Pagi sudah pun melabuhkan tirainya dan malam pula membawa sinarnya pada dunia. Bintang-bintang mula memancarkan kelipan-kelipan keceriaan dan bulan pula mempamerkan wajah kegembiraan buat mereka yang memandangnya. Di satu sudut, Farhan termenung memandang sekalian alam. Perjumpaanya dengan Amna tentang Sofea mengasak fikiran. Sungguh, tak pernah dia bayangkan bahawa itu yang menjadi punca mengapa Sofea jadi macam itu. Dia tak pernah rasa kehilangan, mungkin itu sebabnya dia tak faham dan memahami apa sebenarnya yang Sofea rasakan.
Apabila arwah Tok meninggal dulu, dia tak merasa sangat kehilangan Tok. Mungkin sebab dia tak rapat sangat dengan Tok dulu, jadi rasa kehilangan itu tak membari kesan yang mendalam kepadanya. Bagi Sofea, kehilangan insan yang sangat bermakna dalam hidup ibarat sebahagian dari nyawanya telah pergi. Selepas kehilangan kedua ibu bapa yang memberinya nyawa dan kehidupan, lelaki itu telah membawa seribu satu harapan dalam kehidupan Sofea yang dahaga kasih sayang.
Macam mana rasanya kehilangan insan yang sangat bermakna dalam hidup?
Sakit sangat ke?
Gagal mencari perasaan kehilangan itu dengan merenung dada langit, seolah-olah mereka dapat memberikan rasa kehilangan itu, Hafiz hanya bisa tersenyum kecewa. Aku takkan dapat merasainya. Bisik hati Hafiz.
Hafiz melangkah masuk ke bilik air. Terus ke sinki. Dia melihat muka di cermin. Lama.
Besar dah aku rupanya. Rasa macam baru semalam je jadi budak hingusan yang pagi petang senja malam melarat ke subuh asyik main je. Rasa macam baru semalam jadi budak nakal kat sekolah yang kerjanya mengacau rakan sekelas yang lain dibantu oleh sahabat sejaya, Farid. Rasa macam semalam je jadi budak kreatif, bak kata cikgu Safrol yang suka ponteng kelas atas alas an bosan dengan subjek yang diajar dan cikgu yang mengajar. Dan sekarang?
Besar dah aku. Hafiz geleng kepala mengingatkan karenah sendiri. Nakalnya aku.
***
“ Awak lelaki yang baik, Hafiz. Let fate fares you better”. Sofea merenung mata lelaki yang berada dihadapannya berharap supaya maksud yang ingin disampaikan dapat dicerna.
Hafiz hanya mampu memandang kembali wajah Sofea. Apa yang mampu aku katakan saat ini? Hujah apa yang mampu aku berikan? Sofea, susah sangat awak nak faham isi hati saya?
Petang ini, mereka berempat bertemu. Hafiz, Sofea, Farhan dan Amna. Atas kehendak Sofea sendiri. “Dia rimas, awak asyik kacau dia aje. And saya dah bagitau pasal hari tu.” Itu jawapan Amna bila menyampai perutusan tak rasmi dari Sofea.
Dan kini..
“Sofea..” Hafiz cuba memujuk. Tapi cepat Sofea mencelah.
“Hafiz, He knows whats the best for both of us. Jangan buat keputusan berdasarkan nafsu” Sofea menghela nafas berat. Kenapa la bebal sangat mamat ni. Rasa nak tepuk dahi.
“I appreciate about how you feel. I truly do. I think Amna already told you about my past. It doesn’t bring any different now and then. But Hafiz, jangan dicari cinta manusia selagi cinta Illahi tidak dapat awak gapai. Sebab cinta Illahi seiring dengan cinta manusia. Cintai DIA dahulu.” Direnung wajah lelaki itu.
Hafiz tersentak. Cintai Dia dahulu?.
“ Itu je yang saya nak sampaikan. Saya minta maaf kalau apa yang saya cakap menyinggung perasaan awak. Dan ini untuk awak. Assalammualaikum”
Kotak coklat lembut itu bertukar tangan dan salam disambut.
Cintai DIA dahulu?.
***
------------------( 4 tahun kemudian )--------------------
Hafiz melihat jam ditangan. 10.30 pagi. Enjin dimatikan. Klik tali pinggan keledar ditekan dan tali itu berlari kembali ke tempat asal. Kunci ditarik keluar dari tempatnya. Teman sebelah dipandang. Hanya senyuman diberikan.
“Aku oklah. Yang kau pandang aku cenggitu apa hal?”
“ kalau kau tak nak sambut dia, kau tunggu jelah dalam kereta” bahu sahabatnya dipegang seolah-olah memberi semangat.
“Aku oklah. It has been years kan. No biggie.” Senyuman ikhlas terukir diwajah. Meminta pengertian.
Pintu ditolak keluar. Senafas oksigen ditarik sedalam-dalamnya. Tubuh dibawa keluar dari Mercedes c200. Ya Rabbul Izzati, berikan aku semangat!
Mereka hanya menunggu di luar balai ketibaan. Nak masuk dalam sesak! Penuh dengan budak-budak yang dah habis belajar dari luar Negara, termasuklah orang yang ditunggu.
“Assalammualaikum.” Lembut salam kesejahteraan itu menerpa dicuping telinga.
“walaikummussalam”. Aku dan Farhan berpaling mencari yang memberi salam dari kanan kami. Laaa..Amna!
“Dah lama sampai? Terima kasih sebab datang.” Amna member sennyuman mengikut protocol dan secukup gula. Takde terlebih dan terkurang.
“baru je keluar kereta. No hal lah. Sofea pun kawan kitorang jugak” Farhan menjawab. “Lama lagi ke Sofea nak sampai?” Tanya Farhan.
“Kejap lagi keluar la tue. Flight dia dah sampai dah 5 minit tadi. Tengah ambil luggage kot.” Balas Amna sambil memandang ke arah pintu balai ketibaan. Mencari
kelibat orang yang dinanti.
“Haaaa! Tu Sofea. Jom” Amna dah macam lembu kena kejar, laju betul! Excited sungguh!. “Dia tinggalkan kita kat sini je? Nampak Sofea terus kena campak ke tepi?. Tak patut sungguh!” bebel Farhan.
“Ala, kau pun sama je dulu. Ingat time kau excited gile nak sambut aku time aku habis belajar dulu. Kau sesar habis parents aku. Kutuk Amna pulak.” Aku hanya mampu menggeleng kepala. Mereka tak bergerak. Sebaliknya hanya menunggu disitu.
Akhirnya, kelibat Sofea kelihatan.
Aku tersentak.
Sofea?
Pregnant?
“Assalammualaikum, Hafiz”
Sofea?
***
(To be continued)
Nota kaki : masih dalam kerja baik pulih. InsyaAllah. cerpen ini akan direvamped balik dari mula. sekian.
2 comments:
salam penulis muda,
ada juga mesej tersendiri yang ingin disampaikan melalui tulisan anda.
baru ku sedar, balada juga jiwang anda ye.
sofea dah kawin dengan orang lain ka. tak mengapa, tunggu next post.
moga semuanya kerana Allah swt.
wasalam,
insyaAllah. cerpen ini akan disambung dalam bentuk lain pula.
dalam bentuk buku barang kali?
sofea dah kahwin ke? hm. tunggu~~
insyaAllah. doakan supaya niat terus lurus!
have faith.
Salam alaik.
Post a Comment