Saturday, February 14, 2009

Sedikit ilmu untuk dikongsi....=)

ORANG YANG BAIK BERKURANGAN SEDANG YANG JAHAT BERTAMBAH BANYAK

Ertinya:
Daripada Aisyah r.a. berkata, aku mendengar

Rasulullah saw. bersabda,
"Tidak akan berlaku hari qiamat sehingga anak seseorang menjadi punca kemarahan (bagi ibu bapanya) dan hujan akan menjadi panas (hujan akan berkurang dan cuaca akan menjadi panas) dan akan bertambah ramai orang yang tercela dan akan berkurangan orang yang baik dan anak-anak menjadi berani melawan orang-orang tua dan orang yang jahat berani melawan orang-orang baik".
H.R. Thabrani

Keterangan
Di antara tanda-tanda qiamat ialah:
1. Bila anak-anak merupakan punca kemarahan orang tuanya.
2. Bila hujan berkurangan, cuaca menjadi panas dan udara telah tercemar.
3. Orang jahat bertambah ramai dan galakan untuk membuat kejahatan sangat banyak.
4. Orang yang berbuat kebaikan sedikit dan tidak mendapat kemudahan yang sewajarnya.
5. Anak-anak sudah berani melawan orang tuanya.
6. Orang-orang yang jahat berani melawan orang-orang yang baik dan tidak segan terhadap mereka.

Nampaknya corak masyarakat kita pada hari ini tidak banyak bezanya dari apa yang disebutkan oleh Rasulullah saw. Setiap hari kita melihat kebenaran daripada apa yang di­sabdakan oleh Rasulullah saw.
Kita berdoa, mudah-mudahan Allah swt. menyelamatkan kita dan anak cucu kita dari tergolong di kalangan mereka yang disebutkan tadi....

TEGURAN..

tegurlah kawan-kawan yg salu buka aurat tu..
tk pkai tudung, pkai bju ketat, dan seumpamanya..
tegur pom dapat pahala..
tegur sekali pon oke larhh..
kerana

Rasulullah prnah bersabda
"Barangsiapa di antara kamu melihat kemungkaran, hendaklah dibetulkan dengan secara hikmah iaitu dengan kuasanya, jika tidak mampu dengan lisannya, jika tidah mampu lagi dengan hati. Yang demikian ini iman terLemah."


Sabda Rasulullah
"PerintahkanLah kebaikan meskipun kamu tidak mengamalkannya dan laranglah kemungkaran walaupun kamu tidak menjauhinya."


Sabda Rasulullah
"Tidak ada suara yg lebih disukai Allah daripada suara rintihan hamba yg berdosa lalu bertaubat."

maka bertaubatlah kamu..

0 comments: