Friday, December 10, 2010

Mungkin Ini TakdirNya - revamped : end



Kondominium yang terletak di seksyen 14, Petaling Jaya itu sunyi. Hanya kedengaran bunyi keyboard diketuk dan helaian buku diselak di ruang tamu milik 2 sahabat pada hujung minggu pertengahan bulan Julai.
 "Aku dengar cerita dia balik tahun ni" Farhan tidak mengalih pandang dari e-book Harun Yahya : Quick Grasp of Faith. Naik berbinar mata membaca dari laptop. Bau kopi long black menusuk hidung. Kopi pahit itu dibancuh untuk menghilangkan rasa mengantuk. Di kanannya pula, tafsir berwarna biru sebagai rujukan. Hadiah dari Hafiz sebelum berangkat ke Australia.
"Hmmm" Hafiz yang menebeng di kaki sofa buat endah tak endah. Bawa Hatimu Kepada Tuhan tulisan Ustaz Amaluddin Mohd Napiah diselak lagi.

"kena bakar dengan ethanol ni. Quick Grasp of Faith sudah ditolak tepi. Badannya dihadapakn menghadap sahabatnya itu. Dihatinya terselit sedikit perasaan simpati kepada sohibya itu. Peristiwa 5 tahun lepas banyak mengubah Hafiz. Perubahan yang menuntut pengorbanan yang bukan sedikit! 
Hafiz hanya tersenyum mendengar Woi! Kau dengar tak apa yang aku cakap ni?" Bengang betul aku dengan mamat sorang ni. Aku dah bagitahu, dia buat genius tahap Albert Einstein pulak. Aku debik baru tahu!
"Aku dengarlah. Habis kau nak aku buat apa? Bentang red carpet kat balai ketibaan?” sindir Hafiz.  Dia masih tidak beralih dari topic, Suburkan Derai Jiwa untuk Bertaubat. Dia tertarik dengan satu quote dari tajuk itu.
Bersyukurlah apabila ransangan untuk ingin bertaubat masih ada di dalam sanubari kita. Kerana hilangnya deria jiwa unutk bertaubat bakal mengheret seseorang ke gerbang kemusnahan.
"Kalau kau buat silat gayung kat depan KLIA tu pun ok jugak" Balas Farhan. Mamat ni memang nak rasa kata sahabat baiknya itu. Ya dia tak nafikan. Inilah waktu yang dia tunggu - tunggu. Mana tidaknya. hampir 4 tahun lamanya dia tidak bersua dengan wajah itu. Wajah yang berjaya menawan hati lelakinya. Wajah yang membawanya kepada.
DIA
                                                                       ***
"Assalammualaikum. Maaf menggangu."
Hafiz berpaling dari bihun gorengnya. Ek?

"Waalaikumsalam." hatinya tiba-tiba terusik melihat wajah yang berada di depan matanya itu. Ayu berbaju kurung berwarna pink lembut dipadankan dengan tudung berwarna putih.

"Err..nak tumpang tanya sikit. Hmm. Pendaftaran untuk peserta Kem Jaya dekat mana ye?" Apekehal mamat ni. Pandang aku macam nak telan je. Dekat dahi aku ni ada tulis perkataan 'wanted' ke?

"Oh. Ingat kan nak minta nombor telefon tadi.." Hafiz senyum segaris. Patutlah bawa beg besar. Budak ini pakai sneakers?

Kening Sofea terangkat sebelah. Mamat ni tolonglah jangan nak perasan! kalau tak tahu tu cakap jelah. Kat rumah tu tak cukup santan ke sampai nak perah santan kat tengah-tengah cafe ni? Sengal.

"Erm...kalau saudara tak tahu takpelah. Maaf mengganggu." Lemah suara Sofea menuturkannya. Dia mula mengatur langkah. Beg dahlah berat!

"Eh...bile masa pulak saya cakap tak tahu. Pandai - pandai saja." balas Hafiz. Sesungguhnya dia tidak mahu wajah itu melangkah pergi. Dia menghirup air Nescafe ais.

Langkah Sofea terhenti. Beg berat!
                                                             
Melihat reaksi gadis itu. Hafiz melukiskan senyuman.

"Pendaftaran untuk peserta Kem Jaya?. Hm. Haa! Awak nampak jalan kat depan tu kan. Awak jalan terus saja. Don't belok-belok."ujar Hafiz dengan nada menyindir.

Muka Sofea dah merah padam. Mamat ni memang nak rasa kena bakar dengan ethanol! Agak -agak kalau aku simbah ethanol lepas tu lari super sonic, kena saman tak?

Hafiz menahan gelak di hati. Merah padam muka budak ni. Benganglah tu kot. Hehehe. Lebih baik aku jauh sikit. Kang dia kejar aku dengan pisau Rambo, sempat jugak aku lari. Hehehe. Rasa macam ada tanduk keluar.

"Eeee. Sat gi ada jugak ambulans drop by kat UIA ni karang" gumam Sofea. Dahlah beg aku ini berat. Buat lawak pulak. Aku baling dengan beg ini nanti baru tahu.

"Hah? Ambulans? Dah alang - alang tu. Awak panggilkan bomba sekali. Saya tengok ada yang tengah berasap ni." dengan lagak selamba Hafiz menabur kata. Tanduk sudah semakin panjang.

Sofea merengus perlahan. Sabar wahai hati. Sabar. Sob Ba Ra.

"Hehehe. Relax. Jangan marah. Saya cakap betullah. Awak jalan terus saja. at the end of the road tu memang tempat pendaftaran peserta Jaya" Hafiz memberi penjelasan kepada pemilik wajah itu.

"Thanks" ringkas ucapan Sofea. Dia mula mengatur langkah. Beg yang dijinjing ditukar ke tangan kanan. Sakit artery aku duduk kat sana lama - lama. Apalah malang sangat nasib aku hari ni. Aku keluar rumah salah kaki ke?. Aku rasa keluar kaki kanan tadi. Ahh! lantak p lah. Dahlah tengah panas tahap petala ke-8! Jumpa pulak dengan mamat sarcastic tu. haissshhh.

Hafiz menghantar langkah kaki itu dengan mata yang membawa seribu harapan.

Kita pasti bertemu lagi.


                                                                      ***
Bencana alam betullah. Apalah dosa aku yang besar sangat sampai nasib aku malang sangat hari ini. Feng shui tidak baik ke hari ni? Kenapalah aku sama group dengan mamat sarkastik tu. Menyampah betul!
Dia sama group dengan akulah. Yes!. Ini yang buat aku tak jadi nak ponteng ni. Hehehe. Inilah yang dinamakan jodoh. Chait!. Sejak bile pulak aku dah masuk hal lovey dovey ni. Ahh! Biaq p lar. Asalkan dapat tengok muka dia.

"Hai. Tak sangka kita sama group kan?."Hafiz memulakan bicara.

Sofea berpaling ke arah tuan punya suara. Tiba - tiba dia merasakan adrenalin dia membuak-buak. Jatuh dari langit ke berapa pulak mamat ni? langit ke-7? tak mungkin2.

"Bye.." ringkas, padat dan tepat serta berinformasi ucapan Sofea. Dia mengatur langkah. Nasib aku dah cukup malang hari ni. Kang kalau aku borak dengan dia. Aku tak tau taufan apa pulak yang tiup aku.

Amboi minah seorang ni. Sombong betul! Punyalah baik mukadimah aku bagi tadi. bye saja dia cakap? Hampeh sungguh! Tak pe. Tak lari gunung di kejar. Ngeee. Sejak bila pulak aku dah masuk peribahasa Melayu pulak ini. Minah ini punya pasallah. Haisshhh.

Aku akan tawan hati dia.
                                                                  ***
“Ok. Sekarang saya akan bahagikan partner masing -masing. Anis dan Maria. Syafiq dan Haikal. Adam dan saya. Eh! Ini macam tak cukup saja. Haa! Hafiz dengan Sofea mana?" soal Farhan kepada ahli kumpulannya. Sebagai seorang ketua, dia perlu memastikan ahlinya cukup.
Hafiz ni kan. Memang nak rasa makan kasut superstar saiz 7 betullah. Mentang2 aku ketua. Suka suki dia saja nak ponteng. Agak2 lah sikit. Memang nak kena ceramah betul mamat seorang ni.

" Maaf saya lambat. Pergi toilet tadi " Sofea memberitahu kepada Farhan dan ahli kumpulan yang lain.

" Sorry i'm late. Pergi buat saham tadi " selamba muka Hafiz berbicara.

