|
Cukup sekadar aku dan DIA sahaja mengetahui ~ picture by Lady Tori of deviant Art |
|
|
hari ini aku plan nak buat pre-reading untuk kuliah esok dan siapkan mind map dan lab report. tapi disebabkan mood nak belajar tu belum sampai. aku cubalah belek - belek buku2 yang aku ada. sebelum tu aku singgahlah dulu ke blog2 orang lain. then aku buka satu blog ni, dia ada cerita pasal mak dia. it clicked into me somehow. terdetik hati aku nak bukak buku ni.
sebab aku malas nak go through every page, aku just scroll kat tajuk je. then, something caught my eyes.
Lapangkan Dada, Hentikan Ratapan Yang Mengundang Seksa. hati aku tertarik nak baca. mungkin sebab aku dalam fasa ala-ala-kuih-bakar-tunggu-nak-hangus ni. baca punya baca punya. sampai kat perenggan ke -3 je.
Antara ujian Allah swt yang mesti dihadapi dengan penuh kesabaran adalah kematian insan yang kita sayangi. Semoga Allah swt memimpin kita saat datang dugaan berat sedemikian. Semoga Allah swt kuatkan iman kita saat pemergian insan yang kita sayangi.
hanya ada satu nama sahaja yang terbayang : Ahmad Munzeer. tak pernah terlintas kat fikiran aku yang aku akan kehilangan seorang ahli keluarga. aku faham dan terima bahawa setiap dari kita ini akan merasai kematian. itu Allah dah janji dan janji itu pasti! tapi, tak pernah aku sangka. di waktu aku cuba bangkit untuk mencantum kembali diri aku, aku kehilangan seorang ahli keluarga. sungguh, tak pernah aku sangka! di waktu aku cuba untuk kembali kepada Illahi, aku diuji dengan kehilangan seorang abang. tapak iman yang aku sedang bina, tiba - tiba diuji ketahanannya dengan hanya satu panggilan telefon dari kakak aku. kaku aku di meja komputer. menggeletar tubuhku mendengar kakak aku berkata "ika, abang uje dah meninggal".
sehingga sekarang aku masih belum mampu untuk tidak menangis bila aku terkenang kembali hari itu. 10 disember 2009. air mata yang aku tumpahkan sepanjang perjalanan dari kedah ke perak. sebak yang aku rasakan ketika aku melihat umiku menangis kehilangan abang aku. sedih yang aku rasa ketika aku melihat abahku menitiskan air mata. bagaimana aku tidak sanggup memandang ke wajah abangku ketika kain yang menutupi wajahnya dialihkan untuk ku kucup buat kali terakhir. bagaiman aku dan kakakku saling berpegang tangan seakan cuba memberi semangat saat abangku di masukkan ke dalam liang lahad. bagaimana aku cuba ikhlas ketika talkin dibacakan. bagaimana aku cuba menerima hakikat ketika aku membacakan yassin di makamnya. sungguh. perasaan itu tidak digambar dengan kata - kata.
pada 12 disember 2009 adalah hari lahirku. aku tidak tahu apa yang patut aku lakukan. adakah wajar untuk aku mengingatkan tatkala kami sekeluarga kehilangan seorang abang,adik dan anak? akhirnya aku hanya mendiamkan diri. pada hari itu juga aku harus kembali ke matrikulasi kerana aku hanya diberi cuti selama 2 hari. sebelum aku pulang, ahli keluarga mengucapkan selamat hari lahir. entah kenapa, aku tidak merasa gembira, mungkin kerana aku tak wajar untuk menyambut hari lahir di waktu itu. sepanjang perjalanan ke kedah, aku tidah berhenti melantunkan Al - Fatihah buat abangku.
aku sendirian di matrikulasi walhal keluargaku semuanya masih bersama - sama menghadapi musibah ini. mujur roomate aku memahami. bila kawan2 aku mengucapkan selamat hari lahir kepada aku, i fought the urged to tell them about my brother. sebab aku tak tahu nak bagitahu macam mana. bila aku membacakan yassin buat abangku pada malam itu, air mata tidak berhenti mengalir. sukar rasanya untuk menerima kenyataan bahawa aku sedang membaca yassin buat abangku. sukar rasanya untuk aku menerima hakikat bahawa aku tiada lagi abang. kerap kali aku berhenti membaca kalimah Allah itu sebab sebak yang berbuku di dada. aku gagahkan juga menghabiskan surah itu. mungkin tanpa aku sedari, tangisan aku itu menggangu roomate aku. akhirnya mereka keluar dari bilik. selepas selesai membaca yassin, roomate aku meminta aku untuk bercerita tentang apa yang terjadi. dan malam itu aku tidur betemankan air mata.
