Saturday, January 15, 2011

Mencari Matahari (bab 4)


Dia menanggalkan kasut sekolahnya dan diletakkan ke rak kasut yang bersusun di luar surau sekolah. Surau yang  berada di tingkat dua itu sebanggunan dengan pejabat sekolah. Selesai meletak kasut, dia melangkah menuju ke pintu surau. Telinganya dapat menangkap suara orang bercakap. Hanya seorang. Dah mula ke? Dia memandang jam ditangan. Jam menunjukkan pukul 2.15 petang. Dah lambat 15 minit ini. Kena marah tak nanti? Dia menarik nafas. Pintu yang diperbuat dari kayu itu ditarik ke luar.
Oh no! Semua mata memandang ke arahnya. Hampir separuh dari surau itu dipenuhi dengan pelajar – pelajar yang masih berpakaian sekolah. Dan dia memakai pakaian sukan. Pelajar lelaki dan perempuan dipisahkan. Bahagian kanan surau iaitu berdekatan dengan pintu ialah tempat di mana pelajar lelaki berkumpul manakala di bahagian kiri surau pula pelajar perempuan berkumpul. Di hadapan, seorang perempuan bertudung labuh berwarna unggu lembut dipadankan dengan jubbah berwarna unggu bersulamkan bunga berwarna pink.  Ustazah lah kot. Dihadapan ustazah ada meja kecil yang biasanya digunakan untuk meletakkan Al-Quran. Ustazah tersenyum ke arah aku.
“ Assalamualaikum, awak nak guna surau ke?” Tanya ustazah.
“ Waalaikummussalam. Ini perjumpaan untuk persatuan Agama Islam kan?” Tanya aku dengan senyum kurang pasti. Kenapa aku rasa macam dalam mahkamah saja ini. Yang diorang pulak pandang aku macam aku baru jatuh dari langit ini kenapa?
“ Yes. Come join us” balas ustazah sambil menunjukkan ke  arah kumpulan pelajar perempuan.
“thank you” sumpah aku rasa macam tengah buat catwalk show. Semua orang pandang! Dari aku masuk surau sampailah aku duduk.
“I’ve never seen you before. Are you a new student?” Tanya ustazah bila aku dah duduk.
“ya saya.” Duduk aku rasa serba tak kena. What else do you want me to say?  
“ oh. Boleh kami kenal kawan kami yang baru ini? “ Tanya ustazah sambil tersenyum manis kea rah aku. Ustazah janganlah senyum dekat saya macam itu. Tak sampai hati saya nak kata tak. Keluh aku dalam hati. Aku duduk sambil melipatkan kedua kaki aku belakang.
“ Assalammualaikum, hi everyone. i’m Miftahul Sofea. Call me Fea. Good to be here” fuhh! Hanya ustazah dan pelajar perempuan yang memandang aku bila aku perkenalkan diri. Pelajar lelaki tidak ada yang menghadap memandang aku. Mereka hanya memandang ke depan ataupun tunduk ke bawah. Ek?
“Miftahul Sofea. Key of . nice name. subhanallah” puji ustazah. Girl sebelah aku menepuk – nepuk bahu aku sambil tersenyum. Dan aku membalas senyuman itu.
“ mari kita mulakan usrah kita pada petang ini dengan izin Allah. Hari ini ustazah nak mulakan dengan sebaris kata dari Ibnu Attoilah.”    
Untuk meringankan kepedihan bala yang menimpa, hendak dikenal bahawa Allah-lah yang menurunkan bala itu. Dan yakinlah bahawa keputusan (takdir) Allah itu akan memberikan yang terbaik.
*****
Bola mikasa yang melantun cantik diudara itu disambut dengan baik sebelum sempat mencium bumi. Di-dig bola itu ke kanan. A’e menyambut bola itu. Bola itu di-set ke depan net.
“My ball!” aku menjerit sambil berlari menuju ke hadapan net.  Aku melihat bola berada tinggi dalam jarak tiga kaki dari aras net. Peluang cantik ini. Aku membengkokkan kaki untuk menghasilakn daya tolakan yang kuat. Kaki diluruskan. Terasa daya tolakan yang dihasilkan menolak badan aku ke atas dan aku merasakan kaki aku tidak lagi menapak di gelanggang bola tampar. Bola tampar itu mula ditarik ke bawah oleh gravity. Potential energy di dalam bola itu mula digantikan oleh kinetic energy. Otot bisep dan trisep tangan kanan aku mula mengenakan daya . aku melihat gelanggang disebelah kanan pihak lawan kosong. Target ditemui. Bola mikasa itu berada di posisi yang tepat. Tangan kanan aku melibas bola tampar ke kanan gelanggang. Kaki aku menjejak tanah semula. Spike open.
