Sunday, December 5, 2010

Mencari Matahari (Bab 2)

Dia melihat dirinya di cermin panjang. Lengkap berpakaian seragam sekolah. Berbaju kurung putih, bertudung dan kain berwarna biru muda. Dia membetulkan lipat kain baju kurung. Tudung dibetulkan. Should be enough for first day at new school. Macam manalah sekolah baru aku ini? Budak – budaknya macammana? What else can you expect form cluster school? Kaya. All those girly stuff. Student hierarchy. Itu dah macam cerita Jepunlah pulak. Dia menggeleng kepala seakan cuba membuang jauh fikiran tadi. Dia menghela nafas. Dicapai beg sekolah dari jenama Quiksilver.

Document pindah sekolah? Checked.

Ubat? Ada.

Choclate? Checked.

Setelah dirasa lengkap, dia turun ke dapur. Beg sekolah diletak di atas kaunter. Pintu peti ais dibuka. Jus oren Sunkist , epal hijau dan merah di capai. Jus dan epal hijau dimasukkan ke dalam beg. Sugar supply. Pengsan aku kat sekolah nanti siapa nak tanggung? Dia melontar pandangan ke luar tingkap. Halaman rumahnya menyapa pandangan. Embun pagi singgah di permukaan daun menandakan malam tadi sejuk. Tingkap dapur di buka. Angin pagi lembut terasa menyentuh deria rasanya. Dia menghirup nafas segar sedalam – dalamnya. Langkah di atur menuju ke sinki.

Epal merah di basuh. Kopi daviddoff dibancuh. Semerbak aroma kopi itu memenuhi ruang dapur. Epal merah dicapai dan dikunyah. Matanya merenung kosong meja kaunter. Rasa manis epal bagaikan tidakk terasa. Deria rasanya bagaikan tidak berfungsi. Dia mencuba sedaya upaya untuk menahan rasa itu. Rasa yang belum lagi mampu ditewaskan. Rasa yang sering membuat dia berusaha untuk bernafas. Rasa yang hadir sejak peristiwa itu.

Buzz! Buzz! Buzz!

Dia tersentak. Kunyahannya terhenti.  I – matenya bergetar. Menandakan ada panggilan masuk. Lambat dia mencapai beg sekolahnya. I – mate masih bergetar. Telefon dipegang. Sekilas dia memandang caller id. Tanpa sedar,  senyuman terukir di bibir. Nak monitor akulah ni. Touch screen itu disentuh.  Butang speaker ditekan. I – mate dibiarkan dia atas kaunter.

Hello” datar suaranya menjawab panggilan.

“Holla! Kau dah siap dah?” ceria suara di sebelah sana menjawab.

“ Dah. Tengah breakfast” kopi dihirup. Aroma kopi kegemarnnya bagaikan mengejutkan saraf – saraf otaknya dari tidur. Terasa segar sikit.

“ oh. Aku dah on the way ke sekolah ni. Kau nak gerak pukul berapa?”  suara disebelah sana bertanya lagi. Nafas sahabatnya itu agak laju. Ini mesti tengah pakai stoking ni. Perangai tak berubah dari kecil!

“ dalam pukul 8 rasanya. I don’t feel like I wanna join the assembly” senyuman nakal terukir dibibirnya. Sengaja mengusik Amna.

“chait! Kenapa kau mesti meingatkan aku tentang perkara yang paling aku tak suka pagi – pagi isnin ni? 
Kacau mood aku saja kau ni” suara Amna kedengaran marah-ala-merajuk.

“aku memang suka kacau kau pagi hari isnin. Suck it up” ketawa ditahan. Kut mahu kena cubit dengan che Amna nanti, free je. Namun senyuman masih tak lekang dari bibirnya.

“ keji. Wei, ok lah. Aku dah sampai sekolah ni. Enjoy your first day at school, dear. Bye

sure do. Bye” i – mate diletak kembali ke dalam beg. Dia merenung mug kopinya

 Enjoy my first day at school? Right.

