Tuesday, March 30, 2010

Melakar Cinta Firdausi


semalam sempat menghabiskan buku dlm masa lebih kurang 3 jam..buku ni tak tebal..tu yang dapat habis cepat..bagus buku ni..kalau nak bagi bintang...hmmm...bagi bulan terus boleh?..hehe..

citer ni berkisarkan palestine dan perjuangan seorang mujahidah malaysia yang sanggup berbakti kat tanah bergolak tu. dalam buku ni ada citer pasal kekejaman tentera zionis ni. aku yang baca ni pun rasa sayu je. kesian!. geram dengan tentera zionis laknatullah!!. tapi aku cukup kagum dengan semangat umat Islam disana yang tak berhenti-henti mempertahankan Masjid Al-Aqsa. bagaimana semangat jihad mereka melebihi segala-galanya. cita-citanya syahid fisabilillah!. pengakhiran citer ni best la. kahwin..hehe..(best yang tak paham tu).. hehe.. aku ingin sekali melihat apa yang ditulis oleh penulis tentang pengakhiran tentera zionis ni menjadi realiti. tapi aku lagi suke pengakhiran yang ditulis oleh faisal Tehrani- Kombat. lagi best kot. hehe

tapi aku musykil cket. jawapan istikharah macam tue ek?. nak tau kenapa aku pelik. kena baca lah buku ni.

Petua yang ukhtiku bagi time aku tengah down : letak tangan kat dada, istighfar banyak2, banyak surah insyirah.ika cakap dengan Allah, ika nak belajar, mintak Allah permudahkan ika nak belajar.
petua yang berkesan. =)

akhir kalam.

wasalam..


exam next week.sempat lagi baca novel?.=PPP

Friday, March 26, 2010

Nota buat seorang lelaki

salam..

terima kasih kepada pak wawan atas postnye "nota buat seorang lelaki"..

looking forward buku tu.

study week dah start.

selamat berusaha ea.

akhir kalam.

salam.

Wednesday, March 24, 2010

Teka teki

Salam...

hari ni aku pergi class BI. seperti yang aku dan mereka2 yang telah ponteng hari tu,kami semua datang ke class. ingatkan sir nak marah, tapi die tak pun. Sir perli jugaklah. tapi bukan aku yang kene. hehe. selamat!.hari ni buat summary. class yang sepatut nyer belajar BI bertukar kepada class teka teki. merepek sungguh teka teki sir!. hehe.

Sir : ikan apa yang ada roda?
Us : ???
SIr : Lori Ikan..*muke selamba + gelak kejam*

Sir : ikan apa yang pakai baju, kasut etc?
Jart : penjual ikan
Sir : *speechless*
Us : hah!...*gelakkan sir*
Sir : betul la tu.

Sir : kenapa kucing kalau kene kejar dengan anjing, lari tengok belakang?
Fatin : talde side mirror.
Sir : hahaha

Sir : dua soalan tapi jawapan untuk satu je.
Us : okay...
Sir : kenapa pencuri kena tangkap dan kenapa ubi jadi kayu?
Us : ????
Sir :sebab lambat cabut.

Fendi : burger apa yang tak boleh dimakan?
Sir : burger plastik
Us : salah..*senyum kejam*
Sir : pe jawapan die?
Fendi : burger yang dah dimakan la..*dengan selambanyer*
Sir : ko pernah makan kasut tak?* pegang kasut*
Us + Sir = gelak

Zakiah : ikan apa paling panjang?
Sir : ??
Zakiah :ikan sardin.
Sir : kenapa plak?
Zakiah :kan ika sardin takde kepala ngan ekor..orang pun sambung la jadi panjang.
Aku + Sir : ??
us + sir = gelak


ada banyak lagi tapi aku tak berapa nak ingat. hehe. lately ni aku cepat lupe la...hehe..

btw,untuk post aku yang ada label 'mungkin ini takdirnya' mungkin aku akan kembali tulis bile dah habis matriks.

akhir kalam

wasalam

Monday, March 22, 2010

Sir Iqbal, I'm Sorry


petang tadi, aku tak pergi class BI a.k.a ponteng. ni salah satu tabiat aku sekarang ni menjejak semester 2 dan time nak dekat study week ni. rupe rupe nyer bukan aku sorang je. 12 orang classmate aku pun tak pergi!. 3 orang je pergi class BI tadi!. classmate aku, Nana bagitau yang Sir terasa sangat.!. rasa bersalah la plak. walaupun ni bukan kali pertama aku ponteng class die, itupun time aku ponteng pun, tak ramai yang join skali dalam dua tiga orang je. tapi ni. 12 out of 15! mana Sir tak terasa. sir cakap klu kitorang yang tak datang ni, tak datang class esok. Hari khamis klu kitorang nakk mintak maaf, Sir buat tak kenal je. Parah!.