" Korang ni kut ye pun nak pergi toilet ke buat saham ke ade misi selamatkan tebusan Guantanamo ke. Bagilah tahu dulu. Ini tak. Main cabut saja " bebel Farhan.

"Ala relaxlah. task belum mula lagi kan. Tak lari ke mana pun task tu. Tapi tak taulhr kalau sampul tu ada wings. " Hafiz gelak. Begitu juga ahli yang lain. Dia memandang ke arah Sofea. Ek? Senyap je?

" Banyaklah kau! Group kite saja yang tak cukup ahli kau tahu tak?" balas Farhan. Rasa nak tembak saja budak ini dengan M16!.

" Kau tanya aku? Kalau kau tanya aku, memang aku tak tau. Tapi disebabkan kau dah bagi tau aku 2 saat yang lalu. Aku tau " Hafiz buat lawak Charles Chaplin yang memang tak lawak lansung di cochlea Farhan.

" Kau ni memang nak makan magnesium manganate ke. kalau kau nak aku bagi free. Berapa kati kau nak? " Farhan mula serious melayan kerenah sahabat baiknya itu. Renungan matanya macam sudha mengeluarkan Rider Sun super beam.

"Yela yela. Not a word anymore, bro." Hafiz mula mengalah. Mamat ni hati nipis betullah. Lawak sikit pun tak boleh. Hampeh!

" That's better dude!" Farhan melukis senyum segaris.

" Ok. Memandangkan semua dah ada partner except for both of u. Terpaksalah korang jadi partner " Farhan memandang Hafiz dan Sofea.

Hafiz berpaling mencari muka Sofea. Aku partner ngan dia? Adakah ini dinamakan jodoh?

Sofea memandang Hafiz. BALA!! pituitary glands Sofea mula merembes hormon adrenalinnya ke tahap maximum! Yang si Farhan ini pulak, kenapa nak partner kan aku dengan lelaki. Perempuan tak boleh? Allah... kan tadi Akhi Faizal dah bagitau kena partner dua orang. Dahlah semua girl dalam group ini dah ada partner masing – masing. Aduh. Rasa nak tepuk dahi. Itu lah. Pergi toilet lagi. Kalau tunggu tadi mesti tak payah partner dengan mamat ini. Betullah rasa nak tepuk dahi.

"So. Macam mana? " Farhan bertanya. Ini apekehal pulak budak dua orang ni. Nampak macam nak perang saja. Apasal dahi si Sofea ini berkerut semacam saja?

" Aku no hal. " Hafiz menjawab. YES!


Sofea menjadi buntu. Kenapalah mamat ni lagi. Aku same group dengan dia pun dah cukup malang. Ini jadi partner dia pulak? Bala betullah. Ini kalau aku buat alasan aku ada penyakit fobia dengan lelaki, agak - agak Farhan ni percaya tak? kemende pulak kau ni Fea. kalau kau fobia dengan lelaki. Macamana kau ok jer diri sebelah Farhan ni. Aku fobia dengan mamat sarcastic tu saja! aduh nak buat macam mana ni!
ARRGGGGHHHHH!!! jerit Sofea dalam hati.

"Sofea?" Farhan memanggil.

"Aiyai sir " lemah Sofea menjawab. Malang + bala = ?

" settle then "Farhan membalas.

" Ok. Dah nak start ni. Semua dah ada clue masing2 kan? Good luck! "Farhan memberi tazkirah selama 2 saat.

Ready.
Set.
Goooo!!
***

 "Sofea, cepatlah cari. Kita dah lambat ni. Semua dah pergi" rungut Hafiz. Boleh pulak dia tegak buat gaya Tugu Negara dekat situ.
Mamat ni tak sabar2 betullah! Tengah carilah ni. Habis dia ingat aku tengah buat apa? Catwalk show for Tyra Bank ke? Banyak cakap aku balik jer kang. Nyampah!

Hafiz masih lagi mencari-cari petunjuk untuk clue yang seterusnya. Mana pulak clue ni. Pe kes pulak susah sangat nak jumpa ni. Main cak-cak ke? Si Sofea ni pun entah cari ke tak ni.

Ni apa pasal pulak aku rasa macam nak pitam pulak ni. Relax  Fea. Kejap saja lagi. Relax! task belum habis ni. Kot ye pun nak pengsan lepas habis tasklah. Cool Fea. Tahan!

Ni mana pulak Sofea ni. Senyap je. Jangan-jangan dia dah cabut dulu tak? Jangan bikin aku panas! Hafiz mengatur langkah mencari Sofea.

"Sofea..Sofea..mana pulak minah ni? Menyusahkan betullah. clue tak jumpa dia pulak yang hilang " bebel Hafiz.

Langkah Hafiz terhenti bila dia nampak sekujur tubuh di atas lantai. Aku macam kenal saja baju tu. Tu bukan ke baju.
Alamak!!

"Oi Sofea! Oi! Bangun2. Awak jangan nak buat saya cuak. Bangunlah!" Hafiz mula panik melihat tubuh tu tetap kaku.

Macam mana nak buat ni. Dahlah tak ada orang ni. Nak mintak tolong sapa? Aduh! minah ni pun kalau nak pengsan pun. Sabar2 lah dulu. Tunggu lepas habis task ke. Magnesium carbonatelah kau ni Hafiz. Ilmu biologi mana kau pakai yang pengsan ni boleh tahan2? kau ingat ade lampu isyarat ke nerve system kat badan budak tu?

Hafiz garu kepala yang tak gatal. Dah tau tak gatal lagi mau garu. Eh! aku punya sukalah, kepala aku! Argh!! Macam mana nak buat ni?
Gasak jelah!
***
"Erm, thanks coz tolong saya tadi ” lembut bicara Sofea mengetuk gegendang telinga aku. Suara yang aku nak dengar sejak petang tadi. Suara yang aku rindu nak dengar walau macam mana kasar pun dia cakap. Aku nak dengar.
“Your most welcome” ikhlas.

Penat aku jawab dengan Abang Hakim tadi. Yelah tengah orang sibuk angkat makanan untuk minum petang, aku pulak sibuk angkat anak dara orang. Mau tak tercengang Abang Hakim tadi. Jenuh aku explained kat diorang. Nasib baiklah diorang boleh accept aku punya alasan. Apa? diorang ingat aku suka2 angkat anak dara orang? Aku pun ada banyak kerja lain nak buat tau.

“Tapi kenapa awak pengsan tadi?” Ini soalan yang aku nak tanya sesangat. Mau gelabah aku tadi. Aku tengah elok2 cari clue, boleh pulak dia terbaring kat atas lantai. Dah lepas explained kat Abang Hakim. Aku pulak yang kena tanya kenapa dia pengsan. Mana pulaklah aku tau. Ingat dia ada bagitau aku ke kenapa dia pengsan sebelum dia pengsan?

Aku boleh nampak dari riak muka dia, dia tak nak cakap. Or, nak lebih specific lagi. Dia malas nak cerita.

“tak cukup tidur” pendek Sofea membalas.

“Erm. Oklah, saya tegur ni pun just nak say thanks. Gerak dulu” Sofea mula mengatur langkah.

“Eh cepatnya! Duduklah dulu. Borak-borak kejap dengan saya” separuh exasperated dia merayu.

Langkah Sofea terhenti. Dia berpusing menghadap aku.

“Kejap lagi LDK nak start. Saya tak nak kena ceramah lagi dengan Farhan pasal nak selamatkan tebusan Guantanamo” dia senyum segaris. Sweet!

Aku tergelak. Aku bangun dan berjalan menuju ke arah Sofea. Aku boleh rasakan jantung aku macam nak tercabut. Aku meletakkan tangan aku kat jantung aku. Safety precaution kot2 melompat keluar jantung aku ni. Aku tergelak.

Dahi Sofea berkerut.

Do I get to hear the jokes?”

Aku senyum segaris. “Tak ada apa2. Just teringat muka Farhan time dia murah hati nak bagi saya makan potassium manganate tadi ” liar..

Muka Sofea tak beriak. Dia cuma cakap, “oh”

If you don’t mind, can I escort you?”

No thanks ” Sofea berpaling dan berjalan menuju ke dalam dewan.

