Dia duduk bersila di atas pankin halaman rumahnya bertemankan teh hijau yang dibuatnya sendiri. Sekilas dia memandang rumah itu. Rumah banglo dua tingkat berdekatan dengan rumah Amna ini dibelinya sendiri. Bercirikan konsep kontemporari, banglo itu berhadapan dengan taman dan stesen lrt. Suasana taman perumahannya itu cukup aman. Sistem keselamatan juga baik. Di sebelah kanannya, terbina sebuah kolam ikan. Ikan – ikan berenang dengan bebas walaupun berbeza warna dan spesis. Taman rumahnya itu bercirikan taman Jepun , tidak hairanlah banyak pokok bonsai mengelilingi kolam ikan itu. Di kirinya pula, parkir kereta. Kereta mini coopernya berwarna putih memenuhi ruang itu. Kereta yang dibelinya sendiri sejak berpindah ke sini.
Dia mendongak memandang langit. Cantik. Awan bertebaran di dada langit. Angin petang yang bertiup lembut bagaikan menarik dirinya ke memori silam.
“ Bila Adam ada masalah, Adam suka tengok langit. Bila Adam tengok langit, somehow Adam dapat rasa tranquillity “ lelaki itu hanya memandang dada langit. Senyum terukir di wajahnya.
Aku menutup mata. Angin petang yang berpuput lembut itu terasa bahangnya.
“ Kita semua berkongsi langit yang sama. Cuma yang membezakan ialah bentuk awan waktu itu” dia masih merenung dada langit.
“Kita semua berkongsi langit yang sama. Bentuk awan sahaja yang lain” aku mengulang dalam hati. Stop there, Fea. You are not strong enough yet. Let it pass.
Dia melangkah masuk ke dalam rumah. Cawan teh hijau dibawa bersama. Selipar dari jenama Roxy itu ditanggal dan dia melangkah masuk. Benda pertama yang menyapa pandangannya. Sebuah lukisan abstrak berwarna putih – hijau. Warna kegemarannya. Lukisan ini dipilih sendiri oleh Amna ketika Amna window shopping di Pasar Seni hari itu. Aku hanya tersenyum memandang lukisan itu. Aku suka lukisan ini. Somehow. Aku dapat rasa chemistry antara aku dan lukisan itu. Abstrak. Aku pun begitu? There is more than what meets the eye.
Dia terus melangkah ke ruang tamu. Ruang tamu itu agak besar memandangkan hanya dia yang mendiami rumah banglo dua tingkat ini. Set sofa besar berwarna putih berbentuk L memenuhi sebahagian besar ruang tamu itu. Bertentangan dengan sofa itu, sebuah tv plasma berjenama Sony diletakkan di atas rak rendah panjang berwarna hijau muda. Bersebelahan dengan tv plasma itu, set system audio dari jenama yang sama, Sony memenuhi ruang atas rak itu. Ruang tamu ini direka atas kehendaknya sendiri. Dia yang merekanya sendiri mengikut keselesaan dirinya. Dia tidak suka ruang yang sempit dan hiasan yang serabut. Simple is beautiful.
Dia duduk bersila di atas sofa. Mug yang separuh berisi dengan teh hijau di letakkan di atas meja kopi berwarna putih. Dia merehatkan kepalanya dengan bersandar kepada sofa. Tangannya mengurut perlahan kedua pelipis. Dia hanya tersenyum. Matanya dipejam.
Kena lagi. Tangannya masih mengurut perlahan kedua pelipis. Nafasnya terasa semakin laju. Dadanya terasa sesak. Tangan kanan mencapai kusyen kecil berwarna putih disulam dengan bunga kecil berwarna hijau. Dipeluk erat. Rasa itu lagi. Tangan kirinya ditekup ke dahi. Panas. Nafasnya masih laju. Matanya berair. Dia membuka mata. Pandangannya kabur memandang syiling ruang tamu. Kabur dihalang oleh air mata yang sedang bertakung. Kusyen kecil dipeluk semakin erat. Dadanya berombak laju. Dan air mata itu mengalir juga.
***
0 comments:
Post a Comment