Thursday, November 25, 2010

Finale

Pagi sudah pun melabuhkan tirainya dan malam pula membawa sinarnya pada dunia. Bintang-bintang mula memancarkan kelipan-kelipan keceriaan dan bulan pula mempamerkan wajah kegembiraan buat mereka yang memandangnya. Di satu sudut, Farhan termenung memandang sekalian alam. Perjumpaanya dengan Amna tentang Sofea mengasak fikiran. Sungguh, tak pernah dia bayangkan bahawa itu yang menjadi punca mengapa Sofea jadi macam itu. Dia tak pernah rasa kehilangan, mungkin itu sebabnya dia tak faham dan memahami apa sebenarnya yang Sofea rasakan.

Apabila arwah Tok meninggal dulu, dia tak merasa sangat kehilangan Tok. Mungkin sebab dia tak rapat sangat dengan Tok dulu, jadi rasa kehilangan itu tak membari kesan yang mendalam kepadanya. Bagi Sofea, kehilangan insan yang sangat bermakna dalam hidup ibarat sebahagian dari nyawanya telah pergi. Selepas kehilangan kedua ibu bapa yang memberinya nyawa dan kehidupan, lelaki itu telah membawa seribu satu harapan dalam kehidupan Sofea yang dahaga kasih sayang.
Macam mana rasanya kehilangan insan yang sangat bermakna dalam hidup?

Sakit sangat ke?

Gagal mencari perasaan kehilangan itu dengan merenung dada langit, seolah-olah mereka dapat memberikan rasa kehilangan itu, Hafiz hanya bisa tersenyum kecewa. Aku takkan dapat merasainya. Bisik hati Hafiz.

Hafiz melangkah masuk ke bilik air. Terus ke sinki. Dia melihat muka di cermin. Lama.

Besar dah aku rupanya. Rasa macam baru semalam je jadi budak hingusan yang pagi petang senja malam melarat ke subuh asyik main je. Rasa macam baru semalam jadi budak nakal kat sekolah yang kerjanya mengacau rakan sekelas yang lain dibantu oleh sahabat sejaya, Farid. Rasa macam semalam je jadi budak kreatif, bak kata cikgu Safrol yang suka ponteng kelas atas alas an bosan dengan subjek yang diajar dan cikgu yang mengajar. Dan sekarang?

Besar dah aku. Hafiz geleng kepala mengingatkan karenah sendiri. Nakalnya aku.

***

“ Awak lelaki yang baik, Hafiz. Let fate fares you better”. Sofea merenung mata lelaki yang berada dihadapannya berharap supaya maksud yang ingin disampaikan dapat dicerna.

Hafiz hanya mampu memandang kembali wajah Sofea. Apa yang mampu aku katakan saat ini? Hujah apa yang mampu aku berikan? Sofea, susah sangat awak nak faham isi hati saya?

Petang ini, mereka berempat bertemu. Hafiz, Sofea, Farhan dan Amna. Atas kehendak Sofea sendiri. “Dia rimas, awak asyik kacau dia aje. And saya dah bagitau pasal hari tu.” Itu jawapan Amna bila menyampai perutusan tak rasmi dari Sofea.

Dan kini..

“Sofea..” Hafiz cuba memujuk. Tapi cepat Sofea mencelah.

“Hafiz, He knows whats the best for both of us. Jangan buat keputusan berdasarkan nafsu” Sofea menghela nafas berat. Kenapa la bebal sangat mamat ni. Rasa nak tepuk dahi.

“I appreciate about how you feel. I truly do. I think Amna already told you about my past. It doesn’t bring any different now and then. But Hafiz, jangan dicari cinta manusia selagi cinta Illahi tidak dapat awak gapai. Sebab cinta Illahi seiring dengan cinta manusia. Cintai DIA dahulu.” Direnung wajah lelaki itu.

Hafiz tersentak. Cintai Dia dahulu?.

“ Itu je yang saya nak sampaikan. Saya minta maaf kalau apa yang saya cakap menyinggung perasaan awak. Dan ini untuk awak. Assalammualaikum”

Kotak coklat lembut itu bertukar tangan dan salam disambut.

Cintai DIA dahulu?.

