Monday, April 19, 2010

Salam...

alhamdulillah masih dipanjangkan umur oleh Yang Maha Esa untuk menulis diruangan ini. Banyak yang ingin dikongsi bersama kepada mereka2 yang sempat singgah ke laman blog ini..(skemanyer ayat)..*tahan gelak*

firstly, nak congrats kat Ukhti Hidayah dan suaminya (tak tahu nama pun) atas walimatul urusy petang tadi. baru tau yang berjaya bertahta dihati (jiwang yang tak paham tu) ukhti hidayah tu adik kepada lans koperal aku semasa aku menjadi ahli kadet polis di sekolah samad dulu. Happy dapat jumpe senior2 PPMPJ n junior aku sorang ni, ain..best borak ngan ain.. syok je usik die. *senyum*..dapat jumpe senior samad , nazrin and azwan. tak sangka dapat jumpe balik after all those years back. seram giler nak jumpe pengantin. aura lain macam..hehe..nak salam sunnah ngan ukhti hidayah pun kekok je. *seyum kelat*..betol la badan aku ada receptor tak betul..hehe..dapat buku yang dipesan dari Fa memang heaven..*dancing*..time nak balik tu lagi la tak boleh nak masuk akal..kalau ingat balik memang gelak la *sedang gelak*..ingatkan kawan aku sorang ni bawak la kereta die, dan ingat bolehla tumpang nak balik. alih2 die datang lenggang je, maka?. jalan kakilah kami. nak balik tu kena lalu satu pathway ni, tepi loji kalau tak silap. nak dijadikan citer, boleh plak la sneakers aku elok je 'berendam' dalam lumpur. memang lawa la kasut aku time dah habis berendam..*geleng kepala*..Alhamdulillah abah tak perasan ke perasan?. wallahualam...memang berchenta la nak basuh kasut tu balik...hehe





Secondly, aku dah habis baca Versus-Hlovate. komen? mantap!. banyak yang aku belajar dari ayat2 dalam buku ni. teringat komen2 dari seorang sahabat aku sorang ni. "dalam buku ni memang banyak giler ar hadis n ayat2 Al-Quran, ade jugaklah aku skip part2 yang tak best". tapi akhirnya, die cakap buku tu bagus. bagi aku sendiri yang membacanya, sedikit sebanyak menyentuh hati dan mengajak yang tukang baca Versus ini untuk berfikir sekali. Ini salah satu kelebihan dan kesempatan oleh mereka2 yang dikurniakan bakat oleh Allah s.w.t untuk mengajak saudara seIslam ataupun tidak untuk sama2 berfikir. aku tidak nafikan yang kebanyakan adat atau pendapat seseorang dipengaruhi oleh faktor masyarakat. kalau sesuatu bende itu telah dianggap biasa dalam masyarakat biarpun dalam agama dah memang sah sah la salah, tetap akan dipandang. kenapa? sebab dah dididik sejak dari kecil.. untuk berubah kepada sesuatu yang baik atau ke arah yang lebih baik itu tidak mudah dan juga tidak susah, tapi lagi susah dari senang la. Macam dalam novel ni, untuk meninggalkan perkara yang memang dah menjadi darah daging atau kebiasaan memang susah. tapi kita kena ingat Allah pernah berfirman :

" Yang demikian itu  kerana sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu nikmat yang telah diberikannya kepada sesuatu kaum hingga kaum itu mengubah apa yang pada diri mereka" (Al-Anfal : 53) 


kita sendiri yang kena usaha untuk mengubah diri kita sendiri, along the way bantuan dariNya akan kuatkan kita untuk terus berubah. dah berubah tu, jangan berpatah balik. pegang apa yang kita dah dapat. Firman Allah lagi ,

" Pegang teguhlah apa yang telah Kami berikan kepadamu dan ingatlah apa yang ada di dalamnya agar kamu bertaqwa" ( Al-Baqarah: 63)

Dan perubahan yang berlaku  pada diri kita tu, tak semua orang akan terima. Nanti adalah mulut manusia yang akan berkata. bukan aku ingin merendahkan sesiapa, tapi normal bagi masyarakat kita unutk mengutuk dari membina. paham-paham jela maksud aku. lalu apa yang perlu kita lakukan apabila berdepan dengan mereka2 yang sebegini yang mempersendakan agama?. Allah ada berfiman,


