Wednesday, December 22, 2010

Mencari Matahari (bab 3)

Dia mengunyah epal hijau yang menjadi bekalnya. Almond chocolate jenama vochelle dan jus oren Sunkist sudah separuh isinya. Dia duduk bersila di tepi gelanggang bola tampar. Dekat sekolah ini , pelajar – pelajar bebas nak rehat dekat mana. Nak rehat dalam kelas pun boleh. Masa nak turun tadi, hamper separuh dari kelas tak turun rehat.  Dia memilih unutk turun ke volleyball court. Lagipun court kosong. Yang ada hanya pak cik tukang kebun yang tengah potong rumput.  Pandangannya dilempar jauh ke tengah padang yang menghijau.  Kepalanya tepu dengan pelajaran di hari pertama sekolah.  Dia mengingat kembali sesi pembelajarannya sebelum ini.
Subjek English went well. Teacher Faridah ok. English dia slang Britain. Rupanya dia baru saja mengajar lepas tamat pengajian di London. Patutlah slang dia cenggitu. Kalau dekat sekolah lama, Madam Linda yang ajar dengan slang Scottish sikit. Kami belajar literature hari ini. Tapi yang bosannya, aku dah belajar! homework yang teacher suruh buat pun aku dah pernah buat. Rasanya boleh recycle balik essay aku yang lama – lama tu untuk English. Bahasa Melayu pulak boleh la tahan. Cikgu dia kelakar! Teringat Cikgu Safrol. Cikgu Bm sekolah lama. Perangai mereka sama. Walaupun ada certain joke yang aku rasa menyampah sikit. But overall okay lah. Dalam masa sejam BM tu, aku rasa setengah jam saja kot belajar pasal BM. Yang lain semua bincang pasal politik dan isu semasa. Epal hijau sudah habis dikunyah. Jus oren dicapai dan dibuka penutupnya. Jus itu diteguk perlahan.
Bahu aku disentuh perlahan dari belakang. Aku berpaling. Ek?
“Assalammualaikum” budak perempuan di depan aku memberi salam sambil tersenyum manis. Aku macam pernah nampak budak ni. Pakai cermin mata old school and kasut jenama converse. Kening aku terangkat sebelah. Kat mana ye? Jus ditutup dan diletak disebelah tepi.
“waalaikummussalam” datar suara aku menjawab salam. Dia masih tidak berkelip mata memandang susuk tubuh didepannya. Ada apa pulak ini.
“ Saya Fatimah Aisyah. Satu kelas dengan awak. Panggil je A’e ” dia menghulurkan tangan. Dia duduk bersila di sebelah Sofea. Sebelah tangannya menyelok saku poket dan mengeluarkan lollipop perisa strawberi.  
Laa. Satu kelas rupanya. Patutlah pernah nampak. Salam disambut. “Sofea. Panggil je Fea”
“Laju saja awak keluar kelas tadi. Tak sempat nak tegur. Ingatkan nak rehat dengan awak sekali” plastic lollipop dibuka melihatkan gula – gula berwarna putih-pink. BUngkusan plastic  itu dimasukkan semula ke dalam poket. “ Nak? Saya ada lagi satu” Tanya A’e sambil menghulurkan lollipop perisa oren. Aku hanya menggeleng sambil tersenyum.
“saya kena pergi pejabat tadi” Jus Sunkist dicapai dan diteguk perlahan. Habis tiga teguk dicapai pula vochelle almond. Digigit sebaris chocolate itu. Coklat yang lebur di dalam mulutnya terasa manis. Dalam banyak – banyak almond chocolate yang ada kat atas muka bumi ini, hanya almond chocolate dari vochelle yang aku suka.
“oh. Eh, awak makan itu saja untuk rehat? Tak lapar ke nanti?” lollipop diawang – awang ke kiri dan kanan. Muka dia Nampak terperanjat. Ek? Comel sungguh muka budak A’e ini.  
“ tangki saya kecil saja” aku hanya tersenyum sambil memegang perut. kenapa muka dia terperanjat sangat? Apa? Pelik ke kalau aku makan ni saja untuk lunch? Ini pun kira ok lah aku nak makan. Aku bukannya lapar sangat pun.
“ awak tak kisahkan saya rehat sekali dengan awak? Muka awak macam kawan saya. Itu yang saya nak kenal dengan awak.” A’e bertanya dengan lollipop masih di dalam mulutnya. Gaya comel betul A’e ni! Kembang saja dengar suara A’e. Muka dia bertanya macan curious sangat.
