|
Ikhlas itu cukup rumit bagi ku. Andai hati ku ini bisa dibaca, kamu akan tahu apa yang tersirat di hatiku.
|
Jika aku penjual 'kemaafan', pasti tidak tinggi harga yang kamu perlu bayar untuk memilikinya. Namun, adakah nilai kemaafan yang kamu jual juga rendah nilainya?
Aku bukan seorang yang pemarah (rasanya). kerana aku tak suka marah.
bila aku rasa macam nak marah, kecewa kat seseorang tu, aku biasanya takkan bagitau. i just keep it to myself. Most of the time.
Because i try to put myself in their shoes.
i try to understand their problem by being in their shoes. Aku cuba selami masalah mereka, the reason why they act like that. bile aku dah boleh faham apa sebenarnya masalah diorang, aku dah tak marah or kecewa lagi.
tapi sampai bila hanya aku sahaja yang perlu berada di tempat mereka? adakah hanya aku sahaja yang perlu memahami?
kemaafan aku itu rendah nilainya. kenapa aku kata begitu? kerana aku mudah maafkan seseorang. kalau orang meminta maaf dari aku, dengan mudahnya aku akan memaafkan mereka. sebab apa? kerana aku rasa siapa aku untuk memaafkan mereka? adakah darjat aku cukup tinggi untuk memaafkan seseorang? adakah aku sendiri cukup baik untuk aku memberi kemaafan? Adakah kesalahan itu berpunca dari dia atau aku yang bersalah?
tidak, aku juga manusia.
kadang2 aku sendiri tertanya-tanya. apa tujuan sebenar kita meminta maaf?
bagi aku, untuk kesalahan yang tidak disengajakan, tak perlu nak minta maaf. kerana kita tak sengaja!
dan untuk sengaja pulak. kenapa nak minta maaf untuk sesuatu yang disengajakan?
jadi, apa nilai maaf ni?
aku pun kadang2 keliru. at certain times, i wondering whether i should apologized or not.
satu perkara yang aku pasti, kemaafan aku itu rendah nilainya.
tapi, aku juga manusia.
harga kemaafan ku itu akan tinggi setingginya apabila aku tidak dapat memberi kemaafan lagi. Dan aku mohon, jangan jadikan aku sebegitu! Aku tak mahu menjadi seseorang yang menyimpan 'kemaafan'. kerana di akhirnya nanti, hanya aku yang mendeirta dalam 'kemaafan' yang tidak terjual itu.
kemaafan aku itu rendah nilainya.
jangan ditanya sama ada aku ikhlas atau tidak. kerana ikhlas itu rahsia Illahi. DIA yang memegang hatiku. Andai hatiku ini aku yang pegang, nescaya aku usaha sedaya upaya untuk menjadi ikhlas.
Kemaafan aku itu rendah nilainya. kamu?
0 comments:
Post a Comment