Aku tak tau kenapa. Kenapa aku harap dia berhenti dan pandang aku even for a while. Kenapa aku harap dia senyum kat aku. Lama aku tercegat kat situ sebelum aku dengar Farhan dah membebel dengan promosi ethanol dengan bunsen burner dia tu.
***
 Aku dengan Farhan tengah makan tengah hari waktu dia Tanya aku benda yang aku sendiri tak pasti. Aku dan Sofea. How I can be sure if I can’t be sure myself? Damn!
“Ada apa2 yang kau nak kongsi ngan aku ke?” lain macam saja bunyi soalan mamat ni. Pandang aku macam nak telan. Aku bukan subject chemistry kau yang kau kena telaah sampai nak tebus buku rujukan kau tu, Farhan. Aku hembuskan nafas berat. Memang aku tak boleh sembunyikan apa-apa dari Farhan. He knows me as well I know him.

“Entahlah. Aku pun tak pasti” Ayam masak merah dipandang kosong.

“Sofea?” memang sah tak ada apa-apa yang aku boleh sorok dari dia.

Aku dah tak tahu nak cakap apa.

Love at the first sight huh.” Farhan senyum segaris. Bukan senyum mengejek. Tapi senyum yang sedap dipandang. Dia faham.

Aku hampir tersedak. Love? Am I?

Farhan mula mengimbas reaksi aku macam scanner hp kat umah dia. Ni mulalah nak jadikan aku bahan uji kaji dia. Aku tengah fikir kejap lagi chemical apa pulak yang dia offer aku.

No chemical involve.” Farhan senyum sarkastik dia tu. U got me bro!

“ Dahlah. Nak masuk zohor dah ni. Surau jom.” Aku malas nak dengar dan fikir benda yang aku sendiri tak pasti.

Love?

Me?

Sofea?

Is it possible?
***
Aku termenung jauh. Aku jatuh cinta ke ni? Cinta? Aku tergelak. Cinta bukan sesuatu yang aku nak sangat fikir. Banyak ragam manusia time bercinta aku pernah dengar. Romeo and Juliet.Edward and Bella, Elizabeth Bennet and Mr.Darcy. Cinta kawan rumah sebelah aku. Macam-macam aku pernah dengar. Cerita cinta parents aku pun aku pernah dengar berjam-jam lame nyer aku duduk bertapa depan ayah dan mak dengar diorang bercerita kisah cinta agung diorang tu. Hehehe. Bukan aku tak pernah terfikir macam mana kalau aku jatuh cinta satu hari nanti. Aku tahu manusia dilahirkan berpasangan dan aku ada pasangan sendiri satu hari nanti. Itu aku tak nafikan sama sekali. Tapi dalam usia aku yang tergolong dalam kelompok bawah umur ni, aku tak rasa cinta termasuk dalam kelompok benda yang penting. Tapi bila aku dah jumpa Sofea. Ya Sofea. Argh! Kenapa kau Sofea? Apa yang istimewa sangat tentang kau?. Penampilan biasa jer. Nak kata lawa macam Jessica Alba tak lah jugak. Sweet tu ada..Hehe. Perwatakan?. Ni tak payah citer lar. Pendiam tu tak payah cakap. Kalau orang tak Tanya, tak de lah cakap apa2. She looks. Looks like. Em. Empty!. Yes that’s the word. Macam tak ada perasaan. Kalau aku buat lawak pun, paling maksimum yang aku pernah Nampak, dia senyum padahal orang lain dah gelak putus duodenum dah.


Pelik. Walaupun perangai dia macam tu, aku masih nak kenal dengan dia. Tak. Bukan setakat kenal. Aku nak berkawan dengan dia. Aku nak tahu pasal diri dia, Mungkin sebab sebelum aku belum jumpa lagi kot homosapien spesis dia. Yelah. Aku banyak kawan dengan homosapien yang gila2 sikit. Pituitary glands terlebih rembeskan hormone kot. Hehe. Sofea?. Pituitary glands dia tak berfungsi ker?.

Aku mengeluh.

Hari ni hari terakhir kem. Hari terakhir aku jumpa dia. Mungkin. Aku tak tahu nak buat apa. Tiba-tiba aku rasa satu tepukan halilintang kat belakang aku. Ni mesti tak lain tak bukan mamat promote bahan kimia. Farhan!

“Kau dah plan nak cakap apa dengan dia nanti?. Riak wajah Farhan bagaikan dia mengerti apa yang tengah tepu kat otak aku ni. Memang sahabat dunia akhirat aku. Sejak aku lahir lagi aku dah kenal dia. Jiran sebelah rumah la katakan. Dari aku keluar dari rahim mak aku sampai la saat dan ketika ni. Aku boleh cerita apa saja kat dia. Baik dari segi hobi sampailah benda ni. Kitorang dah macam kembar dah.

“ Entah”..aku lepaskan satu keluhan yang berat. Memang berat!

“ Kau nak aku tolong?” Farhan memegang bahu aku. Tanda sokongan mata dia pandang aku penuh simpati. Simpati dengan perangai aku yang tak tentu buat pertama kalinya!.Aku tak pernah tak pasti dalam sesuatu perkara yang aku buat. Ni lah satu-satu benda yang aku tak pasti. Sofea!

“ Kau nak tolong aku buat apa?” aku sendiri tak pasti nak buat apa apatah lagi Farhan. Aku yang rasakan benda ni. Aku buntu!

“ Aku boleh tolong cari nombor telefon dia” Farhan dah mula buat senyuman buaya darat dia tu. Nyampah aku!

“ Ek? Macam mana kau nak dapat?” minat aku mula dipancing oleh Farhan.

“Adalah. Kalau aku dapat, aku tak mintak lain. Aku mintak kau belanja aku makan selama sebulan.” Farhan gelak besar. Kurang punyer kawan..

“ Tolong tak ikhlas bek tak payah!.” Pendek aku jawab. Kot yer pun agak2 lah sikit. Sebulan?. Kau ingat aku ada buat tender ngan Tan Sri Zeti ker nak dapat duit?. Banyak cantik!

“Hahaha..Aku main-main jelah. I’l see what I can do.” Farhan mula mengatur langkah. Aku menghantar langkah kaki Farhan dengan penuh harapan.
Good Luck!
***
Salah nombor ke ni?. Farhan ni nak kenakan aku ke. Dari tadi aku hantar mesej tak balas. Call tak angkat. Last try.
Tut Tut Tut Tut Tut. Maaf nombor yang anda dial tidak dihubungi. Sila cuba lagi sebentar lagi. Berasap telinga aku dengar mailbox ni.

Last Try!


Salam Sofea. Sorry ganggu. Saya Hafiz dari Kem Jaya. Ingat lagi tak?. Jangan wat2 lupa dah lar. Hehe. Tgh wat pe tu?
Send..

15 minit..
30 minit..
1 jam..
Argh!

Farhan! Kat mana aku nak beli ethanol dengan bunsen burner ha? Siap kau Farhan. Kau nak kenakan aku eh? Jaga kau!

“ Farhan, sebelum kau kena bakar dengan ethanol ni, kau ada apa2 wasiat terakhir?.”

Kening Farhan terangkat sebelah. Wajahnya beriak selamba. “Ada. Wasiat aku nak tanya kat kau alasan yang logik dan boleh diterima akal oleh manusia seantero dunia ni sama ada yang hidup ataupun yang dah meninggal dunia yang buat kau nak bakar aku dengan ethanol.”
“ Kau bagi nombor Sofea yang salah. Naik berasap telinga aku ni dengar mailbox tu. Nombor yang anda dial tidak dapat dihubungi. Sila cuba sebentar lagi. Terima kasih. Anything you want to explain about that?” siap dengan gaya khidmat pelanggan aku explain kat mamat ni. Sakit hati aku! 
“ Apa pulak. Aku bagi nombor yang betullah. Aku ambil dari senarai ahli kumpulan yang aku kutip kat Jaya. Kan kita kena isi butir diri dan aku sebagai ketua kumpulan telah memanfaatkan kesempatan yang ada sebaik yang mungkin. Apasal skema sangat ayat aku ni. Tapi kau tau jelah sesetengah orang. Kadang letak nombor ayah, mak. Worst case scenario, nombor abang diorang.” Farhan senyum segaris.

Alasan yang boleh diterima. Kalau nak ikut logic akal tu ada jugak. Aku pun kadang2 buat benda yang sama jugak. Lagi2 kalau perempuan yang mintak nombor telefon. Dapat pulak budak perempuan yang memang miang macam kena bulu buluh. Nombor telefon atuk aku jer aku bagi. Haha.

“ Tapi aku call tak angkat. Kalau nak kata tak ada credit, aku call dia. Bukannya luak pun credit dia. Aku hantar mesej lagilah. Mesej aku hantar minggu lepas pun dia tak balas. Kut ye pun dia bagi nombor telefon orang lain, time aku call mesti ada orang angkat. Ni tak perempuan khidmat pelanggan tu jugak yang layan. Borink aku!.” Panjang lebar aku terang kat Farhan.

