Wednesday, June 30, 2010

Ibroh Di Kem Remaja Unggul (Part 1)


Dengan nama Pemilik Nyawaku dunia dan akhirat,
Ku panjat kesyukuran atas helaan nafas setiap masa, degupan jatung setiap detik,
Ku titipkan salam kerinduan buat kekasih Illahi, Muhammad bin Abdullah
Ku kirimkan salam perjuangan buat para anbiya, para sahabat, mujahid dan mujahidah,
Ku lantunkan salam perkongsian buat,
Kamu.

Alhamdulillah...

Aku baru sahaja menamatkan tugas ku sebagai seorang fasilitator di Kem Remaja Unggul, (KRU) yang diadakan di SMK Damansara Jaya pada 25-27 Jun 2010. Pengalaman yang sangat bermakna bagi diriku. Amat bermakna,
.
24 Jun 2010
Induksi Fasilitator.
Induksi ini diadakan di Dewan Serbaguna mahallah Nursaibah, UIAM, Gombak. Induksi ni macam nak bagi rough idea to the facilitator about the tentative and also the content of each activities. Walaupun bende ni start pukul 8 malam, aku dengan amirah dj bertolak dari rumah masing2 dalam pukul 2-3 dan tiba di uia sebelum asar (semangat lebih). Sempat makan nasi kandar di bangunan sains kemanusian (kenyang sangat) sebelum solat asar di masjid uia. Lepas tu, kitorang meneruskan langkah yang dah macam melayang semacam ke mahallah nursaibah. Aku rasa bahu aku dah senget benget je time jalan ke mahallah tue, beg berat!. Duduk kat atas bukit (bukit la kot), menjadi tontonan dan boleh menyebabkan kemalangan kepada mereka yang memandang kami dengan pandangan macam apa-hal-budak-budak-ni-duduk-kat-bukit-ni-takde-keje-la-tu kind of look. Sepanjang ‘date’ dengan amirah, banyak ilmu yang aku timba. Dalam gurau dan menjadi ‘sengal’, ilmu dan nasihat itu dikongsi bersama.
Firman Allah s.w.t :;
“Dan tetaplah memberi peringatan kerana sesungguhnya peringatan itu penting buat orang-orang mukmin” (Az-Zariyat : 55)
To you, Nuramirah binti Syahrin : jazakillah... =)
Lepas maghrib baru kitorang gerak ke mph (multipurpose hall), dan Nampak tiga kelibat hamba Allah yang lain. Kak fadh, kak fiza and kak yat. Lepas tu baru la brothers yang lain sampai. Overall, buat pertama kali, kaum hawa paling sedikit. Sakan brothers!. Habis meeting dalam nak dekat midnight dah. Aku kepala dah loop sided sebelah. Weng semacam je. Pening and ngantuk makes a devilish pair. Balik bilik duduk dengan kak fa-c yang lain jugak. Sembang dengan kakak yang lain. Citer pasal politik university, itu ini, bla bla bla...dah pukul 3! Wargh! Ngantuk kot!..

 To Be Continued.
Have Faith,
May Allah bless,
Salam..

Friday, June 18, 2010

Alhamdulillah.....

Dengan nama Pemilik Nyawaku...



Ku panjatkan kesyukuran setinggi langit firdausi..

Ku kirimkan salam terima kasih sedalam tujuh lautan...

Ku titipkan rasa kehambaan seluas hamparan bumi

buatMu,

Illahi..


Have Faith,

May Allah bless,

Salam....

Friday, June 4, 2010

Sabar la, teman

Dengan nama Pemilik Nyawaku..

Alhamdulillah..

hidup ini penuh dengan dugaan, cabaran, rintangan dan seangkatan dan sewaktu dengannya..Ianya dah menjadi sebahagian dari hidup, rencah dalam perjuangan kita dibumi hamparan Illahi ini. Sebagai manusia biasa, kita takkan dapat lari. nak lari kemana pun? hujung dunia? nak ke hujung dunia pun ada cabaran dan dugaan.

Hidup ini tak mudah.


Kita dah biasakan dengar ayat ni. nak makan pun kena kunyah dulu! baru2 ni, seorang teman yang boleh dikatakan rapat dengan aku (letak nama disini), ditimpa dengan berbagai2 masalah. dari handphone ke pendrive ke laptop ke mana pulak lepas ini. kadang2 terdengar luahan rasa temanku yyang seorang ni. aku, sebagai seorang teman, menasihatkan dia.

Sabar.


kalau kita betul2 mendalami dan memahami erti sabar ini. MasyaAllah! besar nikmat dan hikmahnya. Sabar itu separuh dari iman. Separuh! besar tak jumlah tue? separuh dari Iman.apabila kita bersabar, separuh dari Iman itu terbina. Oleh itu, teman, SABAR! 

bila kita ditimpa masalah, kita muhasabah diri balik. renung diri kita. jangan mencari kesalahan dalam sesuatu perkara terlebih dahulu. Muhasabah diri. Renung balik apa yang terjadi. macam yang pernah terjadi pada diri aku sendiri. aku kehilangan handphone ku. masa tu, tak payah nak citer la, nangis sakan. lepas tu, kakak ku cakap dekat aku :muhasabah diri balik. tanya kenapa Allah tarik balik handphone ika" . Zapp! memang tepat menusuk kalbu menikam jiwa la soalan tu.perkara yang sama jugak terjadi bila aku diragut dideoan rumahku sendiri. Bila aku muhasabah balik, Allah tarik balik nikmat harta benda yang Dia dah berikan pada aku, mesti aku dah salah gunakan nikmat yang Dia berikan. Mungkin aku lagha dengan nikmat yang Dia berikan. sepatutnya, nikmat yang Allah berikan itu menjadi wasilah untuk aku sentiasa bersyukur dengan apa yang Allah telah berikan. mungkin sebab tu, Allah tarik balik nikmat yang Dia berikan.

Muhasabah diri.


Firman Allah s.w.t :
" Apakah manusia itu mengira, Kami akan membiarkan mereka berkata 'Kami telah beriman' sedangkan mereka belum diuji? Dan demi sesungguhnya, Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu dari mereka, maka (dengan ujian demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenarnya-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta"
Al-Ankabut : 2-3

Allah bukan sengaja nak bagi kita ujian, dugaan dan rintangan yang mewarnai hidup kita ni. Allah nak tengok sejauh mana keimanan dan kebergantungan kita kepadaNya. sepatutnya, apabila kita ditimpa kesusahan, dugaan dan cabaran, ianya lebih mendekatkan kita dengan Illahi. Jangan ditanya 'kenapa asyik aku je yang ada masalah, orang lain takde pun' atau ' kenapa aku yang kene masalah ni, bagi la kat orang lain'..sepatutnya kita cakap ' alhamdulillah, Allah masih sayangkan aku, terima kasih Ya Allah'

kepada (letak nama disini) , sabar ye..

Akhir kalam,

Have faith, may Allah bless

Salam...