To Sir Iqbal, I'm deeply sorry.

Akhir kalam,

Wasalam.


Sunday, March 21, 2010

Hari Mencuri Sedunia

salam...

semalam aku menerima satu mesej dari ukhtiku, Nur Syahirah.

" Kalau hari ini Hari Mencuri Sedunia", apa yang akan awak curi dari saya?."

Aku: Laptop! hehe
Ukhtiku :Ceh, bedebAh!!
Aku : Haha..klu ko?
Ukhtiku : Akn ku curi hatimu supaya hatiku dan hatimu bersatu untk mencintaiNya..
Aku : Klu hang ni lelaki ya..mau aku jatuh chenta..haha

Aku pulak menghabiskan kredit p hantar mesej tu kat kawan aku. keputusannya? mari kita lihat. hehe

Fatin H3T3B : Ki3 crmin mt lu.kah3
Aku : wuish..berharga tu..kiki
Fatin : ki3 sebab berharga tu yang nak curi sangat sangat
Aku : wohoho..=P

Wardah H3T3A : aku nak curi apa..aku tak ske curi laa.. :-P aku curi ilmu ko..hehe..bleh kan?
Aku :curi xbleh la..kongsi insyaAllah..=)
Wardah : hehe...bagus la jawapan ko.. :-) aku tak leh cakap pape da...hehe

Cek Pah Masjid : tak tau nak curi pe. cos awak dak bek.huhu
Aku:terharu nyer..hehe
Cek Pah : :-)

Lusiana : Hm, all ur novel..can i? =b
Aku :CANNOT! haha
Lusiana : " Kalau hari ini Hari Mencuri Sedunia", apa yang akan awak curi dari saya?."
Aku : Laptop!..hehe
Lusiana : siyezlu cANNOT!hak3
Aku : tau pun...hehe

Nurzaimi Zulaili : curi duit la
Aku : duit pun tarak..hehe

Norasyikin : 4 sure nk cri fon yg dOk tgh pgang 2..bg mira xdpt msj ngan bkal tnang..haha
Aku : kejam..haha

Syafiqah : sume novel ko..wahaha..*evil laughing*
Aku : tak boleh!
Syafiqah : da ko kte hari mencuri sedunia..haha..kalo aq?
Aku : LAPTOP!
Syafiqah : lptop buruk tu ko nk..haha
Aku :tukar tukar..nk phone ko..hehe
Syafiqah : fon 3310 tu ko nk..haha

Izzati Liyana : apew ea..erm ..hah..aq nk curi kmahiran kor speaking n apew2 yg mengenai bi ..korkn pkar bab2 2 ..pas aq curi . aq nk speaking 24 jam ..hehe

Halmie Azrie : kena jawab ke?
Aku :Xnk jwb pn xpe..lg best klu jwb..=P
Halmie Azrie : Oh, cam tu pun boleh? More than one boleh tak? :p
Aku : Pun boleh!..
Halmie Azrie : 1st-your novel collection( twilight series given priority), 2nd- all your tech gadgets(hp, laptop,& etc-lelong kat workshop for scholarship saya), 3rd- any future property(car & etc). Fuh,byk curi. Kena sewa2/3 lori ni. :-P
Aku : tamaknye...hehe
Halmie Azrie : terrer

Mohamad Norfakhrullah : curi your heart.

Wani H3T3A : sy nk curi ap ek?xde brg b'hrga pun pd awk..hahaha

Azree Syafiq : ur brain..haha
Aku : Jgn!nak xam..kiki 

Antara barang yang kene curi..




jawapan memang mengarut. hehe. tapi dapat jugak hilang tension semalam. thanks..

akhir kalam.

Wasalam.








to you : thanks for the books

Friday, March 19, 2010

Exam

Salam.