“ Em betul jugak cakap kau ni.Tapi kalau betullah apa yang kau cakap ni, takkanlah kau tak boleh buat conclusion” Farhan mula pandang aku macam professor kimia dapat idea baru nak buat bahan letupan.

You lost me” sumpah tak tipu.

“ Kau tengok gaya Sofea tu, dia nak ke layan benda2 macam ni? ” Muka Farhan macam cuba nak bagi clue untuk anak murid dia belajar pasal teori hidrokarbon.

Aku terdiam. Pejam celik mata aku dibuatnya professor seorang ni.

Kalau nak difikirkan balik. Memang jawapannya taklah. Kat Jaya tu pun, dia pandang lelaki macam tak ada perasaan saja. Itu tak payah cerita lagi kalau lelaki duduk sebelah dia. Dia buat genius tahap Albert Einstein saja. Nak cakap dengan lelaki lagilah. Mimpi siang hari pun takkan terjadi!.Handphone dia pun aku tak pernah nampak dia pegang, Hm.
***
Hari ni perlahan saja. Semua aku dah rasa malas nak buat. Nak main game, dah berapa kali dah aku khatam. Nak tengok tv, adik aku pulak yang concure tak habis2 ngan cerita Teletubies dia tu. Umur saja 12 tahun perangai macam budak umur 12 bulan. Nak main bola, malaslah pulak. Lepak dalam bilik jelah. Borink2. Tibe2 saja aku dapat rasa ada bala nak menimpa.
What the..

“Jom gerak” Lepak je Farhan bersandar dekat dinding bilik aku. Bola tampar jenama molten di-set ringan.
Sejak bila pulak mamat ni ada dalam bilik aku? Ini dah kira menceroboh rumah orang ni. Aku tahulah bilik dia sebelah dinding saja.  Damn it ! Aku lupa tutup tingkap!
“Kau nak gerak ke tak nak. Cepatlah” Farhan masih meng-set bola tampar tanpa berhenti.

“ Kau ada masa 30 saat utk keluar dari bilik aku sebelum aku telefon polis atas alasan menceroboh rumah aku terutamanya bilik aku. 30 seconds and counting ” aku dah pegang telefon aku. Telefon kecemasan free kan? Dahlah tengah tak ada kredit ni.

“25 seconds for you to get your butt out of your damn bed and get the hell out of this house. 25 seconds and counting” Muka Farhan tak beriak. Lantunan bola dihentikan. Bola itu diletak di atas meja belajar aku. Tangannya disilangkan ke dada. Sekali tengok macam Sarjan Misai tengah nak bagi denda je.
Kening aku terangkat. Apa hal gaya serious pulak si Farhan ni? 
“ Aku nampak Sofea kat taman” wajah Farhan tidak beriak.

Telefon aku terlepas dari tangan aku. Nasib baik jatuh atas tilam!

 20 seconds” Farhan dah mula kira dengan tapak kaki dia hentak lantai bilik aku. Riak wajahnya masih tak berubah.

Lama jugaklah aku tegak macam Tugu Negara sebelum adrenaline aku betul2 berfungsi dengan baik untuk aku pegi tukar baju.

“ Jom” aku dah gerak. Sofea..

“ Tak menyempat betul! Aaa. Power of love” Farhan dah mula buat senyum sarkastik dia tue. Nyampah aku tengok!.

***
 Setakat ni dah 5 kali dia pusing tasik ni, tak berhenti pun. Kalau akulah, dah semput tahap petala ke lapan dah. Boleh tahan jugak stamina Sofea ni. Farhan pergi beli ais krim. Pening aku dengan mamat sorang ni. Kadang-kadang perangai macam professor emeritus. Kadang-kadang macam budak tadika yang pergi sekolah pakai beg power rangers.
 Aku tersenyum bila fikir pasal sahabat aku dunia akhirat ni. Sejak kecik lagi aku dah kenal dia. Tadika, sekolah rendah, sekolah menegah sama. Tak pernah berpisah walaupun masing-masing dapat tawaran ke sekolah asrama. Bukan tak nak berpisah Cuma aku dengan dia dah macam adik beradik walaupun lain rahim ibu. Aku selesa dengan dia. Tak payah nak nak jadi orang lain. Aku faham dia, dia faham aku.
Memang sah budak kecik!. Aku tahu lah dah lama tak beli ais krim, agak2 lah sikit sampai bertingkat ais krim dia beli. Farhan Farhan. Aku menggelengkan kepala. Farhan duduk sebelah aku. Muka dia khusyuk betul dengan ais krim dia tu. Aku senyum.Haisy.

“Pa’an, kau kenal tak budak perempuan yang tengah cakap dengan Sofea tu? Aku macam pernah nampak saja”

Senyap.

“Pa’an, itu ha yang pakai baju warna hijau tu. Aku rasa aku pernah nampak dia kat kem Jaya lah. Kau kenal kan? ”

Senyap. Ini apahal pulak senyap semacam ni. Aku pusing menghadap Farhan. Mamat ni!
.
“Oi! Punyalah aku tanya kau. Tak berjawab ” Aku siku rusuk kiri Farhan. Kurangnya kawan, khusyuk tahap tak boleh bla! Sedap sangat ke ais krim tu sampai aku tanya pun dia buat genius tahap Albert Einstein?

“Kau ni kacau betullah! Kau tau tak dah berapa kurun aku tak makan ais krim ni? Kacau aku jejak kasih betul! Dengkilah tu .” Farhan mengurut tempat aku siku dia tadi. Berkerut dahi dia mengurut rusuknya. Aku siku kuat sangat ke tadi?

“Dengki dengan ais krim kau tu? Toooolooooongggglaaahh! Tak ada maknanya. Kau kenal tak budak perempuan yang tengah cakap dengan Sofea?” aku tunjuk ke arah dua budak perempuan yang tengah duduk bersila menghadap tasik..

“Mana?” ais krim dah selamat bersemadi dalam perut Farhan. Dia mengesat tangannya dengan tisu.

“ Tu ” jawab aku sambil menunjuk ke arah dua orang budak perempuan yang masih lagi duduk bersila menghadap tasik. Yang seorang memakai baju t-shirt berwarna hijau dan yang seorang lagi memakai t-shirt berwarna putih.

“Macam kenal. Aaaa! Itu Amna. Dia sama Kem Jaya dengan kita. Ketua kumpulan 2 ”

“ooo”

“Asal kau tanya? Nak mengurat dia pulak ke? Sofea pun tak lepas, ada hati nak pasang dua” Farhan mula masuk zon sarcastic dia tu. Muka dia macam tahan senyum saja. Namun masih tak lepas dari memandang Sofea dan Amna.

Aku benam Farhan ni dalam tasik ni naya saja. Ini kang memang ada sampan manusia kat tengah tasik ni karang. Aku pun dah lama tak berkayak ini. Free saja Farhan ini jadi tempat lepas gian.

“Kalau aku mintak tolong dia pasal Sofea, kau agak - agak dia nak tak?” Hehehe..

Kening Farhan terangkat sebelah. Aku cakap salah ke? ker dia tak paham? Aku guna bahasa Melayu kan? Yang dia tengok aku macam aku ni baru turun dari bumi ni kenapa?

“Cantik!” dia buat thumbs-up.

Aku senyum.
***
Perjumpaan aku, Farhan dan Amna berjalan dengan lancar..Farhan aku heret skali dalam meeting aku, karang dia tanya lebih2 malas aku nak cerita balik. Nak terkeluar biji mata Amna bila aku mintak tolong dia pasal Sofea. Nasib baik tak jatuh kat dalam pinggan nasi goreng dia, free je dapat resepi baru. hehehe. Mula2 tu hampeh jugaklah. Dia ingat aku main2. Jenuh jugak nak terangkan dekat dia..Aku ingat lagi petang tue..
“ Awak gila ke lupa makan ubat?” terbeliak mata Amna tanya aku. Aku punyalah serious mintak tolong, boleh pulak dia cakap aku gila? Sesedap kek tiramisu jer minah ni. Kalau aku ada cara lain yang tak libatkan hang takda maknanya aku duduk kat sini. Aku helakan nafas perlahan.