***
------------------( 4 tahun kemudian )--------------------

Hafiz melihat jam ditangan. 10.30 pagi. Enjin dimatikan. Klik tali pinggan keledar ditekan dan tali itu berlari kembali ke tempat asal. Kunci ditarik keluar dari tempatnya. Teman sebelah dipandang. Hanya senyuman diberikan.

“Aku oklah. Yang kau pandang aku cenggitu apa hal?”

“ kalau kau tak nak sambut dia, kau tunggu jelah dalam kereta” bahu sahabatnya dipegang seolah-olah memberi semangat.

“Aku oklah. It has been years kan. No biggie.” Senyuman ikhlas terukir diwajah. Meminta pengertian.

Pintu ditolak keluar. Senafas oksigen ditarik sedalam-dalamnya. Tubuh dibawa keluar dari Mercedes c200. Ya Rabbul Izzati, berikan aku semangat!

Mereka hanya menunggu di luar balai ketibaan. Nak masuk dalam sesak! Penuh dengan budak-budak yang dah habis belajar dari luar Negara, termasuklah orang yang ditunggu.

“Assalammualaikum.” Lembut salam kesejahteraan itu menerpa dicuping telinga.

“walaikummussalam”. Aku dan Farhan berpaling mencari yang memberi salam dari kanan kami. Laaa..Amna!

“Dah lama sampai? Terima kasih sebab datang.” Amna member sennyuman mengikut protocol dan secukup gula. Takde terlebih dan terkurang.

“baru je keluar kereta. No hal lah. Sofea pun kawan kitorang jugak” Farhan menjawab. “Lama lagi ke Sofea nak sampai?” Tanya Farhan.

“Kejap lagi keluar la tue. Flight dia dah sampai dah 5 minit tadi. Tengah ambil luggage kot.” Balas Amna sambil memandang ke arah pintu balai ketibaan. Mencari
kelibat orang yang dinanti.

“Haaaa! Tu Sofea. Jom” Amna dah macam lembu kena kejar, laju betul! Excited sungguh!. “Dia tinggalkan kita kat sini je? Nampak Sofea terus kena campak ke tepi?. Tak patut sungguh!” bebel Farhan.

“Ala, kau pun sama je dulu. Ingat time kau excited gile nak sambut aku time aku habis belajar dulu. Kau sesar habis parents aku. Kutuk Amna pulak.” Aku hanya mampu menggeleng kepala. Mereka tak bergerak. Sebaliknya hanya menunggu disitu.

Akhirnya, kelibat Sofea kelihatan.

Aku tersentak.

Sofea?

Pregnant?

“Assalammualaikum, Hafiz”

Sofea?

***

(To be continued)

Nota kaki : masih dalam kerja baik pulih. InsyaAllah. cerpen ini akan direvamped balik dari mula. sekian.

Saturday, November 20, 2010

Akhirnya!

Exam is OVER! ~Picture by Loonalily of Deviant Art
Akhirnya peperiksaan aku untuk sem 1 tahun 1 dah pun tamat dengan rasminya pada pukul 10.30 pagi tadi.
Gembiranya!

tu je nak bagitau. malas nak type. :P

Have faith.
May Allah bless
Salam alaik.

Tuesday, November 16, 2010

Sekarang dan Kelak.

Salam alaik.

Semoga Dia memberikan yang terbaik. Pembinaan diri dalam kembara mencari Illahi, ~ Pictue by Regularjane of Deviant Art


Jika dulu aku ialah hadiah dan tanggungjawab kepada ibu bapaku.
Kelak aku akan menjadi amanah kepadamu.

Jika aku dicorakkan oleh kedua ibu bapaku dari sehelai kain yang putih.
Kelak, kau yang akan menyambung mewarnai kanvas hidupku.

Jika aku hanya hadiah yang dipinjamkan kepada ibu bapaku,
Kelak, pinjaman itu akan dipindahkan kepadamu.

Jika jasadku ini hanya pinjaman dari Illahi.
Hatiku ini akan dipinjamkan oleh Illahi kepadamu.

kamu, 
Pelihara amanahmu ini dlm lingkaran Islami.
Warnai kanvas hidupku dengan lakaran Illahi.
Lindungan hadiah ini dlm dakapan sunnah Nabi.
Suburkan hati ini dengan cinta kepada Illahi dan KekasihNya.
Pulangkan aku kepada Pencipta sebagai muslimah sejati.
Kembalikan aku sebagai isteri mithali penyejuk hati suami.