peperiksaan akhir aku akan bermula pada 5 april. tinggal lagi seminggu nak kuliah, then minggu lepas tu study week. memang duduk berchenta dengan buku jelah semendang study week tu. ke tak?.*tanduk keluar*. hehe.
untuk minggu ni je, aku dah kne booked dengan math dan chemistry. Alhamdulillah, pensyarah pun bantu jugak nak exam ni. terima kasih kat Puan Rohaidah, yang dah bagi kertas soalan math untuk dibincangkan. walaupun aku rasa nanti aku tido berbantal kan calculator dan berselimutkan test pad dan kertas soalan. hehe. hiperbola melampau. hehe. terima kasih jugak kat Mr.K yang dah letak kertas soalan math kat cubic die untuk student amik. siapa cepat die dapat la. yang lambat?. photostat ea. hehe.
pensyarah kimia yang memang aku tabik dengan kesabaran die, Cik Aimi Baiduri (seangkatan dengan kakak aku, Noraimi Syazwani). ajar kimia memang bagi orang paham betol betol. selagi tak dapat, die takkan pergi masuk chapter baru. tak macam sesetengah pensyarah yang main taram je masuk chapter baru eventough student satu kuman pun tak paham. walaupun die takde nak provide kan dengan soalan chemist, tapi bile die dah ajar kat kuliah tu, dah rasa macam dah cukup bagi aku.
InsyaAllah, aku akan tamat pengajian kat matriks ni on 14 april. PJ tunggu kehadiranku. hehe. banyak janji yang nak ditunaikan. insyaALlah diberi kekuatan untuk menunaikan.

orang pernah tanya. "lepas ni ko nak amik apa?"
aku jawab " chemical engineering kot"
ek?
amik sains hayat tapi mohon engine?.heh. entah. macam tak leh je masuk medic. mula mula memnag nak amik medic. tapi bile result sem 1 macam hampeh. harapan nak dapat meidc tu memang tinggal harapan je. bukan bermakna aku ni putus harap. tak. tapi sekadar menilai kemampuan diri. kenapa chemist?. time aku sekolah dulu, aku rasa chemist la paling susah. tapi bile dah masuk matriks ni and bile dah jumpa En.Azalan, aku rasa chemist la paling best. hehe.kalau tak dapat engine pun, de mohon biochem and biomedic. mana2 pun tak kisah. asalkan dapat sambung pengajian. rezeki Allah yang tentukan. Allah tau yang terbaik untuk aku dan Dia tahu apa yang aku boleh pikul.InsyaAllah.

Doakan kejayaan aku untuk final exam. dipermudahkan untuk belajar dan diternagkan hati untuk menimba ilmu.

mohon maaf atas kesalahan yang dilakukan, sengaja atau tak disengajakan.

tak sempat nak minta maaf kat budak bilik depan sebab akau kunci die dalam bilik air. hehe *guilty*

kepada hanyamusafir: terima ksih sebab drop by kat blog ni ea. =)

akhir kalam,

wasalam.

Tuesday, March 16, 2010

tersentuh

salam.

aku baru lepas buat lawatan ke blog kakak aku. happy untuk ukhtiku, Nur Syahirah atas usahanya untuk memperbaiki bahasa inggeris die. bile melawat blog kakak sulungku, Noraimi Syazwani, hatiku tersentuh. post beliau 'Umi Abah'. amat menyentuh perasaan. mungkin aku sendiri belum pernah menyentuh secara lansung atau menulis di blog ni tentang kehilangan abangku, Ahmad Munzeer yang telah kembali ke rahmatullah pada 10 Disember 2009 yang lalu, 2 hari sebelum tarikh lahirku. bila aku baca post ukhtiku, aku hampir menitiskan air mata, tapi sebab aku kat cc sekarang ni, tak boleh la. aku tahan. kami sekeluarga masih cuba untuk menerima kehilangan insan tersayang, abangku. semalam masa ukhtiku menelefonku, aku nak cakap dengan umi. melalui suaranya, aku tahu dia sedang menangis. menangis teringatkan abangku. sungguh hati ibu itu lembut. begitu juga hati umiku. aku takkan tau persaaan seorang ibu yang kehilangan anaknya selagi aku sendiri tak bergelar ibu. mengandungkan seorang putera selama 9 bulan, mendidik dan mengasuh abangku sampai abangku berumur 22 tahun. dan Allah memanggil abangku ke pangkuanNya sekelip mata. hati ibu mana yang tidak terkesan dengan pemergian seorang anak?. umiku sangat terkesan. namun aku tahu, umi tabah dalam menerima ujian ni. umi selalu berpesan kepadaku, doakan untuk abang. umi mahu kami sekeluarga bersama di jannah. insyaAllah. Abahku pula, walaupun abah nampak macam biasa. biasalah lelaki. tapi aku tahu, abahku juga turut merasai bende yang sama, walaupun abah tak tunjuk. kebelakangan ni, kesihatan abahku tidak menentu. aku risau. tapi aku tahu, Allah itu sebaik-baik Pelindung dan Penjaga.

buat adik-adikku dan kakakku, mungkin aku tak pernah meluahkan ni, aku amat mencintai kalian keranaNya.

Umi dan Abah, terima kasih atas jagaanmu selama aku masih bernafas.Aku sangat mencintai kalian keranaNya.

buat pembaca yang membaca postku ini, sayangilah keluargamu. ikhlaskan hati mencintai mereka.

akhir kalam,

Wasalam...