“Saya tak gila dan saya tak lupa makan ubat. Saya serious nak mintak tolong awak. Tolonglah saya”  satu nafas aku terangkan. Aku pandang Farhan untuk back-up aku, Farhan tersengih. Dia tolak tepi air milo ais dia. Suara mamat Romeo bakal diperdengarkan dalam masa beberapa saat.
 3..
2..
1..

“ Amna, kawan saya ni tak main2. Awak tolonglah dia. Eh! Tak. Tolonglah kami” perempuan mana yang tak cair dengan kawan aku seorang ni? Dapat pulak gaya Romeo dia dah kluar, memang tak boleh lari dah. Tapi. Tolong kami? Apekehal pulak dia sekali masuk frame ni?

“ Tolong korang? Yang awak pulak ada share apa dalam masalah ni?” Amna dah buat muka pelik dia tu. Aku pun pelik. Sejak bila pulak dia ada share dalam hal Sofea ni?

“ Awak tolong dia dengan hal Sofea..awak tolong saya nak betulkan balik kawan saya yang dah angau ni. Kaki saya ni dah lama tak jumpa bola. Rindu! Tak ada partner nak main futsal” dia pandang aku..”..dah asyik ingat Sofea je, mana saya tak bosan? Dengan saya2 sekali kena tempiasnya” Ooo, lama tak jumpa bola? Yang minggu lepas bertapa kat gelanggang futsal sampai tengah malam tu kemende? Suka suki kau je.

Amna relax, aku pun. Farhan? Order lagi satu milo ais. Hampeh! Aku dengar Amna lepaskan nafas yang berat. Muka dia berkerut. Reaksi dia macam nak-tolong-ke-tak-nak. Bukannya aku mintak dia pinangkan Sofea untuk aku. Aku cuma minta dia tolong aku bagitahu update dan nombor telefon Sofea saja. Susah sangat ke? Ke dia tak percayakan cerita aku atau tak yakin dengan aku? Aku dah terangkan kat dia perasaan aku terhadap Sofea. Aku terpaksa. Kalau ikutkan hati aku memang aku tak nak cerita lansung! Lagi - lagi dekat perempuan. Hari ni dalam sejarah betullah.

“ Farhan, saya tak rasa dia nak kenal dengan siapa - siapa sekarang ni. She’s having a very bad time right now and I don’t think she will answer my call nor see me again if she knows about this ” Amna menghelakan nafas yang berat ”It’s not that I don’t want to help you. Sekarang bukan waktu yang sesuai ” lembut suara Amna terangkan kat aku. Dia merenung kosong air teh o ais limau di dalam gelas.

Bad time? ”
Yes
Explain
No
Please
No

Aku pandang Farhan. Your turn bro! Farhan buat thums-up bawah meja.

“ Amna, awak kena terangkan. Saya dan especially Hafiz kena ada solid reason why this is not a good time, maybe Hafiz can help. Who knows? Tell us why, please ” alahai mamat ni. Lembutnya cakap. Kalau aku jadi perempuanlah. Tak payah cakap please, aku dah terangkan dah. Farhan memandang Amna. Slogan dari ‘mata ke hati’ memang taktik Farhan.

No ” tegas suara Amna. Keras dalam lembut menegakkan pendirian.
 Aik? Kening aku dengan Farhan terangkat. Ini kes hari-ni-dalam-sejarah ini. Tak pernah perempuan tak sangkut dengan Farhan bila dia keluarkan suara menggoda dan padangan mata Romeo tu. Aku pandang Farhan, kening dia still tak jatuh. Tak payah tanya pun aku dah tahu apa yang dia fikir sama macam aku fikir.
“Amna, please! I love her, don’t you get it? c’mon lend me a hand here” dialah satu-satunya harapan aku nak dekat dengan Sofea.

Senyap.

“Amna, .please! please! please!” ini dah kira todosaklah ni. Tak pernah dalam hayat aku seumur hidup ni, aku cakap macam ni dekat perempuan. Masa aku minta mama dan papa belikan aku scooter pun aku tak macam ni. Ini semau Sofea punya pasal. Sofea Sofea.

Why her? ” Soalan ringkas tapi jawapan complicated. Ada solid reason ke kenapa kita suka someone or nak lebih accurate without any parallel error. Jatuh cinta. Ada ke?

I don’t know. Love at the first sight? Macam saya cerita kat awak tadi, first time saya jumpa dia dah ada perasaan tu. Saya pun tak tahu kenapa Sofea. like imprinting ” aku tersengih. Kalaulah aku ni perempuan, i’ll blush! The good news is, I’m not! Thank God for that..

Imprinting? ” aku dah kenal dengan dahi berkerut Amna bila dia confused dan penuh dengan question mark..?????

“ Yeah. Its like falling in love with your other half at the first sight. Sort of werewolve stuff I pick up from Stephenie Meyer novel ” dia faham ke tak? Buat - buat faham jelah. Malas aku nak terangkan lagi. Macam Jacob imprinting Renesmee.

You read twilight? Gosh! ” Amna hirup lagi air teh o’ ais limau dia. Dengan senyuman yang ditahan bagai nak gila. Kureng! Apa salah ke aku baca twilight? Ingat aku jiwang la tu?

Now..wil you please show us your generosity by telling us what happen to her? and why she having a bad time right now?” Aku hantar servis balik kat dia. Apa yang berlaku kat dia? Apa yang berlaku sampai dia jadi kosong macam tu. Apa yang jadi?!

Fine. Saya bagitahu. Saya tak pernah bagitahu benda ni kat siapa - siapa walaupun ramai yang Tanya. I don’t know what kind of charm have you given to me and I don’t want to know. Saya bagitahu ” Amna tarik nafas yang panjang.

Aku dengan Farhan menanti dengan penuh kesabaran dan konsentrasi tahap petala ke-36. Amik!

“ Dia baru saja pindah sini. Before this dia duduk dengan uncle dia. She’s my cousin. My beloved cousin. Dulu dia tak macam apa yang korang nampak kat Jaya. Saya taklah cakap yang she’s completely different now tapi sekurang - kurangnya dulu dia boleh tersenyum lagi boleh gelak. Boleh kongsi masalah sama – sama. Walaupun dia just a listener. She’s one of a kind . No doubt about that ” Amna tersenyum bile dia cerita benda ni. Tapi senyum tu pudar bila dia cerita..

But what happen to her 4 months ago, takes all of that from her. Orang yang dia sayang, orang yang sayangkan dia. Orang yang ambil berat pasal dia. Die ” suara Amna pecah at the last word.

Nak tersedak aku. Farhan dah hirup milo ais dia tapi aku boleh nampak reaksi terkejut dia tu. Die? As in.. meninggal?

“ Dia tak menangis. Dia tak bergerak. Dia tak makan. Tak minum. Seminggu dia tak pergi sekolah. Saya betul - betul risau pasal dia masa tu. I was begging to her. Begging! Merayu supaya dia cakap dengan saya tapi satu perkataan pun tak keluar. I know she’s suffering at that time. I wanna help but she won’t let me through the wall she built inside. Pak cik dia risau ”

“Pak cik dia panggil doktor untuk tengok kan dia tapi saya tak bagi. Saya takut nanti dia takut but my dad and the doctor said it might help. Yelah dia tak makan dan tak minum for almost 2 days. Doctor cuma nak bagi dia ubat and that ought to done it

“ Seumur hayat saya kenal dia, dia tak pernah mengamuk. Tapi hari tu. Itu first time dia mengamuk. Bila doctor nak suntik ubat memandangkan dia tak nak makan, tiba - tiba dia bangun. Dia campak ubat tu. Syringe tu nak patah Sofea buat. Doctor tu pun dia tolak tepi. Beg doctor pun dia campak. Habis berterabur semua barang. Kami terkejut. Betul - betul terkejut. Mak cik saya menangis masa tu. Dia dah anggap Sofea macam anak dia sendiri. Sofea menjerit suruh kami tinggalkan dia sendiri. Jangan pedulikan dia. Jangan paksa dia”

“ Lepas tu dia menangis. Saya ingat bila dia menangis, dia akan lepaskan semua. Lepas tu, dia pergi sekolah, makan, minum, buat homework, bercakap but she never recovered untill now. Dia cuma akan cakap bila orang Tanya. She never volunteer anything. Malam - malam dia still lagi terjaga dan meracau. Sebelum ni, dia dengar lagu dan suka baca buku. Lepas apa yang jadi, dia tak dengar lagu dan tak baca buku yang dia suka. Saya jumpa mp3 dia dalam kotak tepi meja. Buku - buku dia pun letak dalam kotak jugak. Saya tahu dia buat macam tu sebab tak nak ingat kejadian tu tapi dia tak boleh nak lupakan. Ada sekali saya datang melawat dia, saya nampak dia tengah baca buku sambil dengar mp3. Dia tak boleh lepaskannya ”

