang yang rebah kerana cubaan ini. Dalam berbicara persoalan peringkat pembinaan ‘cinta lutong’, As-Syauqi pernah bermadah :
Benar kata Syauqi, cinta lutong ini bermula dengan mainan mata yang tidak mempunyai sempadannya, ia kemudiannya diikuti dengan sahutan suara dan saling berhubung. Sampai peringkat tersebut, amat sukar sekali bagi pasangan cinta untuk tidak bertemu dan berdating sekaligus mendedahkan diri kepada aksi yang lebih hebat. Oleh kerana itulah, Islam dalam menjaga kesucian cinta dari dicemari oleh unsur-unsur nafsu meletakkan batasan pandangan seorang muslim dan muslimah.
Firman Allah SWT yang bermaksud :
“..Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan...”
(Surah An-Nuur, ayat 30)
Betapa bahayanya cinta lutong ini boleh dilihat apabila pasangan yang dhanyutkan olehnya tidak akan berupaya untuk berfikir secara waras lagi. Setiap detik dan masa yang berlalu tidak akan sunyi dari memikirkan persoalan cinta mereka. Setiap saat, jiwa sudah tidak mampu lagi untuk tenteram sekiranya tidak didodoikan dengan suara halus dan lunak yang berbicara dengan kata-kata yang hanya layak diperdengarkan di dalam kelambu. Sudah berkubur cita-cita perjuangan dan sudah lebur harapan masyarakat yang dipikulkan di atas bahu, yang ada hanyalah kehendak memuaskan hati pasangan masing-masing. Lantas, di saat demikian, layakkah orang yang hanyut ini diharapkan memikul tanggungjawab melaksanakan tugas penting membimbing masyarakat?
Apakah penyelesaian terhadap permasalahan ini? Jalan yang paling baik ialah perkahwinan.
Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud :
“..Wahai golongan pemuda! Sesiapa di antara kamu yang telah mempunyai keupayaan iaitu zahir dan batin untuk berkahwin, maka hendaklah dia berkahwin. Sesungguhnya perkahwinan itu dapat menjaga pandangan mata dan menjaga kehormatan. Maka sesiapa yang tidak berkemampuan, hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu dapat mengawal iaitu benteng nafsu..”
(Bukhari : no. 1772, Muslim : no. 2485)
Selain daripada perkahwinan yang tentunya merupakan perkara yang hampir mustahil untuk dilaksanakan dalam dunia seorang penuntut ilmu, maka Rasulullah SAW mencadangkan puasa sebagai jalan terbaik melepaskan diri dari kekangan nafsu yang meronta-ronta. Selain daripada itu, Islam sama-sekali tidak membuka pintu yang lain. Selain daripada perkahwinan, tidak dapat tidak, hanyalah kawalan terhadap jiwa mampu menyelamatkan diri sendiri dari turut terjun dalam arus ganas cinta lutong.
Sesungguhnya cinta sebelum perkahwinan adalah cinta palsu yang walaupun dihiasi dengan rayuan-rayuan halus namun ia adalah panggilan-panggilan ke lembah kebinasaan! Dan sekalipun kekosongan jiwa daripada cinta lutong secara zahirnya adalah penderitaan dan kesunyian yang begitu hebat, namun itulah hakikat cinta sejati kepada Allah. Andainya hati dihiasi dengan rayuan-rayuan syaitan yang seringkali mengajak ke arah melayan perasaan, maka hilanglah di sana cita-cita agung untuk menabur bakti kepada Islam sebagai medan jihad dan perjuangan.
Percayalah, masa muda yang dianugerahkan oleh Allah hanyalah sekali berlalu dalam hidup. Ia tidak akan berulang lagi untuk kali kedua atau seterusnya. Meniti usia remaja dengan berhati-hati dan mengenepikan mainan perasaan adalah merupakan perkara yang amat sukar sekali. Apatah lagi, semakin dihambat usikan perasaan, semakin ia datang mencengkam dan membara. Namun, itulah mujahadah melawan perasaan. Sekadar perasaan dan diri sendiri menjadi musuh, alangkah malunya untuk kita tewas terlalu awal. Usia emas yang diberikan ini alangkah baiknya andainya digunakan sebaik mungkin menggali sebanyak mana anugerah di bumi ilmu.
