Tuesday, March 16, 2010

tersentuh

salam.

aku baru lepas buat lawatan ke blog kakak aku. happy untuk ukhtiku, Nur Syahirah atas usahanya untuk memperbaiki bahasa inggeris die. bile melawat blog kakak sulungku, Noraimi Syazwani, hatiku tersentuh. post beliau 'Umi Abah'. amat menyentuh perasaan. mungkin aku sendiri belum pernah menyentuh secara lansung atau menulis di blog ni tentang kehilangan abangku, Ahmad Munzeer yang telah kembali ke rahmatullah pada 10 Disember 2009 yang lalu, 2 hari sebelum tarikh lahirku. bila aku baca post ukhtiku, aku hampir menitiskan air mata, tapi sebab aku kat cc sekarang ni, tak boleh la. aku tahan. kami sekeluarga masih cuba untuk menerima kehilangan insan tersayang, abangku. semalam masa ukhtiku menelefonku, aku nak cakap dengan umi. melalui suaranya, aku tahu dia sedang menangis. menangis teringatkan abangku. sungguh hati ibu itu lembut. begitu juga hati umiku. aku takkan tau persaaan seorang ibu yang kehilangan anaknya selagi aku sendiri tak bergelar ibu. mengandungkan seorang putera selama 9 bulan, mendidik dan mengasuh abangku sampai abangku berumur 22 tahun. dan Allah memanggil abangku ke pangkuanNya sekelip mata. hati ibu mana yang tidak terkesan dengan pemergian seorang anak?. umiku sangat terkesan. namun aku tahu, umi tabah dalam menerima ujian ni. umi selalu berpesan kepadaku, doakan untuk abang. umi mahu kami sekeluarga bersama di jannah. insyaAllah. Abahku pula, walaupun abah nampak macam biasa. biasalah lelaki. tapi aku tahu, abahku juga turut merasai bende yang sama, walaupun abah tak tunjuk. kebelakangan ni, kesihatan abahku tidak menentu. aku risau. tapi aku tahu, Allah itu sebaik-baik Pelindung dan Penjaga.

buat adik-adikku dan kakakku, mungkin aku tak pernah meluahkan ni, aku amat mencintai kalian keranaNya.

Umi dan Abah, terima kasih atas jagaanmu selama aku masih bernafas.Aku sangat mencintai kalian keranaNya.

buat pembaca yang membaca postku ini, sayangilah keluargamu. ikhlaskan hati mencintai mereka.

akhir kalam,

Wasalam...

2 comments:

sherasan said...

Assalamualaikum ukhti,

akak dah lama dah baca entry kak aimi tu..nmpk x comment akak kat situ?
anyway ukhti, kita selalu sedar betapa kita menyayangi seseorg tu bila kita berjuahan dengannya..

apatah lagi bila dah tiada di depan mata..

begitu juga dengan kamu,uhibbuki fillah abadan abada, insyaAllah.

doakan arwah abang uje tenang di sana..dgn berkat doa umi dan kita sekeluarga yang tak putus2..

akak selalu minta kat Allah supaya pertemukan dgn abg uje walau di alam mimpi cuma..

kerana..

akak baru sedar..

betapa akak terlalu mencintai abang uje..

amira^syafiqah said...

wasalam...
kita semua mencintai abang uje keranaNya...=)