She’s empty. I know how much she loves him and that’s how much she never let it go. Neither me nor others who knows what happen to her, sebut lagi pasal seminggu tu. About him. Kami takut dia akan sedih lagi ”

Amna nak menangis sekarang. Farhan dah hulurkan tisu. Mana datang pulak tisu ni…

My uncle suggested her to see some help but she refuse. Dia cakap dia tak gila and that’s it. That was the last time kami sebut pasal hal tu. But I’m worried about her. Bila saya jumpa dia, saya terkejut. Terkejut sangat! Dia dah kurus. Muka dia dah cengkung. Bawah mata dia dah hitam, macam orang tak cukup tidur. I bet she doesn’t have any idea how mess she looks. Saya yang pandang ni pun dah rasa pedih. Apatah lagi dia ”

Amna tarik nafas panjang. Dia pandang aku dan Farhan sebelum dia teruskan…

“ Saya pujuk dia tinggal dengan saya. It tooks a lot of time to convience her. Finally she agreed but with one condition. Dia duduk rumah sendiri. Saya bantah even my parents pun bantah. Takkan nak tinggalkan dia sendiri dalam keadaan dia macam tu. But she said, take it or leave it. Saya tahu dia tengah buat lawak but it doesn’t touch her face. My parents terpaksa agreed. Kami nak dia dapat environment yang baru. Tempat yang baru untuk tolong dia lupakan apa yang jadi. Luckily enough kami dapat rumah selang serumah dari rumah kami. Kami takut nak tinggalkan dia seorang diri. Dengan keadaan dia macam tu tapi dia cakap dia ok. Dia takkan bunuh diri. Dia still ingat Tuhan”

“ Saya datang umah dia everyday just to check on her. Saya ingat dia akan ok bila dia dah pindah tempat baru tapi tak. Nothing changed. She just the same person who looks empty, miserable, souless, life corpse like she was for the past 4 months ” air mata yang hampir menitis di kesat dengan tisu. Amna hanya mampu memandang ke bawah.

Aku tak tau apa perasaan aku sekarang. Terkejut ada kesian pun ada. Aku macam boleh rasa apa yang Amna rasa. Apa yang Amna nampak.Her tears, her pain. Otak aku ada banyak benda nak tanya.

“ Dari awal awak cerita sampai habis tadi, awak tak pernah mention about her parents..” that’s number one..

“ Oh. Sorry about that. Parents dia meninggal masa dia darjah 6. Car accident. Lepas tu pak cik saudara dia yang jaga dia”

“ Awak cakap dia duduk rumah sorang-sorang. Awak belikan dia rumah ke?” number two

“ Taklah. Dia beli sendiri. Parents dia ada satu syarikat perkapalan dan pembinaan. Dia waris tunggal. Sekarang ni pak cik dia yang tolong uruskan syarikat tu until she’s ready

Can you tell me about him?” number three. Aku rasa aku tak payah nak terangkan siapa yang aku maksudkan. Dia yang buat Sofea jadi mcam ni. Dia yang pernah dulu buat Sofea bahagia. Dia.

Yes, but..”

Aku angkat kening..”But what?”

“ Dah masuk waktu ni, solat dulu.” Amna dah bangun.

“ Right. After this sambung balik..” aku dengan Farhan dah bangun. Farhan terdiam dari tadi. Macam tengah nak hadam apa yang baru sahaja dicerita Amna.
 ***
Pagi sudah pun melabuhkan tirainya dan malam pula membawa sinarnya pada dunia. Bintang-bintang mula memancarkan kelipan-kelipan keceriaan dan bulan pula mempamerkan wajah kegembiraan buat mereka yang memandangnya. Di satu sudut, Farhan termenung memandang sekalian alam. Perjumpaanya dengan  Amna tentang Sofea mengasak fikiran. Sungguh, tak pernah dia bayangkan bahawa itu yang menjadi punca mengapa Sofea jadi macam itu. Dia tak pernah rasa kehilangan, mungkin itu sebabnya dia tak faham dan memahami apa sebenarnya yang Sofea rasakan.
Apabila arwah Tok meninggal dulu, dia tak merasa sangat kehilangan Tok. Mungkin sebab dia tak rapat sangat dengan Tok dulu, jadi rasa kehilangan itu tak membari kesan yang mendalam kepadanya. Bagi Sofea, kehilangan insan yang sangat bermakna dalam hidup ibarat sebahagian dari nyawanya telah pergi. Selepas kehilangan kedua ibu bapa yang memberinya nyawa dan kehidupan, lelaki itu telah membawa seribu satu harapan dalam kehidupan Sofea yang dahaga kasih sayang.
 Macam mana rasanya kehilangan insan yang sangat bermakna dalam hidup?
 Sakit sangat ke?
 Gagal mencari perasaan kehilangan itu dengan merenung dada langit, seolah-olah mereka dapat memberikan rasa kehilangan itu, Hafiz hanya bisa tersenyum kecewa. Aku takkan dapat merasainya. Bisik hati Hafiz.
 Hafiz melangkah masuk ke bilik air. Terus ke sinki. Dia melihat muka di cermin. Lama.
 Besar dah aku rupanya. Rasa macam baru semalam je jadi budak hingusan yang pagi petang senja malam melarat ke subuh asyik main je. Rasa macam baru semalam jadi budak nakal kat sekolah yang kerjanya mengacau rakan sekelas yang lain dibantu oleh sahabat sejaya, Farid. Rasa macam semalam je jadi budak kreatif, bak kata cikgu Safrol yang suka ponteng kelas atas alasan bosan dengan subjek yang diajar dan cikgu yang mengajar. Dan sekarang?
 Besar dah aku. Hafiz geleng kepala mengingatkan karenah sendiri. Nakal sungguh! Dia membasuh muka. Dingin air terasa menyegarkan. Tuala muka yang bergulung di atas rak di ambil dan dilapkan ke muka. Dia melangkah ke keluar dari bilik air dan menuju ke single bed yang bertentangan dengan tingkap. Remote radio jenama Sony diambil dan ditekan. Seketika kemudian dentingan piano oleh Yiruma melagukan River Flows In You. Dia berbaring di atas katil. Tangannya dibuat lapik kepala. Dia mengadah memandang syiling.
 Macam mana agaknya Sofea cope dengan masalah dia? Sudahlah duduk rumah itu sorang – sorang. Dia tak rasa lonely ke? Dia mengeluh berat. Dia menutup mukanya dengan tuala muka. River Flows in You bertukar kepada Spring Time. 
***
 “Awak lelaki yang baik, Hafiz. Lets fate fares you better”. Sofea merenung mata lelaki yang berada dihadapannya berharap supaya maksud yang ingin disampaikan dapat dicerna.
 Hafiz hanya mampu memandang kembali wajah Sofea. Apa yang mampu aku katakan saat ini? Hujah apa yang mampu aku berikan? Sofea, susah sangat awak nak faham isi hati saya? Ini fitrah manusia. Normallah kan kalau tertarik dengan opposite sex. Kut tang yang tertarik dengan jantina sama itu yang abnormalnya.
 Petang ini, mereka berempat bertemu. Hafiz, Sofea, Farhan dan Amna. Atas kehendak Sofea sendiri. “Dia rimas, awak asyik kacau dia aje. And saya dah bagitau pasal hari tu.” Itu jawapan Amna bila menyampai perutusan tak rasmi dari Sofea. Meja kayu dengan empat buah kerusi di isi dengan empat manusia. Suasana damai petang itu bagai tak membawa erti kepada mereka. Suasana di meja kayu itu terasa berbahang.
 Dan kini..
 “Sofea..”  Hafiz cuba memujuk. Tapi cepat Sofea mencelah.
 “Hafiz, He knows whats the best for both of us. Jangan buat keputusan berdasarkan nafsu”
Sofea menghela nafas berat. Kenapa la bebal sangat mamat ni. Rasa nak tepuk dahi.
 “I appreciate about how you feel.  I truly do. I think Amna already told you about my past. It doesn’t bring any different now and then. Hafiz, jangan dicari cinta manusia selagi cinta Illahi tidak dapat awak gapai. Sebab cinta Illahi seiring dengan cinta manusia. Cintai DIA dahulu.” Direnung wajah lelaki itu.
 Hafiz tersentak. Cintai Dia dahulu?
 “ Itu je yang saya nak sampaikan. Saya minta maaf kalau apa yang saya cakap menyinggung perasaan awak. Dan ini untuk awak. Assalammualaikum”
 Kotak coklat lembut itu bertukar tangan dan salam disambut.
 Cintai DIA dahulu?.
***
 Hafiz melihat jam ditangan. 10.30 pagi. Enjin dimatikan. Klik tali pinggan keledar ditekan dan tali itu berlari kembali ke tempat asal. Kunci ditarik keluar dari tempatnya. Teman sebelah dipandang. Hanya senyuman diberikan.
 “Aku oklah. Yang kau pandang aku cenggitu apa hal?”
 “ kalau kau tak nak sambut dia, kau tunggu jelah dalam kereta” bahu sahabatnya dipegang seolah-olah memberi semangat.
 “Aku oklah. It has been years kan. No biggie.” Senyuman ikhlas terukir diwajah. Meminta pengertian.
 Pintu ditolak keluar. Senafas oksigen ditarik sedalam-dalamnya. Tubuh dibawa keluar dari Lotus Ezora. Ya Rabbul Izzati, berikan aku semangat!
 Mereka hanya menunggu di luar balai ketibaan. Nak masuk dalam sesak! Penuh dengan budak-budak yang dah habis belajar dari luar Negara, termasuklah orang yang ditunggu.
 “Assalammualaikum.”  Lembut salam kesejahteraan itu menerpa dicuping telinga.
 “Walaikummussalam”. Aku dan Farhan berpaling mencari yang memberi salam dari kanan kami. Laaa..Amna!
 “Dah lama sampai? Terima kasih sebab datang.” Amna memberi sennyuman mengikut protocol dan secukup gula. Takde terlebih dan terkurang.
 “baru je keluar kereta. No hal lah. Sofea pun kawan kitorang jugak” Farhan menjawab. “Lama lagi ke Sofea nak sampai?” Tanya Farhan.
 “Kejap lagi keluar la tue. Flight dia dah sampai dah 5 minit tadi. Tengah ambil luggage kot.” Balas Amna sambil memandang ke arah pintu balai ketibaan. Mencari kelibat orang yang dinanti.
 “Haaaa! Tu Sofea. Jom” Amna dah macam lembu kena kejar, laju betul!  Excited sungguh!.
 “Dia tinggalkan kita kat sini je? Nampak Sofea terus kena campak ke tepi?. Tak patut sungguh!” bebel Farhan.
 “Ala, kau pun sama je dulu. Ingat time kau excited gile nak sambut aku time aku habis belajar dulu. Kau sesar habis parents aku. Kutuk Amna pulak.”  Aku hanya mampu menggeleng kepala. Mereka tak bergerak. Sebaliknya hanya menunggu disitu.
 Akhirnya, kelibat Sofea kelihatan.
 Aku tersentak.
 Sofea?
  Pregnant?
 “Assalammualaikum, Hafiz”
 Sofea?