Namun, kita manusia boleh tertewas bila-bila masa sahaja. Tidak kira siapapun kita. Sekalipun kita arif malah benar-benar mengetahui bahawa yang hadir hanyalah sekadar tipuan, namun kita bisa rebah dalam ketewasan yang kita sendiri sebenarnya merelakannya.
Oleh yang demikian, apakah yang akan menyelamatkan selain keimanan, ketakwaan dan kecekalan?
Tuesday, February 23, 2010
hati sebak tibe tibe..
rasa nak nangis....
tapi tak boleh...
ramai orang....
nak rant dengan sapa ni?...
jalan menuju kejayaan makin hampir...
tanggungjawab yang dipikul makin berat...
time to let go is closer...
am I strong enough?
Amira Syafiqah dah ready?...
though u might get hurt?
God..Help me!
Friday, February 19, 2010
salah seorang dari junior aku di PPMPJ de letak post die...cinta dari perspektif Islam...I'm not good in words...ni de few links yang aku leh kongsi pasal isu ni...
http://meeqa.multiply.com/journal/item/7
http://kajianmuslimah.wordpress.com/2008/02/13/cinta-dalam-pandangan-islam/
http://kupintaredha-mu.blogspot.com/2009/11/pengurusan-cinta-menurut-perspektif_20.html
http://ismihasni.blog.friendster.com/2006/12/tanda-tanda-jatuh-cinta-menurut-perspektif-islam/
http://teraskita.wordpress.com/2009/11/11/cinta-dalam-pandangan-islam/
http://yadim.org.my/Remaja/RemajaFull.asp?offset=35&Id=115
to Jabir :
hope akak leh tolong cket...pasal gurl....tak semua gurl bleh terima ble dibincangkan tentang cinta pda pandangan Islam lebih lebih lagi for those yang tak de basic Islam yang kuat, yang mana diorang pandang cinta ni like hugs,kisses, holding hands n so on. tapi sebagai seorang lelaki. tak salah kalau kita nak terangkan. penerimaan setiap individu lain lain. dan setiap orang ada cara nak approach yang lain. bergantung kepada sikap individu tu sendiri. btw, sape gurl tu?..hehe
Thursday, February 18, 2010
dah baik dengan Fa...
dapat texting dengan Azree...
spagetti kak long sedap...
kuliah tak susah...
hati lapang tak terucap ngan kata kata...
Alhamdulillah...
i'm officially happy...
Monday, February 15, 2010
hari last cuti aku untuk sem ni...balik cuti ni aku akan balik lepas matriks habis...
aku balik ni nak betulkan ape yang tak betul dan seangkatan dengannya...
nak mintak dipermudahkan segalal urusan untuk aku jawab untuk final exam ni...
Hari Jumaat, 12 febuary 2010
teman kak long g beli handbag..
sunguhla masa ni aku rasa kakak aku ni dah putus fius!...handbag!...mak ai..alergic btol aku....!...alih alih teman jugak dia beli handbag kat Mid...mula mula g Jusco pastu g Metrojaya plak..kat metrojaya tu...memang smeendang je cari handbag...aku plak yang rambang mata!....haha..sape yang nak beli handbag ni sebenarnye?...haha..dah handbag nyer kene ngan taste aku....kikiki...pusing nyer pusing....delah satu yang berkenan ni....dah nak bagi resit dah ni..tak jadi plak dah.....haissshhh...ni la perempuan kalau beli handbag!...aku pun perempuan jugak...tapi aku ni jenis yang pakai backpack je semendang...huhu.....
hari sabtu, 13 Febuary 2010
Kena ragut
barang yang hilang :
- telekung (aku sayang giler telekung ni...dah ada ngan aku time aku nak bangun semula..nak bina ndiri balik)
- tasbih ( ni aku guna untuk sedekah kan zikir untuk arwwah abang aku)
- gurindam jiwa ( roomate aku nyer...alamat kne ganti balik la)
- Choc Vochlle ( aku baru jer beli time keluar ngan kak long..tak luak lagi tu....besar nyer choc...)
- kad bank ( maybank n bank rakyat)
- kad matriks
- earphone
bile renung balik kenapa Allah tarik balik :
-pagi tu abah de marah dengan aku sebab tak lap choc yang tumpah semalam
- bawak novel tapi tak bawak tafsir
- bawak earphone tapi tak bawak spec...
Balik Kampung Teluk Intan...
balik ni sebab nak tanam batu nisan arwah abang aku and frame skali...arwah atuk pasang frame je...aku ingat takkan jatuhkan air mata...jatuh jugak....tengok umi nangis....memang pedih...sesak rasa dada ni....