" Maka berpalinglah dari mereka, dan engkau sama sekali tidak tercela" ( Az-Zariyat: 54)


Bila nak berubah tu, kita sesekali akan rasa macam tak kuat je nak berubah. macam tak dah give up nak jadi yang lebih baik. disitu la pentingnye ukhuwah. pentingnya kita hidup bersama hamba Allah yang lain.Usrah kalau nak diarabkan. bila kita lemah, dah macam nak give up tu. Ada orang lain yang tolong bagi semangat supaya jangan putus asa. Allah berfirman,

" Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang mukmin" ( Az-Zariyat: 55)

bile kita dah berubah itu, adakah kita dah rasa kita dah cukup baik?. dalam buku ni ada dikupas tentang isu ni. kita berbalik kepada definisi baik itu sendiri. Baik itu gapo dio? cube check kat kamus dewan sat.. apa definisi baik tu. definisi baik yang diterjemahkan dalam novel ni, apabila kita meninggalkan segala yang dilarang oleh Allah s.w.t dan mengerjakan apa yang disuruh. itu definisi baik dalam novel ini. kita dah cukup baik?.muhasabah diri balik. aku pun sedang muhasabah jugak. InsyaAllah.

banyak lagi isu yang dikupas dalam novel ni. semuanya berpaksikan kepada perubahan diri untuk menjadi yang lebih baik dan what cmes along with the changes. samada dari segi kita sendiri dan juga orang lain. tapi bila cinta Hakiki itu dapat kita pegang dan genggam, ketenangan abadi yang kita dapat dakap.bertambah lagi kecintaan kita kepadaNya. macam domino effect. Allah berfirman,

" Dialah yang telah menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang mukmin untuk menambah keimanan atas keimanan mereka (yang telah ada). Dan milik Allah-lah bala tentera langit dan bumi, dan Allah Maha Mengetahui, Maha Bijaksana" (Al-Fath : 4)

and i konw easier to be said than done.tapi fake it till you make it. Rasulullah sendiri pernah cakap ada sesetengah amalan itu perlu dipaksa sebelum menjadi darah daging. selepas kesusahan itu akan ada kemudahan. tak selamanya susah. dan bukan disini tempat isitirehat untuk seorang daie. nak berubah itu memang payah macam aku cakap tadi. cuba renung balik surah Asy-Syarh,

"Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan" (Asy-Syarh : 5,6)

See?. Siap Allah ulang lagi sampi dua kali. Pelangi akan muncul selepas hujan dan petir kan? sembur air tengah-tengah panas terik lagi berbahang macam microwave pun dapat pelangi jugak.

Apa-apa pun, itu cuma pandangan aku dan itu yang aku ingin kongsikan bersama. bukan tujuan nak promote buku ni. tak. tapi sekadar berkongsi pendapat penulis yang memang sama dengan apa yang akuu fikirkan. eventough aku rasa macam keje giler je AO tu masuk bilik anak dara orang tengah2 malam. kalau aku, aku biar je. kalau boleh dragged time, sempat je call bomba sebab ada kes orang nak bunuh diri kat bumbung rumah aku. habis citer. gile kejam *senyum sumbing*.


Have faith! =)

Salam...



pantang time baca buku orang kacau. adikku, Iman memang menguji kesabaran betul.hehe

Friday, April 16, 2010

Dimanakah anda?

salam.

Sebelum aku berjaya menamatkan pengajian aku sebagai seorang pelajar matrikulasi, aku telah membaca sebuah majalah, hakiki (kalau tak silap). Dan aku tertarik dengan satu Artkel ni. Sedikit perkongsian bersama anda (yang tengah membaca).

Upacara Di Padang Mahsyar

di sana akan ada bendera-bendera yang akan dipegang oleh panglima-panglimanya. bendera-bendera itu ialah : 

Liwaus Shidqi ( bendera kebenaran)
Panglima yang akan mengibarkan bendera ini ialah Saidina Abu Bakar As-Siddiq r.a. Dan mereka yang akan bernaung dibawah bendera ini ialah orang-orang yang benar dan jujur.