***
 Batu nisan itu dipegang dan dikucup. Jag yang disi dengan air dan bunga mawar itu disiram ke atas makan itu. Bermula dari nisan yang terukir nama itu hingga ke nisan yang lagi satu. Diulang perbuatan itu sebanyak tiga kali. Bunga mawar yang dicarik bercampur dengan daun pandan ditabur di atas makam. Hatinya terasa berat untuk meninggalkan makan itu. Buku tahlil yang diletakkan di tepi makam itu diambil. Dadanya kini terasa sebak. Air mata yang mula bertakung diempangan matanya ditahan. Batu marmar yang dipasang sebagai bingkai pusara itu dipegang. Kepalanya ditekur ke bawah. Hatinya terasa berat membiarkan insan yang sudah ke alam sana pergi. Dia tahu, dia harus mengikhlaskan insan ini pergi. Dia mesti ikhlas! Empangan air mata itu pecah juga akhirnya. Laju membasahi pipinya. Dan dia hanya membiarkannya.
 Bunyi tapak kaki yang bergeseran dengan ranting – ranting kayu kedengaran. Dan dia masih menekurkan kepalanya. Air mata masih membasahi pipinya. Lengan baju melayunya sudah basah. Dia dapat merasakan ada seseorang yang duduk di sisinya. Dia hanya membiarkan. Buku tahlil yang dipegangnya ditarik lembut. Dia hanya membiarkannya. Kemudian, lantunan ayat suci Al – Fatihah mengetuk gegendang telinganya. Air mata semakin laju mengalir.
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang
Batu marmar dipegang semakin erat. Kepalanya semakin rendah ditekur. Kalam Allah itu terus berlagu.
Segala bagi Allah, Tuhan seluruh alam.
Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang
Pemilik hari pembalasan.
Terlepas esak kecil tangisannya. Air matanya semakin laju. Allahu Rabbi, ini ujianMu buat diriku?


Hanya kepada Engkau kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Kalam Allah ini dibaca lebih kuat berbanding tadi. Seakan cuba mengingatkan dirinya bahawa Allah sentiasa ada buat hambaNya. Diulang sebanyak tiga kali. Dirinya tersentak. Ya Rahman, kuatkan aku menghadapi dugaanMu ini.
(Yaitu) jalan orang – orang yang telah Engkau beri nikmat kepadanya , bukan (jalan) mereka yang dimurkai, dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.
Suara yang membaca kalam Allah ini mengendur. Seakan cuba memberi kesimpulan kepada ayat Allah ini. Disudahi dengan sadakallahu ‘azim. Dia mengaminkan dalam hati. Kabulkan Ya Allah. Kabulkan Ya Allah. Kabulkan Ya Allah.
 Ayat – ayat suci itu bagaikan menyembuh hatinya. Terasa ibarat Allah seakan berbicara kepadanya. Hatinya terasa syahdu. Ibarat setitis embun bahkan yang lebih sejuk dari itu telah menyejukkan hatinya. Air matanya berhenti. Dia melepaskan batu marmar. Nafas ditarik sedalam – dalamnya. Kepalanya didongakkan ke dada langit. Matanya dipejamkan. Angin petang yang menerpa tubuhnya bagaikan memujuk hatinya. Bagaikan memberi semangat kepada dirinya. Akhirnya, dia mengukirkan senyuman. Ikhlas dari hati.
 Dia merasakan bahunya disentuh. Tidak perlu dia melihat siapa orangnya. Dia kenal benar dengan hamba Allah seorang ini. Terasa bahunya dicengkam, cuba memberi semangat. Dan dia hargai itu. Dia sedar sebagai seorang hamba, dia juga akan mengikuti langkah insan yang sudah terlebih dahulu menghadap Illahi. Akan tetapi, dia juga seorang manusia. Punyai perasaan sedih dapat merasai kehilangan. Tipulah jika dia tidak merasa kehilangan seorang insan yang banyak berjasa kepadanya. Dan dia sedar, Allah sedang mengujinya.
 Firman Allah s.w.t  dalam surah Al- Baqarah ayat 155
“Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah – buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang – orang yang sabar”