Prriiitt!
Wisel ditiup menandakan servis berakhir. Pihak lawan tidak sempat mengambil spike aku. Aku terduduk kepenatan. Paru – paru aku rakus menghirup oksigen sebanyak mungkin. Menggantikan lactic acid sebagai produk anaerobic respiration. Nafas aku terasa singkat. Tercunggap aku dibuatnya. Bermain street set dengan 25 mata setiap set. Terdengar sorakan dan tepukan dari mereka yang lain disekeliling volleyball court.
Bukk!
Terkedepan aku dibuatnya. Terpaksa aku menahan badan aku dari tersungkur ke depan dengan kedua belah tangan.  Aku dipeluk dari belakang. Terasa bahu aku ditepuk – tepuk. Aku dah tak larat nak angkat kepala. Nafas aku masih belum stabil.  Siapalah yang peluk aku ini? Tak rasa ke aku ini basah macam baru-lepas-bajak-sawah-selama-tiga-jam penuh dengan peluh?
“ mabruk Fea! mantaplah awak main!”
“Gila terror kau main Sofea.”
“yeah! Kita menang!”
Seronok betul diorang ini. Nafas aku kembali stabil. Aku mendongak memandang mereka yang mengelilingi aku. Muka semua macam kena sportlight saja. Senyum macam nak koyak mulut tue. A’e menghulurkan tangan. Aku menyambutnya. Sumpah aku penat. Mereka yang sekumpulan dengan aku pun turut membantu aku bangun. Ini dah macam orang lumph pulak. Aku hanya tersenyum. Kami beratur di belakang gelanggang dan menuju ke jaring. Bersalaman dengan pihak lawan. Kata – kata ‘congrats’, ‘good job’, ‘good game’ terasa biasa di telinga aku. Gesture selepas setiap permainan.
Prit prit prit.
Coach meniup wisel sebanyak tiga kali. Kening aku terangkat. Kalau tiup wisel tiga kali bermakna game dah tamat. Tadi bukan dah tamat ke? Tuala muka berwarna hijau muda tehenti mengesat peluh dimuka aku. Aku memandang A’e yang baru menutup botol air mineralnya. “Jom” dia bergerak ke arah coach. Aku turut mengikutinya. Semua pelajar sedang berkumpul di depan coach.
“duduk” arah coach. Kami duduk di atas gelanggang  bola tampar. Panas punggung! Cuaca petang itu agak panas. Gelanggang terasa terbakar. Namun, tiada siapa yang merungut. Bagi dia, dia sudah biasa dengan kepanasan ini.
Jika di sekolah lama dulu, disekitar gelanggang bola tampar tiada tempat duduk dan pokok – pokok yang boleh dijadikan tempat berteduh. Hanya sebuah bangku kayu. Itupun hanya untuk coach. Kalau fikir nak lari dari terik matahari itu memang kirim salam awal – awal jelah. Paling dekat dengan gelanggang pun longkang yang tidak digunakan. Itu lah yang menjadi bangku kami. Gelanggang bola tampar itu bersebelahan dengan gelanggang bola keranjang. Latihan biasa dilakukan pada pukul 2 hingga 6 petang. Berhenti berehat selama setengah jam untuk rehat. Itupun belum cukup untuk melepaskan penat. Kalau di sini cukup berbeza. Court mempunyai tempat duduk seakan stadium dan dikelilingi dengan pokok – pokok yang rendang. Banyak saja tempat yang boleh dijadikan port untuk lari dari terik matahari. Macam game permulaan tadi, main tak seberapa. Habis saja game terus lari bawah pokok sebab panas. Macam ini ke main bola tampar. Brat.
“bismillahirrahmanirrahim. Kita mulakan dengan ummul kitab Al – Fatihah” suara coach mematikan lamunan aku. Coach membaca Al – Fatihah dengan perlahan tapi masih boleh didengari.  Kalau coach Syah dulu tak ada pun macam ini. Aku membaca Al – Fatihah dalam hati.
