Monday, April 19, 2010

Salam...

alhamdulillah masih dipanjangkan umur oleh Yang Maha Esa untuk menulis diruangan ini. Banyak yang ingin dikongsi bersama kepada mereka2 yang sempat singgah ke laman blog ini..(skemanyer ayat)..*tahan gelak*

firstly, nak congrats kat Ukhti Hidayah dan suaminya (tak tahu nama pun) atas walimatul urusy petang tadi. baru tau yang berjaya bertahta dihati (jiwang yang tak paham tu) ukhti hidayah tu adik kepada lans koperal aku semasa aku menjadi ahli kadet polis di sekolah samad dulu. Happy dapat jumpe senior2 PPMPJ n junior aku sorang ni, ain..best borak ngan ain.. syok je usik die. *senyum*..dapat jumpe senior samad , nazrin and azwan. tak sangka dapat jumpe balik after all those years back. seram giler nak jumpe pengantin. aura lain macam..hehe..nak salam sunnah ngan ukhti hidayah pun kekok je. *seyum kelat*..betol la badan aku ada receptor tak betul..hehe..dapat buku yang dipesan dari Fa memang heaven..*dancing*..time nak balik tu lagi la tak boleh nak masuk akal..kalau ingat balik memang gelak la *sedang gelak*..ingatkan kawan aku sorang ni bawak la kereta die, dan ingat bolehla tumpang nak balik. alih2 die datang lenggang je, maka?. jalan kakilah kami. nak balik tu kena lalu satu pathway ni, tepi loji kalau tak silap. nak dijadikan citer, boleh plak la sneakers aku elok je 'berendam' dalam lumpur. memang lawa la kasut aku time dah habis berendam..*geleng kepala*..Alhamdulillah abah tak perasan ke perasan?. wallahualam...memang berchenta la nak basuh kasut tu balik...hehe





Secondly, aku dah habis baca Versus-Hlovate. komen? mantap!. banyak yang aku belajar dari ayat2 dalam buku ni. teringat komen2 dari seorang sahabat aku sorang ni. "dalam buku ni memang banyak giler ar hadis n ayat2 Al-Quran, ade jugaklah aku skip part2 yang tak best". tapi akhirnya, die cakap buku tu bagus. bagi aku sendiri yang membacanya, sedikit sebanyak menyentuh hati dan mengajak yang tukang baca Versus ini untuk berfikir sekali. Ini salah satu kelebihan dan kesempatan oleh mereka2 yang dikurniakan bakat oleh Allah s.w.t untuk mengajak saudara seIslam ataupun tidak untuk sama2 berfikir. aku tidak nafikan yang kebanyakan adat atau pendapat seseorang dipengaruhi oleh faktor masyarakat. kalau sesuatu bende itu telah dianggap biasa dalam masyarakat biarpun dalam agama dah memang sah sah la salah, tetap akan dipandang. kenapa? sebab dah dididik sejak dari kecil.. untuk berubah kepada sesuatu yang baik atau ke arah yang lebih baik itu tidak mudah dan juga tidak susah, tapi lagi susah dari senang la. Macam dalam novel ni, untuk meninggalkan perkara yang memang dah menjadi darah daging atau kebiasaan memang susah. tapi kita kena ingat Allah pernah berfirman :

" Yang demikian itu  kerana sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu nikmat yang telah diberikannya kepada sesuatu kaum hingga kaum itu mengubah apa yang pada diri mereka" (Al-Anfal : 53) 


kita sendiri yang kena usaha untuk mengubah diri kita sendiri, along the way bantuan dariNya akan kuatkan kita untuk terus berubah. dah berubah tu, jangan berpatah balik. pegang apa yang kita dah dapat. Firman Allah lagi ,

" Pegang teguhlah apa yang telah Kami berikan kepadamu dan ingatlah apa yang ada di dalamnya agar kamu bertaqwa" ( Al-Baqarah: 63)

Dan perubahan yang berlaku  pada diri kita tu, tak semua orang akan terima. Nanti adalah mulut manusia yang akan berkata. bukan aku ingin merendahkan sesiapa, tapi normal bagi masyarakat kita unutk mengutuk dari membina. paham-paham jela maksud aku. lalu apa yang perlu kita lakukan apabila berdepan dengan mereka2 yang sebegini yang mempersendakan agama?. Allah ada berfiman,


" Maka berpalinglah dari mereka, dan engkau sama sekali tidak tercela" ( Az-Zariyat: 54)


Bila nak berubah tu, kita sesekali akan rasa macam tak kuat je nak berubah. macam tak dah give up nak jadi yang lebih baik. disitu la pentingnye ukhuwah. pentingnya kita hidup bersama hamba Allah yang lain.Usrah kalau nak diarabkan. bila kita lemah, dah macam nak give up tu. Ada orang lain yang tolong bagi semangat supaya jangan putus asa. Allah berfirman,

" Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang mukmin" ( Az-Zariyat: 55)

bile kita dah berubah itu, adakah kita dah rasa kita dah cukup baik?. dalam buku ni ada dikupas tentang isu ni. kita berbalik kepada definisi baik itu sendiri. Baik itu gapo dio? cube check kat kamus dewan sat.. apa definisi baik tu. definisi baik yang diterjemahkan dalam novel ni, apabila kita meninggalkan segala yang dilarang oleh Allah s.w.t dan mengerjakan apa yang disuruh. itu definisi baik dalam novel ini. kita dah cukup baik?.muhasabah diri balik. aku pun sedang muhasabah jugak. InsyaAllah.

banyak lagi isu yang dikupas dalam novel ni. semuanya berpaksikan kepada perubahan diri untuk menjadi yang lebih baik dan what cmes along with the changes. samada dari segi kita sendiri dan juga orang lain. tapi bila cinta Hakiki itu dapat kita pegang dan genggam, ketenangan abadi yang kita dapat dakap.bertambah lagi kecintaan kita kepadaNya. macam domino effect. Allah berfirman,

" Dialah yang telah menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang mukmin untuk menambah keimanan atas keimanan mereka (yang telah ada). Dan milik Allah-lah bala tentera langit dan bumi, dan Allah Maha Mengetahui, Maha Bijaksana" (Al-Fath : 4)

and i konw easier to be said than done.tapi fake it till you make it. Rasulullah sendiri pernah cakap ada sesetengah amalan itu perlu dipaksa sebelum menjadi darah daging. selepas kesusahan itu akan ada kemudahan. tak selamanya susah. dan bukan disini tempat isitirehat untuk seorang daie. nak berubah itu memang payah macam aku cakap tadi. cuba renung balik surah Asy-Syarh,

"Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan" (Asy-Syarh : 5,6)

See?. Siap Allah ulang lagi sampi dua kali. Pelangi akan muncul selepas hujan dan petir kan? sembur air tengah-tengah panas terik lagi berbahang macam microwave pun dapat pelangi jugak.

Apa-apa pun, itu cuma pandangan aku dan itu yang aku ingin kongsikan bersama. bukan tujuan nak promote buku ni. tak. tapi sekadar berkongsi pendapat penulis yang memang sama dengan apa yang akuu fikirkan. eventough aku rasa macam keje giler je AO tu masuk bilik anak dara orang tengah2 malam. kalau aku, aku biar je. kalau boleh dragged time, sempat je call bomba sebab ada kes orang nak bunuh diri kat bumbung rumah aku. habis citer. gile kejam *senyum sumbing*.


Have faith! =)

Salam...



pantang time baca buku orang kacau. adikku, Iman memang menguji kesabaran betul.hehe

0 comments: