Wednesday, May 5, 2010


Bismillahirahman arrahim..
Syukur dipanjatkan ke hadrat Illahi atas nikmat dan rahmatNya, aku masih lagi diberikan kudrat untuk meneruskan penulisanku..
Selawat dan salam atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w atas cahaya baginda yang menerangi seluruh alam..
Salam dihulurkan kepada para anbiya, mujahid/mujahidah, para sahabat yang mendukung ajaran Nabi kita..
Alhamdulillah..

Rindu rasanya untuk melarikan jariku diatas keyboard ni..lama rasanya tidak menulis di blogku ini.. rindu bertandang..*senyum*

tidak banyak untuk aku kalamkan dalam postku kali ini..

aku masih ingat semasa aku masih di matrikulasi.. aku ingat lepas aku tamatkan pengajian, aku akan habiskan masa aku dengan 'bertapa' depan tv 24/7...ronda2 PJ dan KL..buat tu buat ni..hakikatnya? aku sibuk!

sibuk?

busy?

aku kini hanya menghabiskan masa aku dirumah..SAHAJA..ye, aku tidak bekerja..kenapa? sebab aku rasa ni kesempatan aku untuk berbakti kepada umi dan abah..aku takut jika aku melanjutkan ke peringkat ijazahn (InsyaAllah), aku takde chance  nak berbakti seperti sekarang ni,..

kenapa aku cakap aku sibuk? sibuk dengan kerja2 rumah yang takkan pernah habis..sibuk jaga adik bongsu aku, Iman Muazzin..sibuk dengan membaca buku..sibuk dengan memasak..dalam erti kata lain, aku sibuk dengan keluarga...



pernah juga kadang kala, sabar aku hilang. lebih2 lagi dengan adik aku, Iman..ya Allah..kadang2 rasa macam nak ikat je Iman ini..tak pernah nak duduk diam2!! aku kemas dapur dia huru-harakan ruang tamu.. aku kemas ruang tamu, tunggang terbalik dapur...mana aku tak penat!..*tension* tapi tulah, budak lelaki la katekan.. tapi kadang2 best jugak layan Iman ni. pernah sekali tu lepas settlekan hal2 yang berkaitan dengan kain, aku tanya Iman " Iman, rumah bersepah la, nak buat macam mana ni?" dengan selamba dan lancarnye Iman jawab "kemaslah"..ek eh budak ni...*senyum*...aku gelak dengar jawapan Iman. pandai dah adik aku sorang ni.. kadang2 kalau boring tu, aku saja je sakat die..biasanya aku akan jentik telinga Iman..*senyum kejam*..lepas tu kene marah dengan umi, sebab cari pasal dengan Iman..*senyum*..petang2 nak masak, Iman la yang tolong...buat tu buat ni..kupas bawang...lepas tu marah aku sebab mata die pedih..mata aku pun kene! alih2..dua2 berebut paip air sebab nak cuci mata dengan air..*senyum*..macam macam..

dah sambung belajar nanti mesti rindu dengan Iman, rindu dengan umi, rindu dengan abah, rindu dengan family..aiyooo...banyak rindu ni,....*senyum*

 tadi cakap tak banyak nak tulis..ni dah berkajang ni..pe citer? *senyum kelat*

owh ye..aku juga banyak menghabiskan masa dengan membaca  buku..setakat ni buku2 yang aku dah baca,

sekuel dari trilogi Bagaikan Puteri


 dan lain2 lagi..

Aku juga ada download e-book Harun Yahya..seperti,


dan banyak lagi..

ni pun aku ada lagi 2 buku yang menuntut untuk dibaca..kakak pun dan menyebut MPH..lgi laaa...*senyum*

Masya Allah! dah pukul 2.15 am!..*sengih*

Akhir kalam,

May Allah Bless,

Salam..

2 comments:

sherasan said...

salam ukhti..oh, nak berbakti ye? bagus la niat tu.

tapi bila beta sudah mencemar duli ke rumah kita yang tercinta, kenakalan andA terhadap iman harap dikawal kerana beta akan mem'protect' iman daripada tangan kasarmu!

awas!!

p/s: jazakillah sebab belikan novel sinergi tadi!

amira^syafiqah said...

wasalam..
eceh!..
sape yang berdaulat sangat ni?
sape yang paling banyak 'keje' kan iman?
cakap? cakap?
*senyum*

afwan..=)