salam...
seperti biasa aku akan menjelajah ke beberapa blog terlebih dahulu sebelum menulis di blog aku sendiri. tapi masalah aku ni, bile aku dah bukak blog orang lain, aku plak yang tak tahu nak tulis apa kat blog sendiri. sebab aku lebih banyak nak komen pasal blog yang aku baca dari apa yang aku nak tulis.
dalam satu blog yang aku habis kunjung ni, (kunjung?..cam pelik je). hehe. aku hanya baca tajuknya sahaja kerana isinya selalu sangat aku baca. dah biasa sangat. ramai yang dah tulis pasal tu. tapi tulah. blog tu die punyer, bukan aku punyer. hehe. biarmanapun kekecewaan yang kita hadapi, harus kita ingat, segala yang baik itu dari Allah, dan yang buruk tu dari kita sendiri.
blog lagi satu ni, bukan maksud aku nak kutuk ke apa. bagi aku, ni pandangan secara peribadi. bile putus cinta tu memang sakit habis ke? banyak yang aku nak kupas pasal bende, tapi tunggu lepas aku habis exam dan out dari matriks ni. insyaAllah.
semua ni buat aku fikir (sebenarnya ah lama dah), apa tujuan sebenar kita tulis blog ni? jawapan nyer bergantung kepada individu itu sendiri. ada sesetengah hanya nak menulis tapi tak kisah pun orang baca ke tak. ada sesetengah tu plak, die menulis sesuatu yang dia tak dpat nak luahkan kepada orang sekelililng secara berdepan. bagi aku sendiri, aku menulis untuk kedua-duanya.kadang2 aku tulis hanya nak meluahkan apa yang ada dalam hati, dan ada yang ingin kau kongsi bersam dengan mereka2 yang baca blog aku.
semalam aku dapat soalan cepumas dari seorang sahabat aku kat matrik ni. kitorang kan dah nak final exam, first paper hari Isnin minggu depan. dia stress la nak exam ni. kadang2 aku rasa aku ni macam ustazah bile sahabat aku ni meluahkan masalah yang dia hadapi.
Soalan dia : macam mana kita nka yakin yang usaha kite cukup?. aku keliru antara (Allah akan beri ganjaran yang setimpal dengan usaha kita) dengan (sebanyak mana kita usaha, kalau ada rezeki untuk kita adalah, tapi kalau takde kita kene redha)
aku rasa berat soalan yang ditanya ni. aku pun pernah terfikir soalan yang sama.aku pun balas
kita usaha dulu, natijahnya Allah yang tentukan. ikhlaskan hati dengan ketentuan yang Dia berikan. kalau rezeki yang Allah beri kita rasa tak setimpal dengan usaha yang kita beri, redha. sebab kita tau rezeki itu, Allah tangguhkan.
lepas tu, aku terfikir. betul ke jawapan yang aku beri?. aku bukan lah seorang ustazah ataupun mualimah yang arif dalam bidang agama ni, apatah lagi nak menasihatkan orang.
tadi tengok alHidayah. perempuan yang cantik pada pandangan Allah ialah perempuan yang selalu :
- sabar
- selalu bertasbih
- selia nafsu
- tak ingat..hehe
isinya dikupas berdasarkan surah Taha ayat 130-132
Akhir kalam
wasalam
to ukhti, i miss you!..=)
0 comments:
Post a Comment