Wednesday, April 1, 2009

trial and error

Salah nombor ke ni?. Farhan ni nak kenakan aku ke. Dari tadi aku hantar mesej tak balas. Call tak angkat. Last try.

Tut Tut Tut Tut Tut. Maaf nombor yang anda dial tidak dihubungi. Sila cuba lagi sebentar lagi. Berasap telinga aku dengar mailbox ni.

Last Try!
Salam Sofea. Sorry ganggu. Saya Hafiz dari Kem Jaya. Ingat lagi tak?. Jangan wat2 lupa dah lar. Hehe. Tgh wat pet u?
Send..

15 minit..
30 minit..
1 jam..
Argh!

Farhan!..Kat mana aku nak beli ethanol dengan bunsen burner ha? Siap kau Farhan. Kau nak kenakan aku ea. Jaga kau!

“ Farhan..sebelum kau kena bakar dengan ethanol ni, kau ada apa2 wasiat terakhir?.”

“Ada. Wasiat aku nak Tanya kat kau alasan yang logik dan boleh diterima akal oleh manusia seantero dunia ni sama ada yang hidup ataupun yang dah meninggal dunia yang buat kau nak bakar aku dengan ethanol.” Muka Farhan selamba jer menjawab..aku tengah panas ni boleh die buat lawak skema dia tue.

“ Kau bagi nombor Sofea yang salah. Naik berasap telinga aku ni dengar mailbox tue. Nombor yang anda dial tidak dapat dihubungi. Sila cuba sebentar lagi. Terima kasih. Anything you want to explain about that?” siap dengan gaya khidmat pelanggan aku explain kat mamat ni. Sakit hati aku!

“ Apa plak. Aku bagi nombor yang betul lar. Aku amik dari senarai ahli kumpulan yang aku kutip kat Jaya. Kan kita kena isi butir diri dan aku sebagai keua kumpulan telah memanfaatkan kesempatan yang ada sebaik yang mungkin. Apasal skema sangat ayat aku ni. Tapi kau tau jelar sesetengah orang. Kadang letak nombor ayah, mak. Worst case scenario, nombor abang diorang.” Farhan senyum segaris.

Alasan yang boleh diterima. Kalau nak ikut logic akal tue de jugak. Aku pun kadang buat benda yang sama jugak. Lagi2 kalau perempuan yang mintak nombor telefon. Dapat pulak budak perempuan yang memang miang macam kena bulu buluh. Nombor telefon atuk aku jer aku bagi.haha.

“ Tapi aku call tak angkat. Kalau nak kata tak ada kredit, aku call dia. Bukan nyer luak pun kredit dia. Aku hantar mesej lagi lar. Mesej aku hantar minggu lepas pun dia tak balas. Kot ye pun dia bagi nombor telefon orang lain, time aku call mesti ada orang angkat. Ni tak perempuan khidmat pelanggan tu jugak yang layan. Borink aku!.” Panjang lebar terang kat Farhan..

“ Em betul jugak cakap kau ni.Tapi kalau betul lar pe yang kau cakap ni, takkan lah kau tak boleh buat conclusion” Farhan mula pandang aku professor kimia dapat idea baru nak wat bahan letupan.

You lost me

“ Kau tengok gaya Sofea tue, dia nak ke layan benda2 macam ni.”

Aku terdiam.

Kalau nak difikirkan balik. Memang jawapan nyer tak lar. Kat Jaya tue pun, dia pandang lelaki macam tak de perasaan pun. Itu tak payah citer lagi lar kalau lelaki duduk sebelah dia. Dia buat genius tahap Albert Einstein jer. Nak cakap dengan lelaki lagi lar. Mimpi siang hari pun takkan terjadi!.Handphone dia pun aku tak pernah Nampak dia pegang, Hmmmm…..…………………………………………………………………………………………………………………………………………

0 comments: