PUISI TAKUT KEPADA-NYA DAN MENGHARAP CINTA
Diri sudah penat berdosa,
Selepas semua noda,
Berasa ingin mencari sinar semula,
Tuhan,
Tunjuki daku jalan yang Kau redha..
Tuhanku,
Kau Esa mustahil berdua,
Aku hanya hamba-Mu yang hina,
Berilah padaku ruang masa,
Syukur pada nikmat segala,
Sabar dengan segala bala..
Yang ada di dalam dunia,
Tak pernah puas kurasa,
Nafsu yang mengejar selera,
Mengajak jiwa terdampar bersama..
Tuhanku,
Cinta-Mu yang sempurna,
Itulah yang selalu kudamba,
Namun amalku yang tercela,
Membawa diri jauh dengan-Mu wahai Pencipta..
Beri aku khusyuk dengan-Mu,
Aku mahu hanyut dalam kasih-Mu,
Biar hidupku berbatas murka-Mu,
Biar ajalku di sisi redha-Mu..
Aku mohon kembali,
Kepada rahmat yang tak bertepi,
Agar dijauh julangan api,
Untuk mendiam syurga nan abadi..
Tidak aku sedari bila ini bermula,
Yang kutahu lembah hitam ini amat menyeksa,
Mencurah kasih di jalan murka,
Mendamba rindu pada sang dunia,
Diri ini makin hina.
naimul firdaus
puisi yang sangat memberi kesan dihati. dapat puisi ni bile melawat ke blog
hilal asyraf. isi kandungan kedua-dua puisi ini lebih kurang sama, akan tetapi dua-dua menyentuh hati.
sekadar perkongsian bersama.
akhir kalam
wasalam
to ukhti Hidayah : tahniah atas pernikahan. moga masjid yang dibina berkekalan.
3 comments:
salam:
tarbiyah bukanlah segala2nya akn tetapi, segala2nya tak bermakna tanpa tarbiyah..
nantikan perubahanku..
Assalamu'alaikum..
Syukran, saya nak tanya, lagi satu puisinya mana?
wasalam..
lagi satu puisi?
Post a Comment