***

7.50 am. Mini coopernya di parkir bersebelahan dengan bus stop. Dia memandang sekeliling. Sign board sekolah dipandang. Hm. Betullah ni. Mini coopernya bergerak melepasi pintu pagar sekolah cluster itu. Dia berlegar mencari tempat letak kereta yang masih kosong dan jumpa. Kereta diberhentikan. Handbreak ditarik. Enjin di matikan. Kunci ditarik keluar dari tempatnya. Dia memandang jam lagi. 7.55 pagi. Beg dicapai dari tempat duduk sebelah pemandu. pintu kereta ditolak.

Dia berdiri disebelah keretanya. Dia memandang sekeliling. Sinaran matahari menyilaukan pandangnya. Tangan kiri diangkat menghalang cahaya matahari. Sekolah ini ada 3 bangunan kelas,  1 bangunan amali, 1 kantin dan 1 dewan besar dan juga padang. Di kanannya, mungkin bangunan yang menempatkan kelas kerana ramai pelajar – pelajar yang duduk menebeng kat luar kelas. Ada yang berborak. Ada yang dok mengintai kelas yang bertentangan dengan mereka. Ada yang dok buat pelancaran roket dari tingkat paling atas pun ada! Keningnya terangkat sebelah. Ini ke namanya sekolah cluster? Masalah jugak kalau budak – budak terlebih bijak. Dia memandang ke kirinya pula. Di kirinya pula, kantin yang kelihatan macam cafeteria dengan susunan dan bentuk meja dan kerusi yang kontemporari. Ini kantin ke restoran? Where is the feeling of institution?

Pelajar – pelajar dilihatnya beratur menuju ke kelas masing – masing. Dah habis assembly rasanya. Tidak kurang juga ada pelajar yang melihat ke arahnya. Mungkin pelik melihat seorang pelajar perempuan berbaju kurung macam mereka juga berdiri disebelah mini cooper di tempat letak kereta yang sepatutnya bergerak menuju ke kelas kerana P&P akan bermula tak lama lagi. Dia hanya menghiraukan pandangan pelik pelajar – pelajar itu. Dia terus bergerak menuju ke tangga paling dekat. Destinasi pertama? Pejabat sekolah.

 Sampai di depan pintu pejabat, dia menarik nafas panjang. This is it, Fea. Pintu pejabat ditolak.

Bukk!

Dia terundur ke belakang. Tangan kanannya terasa sebal. Automatik tangan kiri mengurut tempat yang sebal itu. Aduh! Benda apa yang langgar aku ni? Gajah ke?

“uh. Sorry. Really sorry. Are you okay?” suara itu cuak bertanya. Dia memandang lelaki yang di depannya. Ek?

s’okay. Happens all the time. “ tangan kirinya masih mengurut tangan kanannya. This is surely not gajah.  Dia memandang lelaki itu atas bawah. Dia ni bukan ke yang buat pelancaran roket tadi? Badan tak adalah besar. Keping lagi ada lah. Di tangan kanan lelaki itu ada file. Patutlah pun! Aku kena bucu file dia! Sakit tau tak!

are you sure? You don’t look okay” dia menunjuk ke arah tangan kanan aku. Tangan kiri aku masih mengurut tangan kanan aku.  Muka dia nampak risau. Sakit la bro.

yeah. Will you excuse me ” aku bergerak meninggalkan lelaki itu. Menuju ke meja receptionist. Pagi – pagi lagi dah accident. Haish.

“ Assalammualaikum. Ya. Ada apa?” ramah mak cik ini. Bertudung labuh warna pink cair dipadankan dengan jubah berwarna pink gelap. Di tudungnya terselit pin nama bertulis Aisyah. Mak cik ini namanya Aisyah rupanya. Mak cik tersenyum manis ke arah aku. Aku membalas senyuman mak cik ini dengan semanis mungkin. Walaupun aku tak pasti muka aku macammana masa itu.

“saya budak baru. Nak daftar masuk” aku menghulurkan envelope berwarna coklat kepada mak cik itu. Masih dengan senyuman.

