Ku panjat kesyukuran atas helaan nafas setiap masa, degupan jatung setiap detik,
Ku titipkan salam kerinduan buat kekasih Illahi, Muhammad bin Abdullah
Ku kirimkan salam perjuangan buat para anbiya, para sahabat, mujahid dan mujahidah,
Ku lantunkan salam perkongsian buat,
Kamu.
Alhamdulillah...
Aku baru sahaja menamatkan tugas ku sebagai seorang fasilitator di Kem Remaja Unggul, (KRU) yang diadakan di SMK Damansara Jaya pada 25-27 Jun 2010. Pengalaman yang sangat bermakna bagi diriku. Amat bermakna,
.
24 Jun 2010
Induksi Fasilitator.
Induksi ini diadakan di Dewan Serbaguna mahallah Nursaibah, UIAM, Gombak. Induksi ni macam nak bagi rough idea to the facilitator about the tentative and also the content of each activities. Walaupun bende ni start pukul 8 malam, aku dengan amirah dj bertolak dari rumah masing2 dalam pukul 2-3 dan tiba di uia sebelum asar (semangat lebih). Sempat makan nasi kandar di bangunan sains kemanusian (kenyang sangat) sebelum solat asar di masjid uia. Lepas tu, kitorang meneruskan langkah yang dah macam melayang semacam ke mahallah nursaibah. Aku rasa bahu aku dah senget benget je time jalan ke mahallah tue, beg berat!. Duduk kat atas bukit (bukit la kot), menjadi tontonan dan boleh menyebabkan kemalangan kepada mereka yang memandang kami dengan pandangan macam apa-hal-budak-budak-ni-duduk-kat-bukit-ni-takde-keje-la-tu kind of look. Sepanjang ‘date’ dengan amirah, banyak ilmu yang aku timba. Dalam gurau dan menjadi ‘sengal’, ilmu dan nasihat itu dikongsi bersama.
Firman Allah s.w.t :;
“Dan tetaplah memberi peringatan kerana sesungguhnya peringatan itu penting buat orang-orang mukmin” (Az-Zariyat : 55)
To you, Nuramirah binti Syahrin : jazakillah... =)
Lepas maghrib baru kitorang gerak ke mph (multipurpose hall), dan Nampak tiga kelibat hamba Allah yang lain. Kak fadh, kak fiza and kak yat. Lepas tu baru la brothers yang lain sampai. Overall, buat pertama kali, kaum hawa paling sedikit. Sakan brothers!. Habis meeting dalam nak dekat midnight dah. Aku kepala dah loop sided sebelah. Weng semacam je. Pening and ngantuk makes a devilish pair. Balik bilik duduk dengan kak fa-c yang lain jugak. Sembang dengan kakak yang lain. Citer pasal politik university, itu ini, bla bla bla...dah pukul 3! Wargh! Ngantuk kot!..
0 comments:
Post a Comment