To be true, aku tak kisah sebenarnya orang nak rehat dengan aku. Aku Cuma tak nak diorang tak boleh tahan dengan perangai aku yang macam ini. Bergaul dahlah tak pandai. Buat lawak lagi lagilah tak pandai.  Amna pernah cakap aku ini anti-soc. Memang betul pun aku ini anti-soc. Aku tak pandai bergaul. Tak suka tempat crowded. That is why aku lebih suka terperap kat rumah baca buku or doing something indoor dari keluar rumah on weekends. Apa salah ke kalau aku anti-soc? Aku bukannya kacau orang.
“ kawan awak?” kening aku terangkat bertanya. Dan itu bukan first time orang cakap macam itu kat aku. Kalau aku jumpa orang baru saja, mesti diorang akan cakap muka aku ini mirip someone. Betullah aku ini banyak kembar.
“Yup. Dia kat Europe sekarang ini. Parents dia jadi duta Malaysia. Jadi dia kena pindah sekali.”  Lollipop digigit dan dikunyah. Berdetap – detap bunyi lollipop kena hentak dengan gigi A’e. tahan betul gigi budak ni. Patah kang baru tahu.
“Oh” what else I can say? Suruh a’e pindah sekali kat Europe tu? Jus dihabiskan. Vochelle almond yang tinggal separuh dibungkus kembali.
Krriiinnnggg. Krrriiiinnnggg. Krrriiinngg.
“jom cepat, cikgu lepas ni garang macam singa lapar” A’e bangun dan membersihkan belakang baju kurungnya yang penuh dengan daun – daun kering.
Ek?
Bungkusan chocolate dan botol jus diambil. Aku berjalan beriringan dengan A’e dengan kelajuan super speed. Laju gila budak ini jalan. Cikgu lepas ini garang sangat ke? But, what was her name again?
***
“Awak dah fikir nak join kelab  and sukan apa nanti?”  Tanya A’e bila habis kelas. Kami masih lagi dalam kelas. Aku mengemas barang – barang yang berterabur atas meja.  Kepala aku masih lagi terasa berat dengan add math tadi. Gilalah. Homework dah lah bagi bertingkat  mengalahkan pyramid! Ingat kami ini tak ada subjek lain yang ada homework ke? Aku dah boleh membayangkan hujung minggu ini penuh dengan nombor.
“belum” zip beg ditutup. Envelope yang mengandungi dokumen yang diserahkan oleh Teacher Faridah semasa rehat tadi dijinjing ditangan kanan sementara beg disangkut ke bahu kiri. Kerusi ditolak. Mereka beriringan keluar dari kelas.  
“Awak join sekali dengan saya la. Nak?” mereka sedang menuruni tangga. Tangga tak sesak. Ramai budak – budak yang dah balik dulu.  Macam dah dimind set ke dalam otak budak – budak sekolah ini, tangga sekolah akan ada dua traffic. Satu line untuk pelajar turun dan satu line lagi untuk pelajar naik. Dan mereka yang sedang turun itu berselisih dengan mereka yang nak naik. Aku menjinjing envelope rapat ke paha. Biar tak terlanggar dengan mereka yang nak naik.
“Awak join kelab and sports apa?” Tanya aku kepada A’e. sekilas aku scan A’e dari atas bawah. Pakai tudng dengan spec old school bentuk petak. Di bahu kanannya, bag pack dari jenama converse berwarna biru muda dipenuhi dengan button badge pelbagai size dan warna disandang sebelah. Tangan kirinya memakai jam tangan besar berwarna putih jenama nike. Dan kasut sekolah jenama converse. Gaya layback gila dan loaded. Futsal and leo club?
“Persatuan Agama Islam dan bola tampar” balas A’e dengan selamba. A’e membuat kening double jerk. Ipod dikeluarkan dari bagpack. Earphone diselitkan kedalam tudung dan ipod dimasukkan ke dalam poket baju kurung.
“awak main bola tampar?” pejam celik aku dibuatnya. Soalan yang nak terkeluar sebenarnya “Persatuan agama Islam?” tapi soalan itu tak terkeluar. Persatuan agama Islam? Biar betul. Tang bola tampar itu bolehklah kot aku compute dengan A’e. persatuan Agama Islam? Tudung tak adalah labuh mana.  Gaya lepak saja.
“ awak jangan ingat saya tak pandai. Apa? Ingat saya pakai macam ni tak boleh main bola tampar ke? Awak tengok jelah nanti.” Jawab A’e. Dia membuat double jerk lagi. Gaya confident habis!
“okay” aku balas balik dengan gaya tak sabar. A’e ini ada gaya macam volleyball player. Kami dah sampai ke tingkat satu. Aku sengaja memberhentikan langkah dan menyandar ke dinding bersebelahan dengan tangga.  