Balik Kampung Sabak Bernam..
jakun tengok kambing dan lembu..
gathering ngan Lusi, Fiqa and Anis
borak-borak cam biasa
Jumpa Azree and fa..
glad dapat jumpe azree before balik....lapang cket hati..though tak banyak cakap...
rasa bersalah+marah kat Fa...haissshhhh
ingatkan balik ni nak make-up everything.....biar lapang dan dipermudahkan segala urusan nak final exam...rupenyer ada lagi tak settle...haish..
Friday, February 5, 2010
Salam….
Hari ni nak kongsi la cket about my favourite novelist, Hllovate. Yeah..i know..hlovate lagi?..heh!...my blog ske hati aq la…nak baca baca jelah..tak nak baca tutup page aq ni…hehe..ade orang pernah tanya aq..."...terror sangat ke Hlovate ni?"....bagi aku bukan soal terror tak terror...tapi sejauh mana citer yang dia bawak tu touch the readers heart....jiwang la plak...hehehe
Malam tadi baca Rooftop Rant. Salah satu novel Hlovate. Though people were saying that its bored, as for me its kinda hit home kinda things. Alhamdulillah. Aku jumpa jugak orang yang pendapatnya sebijik macam aku. She/he took the right words out of me. And spread it to people. Things yang aku tak tahu macammana nak spill.
Trisy’s 10 line spillage;
1) Its so much easier to spill to a stranger, spares the stigma and the judgment.
2) It’s much easier to be understood by somebody who has been there and done that.
3) Everybody has skeletons in their closet.
4) I don’t say ‘take a bit from my plate, chew, telan than talk’ for no reason.
5) Reality hurts, truth bites, living kills, today tortures and yesterdays are just as bad, what else’s new? The only comfort is knowing we’re proudly smart enough to live life the way we want it, though other’ll never fail to try to screw it for us, we prove them wrong. Again and again.
6) A friend can be a good psychologist, but sometimes I doubt the vice versa.
7) Psychiatrist+docs+meds=bittersweet vendetta.
8) They’re times when we want to be vulnerable though how thick skinned we appear.
9) Believing God’s love, live on because of His love, nothing can beat that, I know you’d agreed
10) They’ve no idea what I understand from the word ‘mirror’. Because I hate to see looking back at me.
p/s : this is my spillage too. Thanks to you,Hlovate.
Lagi satu citer Hlovate, Schubert’s Serenade. I’ve never failed to shed any tears when I reread this book though I’ve repeated it dozens of time. Why? Dalam buku ni de citer pasal this girl, Najwa who lost his brother. Sungguh la aku berterima kasih betul la kat Hlovate. Bile baca citer ni, aku rasa lapang cket wlupun aku leleh jugak. Time my brother passed away, aku tak tahu nak describe macammana perasaan aku. Apa yang buat aku sedih sangat and buat aku menangis kadang-kadang sampai sejam and aku bad mood for the whole day, because aku tak tahu nak describe macammana. Bile baca citer ni, memang tepat apa yang Hlovate tulis. Bull’s eyes!. Apa yang aku rasa dah boleh ditakrufkan dalam tulisan berabjad bukan lagi dalam images yang tak boleh aku nak translate to words. Tapi, aku bersyukur sangat, sebab aku ada pet bro yang sabar je layan kerenah aku walaupun aku ni kadang-kadang buat dia berasap jugak la. In najwa case, she has nobody to talk too, and she had to fight to live with the sorrow that built inside. Najwa rapat dengan abang dia, that’s why she feels more than I do. Macam aku, aku tak rapat dengan abang aku. Aku tak boleh bayangkan kalau aku rapat dengan abang aku and I lost him forever. Sungguh aku tak boleh nak bayangkan. Apit, cousin aku yang hilang abang dia last year jugak. Die rapat dengan Arwah Along. And now he has to be the eldest, selama ni Along yang jadi tempat nak bermanja dan segala bagai.,sekarang ni dia pulak. At least aku ni still de kakak. Bersyukur la Amira Syafiqah dengan apa yang kau dah lalui dan dapat.
For all of that, I dedicated my deepest THANK YOU to you, Hlovate.
Wednesday, February 3, 2010
Salam….