“ Oh yes. Kejap ye” manis betul senyuman mak cik ini. Envelope coklat itu diambil dan dibuka. Dokumen – dokumen dikeluarkan. Mak cik itu meneliti dokumen – dokumen itu. Aku mengambil masa ini untuk melihat pejabat itu. Pejabat ini menerapkan konsep corporate contemporary dalam hiasannya. Meja receptionist ini dperbuat dari kayu jati berbentuk petak. Susunan pejabat kelihatan kemas. Gambar Yang Dipertuan Agung dan Permaisuri Agung digantung lebih tinggi berbanding gambar Perdana Menteri dan isterinya. Gambar Menteri Pelajaran Tinggi dan pengetua sekolah turut tergantung. Sekurang – kurangnya ada satu persamaan dengan sekolah – sekolah lain kat Malaysia ini.

Here you go, dear. Ini borang yang awak perlukan serahkan to your class teacher. Yang lain – lain nanti, guru kelas awak akan terangkan kemudian” jelas mak cik ini sambil menyerahkan borang berwarna biru kepada aku. Mak cik ini masih dengan senyumannya.

 Aku hanya mengangguk. Kelas aku? “ kelas saya?”

“ 5 science 1. Awak nak saya panggil seorang budak untuk tunjukkan kelas awak or you feel comfortable finding it by yourself?”

by myself, please” dokumen – dokumen itu diinjing di tangan kirinya. Usai meneliti peta yang diberi oleh mak cik Aisyah. Dia melangkah keluar dan menuju ke tingkat atas bangunan di bahagian tengah di antara 3 bangunan ini.

***

5 science 1. Okay. Mana ke kelasnya ni pun. Kertas di tangan di teliti sekali lagi.

Bukk!

Dia terundur ke belakang. Habis berterabur envelope dan kertas yang mak cik tadi bagi. Itulah, Fea. Jalan tak tengok depan. Kan dah accident.

Sorry” dia memandang susuk tubuh dihadapannya. Lelaki yang dilanggar tadi tunduk memungut envelope dan kertasnya yang berterabur tadi. Lelaki itu berdiri.

Ek? Mamat roket terbang?

s’okay. Happens all the time.” Ujar lelaki itu sambil menghulurkan barang – barangnya. Lelaki itu sedang menahan senyum.

thanks” Itu bukan ayat aku ke tadi? Kertas yang mengandungi peta yang dilukis oleh mak cik tadi di telitinya lagi tanpa menghiraukan lelaki di hadapannya. Sepatutnya barisan ni jugak. Dia memandang pathway kelas di tingkat sekali. Dia terus berjalan. 5 science 1. 5 science 1. 5 science 1.

“ 5 science 1 is this way” suara itu betul – betul  pecah disebelahnya. Dia memandang ke sebelah kanannya. Mamat roket terbang? Keningnya aku terangkat.

Apekehal gaya mesra alam pulak mamat ini? Apa senyum – senyum? Lelaki itu masih dengan senyumananya.

“ hai, classmate” lelaki itu sudah melangkah ke dalam kelas. Dia memandang tanda di atas pintu kelas itu. 5 science 1.

Dia menarik nafas dalam – dalam. Go Fea! Borang berwarna biru itu diserahkan kepada guru kelasnya. Luckily enough cikgu yang mengajar sekarang memang guru kelasnya.

so, you are our new classmate. Class, meet your new classmate” cikgu Faridah announce kat satu kelas. Satu kelas senyap. To be exact, since aku masuk tadi dah senyap.

please introduce yourself, dear” cikgu Faridah menghadiahkan senyuman kepada aku. Aku membalas senyumannya dengan semanis mungkin. Macam aku senyum dekat mak cik tadi.

Aku menarik nafas. Muka aku compose seselamba mungkin. Dalam hati dah macam gedebuk gedebak. Now this is embarrassing. Satu kelas pandang! Muka aku dah terasa merah macam kena simbah dengan jus tomato ditambah dengan pewarna warna merah.

“ Hello everyone. I’m Miftahul Sofea”

***

1 comments:

Anonymous said...

good job,
cantik story board, flow ada. cuma jika menggunakan "Aku" tanpa menurut sesiapa . cth, "Aku lupa" tanpa merujuk sesiapa yg kata. ia merujuk kepada sudut pandangan watak utama. jika watak utama dah guna aku, watak2 yg lain tidak boleh guna aku, kecuali "Aku ingat" kata hamba.