Menurut Ibnu Qayyim, 10 jenis tangisan ialah:
1)
Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.. (er..penah jugak..mse kne pujuk time dpt result..kikiki..)
2)
Menangis kerana rasa takut..( ni tak yah citer lar..time cari kakak aku kat libary..takut di hilang..alih2 dia ada kat bawah...kureng tul..wat hbis air dlm badan jer..kuikuikui)
3)
Menangis kerana cinta..( errr..=P)
4)
Menangis kerana gembira...( erm..penah ker..=?)
5)
Menangis kerana menghadapi penderitaan..( penderitaan?..agak2 klu kne pedih ulu hati tue..does it count?..hehehe..pedih uh..)
6)
Menangis kerana terlalu sedih.. ( erm....hehehe)
7)
Menangis kerana terasa hina dan lemah..( errr..=P)
8)
Menangis untuk mendapat belas kasihan orang..(definately!..hahaha..time bagitau ayah aku psal result..dia tak jadi nak marah..taktik berkesan!..kakakaka)
9)
Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis...(err..klu tgk kwn aku nangis..aku nangis skali..)
10
) Menangis orang munafik - pura-pura menangis..( dah xde keje ker?..)
>Ada tangisan yang sangat di cela umpamanya meratapi mayat dengan meraung dan memukul-mukul dada atau merobek-robek pakaian.
>Ada pula tangisan sangat-sangat di puji dan di tuntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah.
>Tangisan dapat memadamkan api neraka:
"
Rasulullah saw bersabda : Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka……”
>Air mata taubat Nabi Adam a.s:
Baginda
menangis selama 300 tahun tanpa mendonggak ke langit kerana tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah dilakukan. Baginda bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir di jurang Serandip. Dari air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata,"Manis sungguh air ini." Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya lalu ia memperhebatkan tangisannya.
Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan,
"Hai Adam sesungguhnya belum Aku pernah menciptakan air lebih lazat daripada air mata taubat mu!">Air mata yang
tidak dituntut:
- Janganlah menangis kalau
tak tercapai cita-cita..bukankah Tuhan yang telah menentukannya..
- Janganlah menangis kerana
cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan.
- Janganlah menangis jika
gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang membuat persediaan.
- Jangan menangis kalau
wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang bersedekah buat amalan.
- Janganlah menangis kalau
tidak di naikkan pangkat, yakinlah rezeki itu adalah pemberian Tuhan.
>Dari itu..
Simpanlah air mata tangisan itu semua buat bekalan untuk menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik2 hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah s.w.t. Serulah air mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa2 dan moga-moga akan mendapat ampunan-Nya jua.
:::
Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
- Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
- Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
- Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,
dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang memilikimu."
***"Sampaikanlah dariku walau satu ayat" (Al-hadith)
note:
from my friendster..juz wanna share wif u guys n gurls..=)
0 comments:
Post a Comment