“Setakat ini sahaja latihan untuk hari ini. Saya bangga dengan game kamu semua hari ini. Beri satu tepukan untuk kamu” lain betul gaya coach ini dengan coach Syah. Kalau coach Syah, mesti ada sahaja kesilapan atau benda yang dia akan cakap untuk meningkatkan lagi mutu permainan. Kening aku terangkat. Tepukan gemuruh memenuhi ruang gelanggang. Beberapa pelajar yang sudah habis permainan mereka yang melalui court memandang kami.
“sebelum kita bersurai, seperti biasa saya ada satu benda nak bagi” coach tersenyum penuh makna. Ada benda nak bagi? Rata – rata pemain sudah tersenyum. Ada juga muka yang blur. Ada juga muka yang tak menyempat pun ada.
“disebabkan hari ini saya ada perjumpaan, jadi story telling kita dibatalkan” story telling? Kening aku terangkat. Biar benar. Pejam celik aku dibuatnya. Ini kelab bola tampar atau English society? Aku mendengar keluhan dari pemain – pemain. Mereka yang tak sabar tadi kelihatan hampa. Disappointed sebab tak ada story telling? Diorang ini budak sekolah rendah ke apa?
“tapi, saya dah sediakan ini” ujar coach sambil menunjukkan sehelai kertas berwarna biru muda. Aku dapat lihat kertas itu penuh dengan tulisan dan gambar kartun. Ek?
“Sebelum awak semua balik, ambil seorang satu ye” kata coach sambil tersenyum. “Saya rasa itu sahaja untuk hari ini. Kita tutup latihan kita dengan kafaratul majlis dan surah Al – Asr” totally different from coach Syah. Habis membaca Al – Asr semua pelajar bersurai. Amna melangkah kea rah coach kerana dia terpilih mewakili sekolah. Aku melangkah ke arah beg aku yang diletakkan di tempat duduk.
“Miftahul Sofea.” Langkah aku terhenti. Hidupan mana pulak yang panggil nama aku ni. Dahlah siap dengan nama penuh pulak tu. Aku pandang ke belakang. Ek? Coach sedang melangkah ke arahku. Apahal pulak ini? Alamak! Aku tak ambik kertas biru muda tu! Agak – agak coach marah tak?
“I’ve seen how you play. Are you interested joining our team?” Tanya coach sambil tersenyum. Terus terang tak ada simpang coach Tanya. Biar betul?
“Me, coach? I’m not sure. I think you already have enough players” jawab aku. aku memandang sekumpulan pelajar yang sedang duduk. Pemain lelaki satu bulatan dan pemain perempuan satu bulatan. Setiap satu bulatan ada 8 orang. Sepatutnya memang dah cukup. 6 main player and 2 reserved. 
“I see that you’re great player. U played before?”  Tanya coach. Coach Nampak curious sangat. Aku perasan ada diantara player yang memandang ke arah aku dan coach. Aku beralih kepada soalan coach. Have I played before? Ini kalau aku cakap aku pernah main nanti kena masuk team sekolah. Kalau aku cakap tak, dah terang lagikan bersuluh dengan torch light sebesar alam yang aku boleh main. Rasa serba salahlah pulak. Bukannya aku tak nak masuk team sekolah. Tapi aku rasa aku belum bersedia lagi nak main balik. kalau setakat untuk kokurikulum tak kisahlah sebab sports ini saja yang aku boleh telan. Sports lain aku tak suka. Tapi kalau nak jadi wakil sekolah. Rasa nak tepuk dahi.
“Azmi!” aku dan coach tersentak. Kami sama – sama berpaling ke arah tangga berhampiran dengan court. Bulat mata aku bila aku Nampak siapa yang memanggil. You got to be kidding me. Biar benar.
“Hoi, Syah!” jawab coach sambil mengangkat tangan ke arah rakan yang memanggil. Lelaki yang bernama Syah itu berjalan menuju mereka. Aku tak tahu nak buat apa sekarang ini. Nak lari pun cuak. Nak stay pun cuak. Lelaki itu semakin menghampiri.
“Miftahul Sofea?” Tanya lelaki itu. Muka dia seperti tidak percaya. Aku lagilah tak percaya! Kini lelaki itu betul – betul didepan aku bersebelahan dengan coach. Coach hanya memerhati dengan dahi berkerut macam lempeng kena tekan. Kalau aku tak nak mengaku boleh tak?
“Kau kenal Sofea, Syah?” Tanya coach. Coach memandang aku dan Syah bersilih ganti. Aku masih lagi berkira – kira nak larikan diri. Otak aku ligat memikirkan alasan yang terbaik.