Bendera Fuwaha'
Panglima yang akan mengibarkan bendera ini ialah Saidina Mu'az bin Jabal r.a. Dan mereka yang akan bernaung dibawah bendera ini ialah orang-orang yang alim.

Bendera Zuhud
Panglima yang akan mengibarkan bendera ini ialah Abu Dzar r.a. dan mereka yang akan bernaung dibawah bendera ini ialah orang-orang yang menjiwai dan berusaha dengan zuhud

Bendera Dermawan 
Panglima yang akan mengibarkan bendera ini ialah Saidina Usman bin Affan r.a. dan mereka yang kan bernaung dibawah bendera ini ialah para dermawan.

Bendera Syuhada 
Panglima yang akan mengibarkan bendera ini ialah Saidina Ali r.a. dan mereka yang akan bernaung diwah bendera ini ialah mereka yang mati syahid.

Bendera Qurra'
Panglima yang akan mengibarkan bendera ini ialah Ubayya bin Ka'ab r.a. dan mereka yang akan bernaung dibawah bendera ini ialah para qarri dan qarriah.

Bendera Mu'adzzin
Penglima yang akan mengibarkan bendera ini ialah Bilal r.a. dan mereka yang akan bernaung dibawah bendera ini ialah para mu'adzzin.

Bendera untuk orang-orang yang teraniaya dan terbunuh
Panglima yang akan mengibarkan bendera ini ialah Saidina Hussain r.a. Dan mereka yang terbunuh dan teraniaya akan bernaung dibawah bendera ini.


Rasulullah s.a.w bersabda: " Tujuh orang yang bakal Allah naungi dengan rahmatNya pada hari yang tiada naungan selain naunganNya ialah
- Penguasaan pemimpin yang adil
- seseorang remaja yang mengawal keremajaannya dengan beribadah kepada Allah s.w.t
- seseorang lelaki yang hatinya ditautkan kepada masjid
- dua orang yang saling menyintai kerana Allah, iaitu keduanya berkumpul dan berpisah  kerana Allah
- seseorang lelaki yang ketika dirayu oleh wanita bangsawan lagi rupawan lalu dia menjawab " sesungguhnya aku takut kepada Allah"
- seseorang yang mengeluarkan sedekah dan disembunyikan sehingga tangan kirinya tidak tahu apa yang dilakukan oleh tangan kanannya.
- seseorang yang berzikir kepada Alllah s.w.t ditempat yang sunyi sehingga kedua-dua matanya bercucuran air mata.
-Imam Bukhari & Muslim-

ingin aku berkongsi lagi dengan kamu ( itupun kalau larat lagi la). satu post oleh Hilal Asyraf yang bertajuk Saya Cintakan Dia. Sungguh menarik!. hehe. owh ya tidak dilupa juga, post beliau yang bertajuk Wahai Perempuan Lihatlah Anak Syu’aib Itu. Selamat membaca..=)

Akhir kalam, 

Wasalam..

ummi cakap nak kahwin cari orang semenanjung je..muda lagi kot!.=P


Thursday, April 8, 2010

tarbiyah




PUISI TAKUT KEPADA-NYA DAN MENGHARAP CINTA
Diri sudah penat berdosa,
Selepas semua noda,
Berasa ingin mencari sinar semula,
Tuhan,
Tunjuki daku jalan yang Kau redha..


Tuhanku,
Kau Esa mustahil berdua,
Aku hanya hamba-Mu yang hina,
Berilah padaku ruang masa,
Syukur pada nikmat segala,
Sabar dengan segala bala..


Yang ada di dalam dunia,
Tak pernah puas kurasa,
Nafsu yang mengejar selera,
Mengajak jiwa terdampar bersama..


Tuhanku,
Cinta-Mu yang sempurna,
Itulah yang selalu kudamba,
Namun amalku yang tercela,
Membawa diri jauh dengan-Mu wahai Pencipta..


Beri aku khusyuk dengan-Mu,
Aku mahu hanyut dalam kasih-Mu,
Biar hidupku berbatas murka-Mu,
Biar ajalku di sisi redha-Mu..