Agar kelak,
aku dapat bersamamu di akhirat nanti. 

-syiifa^iqramah-

Have faith,
May Allah bless,
Salam alaik.

Saturday, November 13, 2010

We Shall Overcome!

Believe that all of these will past and smile! have FAITH! ~Picture by coolvanilla of DeviantArt


We shall overcome
We shall overcome.
We shall overcome someday
Deep in my heart
I do believe
We shall overcome someday.
(My Name Is Khan)


Have Faith!
May Allah bless
Salam alaik. 

Wednesday, November 10, 2010

Interesting.

Short Neurological Test

1- Find the C below.. Please do not use any cursor help.

OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOCOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO

2- If you already found the C, now find the 6 below.

999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999699999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999999

3 – Now find the N below. It’s a little more difficult.

MMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMNMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMM

This is NOT a joke. If you were able to pass these 3 tests, you can cancel your annual visit to your neurologist. Your brain is great and you’re far from having a close relationship with Alzheimer.
Congratulations!

part 2

eonvrye that can raed this rsaie your hnad.

To my ‘selected’ strange-minded friends:If you can read the following paragraph, forward it on to your friends and the person that sent it to you with ‘yes’ in the subject line.
Only great minds can read thisThis is weird, but interesting!
If you can raed this, you have a sgtrane mnid too

Can you raed this? Olny 55 plepoe out of 100 can.

I cdnuolt blveiee that I cluod aulaclty uesdnatnrd what I was rdanieg. The phaonmneal pweor of the hmuan mnid, aoccdrnig to a rscheearch at Cmabrigde Uinervtisy, it dseno’t mtaetr in what oerdr the ltteres in a word are, the olny iproamtnt tihng is that the frsit and last ltteer be in the rghit pclae. The rset can be a taotl mses and you can still raed it whotuit a pboerlm. This is bcuseae the huamn mnid deos not raed ervey lteter by istlef, but the word as a wlohe. Azanmig huh? Yaeh and I awlyas tghuhot slpeling was ipmorantt! If you can raed this forwrad it

not now

salam alaik.

i am not that sick but still am. -.-' ~ Picture by nateca95 of Deviant Art

aku dah mula rasa tak sihat ni. semalam dah start batuk (ke kelmarin?). walaupun semalam dah makan vitamin pak cik donut tu, still batuk lagi. dah la semalam tido lambat~~ and pagi ni bangun awal coz ada exam. memang pagi tadi lepas jawab titas. masyaAllah! pening sangat. rasa macam kepala ni kene compress. sebal je rasa. jalan pun rasa ringan je. tolong la jangan sakit. tahan sampai esok, please?. lepas esok nak sakit terlentang atas katil pun takpe. sigh. pak cik donut tu cakap muka aku nampak pucat semalam. ek? hmm..

Malam ni ada exam microb. insyaAllah boleh buat. kalau start study SEKARANG! :P

Have faith
May Allah bless.
Salam alaik.

Tuesday, November 9, 2010

Give me some sunshine

Sunshine, please greet me. ~Picture by Tamsoo7a





Give me some sunshine
Give me some rain
Give me another chance
I wanna grow up once again
(Give Me Some Sunshine - 3 idiots)


Thursday, November 4, 2010

Kenapa?

Aku penat dengan masalah ini. 


kenapa la benda ni asyik jadi kat aku.?

Rabbi, apa yang Engkau cuba tunjukkan?

Adakah aku sejahat itu?

Adakah aku sekeji itu?

Kenapa aku mesti lalui benda ini sekali lagi?

Aku masih belum bergraduasi dari perkara ni? adakah itu yang cuba Kau cuba tunjukkan?

Rabbi.. beri aku kekuatan. 


Meja studyku.

Salam alaik.

hari ni adalah hari pertama aku study week dalam bilik. pertama! haha. baru je habis makan pagi+tgh hari+malam. balik bilik tadi aku tak tau nak makan kat mana. meja aku penuh! hehe. standard la kan. kan?kan?







dah kemas meja, baru la aku boleh makan. but. mengikut kebiasaanya. meja aku akan bersepah balik dalam masa 10 min. *kening kening*

till then.

Have faith.
May Allah bless,
Salam alaik.

Kamu

salam alaik.

syafakallah. Sakit itu kafarah dosa.


Kuatkan hati. Luruskan niat. Teguhkan semangat.!




