|
walking with time and silence, can u feel the wisdom? ~ pitcure by thecreeps of deviant art |
" Jom balik jalan kaki" ajak aku.
"Kau gila? jauh lah!" kata mereka
dan aku hanya tersenyum.
Ya, aku akui jarak antara fakulti ke kolej kediaman agak jauh. bagi aku, dekat je! mungkin disebabkan aku dah biasa jalan kaki lebih - - lebih lagi kalau kelas habis petang antara pukul 5 - 7 petang. memang selalunya aku akan berjalan kaki melainkan kalau aku kena balik dengan kawan. tang tu memang kena naik bus sebab diorang cakap j.a.u.h.
dan hari ini aku berjalan kaki balik ke kolej kediaman. sendirian. dan aku tak kisah pun. aku lagi suka macam tu. berjalan sendirian. aku tak tahu sejak bila tabiat ni mula timbul. mungkin sejak masuk upm? entah.
aku suka berjalan. sebab masa berjalan itu sahajalah yang aku ada untuk memikirkan benda - benda yang tak dapat aku fikir bila berada di khalayak ramai. aku mempunyai ruang dan waktu bersama aku. kebanyakkan benda yang aku fikir selalunya sama iaitu masalah yang aku hadapi. bila aku berjalan, masalah inilah yang kebiasaannya akan memenuhi ruang kepala aku. maka tak hairanlah aku hampir dilanggar kereta sebab nak lintas jalan tak tengok kiri dan kanan. nasib baik chinese tu bawak slow. kalau tak?
(tak nak fikir). jangan ditanya apa masalah itu kerana kamu tidak akan mengerti. ketahuilah, aku tidak meminta pengertian tetapi hormati keputusan aku. ada yang pernah cakap, aku ini fikir macam lelaki. aku hanya tersenyum mendengar itu.
setapak aku berjalan, sekotak masalah akan difikirkan.
berjalan dari fakulti menuju ke kolej. aku tak tahu berapa ratus langkah kaki aku. berapa banyak masalah yang aku fikirkan. masa seakan hilang bersama langkah aku. dari bus stop di depan fak.ekonomi melalui cimb bank, mendaki jambatan, melepasi kmr dan akhirnya sampai ke kolej. semakin lama aku biasa dengan jalan yang aku lalui, semakin aku rasa jarak itu semakin dekat. semakin singkat waktu yang aku ada untuk berfikir.
aku suka berjalan. ketika aku berjalan menuju ke jambatan, aku menghidu bau rumput baru dipotong. tanpa aku sedari, aku tersenyum. lama benar rasanya aku tidak menghidu bau rumput baru dipotong. rezeki aku hari ini barang kali. mendaki jambatan kadang kala membuatkan aku semput. tercungap - cungap aku mencari rentak nafas selepas turun dari jambatan. mungkin kerana kepenatan sebelum itu. ketika berada di atas jambatan, aku suka melihat matahari terbenam dari situ. lawa dan hati berbisik hamdalah. tersenyum aku melihat keindahan alam. semester ini, kmr sudah berpenghuni. gazebo yang dahulunya tiada penghuni, tadi didiami oleh dua manusia bergelak ketawa
(sabar jelah), tempat parking dahulunya kosong sudah dipenuhi dengan pelbagai jenis kereta. lain rasanya berjalan kaki kali ini. padang yang dahulunya jarang - jarang digunakan untuk bermain bola kini sudah mula rancak dengan bola sepak. terpaksalah aku berjalan betul - betul hujung disebelah kanan jalan pejalan kaki. cuak kalau kena bola. (
mintak2 dijauhkan!). dan aku akan rasa menyesallah pulak sebab balik jalan kaki kalau mereka ada di padang itu. seperti biasa dan akan selamanya begini, aku takkan pandang pun mereka.
(nak buat apa pandang? seksi!) hampir sampai ke kolej, aku dapat lihat pelajar2 berjogging, ada yang main futsal dan ada jugak yang hanya duduk di atas pankin. aku suka lihat suasana macam ini.
aku suka berjalan dalam senyap. kerana disitu aku boleh menumpukan perhatian kepada alam sekeliling. mungkin ada orang yang pelik melihat aku berjalan kadang kala (ke selalu?) mendongak ke atas. lama. seakan mencari sesuatu. kadang kala aku berjalan tunduk ke bawah. aku suka mendongak ke atas melihat awan. melihat dada langit yang sangat luas. melihat dunia dari bawah ke atas, aku suka. pelik? itulah aku.
hari ini aku dapat melihat dan memegang dandelion. entah mengapa kebelakangan ini aku teringat dandelion. dan hari ini, ianya didepan mataku! dandelion dan aku, ada persamaannya. secara jujurnya aku tak pernah tahu apa itu dandelion sebelum ini. apa sejarah dan signifikannnya dandelion ini. pertama kali aku mendengar dandelion, aku sudah jatuh cinta. kalau biasanya orang selalu guna love at the first sight, untuk kes aku pulak love at the first hear. pelik? itulah aku. 2 dandelion aku bawa pulang dan 1 dandelion sudah aku tiup. aku suka.
walking in silence.
itulah aku.
have faith,
may Allah bless,
Salam alaik..
3 comments:
Kita memiliki tabiat yang lebih kurang sama je dik. Tapi akak selalu diingatkan bahawa perempuan bahaya jalan sorang2 ni. Akak tak amik peduli pun ;)
kak dina : nobody ever told me that. haha
kita serupa la...tp, kalau cakap nk jalan kaki msti kwn2 pndg pelik n terasa.yes, same with u...bile jln kali tu, rasa tenang, alone, n fikirkan masalah yg ada...we r same...^_^
Post a Comment