kehilangan abang aku memberi impak yang agak besar. aku ingat lagi ketika aku membaca buku Schubert Serenade karya Hlovate. aku menangis. ceritanya sama seperti apa yang aku lalui ketika itu. sejam lamanya aku menagis. aku akui, air mata cukup murah ketika itu. pernah aku mejadi moody sepanjang hari kerana aku teringat abang aku. mungkin ketika itu aku masih dalam peringkat pasrah tetapi belum ikhlas. kesedihan yang aku rasakan ketika itu tak ramai yang tahu. hanya seorang je yang tahu. aku tidak sanggup memberitahu umi aku kerana aku tahu umi aku pun merasa benda yang sama. kenangan aku bersama abangku hanya 18 tahun jika nak dibandingkan dengan umi aku selama 22 tahun. dan tahu, umi lebih merasa kehilangan dari aku.
perkataan 'abang', 10 disember dan 12 disember. memberi makna yang besar kepada aku. mungkin bagi orang lain, perkataan 'abang' itu cukup mudah dilafazkan. tapi bukan bagi aku. bagi aku, perkataan 'abang' itu untuk abang aku. kerana aku hanya mempunyai seorang abang. sukar untuk aku memanggil orang yang lebih tua dari aku, 'abang'. kerana aku sudah tidak mempunyai abang. dan sekarang, jika aku hanya memanggil seseorang itu abang kalau dia memang layak dipanggil abang. ada juga lelaki yang lebih tua dari aku, aku tidak memanggil abang tapi menggunakan nama sahaja. itu aku anggap sebagai kawan. birthday aku tahun ini disambut pada 10 disember. fa, azree dan fiqa buat suprise kat aku. aku rasa mereka terlupa tentang tarikh ini. aku agak keberatan sebenarnya untuk memotong kek tu. tapi bila mengingatkan mereka dah bersusah payah, aku potong jugak. bila aku mengingatkan mereka tentang tarikh ini, ada riak sorry pada wajah mereka, tapi takpe. mereka tidak mengetahui.
kini, aku sudah ikhlas. insyaAllah. aku tidak lagi mengalirkan air mata tatkala mengingatkan 10 disember 2009. sekarang ni pun, aku tidak menitis kan air mata.
redha dan iklas.
have faith,
may Allah bless,
salam alaik.
3 comments:
Salam.. Adik, akak tak tahu ada kisah sebegini di dalam diri adik. Allah lebih sayangkan dia, tabah ye dik. Celebrate life. Hiduplah dengan sepenuhnya. Mungkin abang adik juga mengharapkan sedemikian. Kehilangan itu memang lazimnya diratapi, namun jadikanlah juga ia sebagai sumber kekuatan. Punca semangat. Bebaskan diri dari belenggu kesedihan. Hidup dan mengenang memori gembira bersamanya. Moga roh abang adik dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan golongan yang beriman. Amin :)
kak dina :
terima kasiih. cerita ini hanya sedikit coretan dalam kehidupan. salag sebuah bab dalam buku kehidupan mira. memang lumrah alam. dan kita sebagai hamba kerana redha dan IKHLAS!
doa semoga mira dikuatkan hati dan tabah. :)
salam alaik ukhti,
terima kasih untuk peringatan ini. semalam dengar motivasi pagi kat ikim.fm. ustaz pahrol juoi yang sampaikan.
tema motivasi tu pasal sejauh mana kita mensyukuri kasihsayang yang kita terima daripada seseorang. kita ini sukar mensyukuri sesuatu bila ianya MASIH didepan mata.
tapi once ianya sudah hilang, baru kita terhengeh-hengeh nak cari semula.
manusia memang begini kan?
jadi sayangilah mereka disekelilingmu walaupun dia banyak buat dirimu marah. apatah lagi orang itu bersaudara dengan kita.
moga hidayah Allah itu sentiasa bersama kita.
Allahu'alam.
Post a Comment