“awak balik dengan apa ni?” Tanya A’e. dia membetulkan letak earphone ke dalam telinganya.  
“awak?” Tanya aku balik kat A’e. takkan aku nak cakap aku balik dengan kereta kot. Gaya macam apa saja. Dah lah datang dengan mini cooper. Mahu orang ingat aku menunjuk – nunjuk pulak.  Aku lebih suka orang tak tahu. Keep it to myself sudah. Buat apa nak heboh dekat satu dunia when you can keep it to yourself?
“saya? Saya jalan kaki saja. Rumah saya sepelaung dah sampai. Awak?” sepelaung? Aik? Perak mari ke A’e ni? Aiseh Fea, nama dia pun kau boleh lupa. Ni lagi nak tahu pasal asal – usul dia.
“ saya ada hal kat pejabat. Saya gerak dulu ye. bye” aku berkata sambil berjalan menuju ke pejabat. Aku menepuk lembut lengan A’e sebelum berlalu sambil tersenyum. Nice girl.
“bye. Jumpa esok!” jawab A’e with a little bit of unnecessary entuitiathism. Sempat dia mengeluarkan lollipop dari bagpack sebelum bergerak menuruni tangga. A’e ni hantu lollipop rasanya. Langkah diatur meredah pelajar – pelajar yang baru keluar dari bilik guru. Dia melangkah ke arah pejabat.
Sampai di depan pintu pejabat, aku teringat accident pagi tadi. Sebagai langkah pencegahan supaya tak kena langgar lagi, aku masuk bila ada orang masuk. Jadi, kalau kena langgar pun orang depan aku yang kena. Sampai di meja receptionist, mak cik Aisyah sedang sibuk dengan dokumen – dokumen yang berterabur atas meja. Dan aku beralih kepada mak cik yang kurang sibuk di meja receptionist. Pagi tadi mak cik ini tak ada pun. Bila aku dah serahkan envelope yang ada dokumen – dokumen yang Teacher Faridah pagi kat aku pagi tadi untuk di isi, mak cik yang ini sembang sikit – sikit sambil cekap mengasingkan dokumen yang mengandungi data aku. Dan aku menjawab semesra yang mungkin. Mak cik Aisyah yang dah habis dengan kerja – kerja yang tadi pun masuk sekali dalam sidang meja receptionist. Ramah mak cik berdua ini, seronok pulak aku sembang dengan mereka.  
Habis segala urusan di meja receptionist aku keluar dari pejabat. Sebaik sahaja aku menglangkah keluar dari pejabat, aku melihat jam. Hm, awal lagi ini. Balik rumah pun bukannya ada kerja nak buat selain dari homework.  Mungkin boleh guna masa ini untuk explore sekolah ini. Setakat tadi tahu toilet, volleyball court and kelas saja. Aku menebar pandangan ke hadapan. Budak – budak pun ramai yang dah balik. Nak mula dari mana dulu ni? Kanan. Always starts form right. Aku melangkah ke kanan pejabat. Terus menuju ke tangga.
***
Senja berlabuh. Dia kini duduk di bersila di bangku tasik. Langit membiaskan warna merah-oren.  Angina yang berpuput petang itu terasa segar menyapa tubuhnya.  Di telinganya compilasi lagu Colbie Calliat menemaninya. Dia baru sahaja balik dari sekolah. Baju kurung sekolah sudah diganti dengan pakaian riadah. Mini coopernya diletakkan di rumah manakala dia berjalan kaki ke sini.
Dia bangun sambil meregangkan urat – urat yang terasa berbelit dan sengal kerana duduk bersila hamper sejam. Tangan didepangkan dan dipusing tubuhnya ke kiri dan ke kanan sebanyak tiga kali. Kemudian dia membengkokkan tubuhnya ke hadapan sebanyak tiga kali. Apabila terasa segar, dia menarik nafas sedalam – dalamnya. Oksigen yang mempunyai 0.003& dari keselruhan peratus udara di atmosfera dihirup. Dia mendongak memandang langit. Langit di waktu senja sangat cantik.
Dia berjalan mengelilingi tasik itu. Sambil berjalan dia meregangkan tangannya ke depan dan ke belakang. Alunan suara Colbie Calliat digantikan dengan Jason Mraz. Alunan muzik country itu dikuatkan. Pekak sebentar telnganya dengan lagu You and I. nice song.
Matahari yang makin tenggelam di ufuk matahari itu terus menghilang bersama satu hari yang berakhir.
***

1 comments:

Anonymous said...

teruskan..i like