Syah gelak sambil menepuk – nepuk bahu coach. “Mana aku tak kenal, Mi. Sofea ini dulu anak murid aku lah. Best volleyball player kat sekolah. Wakil negeri ini” jawab coach Syah sambil memandang aku. sempat lagi buat kening double jerk. Hancussss.. musnah harapan aku.
“patutlah time game tadi mantap gila awak main. Wakil negeri rupanya.” Ujar coach sambil memandang aku. ini yang aku tak selesa kalau orang puji – puji ini. Aku jadi tak selesa berdepan dengan dua orang coach. Lagi tak selesa bila berdepan dengan coach Syah. Yang coach Syah ini pun buat apa kat sini? Bukan sepatutnya dia ada kat Australia ke sekarang? Kata nak sambung PhD.
Aku hanya tersenyum. “Coach, kalau tak ada apa – apa saya nak balik dulu.” Jawab aku. lebih baiklah kalau aku cepat – cepat lari dari sini. Karang apa pulak yang coach Syah cerita lagi.
Coach Nampak terkejut. Coach Syah hanya tersenyum sambil menggeleng kepala. “Awak masih macam dulu, Fea. Degil ketegaq” ujar coach Syah. Matanya tepat memandang aku. tapi bukan dengan renungan yang marah. Tapi lebih kepada memahami.
“Some things just never change.” Balas aku sambil tersenyum. coach Syah tersenyum. dahi coach dah berkerut balik versi lempeng kena tekan dan air asam jawa tak bubuh gula.
“saya balik dulu coach.” Ujar aku sambil menundukkan sedikit kepala. Tanda hormat. Aku mula melangkah meninggalkan coach berdua.
“Sofea!” langkah aku terhenti. Aku berpaling ke belakang.
“Please consider the idea to join our team. I’ll save you a spot” ujar coach. Coach memandang aku dengan penuh harapan. Begitu juga dengan coach Syah cuma yang berbeza coach Syah akan memahami kalau aku menolak. Ini yang aku lemah ini. Boleh tak jangan nak buat muka macam itu. Rungut aku dalam hati.
Aku hanya mengangguk. Aku terus menuju ke tempat beg aku. sports beg berwarna hijau muda itu dibuka zipnya. Ipod berwarna putih dikeluarkan. Earphone diselitkan ke dalam tudung. Butang play ditekan. Full Blown Rose menyanyikan Somebody Help Me. Aku terus menuju ke arah tangga court. Belum sempat aku habis menaiki tangga. Bahu aku dicuit perlahan. FBR masih lagi berlagu ditelinga. Aku berpaling ke belakang. A’e sedang menghulurkan kertas berwarna biru kepada aku. aku hanya tersenyum sambil mengambil kertas itu. Aku terus melangkah sambil menggulung kertas itu menjadi bentuk silinder.
Setelah melepasi pintu pagar sekolah.  Kunci kereta dikeluarkan dari sports beg. Aku menekan butang bulat dan auto lock system dibuka. Pintu kereta tempat pemandu dibuka. aku masuk ke dalam. pintu kereta ditutup. Beg diletakkan ke tempat duduk sebelah pemandu. Kertas berwarna biru itu dibuka gulungannya. Terbeliak mata aku membaca tajuk yang ditaip lebih besar dari perkataan yang lain dan diboldkan.  ‘Allah Menyeru Kamu, Allah Menjaga Kamu.’ Biar betul. Teringat tentang pengisian Persatuan Agama Islam petang tadi.
Untuk meringankan kepedihan bala yang menimpa, hendak dikenal bahawa Allah-lah yang menurunkan bala itu. Dan yakinlah bahawa keputusan (takdir) Allah itu akan memberikan yang terbaik.
Aku ini masuk sekolah cluster ke sekolah agama? Aku menggeleng kepala seakan cuba membuang jauh – jauh fikiran tadi. Kertas itu diletakkan di atas sports beg. Kunci dimasukkan ke dalam tempatnya. Seketika kemudian bunyi deruan enjin disertai dengan sedikit gegaran menandakan enjin sudah dihidupkan. Safety belt ditarik dari tempatnya dan dimasukkan ke dalam tempatnya. Handbreak diturunkan. Dan kereta mini cooper itu sekali lagi meninggalkan sekolah cluster itu menandakan sehari lagi sudah diakhiri.

2 comments:

DentroLeggerai said...

Mini cooper colour????

amira^syafiqah said...

burhan : putih lah. =.='