Aku mohon kembali,
Kepada rahmat yang tak bertepi,
Agar dijauh julangan api,
Untuk mendiam syurga nan abadi..


Tidak aku sedari bila ini bermula,
Yang kutahu lembah hitam ini amat menyeksa,
Mencurah kasih di jalan murka,
Mendamba rindu pada sang dunia,
Diri ini makin hina.

naimul firdaus


puisi yang sangat memberi kesan dihati. dapat puisi ni bile melawat ke blog hilal asyraf. isi kandungan kedua-dua puisi ini lebih kurang sama, akan tetapi dua-dua menyentuh hati.

sekadar perkongsian bersama.

akhir kalam

wasalam

to ukhti Hidayah : tahniah atas pernikahan. moga masjid yang dibina berkekalan.

Friday, April 2, 2010

Random

salam...

seperti biasa aku akan menjelajah ke beberapa blog terlebih dahulu sebelum menulis di blog aku sendiri. tapi masalah aku ni, bile aku dah bukak blog orang lain, aku plak yang tak tahu nak tulis apa kat blog sendiri. sebab aku lebih banyak nak komen pasal blog yang aku baca dari apa yang aku nak tulis.

dalam satu blog yang aku habis kunjung ni, (kunjung?..cam pelik je). hehe. aku hanya baca tajuknya sahaja kerana isinya selalu sangat aku baca. dah biasa sangat. ramai yang dah tulis pasal tu. tapi tulah. blog tu die punyer, bukan aku punyer. hehe. biarmanapun kekecewaan yang kita hadapi, harus kita ingat, segala yang baik itu dari Allah, dan yang buruk tu dari kita sendiri.

blog lagi satu ni, bukan maksud aku nak kutuk ke apa. bagi aku, ni pandangan secara peribadi. bile putus cinta tu memang sakit habis ke? banyak yang aku nak kupas pasal bende, tapi tunggu lepas aku habis exam dan out dari matriks ni. insyaAllah.

semua ni buat aku fikir (sebenarnya ah lama dah), apa tujuan sebenar kita tulis blog ni? jawapan nyer bergantung kepada individu itu sendiri. ada sesetengah hanya nak menulis tapi tak kisah pun orang baca ke tak. ada sesetengah tu plak, die menulis sesuatu yang dia tak dpat nak luahkan kepada orang sekelililng secara berdepan. bagi aku sendiri, aku menulis untuk kedua-duanya.kadang2 aku tulis hanya nak meluahkan apa yang ada dalam hati, dan ada yang ingin kau kongsi bersam dengan mereka2 yang baca blog aku.

semalam aku dapat soalan cepumas dari seorang sahabat aku kat matrik ni. kitorang kan dah nak final exam, first paper hari Isnin minggu depan. dia stress la nak exam ni. kadang2 aku rasa aku ni macam ustazah bile sahabat aku ni meluahkan masalah yang dia hadapi.

Soalan dia : macam mana kita nka yakin yang usaha kite cukup?. aku keliru antara (Allah akan beri ganjaran yang setimpal dengan usaha kita) dengan (sebanyak mana kita usaha, kalau ada rezeki untuk kita adalah, tapi kalau takde kita kene redha)

aku rasa berat soalan yang ditanya ni. aku pun pernah terfikir soalan yang sama.aku pun balas

kita usaha dulu, natijahnya Allah yang tentukan. ikhlaskan hati dengan ketentuan yang Dia berikan. kalau rezeki yang Allah beri kita rasa tak setimpal dengan usaha yang kita beri, redha. sebab kita tau rezeki itu, Allah tangguhkan.

lepas tu, aku terfikir. betul ke jawapan yang aku beri?. aku bukan lah seorang ustazah ataupun mualimah yang arif dalam bidang agama ni, apatah lagi nak menasihatkan orang.

tadi tengok alHidayah. perempuan yang cantik pada pandangan Allah ialah perempuan yang selalu :
- sabar
- selalu bertasbih
- selia nafsu
- tak ingat..hehe

isinya dikupas berdasarkan surah Taha ayat 130-132

Akhir kalam

wasalam

to ukhti, i miss you!..=)