 Dan dia tahu, ujian ini dia mampu tanggung. Allah takkan membebankan hambaNya dengan sesuatu yang tidak tertanggung oleh hambaNya kan? Itu janjiNya. Dan janji itu pasti!
 Firman Allah lagi dalam surah yang sama pada ayat 286
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya....”
 Dia tersenyum. Senyuman itu ikhlas dari hatinya. Ikhlas apabila dia mengikhlaskan insan ini pergi. Ikhlas dengan takdir yang sudah tertulis di Loh Mahfuz. Ikhlas menerima ujian ini. Hatinya berbisik hamdalah. Allah masih sayangkan aku.
 Dia membuka mata. Sinar matahari menyilaukan pandangannya. Dia menoleh ke sebelah kanannya. Lelaki ini masih setia menggenggam bahunya. Dia mengukirkan senyuman buat lelaki yang Allah hadirkan kepadanya. Lelaki itu membalas senyumannya. Dia mengalihkan pandangan ke makam itu. Batu nisan itu dipegang.
 “ InsyaAllah abang akan menyusul sayang kelak. Tunggu abang” dia mengucup batu nisan itu buat sekian kalinya. Tunggu abang! Tiba – tiba dia dapat menghidu bau yang sangat wangi. Isteriku, kamukah itu? Semoga kamu sentiasa dirahmatiNya. Dia memberikan senyuman seolah – olah bidadarinya itu dapat melihatnya.
 “dah, jom balik” bahunya dilepaskan. Dia bangun berdiri. Tegak. Dadanya terasa lapang sedikit. Terasa ruang yang tadinya sempit menjadi lapang.
 “ Ok tak?” temannya itu bersuara. Ada kerisauan terselit dalam suara temannya itu.
 “ InsyaAllah dengan adanya sahabat aku” bahu temannya ditumbuk lembut.  
 “ Semoga Allah menguatkan hatimu, sahabat” lelaki itu memberi kata –kata semangat. Teman mujahadah itu memberikan senyuman penguat semangat.
 Mereka beriringan menuju ke kereta. Dia membisikkan hamdalah buat Sang Pencipta. Di tanah barzakah ini, Engkau mengajarkan aku ikhlas. Terima kasih, Illahi.
 “Hafiz, lepas ini nak kemana?” Farhan bertanya. Mereka semua sudah ada dalam kereta. Farhan yang menjadi pemandu bertanya. Teman di sebelah di pandang. Hafiz sedang memandang ke luar tingkap.
 Farhan menghelakan nafas. Berat kedengaran nafas itu. Apa yang mampu aku buat sahabat? Apa yang mampu aku lakukan untukmu? Ya Allah, tiupkanlah kekuatan dalam hatinya supaya tabah menghadapi dugaan sebagai tanda cintaMu. Bisik Farhan dalam hatinya.
 Pemergian isteri tercinta yang banyak membawanya kepada Maha Pencipta begitu terasa sedihnya. Isteri yang sering memberi nasihat. Isteri yang sangat solehah dimatanya. Isteri yang sangat tabah dalam menghadapi dugaan dan ujian dari Illahi. Bidadari syurga yang dihadiahkan Illahi kepadanya. Perhiasan duniawi yang membawanya kembali ke jalan Illahi dari jalan yang bersimpang siur kepada jalan mujahadah yang lurus. Itulah isterinya, seorang insan yang membawa makna yang sangat besar dalam hidupnya. Terima kasih isteriku. Dia mengukirkan senyuman.
 Dia memandang Farhan. Sahabatnya itu merenungnya. “Balik  rumah teruslah” dia terus memakai tali pinggang keledar. Tanpa memandang melihat Farhan, tafsir berwarna coklat itu dibuka. Alunan kalamullah dari surah Al – Insyirah dilagukan Hafiz. Surah kegemaran isterinya.

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.
Farhan juga membaca basmallah. Handbreak diturunkan. Kereta bergerak melepasi taman barzakh. Terus membelok ke kanan. “ Saya bila ada masalah suka baca surah ini. Macam Allah tengah nak pujuk saya”
Bukankah Kami telah melapangkan dadamu (Muhammad)?.
Sampai disimpang tiga, Farhan membelok ke kanan. Fairlady dipandu menerusi jalan yang lurus.“Abang rasa tak bila abang start saja baca surah ini, dada abang terasa lapang?” 
Dan Kami pun telah menurunkan bebanmu darimu.
Yang memberatkan punggungmu
Dan Kami tinggikan sebutan (nama)mu bagimu.
Sampai dipenghujung jalan, Farhan membelok ke kiri. “Rasa ringan sikitkan?. Al –Quran ini dapat memberi ketenangan buat mereka yang memahaminya”
Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan
Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.
Fairlady berhenti di simpang tiga. Kereta dari arah kanan bergerak. “see? Allah siap ulang sampai dua kali. Setiap kesulitan ada kemudahan. Dalam setiap masalah itu, mesti ada penyelesaian. Percaya itu, dan janji Allah itu pastikan?”
Maka apabila engkau telah selesai (dari sesuatu urusan), tetaplah bekerja keras (untuk urusan yang lain)
Dan hanya kepada Tuhanmulah engkau berharap
Kereta berhenti bergerak disebelah kanan jalan. Fairlady bergeak ke kawasan perumahan. Berhenti di hadapan rumah banglo dua tingkat. “Allah kan ada. Dia tahu apa yang terbaik. Trust HIM!” surah itu dibaca sebanyak 3 kali.
 “Jom lah masuk dulu” Dia memandang Farhan sambil menanggalkan tali pinggang keledar. Pintu kereta dengan kapasiti dua penumpang itu dibuka. Tafsir berwarna coklat itu dibawa bersama.
 “Kau ada masak apa hari ini. Perut aku dah buat tarian poco poco ni” tanya Farhan sambil memegang perutnya. Fairlady berbunyi klik klik. Menandakan sudah dikunci. Dua sahabat itu melangkah masuk ke dalam rumah yang tidak berkunci. “tanya aku pulak. Patutnya kau tanya orang kat dalam rumah tu hah” jawab Hafiz sambil menjuihkan mulutnya ke dalam rumah.  
 Rengekan bayi memenuhi ruang tamu rumah itu. Mungkin dapat merasakan kehadiran walidnya. Dia memandang Farhan. Mereka tergelak kecil sambil menggeleng kepala. Amna keluar dari dapur masih memakai apron. Muka dia nampak cemas. Ini mesti belum siap masak ni. Bisik Farhan. 
 Sorry abang, saya belum siap masak lagi. Ikan belum goreng.” Muka Amna berkerut. Kalut sungguh!
 “ Tak pe lah Amna. Saya belum lapar lagi ini. Kut Farhan ni jelah yang lapar. Saya nak main dengan baby dulu” balas Hafiz. Cuba menenangkan Amna. Memang dia fahami sikap Amna yang sedikit kalut itu. Suara bayi masih lagi merengek kerana belum digendong walidnya. Hafiz melangkah ke ruang tamu. Kelihatan dua bayi sedang menangis.
 “Amirul Hakimi. Aisyah Sofea. Awat menangis ini. Lapar ye?” ujar Hafiz sambil menepuk – nepuk paha bayi itu. Takkan nak angkat dua – dua sekali. Ingat aku ini Hulk Hogan ke? Nak angkat seorang saja nanti tak rasa adil pulak. Sudahnya, dua – dua tak payah angkat. Rengekan bayi itu terhenti.
 Farhan yang hanya memerhati dari tadi tersenyum. “ Aku ke dapur dulu lah. Boleh tolong Amna. Kau layanlah Amirul dan Aisyah itu” ujar Farhan sambil melangkah ke dapur. Hatinya tersentuh melihat Hafiz.
 Miftahul Sofea, terima kasih atas hadiahmu ini. Abang akan jaga mereka menjadi hambaNya yang soleh dan solehah. Fea doakan abang istiqamah ye? Bisik hati Hafiz. Allah menggantikan seorang Miftahul Sofea dengan dua cahaya mata sebagai penerus perjuangan uminya dalam membawa diri kepada Illahi. Takdir manusia itu rahsiaNya.
 Mungkin Ini TakdirNya. Takdir Allah buat seorang insan bernama Hafiz Hakimi.
 -          the end -

 Nota kaki : maaf lambat upload. sebarang komen / rasa tak puas hati / cadangan / pendapat. boleh tinggalkan komen ye? amat dialu - alukan.

13 comments:

Anonymous said...

ibu jari terangkat ke atas.

Anonymous said...

ibu jari terangkat ke atas sambil megenggang tangan

amira^syafiqah said...

maksudnya?

Anonymous said...

orang putih kata thumb up....alah good writting ... tapi punca kematian itu satu persoalan....so pembaca akan tertanya2, bila tertanya2 akan timbul pelbgai persoalan... persoalan yang menjadikan sesuatu cerita itu menarik..

ms slumber said...

good job sis...
mcm kenal ending nye..:D

amira^syafiqah said...

burhan : punca kematian itu rahsia! nanti dalam citer mencari matahari akan diterangkan.

fiqa : kaulah bagi idea. best ending dia? ada rasa nak flying kick aku tak? haha

ms slumber said...

eheh....ok ape idea aku tu...*kening2*
:D

Anonymous said...

Maybe...Sofea mati terkejut kot coz tahu dia bini no 4.haha

Sanosuke Sagara said...

dasat gler cite~ hahaha, tp ok la tuh, asal kanade pengajaran tuh ok la hahaha.....

amira^syafiqah said...

fiqa : ko punyer cerpen apa citer plak wei?

burhan : Noo! BOO!

sanosuke : semoga kita sama2 amik ikhtibar.

Sanosuke Sagara said...

btul3!!

sherasan said...

sad ending..yang penting ada ibrah..

WaRKaH CiNTa said...

Salam.. Like this! Remind me of how I used to write. Tapi akak suka wat watak utama akak mati. Dua2. Kejam x? Sangat sadis.. Heheh~ Teruskan menulis. I might just become your fan. But I'm a follower, for now :)