Nak update sikit blog ni….hari tu nak update…p ala2 malas-badan-tak-sihat-mood-tak-baik…hehehe…aku nak story cket ar pe yang jadi for the past few week…errr?...ah pep e jelah…asalkan akku citer hehehe…blog aku…aku punyer suke ar nak tulis pe…=P
I’m getting married…
Alkisah…
Mohamad Nor Fakhrullah : so what are going to do after that?
Me: Kahwin kot…senang citer
Mohamad Nor Fakhrullah : SERIOUSLY?!
Me: Parent’s choice.
Beberapa puluh minit berlalu….
Me: Fa?
Mohamad Nor Fakhrullah : Ya Allah, betul ke ni?
Me: Fa percaya ke?...
The rest is history…
Sungguh la aku gelak masa tu…..klu boleh nak terguling memang aku dah terguling masa tu….macam mana la dia oleh percaya aku nak kahwin……sungguh la mamat tu….hehehehe….
Hari Yang Sama…
Me : salam sis…I’m getting married
Lusiana : Wasalam…sis?
Me : Yeah..
Lepas tu dia call…..kelam kelibut aq jawab….yelah….aku ngah tengok tv tue….nasib baik tak tersepak bucu meja…huhuhu…konon buat suara sedih habis la tu…kikkiki…lusi plak gaya percaya habis la….adeh……aku plak menipu memang convincing gler…hahaha…..aku suh die call balik malam tu….malam tu dia call balik…..dah la time tu aku tengah gosok baju…sib bek aq sorang je kat dalam bilik gosok…klu tak mau budak lain plak ingat aku nak kahwin…haru!...hehehe…lusi memang tak ble bla la…adeh….aku yang menipu ni pun tak pikir sampai situ…hehehe…aku tanya dia whether she already want to hang up the phone..Then she said yes…because I want to tell her something..i warned her not to yell…she said..o-kkkaaayyyy…..aq tarik nafas dalam-dalam….”Lusi. kita tipu jer”….memang lusi terkedu la….aku dah tengah tahan gelak dah masa tu….”ARRRRRRRGGGGGHHHHH”….sungguh la aku lupa nak cabut earphone aq….pecah cochlea aku!...hahaha…ngamuk sakan dia…kikikiki…aku plak gelak sakan….hahahaha….
Yang menjadi mangsa aku : Syafiqah and Kak Aisyah…
So sorry you guys…..hehehe
Boys Are Stupid..
Ni aq letak kat facebook aku….dan aku tag semua friends aku termasuk la lecturer bio aku…..hahaha…niat?...saje jer…tibe2 plak time tu kepala boleh teringat pasal gambar ni..cari kat google plak memang on the spot dapat…aku apa lagi….nak tengok reaction macam mana….sesungguhnya….men’tag’ lecturer aku bukan tindakan yang bijak….hahahahaha….skemanya ayat ko mira….hehehe….dah la hari tu tak dating seminar dia…ponteng kuliah die ada la nak dekat 5 kali….dah la plak petang tue time aku tag die…die tengah online…adehhhh….demam panas aku malam tu…hehehe…pagi masa informatics baru aku untagged die…mau die cari nama aku kat dalam MIS…hahaha…time informatics tue…memang aku gelak la baca comments…hehehe…though there are comment yang memang menusuk kalbu menikam jiwa…demam balik aku…adehhhh….
Petang ni aku tak pergi kelas petang..badan rasa nak demam…pasal comment tu la…besar nyer impact dia dalam hidup..baru dia cakap macam tu dah badan panas…mood rosak…klu dia marah?....mau menangis aku…masuk class math and buat quiz vector tadi aci semput je…breakfast minum air je..makan tak….tak de selera…tengahhari makan jambu and minum air teh o ais..baguih la tu mira…campuran yang baik dan berkhasiat sekali…dah tau badan tak sihat..minum ais lagi…makan nasi pun tak….adeh….petang ni dah selesai basuh kain sebakul..jemur pun dah…..siap basuh telekung lagi…asal ade je bende nak basuh…selagi tu nak basuh…mood tak baik punyer pasal…baca Hlovate pun aci skip jer part yang rsa best…aiseh…btol la mood tak baik..tengah taip ni pun….badan rasa panas…diarrhoe plak tadi…roommate aq rilek jer…” ko dapat E.coli kat mana tadi?’..hampeh nyer roommate…!hehehe….
K la….nak gerak dulul…t senang-senang…..aq update lagi…
K
Gerak dulu…salam…