Have faith,
May Allah bless.
Salam alaik.

Wednesday, November 3, 2010

Budak master?

salam alaik.

hari ni aku pergi study kat libary dengan linda. study organic chemistry sebab itu paper first and banyak aku nak kene cover balik while linda cover microb. linda punyer gaya nak hafal microb macam nak bagi speech je. haha.

satu meja tu aku punyer sorang. mula2 aku tak perasan. bila baru balik dari cari buku rujukan baru aku perasan meja aku penuh! dengan lappy nyer. dengan bagpack nyer. dengan failnye. dengan kertas segala bagai. dengan pencil casenye. dengan pen and highlughter berterabur atas meja. sah macam budak master tengah buat tesis and stay-away-i-am-doing-my-tesis-and-this-is-my-table. haha. dengan spec skema tue. dengan sweater putihnye. klu aku cakap aku budak master mau orang lain betul2 percaya kot. :P

budak master in the making.




have faith,
May Allah bless.
Salam alaik.

Tuesday, November 2, 2010

Kamu

salam alaik.

Bittaufiq wannajah. Do your best. :)



Kita berusaha dulu, lepas tu baru tawakal. Takdir Allah itu dihujung usaha manusia. Apa sahaja yang Allah takdirkan, itu yang TERBAIK untuk kita.



Have faith,
May Allah bless,
Salam alaik.

Study week

salam alaik.

sekarang ni aku dah masuk study week. baru balik dari rumah semalam lepas umi amik hari sabtu hari tu. oh ye, hari sabtu tu ada volleyball tournament untuk semua kumpulan koku yang amik bola tampar untuk sem ni. kami (aku n kumpulan aku) menang 2 set dari 3 set game. tapi tak dapat masuk semi final sebab dia ikut sistem mata. pe pe pun, aku sangat enjoy main hari tue. sekarang ni dah rindu nak main bola tampar. *sedih*

hari sabtu tue aku balik rumah. MasyaAllah! betapa aku rindu dengan family! rindu dengan umi, abah, iman, kak long and the rest. rindu dengan suasana rumah yang riuh rendah tue. kakak aku yang kat negeri keropok lekor tu pun balik. hehe. so kira lengkap la even sorang dah takde. aku balik pun sebab dah nak exam, minta berkat umi abah. abah kene pergi Ipoh dari semalam sampai rabu. bila balik tu pun tak banyak borak dengan abah coz abah busy. tapi tak pe, dapat tengok muka abah secara live pun dah syukur. *senyum* layan kerenah adik2 aku memang tak pernah habis. iman la especially. *senyum* dengar citer kakak aku pasal usrah dia, pasal benda kat unisza buat aku happy. sungguh! *ikhlas* aku baru perasan, bila aku ada dengan family aku, aku boleh jadi diri sendiri. aku boleh bermanja dengan umi n abah. aku boleh bermanja dengan kak long and kak ya. boleh jadi kakak yang perangai macam budak2 bila menari chicken dance dgn iman dan ayu. boleh jadi kaunselor bila kakak aku citer pasal sesuatu and mintak pendapat. boleh jadi contoh untuk anak dara yang paling pemalas bab2 masuk dapur. boleh tido berjam2 lepas tu kene ceramah sebab bangun lambat dengan umi. i can be myself. pernah sekali aku down sangat2 dan aku tak tahu nak rant kat sapa. out of blue, kak long called cakap dia nak amik. Ya Allah! time tu bersyukur sangat2. bila aku ada dengan family, aku tak payah cerita apa masalah aku. tengok diorang happy, aku pun happy. *ikhlas+senyum*

study week. aku ada 4 paper yang next week. ni jadual aku.
9 November   : Organic chemistry
10 November : Microbiology 1
                       : Titas
11 November : Cell & developmental biology
20 November : General physics

setakat ni satu habuk pun aku tak baca lagi. =.='
tak boleh jadi ni. KENE RAJIN!! ye betul! kene rajin! aku dah buat study plan dah untuk study week ni. insyaAllah, kalau aku follow study plan tue no hal punye. insyaAllah.

dari semalam dah rasa tak sihat. harap sangat aku tak demam. ubat pak cik donut tu bagi tak habis lagi. dah makan ubat okay kot. amin.

Gambate mira!

Fighting!

Have faith,
May Allah bless,
Salam alaik.